BAB 44

Romance Completed 367824

Dhia sedang sibuk di dapur menyediakan makan malam untuk mereka berdua.. Makan malam yang ringkas sahaja.. Sekadar nasi putih, sup ayam dan sambal belacan... Entah kenapalah dhia sukakan sambal belacan sejak mengandung ni.. Kalau boleh..nak saja dia ratah-ratah sambal begitu saja..

Khairul pula sibuk bersenam di dalam bilik gym nya.. Dhia berjalan menghayun langkahnya ke bilik gym khairul.. Pintu itu sengaja khairul biarkan terbuka.. Senang nak mendengar kalau dhia memanggilnya nanti..

Dhia berdiri saja di hadapan pintu bilik yang sudah terbuka.. Melihat khairul yang tak mengenakan baju ditubuhnya.. Hanya ada seluar pendek longgar paras lutut berwarna hitam. Khairul sedang bergayut di paling besi yang ada didalam bilik tersebut.. Mengangkat tubuhnya ke atas beberapa kali..dhia memerhatikan saja belakang tubuh khairul yang putih terdedah itu.. Ada titisan-titisan peluh keluar dari situ. Otot - otot bahu khairul jelas kelihatan disitu.

'' lama lagi? '' tanya dhia yang sedang bersandar di pintu.

'' sekejap sayang.. Sikit lagi.. '' balas khairul.. Melepaskan pegangan di besi dan melompat turun ke bawah..

'' marilah sini.. Dah alang-alang ada kan.. '' panggil khairul.

'' nak buat apa? '' tanya dhia.

'' duduk disini.. '' khairul menggamit tangannya memanggil dia dan menunjukkan kearah kerusi yang ada di dinding..

Dhia akur lalu berjalan masuk kedalam dan duduk di kerusi yang ditunjukkan oleh khairul.. Tersengih khairul sebaik melihat dhia duduk di kerusi itu.

Khairul merenggangkan tubuhnya.. Sebelum melangkah mendekat kearah dhia.. Mengunci dhia dengan kedua dua tangannya yang turut diletakkan di atas kerusi panjang itu..

'' ehhh.. ''

'' nak buat apa ni? '' tanya dhia.. Sambil menolak bahu khairul..

'' mana buat apa.. Khai nak sayang tolong kira.. Khai nak buat push up.. '' khairul meluruskan kakinya..terus memulakannya..

Setiap kali khairul turun kebawah.. Lutut dhia akan merasa hembusan nafas dari khairul..

'' sayaaangg.. '' panggil khairul..

'' ya... Li.. lima... '' cepat-cepat dhia memulakan kiraannya..

'menyesal aku masuk kesini.. Tahu tadi.. Biar aku jerit saja panggil dia dari meja makan..'

Berterabur kiraan dhia ada yang dikira, ada yang tidak..khairul seperti sengaja menggodanya. Sebaik selesai.. Khairul terus menangkap dhia.. Memeluk tubuh kecil dhia dari terus bangun.

''tak mau la.. Peluh kan..pergilah mandi dulu .. Dhia dah lapar.. '' terbayang-bayang makanan yang sudah ada diatas meja..

'' ok.. Kejap khai mandi dulu.. '' sempat juga dia mencium pipi dhia yang sudah bertukar merah itu..

'' isssh.. '' dhia mencuci bekas ciuman dari khairul dengan tangannya.

'' kenapa lap? '' tanya khairul tak puas hati.

'' biarlah.. Ni pipi dhia kan.. '' balas dhia.

'' memanglah pipi dhia.. Tapi hak khai.. Dari sini sampai sini.. Semuanya hak khai.. '' kata khairul menunjuk kearah kepala dhia sampai ke kaki dhia yang berada di lantai.

Dhia membalikkan matanya keatas..

'' lapaaarrr.. '' rungut dhia.

'' khai naik mandi dulu.. Sayang tunggu.. '' dhia ketawa kecil.. Ketawa suka.. Bila khairul sudah berlari naik keatas..

'' nampaknya.. Mama kena gunakan taktik ni.. Bila papa kamu bula nak mengatal..'' tangan dhia mengelus perutnya perlahan-lahan..

Dhia kembali ke meja makan.. Menyenduk kan nasi ke dalam pinggan.. Khairul turun dari atas sudah siap mengenakan pakaian tidurnya. Segera dia ke meja makan dimana ada dhia sedang duduk ayu menongkat dagu menunggu kedatangannya...

'' dah boleh makan.. Baby papa lapar yea.. '' kata khairul sebaik sampai. Tangannya menarik kerusi lalu duduk disitu.

'' boleh ke makan ni saja.. Tak sempat nak masak luar biasa.. Jadi masak biasa-biasa je.. '' kata dhia.

'' tak apa sayang.. Lagipun dah malam.. '' tangan khairul mencubit pipi dhia.

Mereka makan dengan santai.. Mengunyah makanan yang dimasak oleh dhia..

'' sedap.. '' kata khairul.

'' jangan buat lawak khai.. Sup saja pun.. '' menyangkakan khai sedang menyindirnya..

'' betul lah sayang.. '' kata khairul lagi..

'' hmm... Terima kasih.. '' balas dhia.. Tersenyum manis kepada khairul..

Khairul melihat saja dhia mengambil seketul ayam lalu letak di pinggannya.. Kemudian, mengambil satu sudu sambal belacan lalu di diletakkan ke pinggannya..

Asyik sungguh dhia mengoyak isi ayam itu menyicahnya kedalam sambal belacan. Nikmat saja isi ayam yang bersalut sambal belacan berada di dalam mulut dhia.. Sampaikan khairul sendiri menelan air liurnyanya sendiri..

'ya Allah.. Jangan cakap yang dia mengidam nak makan sambal belacan..'

'' sedap sayang?''tanya khairul.. Dhia segera mengangguk.

''sedap.. Nak? '' dhia menyuakan mangkuk sambal nya.

'' it OK.. Khai makan sup je.. '' tolak khairul dengan lembut.

'' makan nasi sama sayang.. Cakap baby lapar kan.. '' kata khairul lagi. Dhia sekadar menganggukkan kepalanya.. Tapi tak juga makan nasi sampai kesudah.

Selesai makan dhia dan khairul duduk bersama di ruang tamu menonton televisyen.. Sementara menunggu masa untuk tidur..

'' sayang... '' panggil khairul sambil memilih siaran televisyen..

'' yaaa... '' sahut dhia yang berada di samping khairul..

'' nak tanya ni? '' kata khairul.. Merapatkan dirinya kepada dhia, sampaikan bahu mereka bercantum bersama.

'' sayang... '' panggil khairul lagi.

'' ya.. Tanyalah.. Dhia degar ni.. '' kata dhia..

Khairul menjatuhkan kepalanya di riba dhia.. Membuatkan dhia mengeluh..tapi tangannya.. Terus saja bermain dengan rambut khairul yang lembut itu.

'' sayang.. Boleh khai tahu.. Ciri-ciri lelaki idaman sayang? '' tanya khairul.. Mendongak memandang wajah isterinya.

'ciri lelaki idaman... Tak terpikir lah pulak..' dhia menunduk kebawah melihat khairul sedang memandang kearahnya sedang menunggu jawapan darinya..

'' hmmm... Lelaki yang pandai masak.. '' kata dhia.

Khairul yang terbaring di kaki dhia terus terbangun.. Hampir saja berlaga dengan dagu dhia.. Nasib sempat dhia mengelak.. Khairul duduk bersandar dikerusi.

'' yang.. Apa.. Pandai masak.. '' kata khairul.. Dhia mengangguk..

'habislah..Yang pertama saja ! dah out..'

'' lagi..? '' tanya khairul..dhia menarik senyumannya.. Melihat khairul sedang bermain dengan tangannya..

'' lelaki yang... Mampu menjadi seorang imam, kepala kepada keluarga, baik untuk dhia dan anak-anak dhia.. '' kata dhia.

Khairul menganggukkan kepalanya..

'yang ni pun sipi-sipi.. Aku.. Masih jauh kebelakang..'

'' lagi? '' tanya khairul dengan suara yang semakin mengendur.

'' hmmmm.. '' dhia bergumam panjang..

'' dhia tak pernah terpikir pun sebenarnya.. Ciri lelaki idaman dhia.. '' Perlahan-lahan dhia memeluk lengan khairul..dan meletakkan kepalanya disitu.

'' tapi ciri-ciri tadi..? '' tanya khairul.

'' kalau ada itu kira bonus.. '' dhia mendongak melihat kearah khairul.. Begitu juga khairul melihat kearah dhia..

'' Jom lah naik tidur.. Khai dah mengantuk.. '' kata khairul..

'' ok.. '' kata khairul..

Keesokan paginya, dhia bangun... Cemas dibuatnya bila melihat khairul tak ada disebelahnya..

'aik! Kemana dia pergi.. Takkan merajuk kot! Dah la semalam diam saja..'

Dhia sudah puas mencari didalam bilik tidur dan ruang atas rumah tersebut.. Dia segera turun ke bawah bila mendengar sesuatu terjatuh di bawah sana..

'' khai!''

Dhia tak percaya dengan apa yang dilihatnya..kawasan bawah rumah itu dibenuhi dengan asap..

'' khai buat apa ni? Kenapa banyak sangat asap ni!'' kata dhia membuka tingkap rumah mereka luas-luas..

'' asap? '' khairul mendongak keatas melihat keatas.. Sungguh ada asap nipis kelabu di sana.

'' khai tak perasan ada asap.. Kenapa alarm tak berbunyi.. '' balasnya.

'' khai buat apa ni? '' tanya dhia.

'' breakfast.. '' kata khairul.

Dhia memerhatikan khairul yang mengenakan apron kepuk-kepuk bercorak bunga.. Sedang memegang sudip untuk mengacau sesuatu didalam kuali. Dhia menutup api dapur..kemudian dia menjenguk kedalam melihat ada beberapa batang sosej yang sudah garing di dalamnya.. Kemudian melihat kearah khairul.

'' sorry.. Tadi alarm handphone khai bunyi.. Baru je khai terleka sedikit.. Dah jadi macam ni.. '' kata khairul..

'' khai buka api besar ni.. Nasib tak terbakar rumah.. Khai.. Tak letak minyak? '' tanya dhia.. Khairul mengeleng.. Dhia Menggaru kepalanya seketika..

'' tapi sepatutnya alarm dah berbunyi.. '' kata khairul sambil berjalan ke arah penggera kebakaran dan mendongak ke atas.

'' sayang... '' panggilnya.

Dhia sekadar diam tak berganjak berdiri disamping dapur.

'' sayang tutup alarm ni..? '' tanya khairul bila melihat suis alarm diletakkan ke simbol tutup.

'' dhia... Tutup sebab dia bunyi bising.. '' dhia memberi alasan.

'' macam mana sayang naik keatas sana? '' khairul mengambil kerusi dan panjat naik keatas dan menghidupkan semula alarm yang terlekat di atas sana..

''sayang..''panggil khairul lagi.. Bila dia hendak turun dari kerusi.. Dhia cepat-cepat berlari memanjat anak tangga naik keatas..

'' tengok! Dia dah lari.. '' khairul turut memanjat naik keatas..

'' dhia nak mandi, solat.. '' kata dhia.. Khairul menarik lengan dhia menghalang dhia dari terus menghilangkan diri ke bilik air.

''jawap dulu soalan khai.. Khai tanya ni kan..'' tanya khairul.

'' lepas dulu baru dhia cakap.. '' khairul mengangguk dan melepaskan pegangannya.

'' macam mana khai naik tadi.. Macam tu lah dhia naik.. '' terus dhia lari masuk kedalam bilik air.

'' sayang!!'' hanya suara kerasnya menemaninya, yang sudah bersendirian.. Kedengaran bunyi air bercucuran jatuh kelantai dari dalam bilik air..

Khairul segera mengambil telefon bimbitnya.. Dari situ dia boleh melihat semuanya, apa yang berlaku didalam rumahnya.. Melalui kamera kawalan litar tertutup yang sudah sedia dipasang didalam rumahnya..

Disitu ada dhia yang sedang berada di dapur.. Kemudian dia melihat dirinya jalan melintas masuk kedalam bilik gym..dan pada ketika itulah dhia mengheret kerusi dan memanjat nya naik untuk menutup penggera kebakaran itu dengan menggunakan kayu panjang di tangannya. Khairul duduk di atas katil..dia mengucap beberapa kali.. Kini dia perlu menunggu dhia keluar dari bilik air.

'ni kalau aku tak masak sampai berasap dapur tadi.. Jadi memang tak akan tahulah semua ni..!'

Dhia yang susah siap berpakaian, keluar dari bilik air.. Melihat khairul sedang duduk di birai katil sambil memeluk tubuhnya.. Apron berbunga itu masih terikat kemas di badannya..

' khai B!!!' takut dhia melihat khairul yang sedang menatap tajam kearahnya.

'' I need explanation dear!'' tegas bunyi nada khairul..

'mati aku.. Dia marah ke?'

'' nanti je.. Kita solat dulu nanti habis waktu nanti macam mana? '' alasan dhia.

Khairul bangun dan menanggalkan apron di tubuhnya.. Melemparkan apron di atas katil.

Selesai saja solat berjemaah..

'' lain kali jangan buat lagi.. Faham! .. Bukannya khai saja-saja nak marah.. '' kata khairul yang sudah bangun dan melipat sejadah nya.

'' khai tak boleh nak bayangkan.. Kalau sayang terjatuh ke apa nanti.. Boleh dengar tak ni.. '' kata khairul.

'' dengar.. '' balas dhia.

'' Khai, will be not tolerate this time ..salah tetap salah! .. '' kata khairul..

'' hmmm.. Baik.. '' jawap dhia perlahan dan menunduk ke bawah..

'' dah.. Khai nak bersiap.. '' kata khairul masuk kedalam bilik pakaian.

Dhia bangun dari terus duduk di atas sejadah.. Membuka telekung nya dan melipat sejadah nya..

Kemudian turun kebawah.. Menyiapkan sarapan.. Menghidangkan air..

Khairul yang baru turun, makan sarapannya dan terus pergi ke tempat kerja selepas bersalaman dengan dhia.. Masing-masing membisu.

'' dia ni kalau marah.. Hantu pun takut.. '' perli dhia melihat kereta yang dipandu oleh khairul Perlahan-lahan mengundur keluar dan mengaum pergi.. Dhia menutup pintu utama rumahnya kembali..

Telefon bimbitnya. Berdering... Naik nama Baizura disitu..

'kerja.. Kerja...!! Ayuh kita kerja..' hati dhia bersorak.. Memandangkan dia santai-santai saja beberapa hari kebelakangan ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience