BAB 36

Romance Completed 367824

Dhia berjalan masuk kedalam rumah meninggalkan yang lain diluar.. Semasa dia berjalan masuk kedalam.. Dhia melihat kakaknya yang sedang berdiri di pintu, sedang mengintai keluar..

'' kak.. '' tegur dhia.

'' hmm.. Tahniah.. !'' ucap qaisarah sambil menarik senyumannya.

'' terima kasih kak.. '' balas dhia, turut tersenyum kembali..

'' kau tidur mana malam ni Esha? '' tanya qaisarah sambil melangkah mengikut dhia kedalam. Dhia masuk kedalam biliknya.

'' tidur sini lah kak.. '' balas dhia sambil mencucuk wayar pengecas kepada telefon bimbitnya.

'' tidur sini? atas katil bujang kau ni? biar betul Esha.. '' kata qaisarah sambil menunjukkan kearah katil bujang yang ada didalam bilik itu.

'betul jugak.. Kenapa aku tak pikir hal ni.. Macam mana aku nak tidur malam ni.. Jangan cakap aku kena tidur dengan dia atas katil bujang ni sama-sama.. Oh.. Tiidakkk!!!!'

'' dah lupa ke?.. Sekarang dah ada suami, Esha.. Nak pinjam bilik kakak..? '' tanya qaisarah.

'' nanti kakak tidur mana? Kalau Esha pinjam bilik kakak.. Tak apa lah kakak.. Pandai-pandai kami lah nanti.. '' balas dhia..

'' hmm.. Ok lah kalau macam tu.. '' kata qaisarah kemudian berjalan keluar dari bilik adiknya..

'' betul ni.. Taknak masuk dulu.. '' kata dhani masih mempelawa keluarga besannya..

'' tak apa lah.. Semua pun dah selesai.. Kami pun tak nak lah, menganggu keluarga dhani berehat.. Dua cucu saya tu dah tertidur dalam kereta.. Lebih elok kami balik ke hotel dulu.. '' balas Liyana.

'' macam tu ya.. Esok jemputlah, singgah kesini.. Saya ingat nak buat kenduri kesyukuran sedikit.. Buat biasa-biasa ja.. Jemputlah.. '' pelawa dhani.

'' kenduri? maaflah dhani.. Kami datang macam ni.. Ada apa-apa yang boleh kami bantu untuk kenduri esok.. '' tanya Liyana seraya memberi isyarat kepada khairil supaya menghampirinya.

'' eh.. Tak apa.. Saya ingat nak buat kenduri kesyukuran sahaja.. Buat masakan kampung saja.. '' kata dhani.

'' ya ibu.. '' jawap khairil yang baru tiba.

'' esok pakcik dhani nak buat kenduri.. Kamu uruskan apa yang patut.. Kita dah datang mengejut begini.. Tak patut pula ibu rasa.. '' kata Liyana kepada khairil.

'' oh.. Boleh.. Tak ada masalah.. Khairil akan uruskan.. '' balas khairil.

Liyana beredar meninggalkan dua lelaki yang sedang berbincang itu sendiri..

'' khai.. Nak tinggal sini ke nak ikut kami ke hotel? '' tanya Liyana..

'' tak tahu.. Ibu.. Boleh ke tinggal sini?" tanya khairul polos. Hanif menarik hujung bibirnya keatas tersenyum.

'' tinggal lah disini.. Tapi ayah cakap siap-siap lah, rumah ayah tak ada apa yang istimewa pun..rumah kampung saja.. '' kata dhani sambil menarik senyumannya.

'' jangan risau pakcik.. Ada Esha itu yang istimewa nya.. Pasti adik saya tu sanggup tinggal dimana-mana pun.. '' usik khairil pula.

'' stay sajalah khai.. Tolong apa-apa yang patut untuk kenduri esok.. '' putus Liyana. Khairul kemudiannya mengangguk.

Khairul, dhani dan juga hanif melihat kereta vellfire hitam itu berundur keluar dari halaman rumah..

'' dah jom masuk.. '' kata dhani menepuk dua bahu menantu lelakinya seretak.. Memandangkan dia berada ditengah-tengah antara mereka..

Sungguh dia berbangga mempunyai dua menantu lelaki tersebut. Cuma dia berasa agak kecewa dengan hanif kerana tak memberitahu keadaan sebenar dhia kepadanya.. Didalam hatinya tetap bersyukur.. Kerana akhirnya semua kembali seperti sediakala.. Cuma mulut orang-orang kampung saja masih bercerita tentang keluarga mereka.

'' masuklah.. Khai.. Buat macam rumah sendiri.. '' ajak dhani.

'' kejap ayah.. Khai ke kereta sekejap, ambilkan barang dalam kereta.. " kata khairul menunjuk ke arah keretanya.

'' ha, yeahlah.. Kalau macam tu, ayah masuk dulu.. '' kata dhani. Meninggalkan dua menantunya di luar..

'' tak sangga Esha akan bernikah secepat ni.. '' kata hanif. Khairul hanya menarik bibirnya tersenyum sahaja kepada hanif. Khairul mengeluarkan beg pakaiannya dan juga beg pakaian dhia.

'' dah lama kenal Esha..? '' tanya hanif..

'' tak lah lama sangat.. '' balas khairul..

'' tau tak yang dia pernah nikah sebelum ni? '' tanya hanif lagi.

'' tau abang, saya tahu dia janda.. '' balas khairul.

''sayalah bekas suami Esha dulu..'' kata hanif mendabik dadanya, bangga.

'' tau.. '' balas khairul pendek, lalu menarik senyumannya melebar. Dia mula melangkah untuk pergi.. Khairul sudah dapat menangkap arah tuju topik perbualan mereka.

Hanif menahan bahu khairul dengan tangannya.. Sehingga khairul berhenti melangkah.

'' dia bukannya perempuan yang baik.. Tak sesuai dijadikan isteri.. '' kata hanif memberi amaran.

'' Esha.. Kamu buat apa didalam bilik tu.. '' panggil dhani yang berada di ruang tamu.

''ya ayah.. '' jawap dhia tiba di ruang tamu.

'' pergi tengok suami kamu diluar tu.. Tak masuk-masuk lagi.. Mana tahu dia segan ke apa.. Pergi panggil dia masuk.. Tanya dia nak makan ke? mandi ke apa? ..dah ada suami.. Layan suami elok-elok.. Kamu bukannya bujang lagi.. '' kata dhani dengan panjang lebar.

Dhia segera berjalan ke arah pintu..kemudian dia melihat hanif sedang memegang bahu khairul.. Dua lelaki itu masing-masing berwajah tegang.

'dah kenapa pula tu..' keluh dhia, kakinya segera menarungkan kasut. Berjalan kearah dua lelaki tersebut.

'' terima kasih atas nasihat abang.. Tapi saya kenal isteri saya.. '' balas khairul.

'' jangan menyesal di kemudian hari... '' sindir hanif.

'' kenapa ni? '' tanya dhia yang baru tiba.. Hanif segera menepuk nepuk bahu khairul dan tergelak kecil.

'' Esha.. Apa khabar? abang sedang beramah mesra dengan ahli keluarga baru ni.. '' kata hanif dengan wajah yang manis seperti selalunya..khairul sekadar tersenyum lalu mengangguk.

'tengok di senyum pun dah boleh agak.. Mesti ada sesuatu yang berlaku ni..'

'' jom masuk.. '' dhia memperlawa khairul masuk.

'' kami masuk dulu ya abang.. '' kata khairul sopan sebelum melangkah meninggalkan hanif sendirian.

'tunggu lah nanti.. Bila kau tahu kebenarannya.. Baru kau tahu! .. Macam mana Esha sebenarnya.. Sombong..!! Orang cakap taknak dengar..' keluh hanif.. Dia turut melangkah masuk kedalam rumah.

Khairul tersenyum, melihat dhia nampak ayu mengenakan kain batik berwarna coklat muda berbunga merah jambu..

''sini bilik dhia.. '' kata dhia menolak pintu biliknya. Khairul melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Sebaik masuk, dia menutup kembali pintu bilik tersebut.

'' tapi tulah... Bilik ni, cuma ada katil bujang.. Malam ni khai tidur atas katil.. Dhia tak apa.. Dhai boleh tidur di bawah.. '' kata dhia..

"kenapa kita tak tidur saja atas katil bersama-sama.? " tanya khairul.

Dhia diam.. Tak membalas kembali.

'' Esha.. saja yang tidur dia atas katil.. Biar khai saja yang tidur di bawah.. '' kata khairul menarik kerusi belajar dhia, lalu duduk disitu.

'' nanti khai sakit belakang macam mana..? Tadi dah la memandu lama.. Esok nak balik, nak memandu lagi.. Kalau.. ''

'' Esha risau kan khai..? '' potong khairul. Wajahnya tersenyum manis.

'' bukan risau..! Tapi saya dah biasa kalau tidur di bawah.. '' balas dhia.

Khairul bangun dan berjalan menghampiri dhia.. Kemudian dia melutut dihadapan dhia..memeluk kaki dhia dan meletakkan pipinya di perut dhia..

'' khai buat apa ni?!'' tanya dhia kekok diperlakukan sebegitu.

'' saya lagi risaukan Esha, kalau Esha yang sakit belakang nanti, macam mana? .. Setakat tidur di lantai tu.. Tak menjadi masalah buat saya! '' kata khairul.. Dia mencium perut dhia sekilas..

Dhia yang tergejut.. Segera menahan bahu khairul dengan kedua tangannya.. Mukanya bertukar kemerahan kerana malu.

'' ba..ba..gunn..'' kata dhia gugup seraya menumbuk lembut bahu khairul.

Khairul mendongak melihat wajah dhia.. Yang sedang berdiri..

'kenapa selepas nikah.. Selepas kau sah menjadi milik aku.. Kau nampak lagi cantik dari sebelum ni Dhia Qaleesha..'

'' boleh khai panggil Esha sayang..? '' tanya khairul.

'kenapa bertanya..? Ikut suka diaaa.. saja nak panggil.. Dhia.. Esha.. Tak tanya pun! .. Sekarang tanya.. nak panggil sayang pula..'

'' boleh tak sayang? '' tanya khairul.

'tu kan.. Macam tu ke bertanya? .. Tapi sendiri dah buat keputusan! ..'

'' saaayaaaangggg'' panggil khairul lagi bila dhia masih diam.

''tak boleh!'' bantah dhia.

'' kenapa? '' khairul menyondol kan pipi kiri dan kanannya di perut dhia. Tangan dhia segera menangkap muka khairul dari terus mengeleng.

'' khaii.. Jangan macam ni.. '' khairul kembali mendongak.. Merenung kearah dhia..

'' ok boleh.. Panggil je apa saja.. I'm ok.. '' balas dhia pasrah..

'' ok sayang.. '' khairul segera berdiri..

'' nak mandi? '' tanya dhia.

'' boleh juga.. Sayang dah mandi..?''

'' saya tak nak mandi lagi.. Ada kerja nak buat kat luar tu.. Esok ayah nak buat kenduri kan.. '' kata dhia sambil membelek telefon bimbitnya.. Melihat pesanan dari pelanggan.

'' khai mandi dulu, marilah sa yang.. Tunjukkan bilik air.. '' kata dhia..

'' pffft'' khairul menahan gelak nya..

''Comel lah sa yang... '' kata khairul. Dhia membalikkan matanya keatas.. Lalu berjalan keluar dari bilik tersebut.

'alamak! Dia marah ke sebab aku gelak tadi..khai!! .. Kau ni dah kenapa.. Baru saja beberapa jam dia jadi isteri kau.. Kau dah buat dia marah..'

'' nanti pakai ni.. '' kata dhia meletakkan kain pelikat diatas katil. Khairul segera berpaling melihat dhia sudah ada disisi katil..

'' sayang, khai tak sengaja nak gelak tadi.. Jangan marah.. '' kata khairul.

'' marah? mana ada marah.. '' balas dhia.

'' nak buat apa kain tu.. '' tanya khairul menunjuk kearah kain pelikat tersebut.

'' boleh dhia buka tengok beg khai? '' tanya dhia.

'sah la dia marah.. Dah tak sebut sayang gaya dia dah tadi.'

'' sorry khai gelak tadi sayang.. Tak sengaja.. ''

'' ck.. Tak ada apalah''

' perempuan memang pelik.. Selalunya kalau tak ada apa ni.. Maksudnya adalah yang tak kena tu.. 'rungut khairul

Dhia mengeluarkan sehelai baju khairul..dan dia berjalan ke almari mengambil tuala untuk suaminya..

''marilah.. Dhia tunjukkan bilik air.. Sementara masih tak ada orang.. '' kata dhia

'see.. Dia marah.. Tapi tak mengaku...' khairul mengangguk lalu mengikut langkah dhia berjalan ke bilik air.

'' Esha.. Nanti ayah nak ke surau.. Nak beritahu untuk kenduri esok.. Nanti beritahu khai.. Minta dia ikut ayah ke surau.. Maghrib nanti.. '' kata dhani.

'' baiklah ayah.. Nanti Esha beritahu khai.. '' balas dhia..

'' saayangg.. '' panggil khairul dari dalam bilik air..

'' yea.. Kenapa? '' tanya dhia dari luar.

'' masuk kejap.. '' panggil khairul.

'' aa..apa.. Buat apa nak masuk..? '' tanya dhia.. Melihat kepada ayahnya.. Dhani segera berjalan pergi meninggalkan anaknya dengan senyuman dibibir.. Di dapur Qasrina dan eliya sudah gelak-gelak kecil..

'' masuklah tengok.. !'' laung Qasrina dari dapur..

Dhia menggigit bibir bawahnya.. Dengan muka yang sudah merah kerana malu.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik air dan melangkah masuk kedalam..

'' kenapa? '' tanya dhia perlahan.. Sebaik melihat khairul masih belum mandi. Masih elok berpakaian. Seperti asalnya.

'' saya tak tahu macam mana nak mandi? '' kata khairul.

'' hah! Tak tahu..? Khai.. Jangan buat lawak lah. Tak kelakar lah.!!.'' marah dhia.. Tapi masih mengawal suaranya agar tak kedengaran keluar.

'' mana ada saya buat lawak.. Kenapa tak ada shower..? '' tanyanya buntu. Sambil mengayakan tangannya ke atas kepala..

Dhia menutup wajahnya dengan Kedua-dua belah tangannya.. Geram.

'' cik abang! .. Mandi di kampung macam ni.. Ini cebok.. Ambil ni jurus sendiri di atas kepala.. '' kata dhia.. Menunjukkan cara mandi mengunakan cebok.. Dah serupa ajar cara mandi wajib pula rasanya..

'' faham ke? '' tanya dhia sebaik selesai membuat demonstrasi kepada khairul.

"che.. Bok?!" tanya khairul.. Segera dhia mengangguk..

'' mandikan khai..? '' dhia membeliakkan matanya.

'' mandilah sendiri..!! '' dhia melemparkan cebok kembali kedalam air.. Lalu berjalan keluar dan menunggu di luar pintu. Sebaik pintu ditutup kedengaran khairul ketawa mengekek.

'dia sengaja kan!!! Arghhh!..' kesal dhia dibuatnya. Mati-mati dia percaya khairul tak tahu nak mandi guna cebok.. Tapi ternyata..

'aku dipermainkan.. Cis!'

'' aiik.. Sejak bila bilik air kita ada penjaga ni? '' usik qaisarah yang baru keluar dari biliknya, melihat dhia berdiri terpacak di luar bilik air.

'' Sarah.. Mari sini tolong mak.. '' panggil Qasrina. Tak mahu qaisarah terus menganggu adiknya.. Sekaligus membuatkan khai tak selesa.. Kerana khai masih baru dan masih memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan keluarga mereka.

'' sayang.. Baju.. '' pinta khairul. Dhia segera menyuakan baju yang dipegang di tangannya..

'' dah siap.. '' kata khairul membuka pintu bilik air lebar-lebar..

'' saya nak tolong mak dulu tu.. Khai boleh kan ke bilik sendiri.. ''

'' ok sayang.. '' balas khairul lalu berjalan pergi.

Dhia melihat khairul berjalan pergi sampai khairul membelok masuk kedalam biliknya, barulah dhia berjalan menuju kearah Qasrina dan yang lain-lain yang sedang memasak di dapur..

'' masak apa mak..? '' tanya dhia.

'' lauk semua dah masak .. Tinggal nak goreng ikan saja.. '' jawap Qasrina..tangannya sedang mengaul garam dan kunyit kepada ikan kembung.. Dhia melihat qaisarah yang sedang membasuh sayur.

'' nak Esha tolong ke kak..? '' tanya dhia.

'' dah habis dah pun.. '' jawap qaisarah.

'' tak apalah.. Esha tolong makcik sajalah.. '' kata dhia.. Melihat eliya yang sedang membawa pinggan ke meja makan. Dhia mengambil dulang dan mengisikan gelas kosong lalu membawanya ke meja makan..

'' makcik.. Air? tak ada siapa buat? Nak Esha buatkan? '' tanya dhia.

'' boleh juga.. Buatkan air anggur.. Air gula kamu tanya ibu kamu.. '' kata eliya sedang merapikan meja makan.

Dhia kembali ke dapur dan mengeluarkan jug besar untuk membuat air. Setelah siap air yang dibancuh nya dia membawa ke meja makan.

'' siap dah? '' tanya dhani.. Sebaik melihat meja makan sudah penuh dengan makanan..

'' ha tunggu apa lagi ni.. Pergi panggil suami masing-masing.. '' arah dhani kepada dua anak perempuannya.

Dhia berjalan kearah biliknya.. Membuka pintu biliknya.. Matanya membulat dan tergejut melihat khairul sedang terbaring di lantai.

'kenapa dia tidur di lantai?' dhia cemas lalu segera melutut disitu..

Membongkok dan merapatkan telinganya ke dada khairul.. Dari situ dia dapat mendengar jantung khairul yang sedang bedegup dan dadanya yang sedang turun naik dengan perlahan..

Dup.. Dap.. Dup.. Dap..

'tidur? dia tertidur!!.. Dia tidur seperti orang...... Ahhh.. Dia buat aku takut sajalah..'

Khairul membuka matanya.. Mengintai..kemudian menutup semula bila melihat dhia mengangkat kepalanya..

Dhia menatap wajah khairul yang sedang terlena itu.. Ini pertama kalinya dia melihat wajah khairul secara dekat dan jelas begini.. Dari kening yang tebal itu.. Turun kemata.. Mata yang tertutup itu, dihiasi dengan bulu mata yang panjang dan lurus.. Hidung yang mancung kemudian bibir yang merah dan tebal..

'apa aku buat ni.. Sedar lah!!!'

Dhia segera memegang dada khairul lalu mengoyang nya..

'' khai bagun.. !'' panggil dhia.

"lembut dan empuk.." dalam tak sedar dhia menuturkan ayat itu perlahan, bila..tangannya yang memegang dada tadi sudah turun ke perut khairul..

"apa yang lembut dan empuk..?!" tanya khairul.. Merenung dhia.

'kan.. Dia dah bangun.. Tangan.. Ini semua salah kau.. Dan mulut.. Kenapa kau boleh terlepas cakap..!!' dhia memarahi dirinya sendiri.

'alasan.. Alasan apa yang aku nak bagi ni!! Tolong!..' kerana tangannya masih melekat di atas tubuh khairul begitu..

"tak dhia baru nak buat apa tuh.. Hmm.. Re..re Resusitasi....!" akhirnya alasan itu muncul.

"nak buat tu biar buat dengan betul sayang.. Tangan sepatutnya disini..'' khairul membawa tangan dhia yang ada diperutnya naik ke dadanya dan menyusun tangan dhia secara bertindan disitu..dhia akur.. Mengikut sahaja.. Debarannya hanya tuhan saja yang tahu.

'' lepas tekan disini... Kena buat apa? '' tanya khairul..

'masak aku.. Aku masuk dalam perangkap sendiri..'

'' tak tahu? '' tanya khairul.

'' ahh.. Tak perlu lah kan.. Sebab pesakit dah bangun..jantung pun berdedup elok kan.. '' kata dhia dengan senyuman seraya menarik tangannya kembali..

'' tak boleh macam tu.. kalau tak.. itu dikira hutang..sayang perlu bertanggungjawab.. Sebab sayang yang mulakan dulu.. '' kata khairul.. Dengan senyuman nakalnya..

'bertanggungjawab???!!'

'' jom kita makan.. Semua dah tunggu tu.. '' dalih dhia dan segera bangun.. Cuba melarikan wajahnya yang sudah merah kerana tertangkap, sungguh malunya bukan kepalang lagi. Dia cepat-cepat melangkah keluar dari bilik tersebut.

Khairul bangun, berdiri tegak kemudian menyelak sedikit baju yang dipakainya.. Dia memicit perutnya yang dekat dengan pinggang..

'lembut dan empuk!??..Nampaknya aku kena workout lebih ni.. Atau sekarang ni dah gemuk tak berotot.. Sebab setiap malam asyik pergi intai dia..?' rungutnya sendiri.

'' khai.. '' panggil dhia. Cepat-cepat khairul menjatuhkan bajunya semula.. Bila mendengar suara dhia..

'' ya.. Datang ni.. '' khairul melangkah keluar.. Melihat ahli keluarga yang lain sudah berada di meja.

Selesai makan.. Mereka bersantai sahaja.. Qasrina dan eliya keluar memanggil jiran-jiran memaklumkan tentang kenduri esok harinya. Manakala dhani membawa dua menantunya ke surau untuk solat maghrib, sekali memberitahu niatnya untuk membuat kenduri esok hari..

Sebaik pulang ke rumah.. Rumah itu sudah gelap walaupun malam masih muda.. Hanya ada qaisarah yang masih menonton televisyen di ruangtamu sendirian..

Khairul masuk kedalam bilik dhia.. Dia melihat dhia sudah terlena di atas katil.. Di atas lantai ada satu gulung tilam nipis yang masih telipat elok bersama batal di atasnya.. Khairul membentangkan tilam tersebut.

Selesai membentangkan tempat tidur dia mencari pengecas untuk mengecas telefon bimbitnya yang hampir mahu kehabisan bateri. Dia melihat ada wayar pengecas di atas meja belajar dhia..

Sebaik dia selesai mencucuk telefon bimbitnya di situ.. Telefon dhia berbunyi.. Bukan sekali.. Tapi beberapa kali, sampai membuatkan khairul tertarik untuk membuka dan melihat isi telefon tersebut..

'kenapa banyak sangat notifications yang masuk.. Siapa yang hantar?' jiwanya memberontak ingin tahu.

Khairul terus mengambil telefon tersebut.. Dia melihat ada logo aplikasi jualan diatas talian disitu..

'apa ni?' Perlahan-lahan khairul membawa telefon itu dekat dengan dhia dan menyentuh kan jari telunjuk dhia pada kekunci pengesan jari di belakang telefon bimbit tersebut.. Telefon bimbit yang terkunci tadi, terus terbuka. Satu persatu khairul melihat.. Sekadar melihat.. Tapi tak membukanya..

'' dah balik? '' tanya dhia tersedar. Dia melihat khairul sedang berdiri tegak di depannya.

'' apa ni sayang? '' tanya khairul.. Menunjukkan telefon bimbit dhia.

'' bagi balik!'' minta dhia seraya bagun.. Turun dari katil..

'' cakap dulu.. Apa ni? '' tanya khairul lagi.

'' kerja dhia lah.. Apa lagi.. '' kata dhia.. Masih berusaha mencapai telefon bimbitnya.

''kerja?berapa kerja yang sayang buat?.. Bukan sayang kerja dekat bakery.. Tapi ni apa?'' tanya khairul. Tak puas hati, selagi dia tak mendapat jawapan dari dhia.

'' sayang buat dua kerja?'' tanya khairul mendatar.. Dhia segera merampas telefon bimbitnya bila melihat tangan khairul sudah tak tinggi seperti tadi.

'' hmmm'' jawap dhia.. Menunduk melihat telefon bimbitnya..

''sayang.. '' dhia kembali mendongak melihat kearah khairul..

'' mulai sekarang.. Sayang boleh pilih satu kerja saja..! Atau sayang tak perlu kerja terus..! '' kata khairul tegas..

'' tapi kan sebelum ni kita dah sepakat.. Takkan.. ''

'' stop!'' jari khairul melekat di bibir dhia. Menghalang dhia dari terus bercakap. Dhia menepis jari tersebut..

'' khai sendiri dah setuju kan.. '' dhia masih membantah.

'' one more word sayang.. And I will kiss you!.. I'm warning you!'' kemudian khairul terus menjatuhkan badannya ke lantai.. Merenung dhia dari bawah sana. Manakala dhia..Menggigit bibir bawahnya geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience