BAB 19

Romance Completed 367809

Selama dua hari qaisarah berada di rumah sewa adiknya di bandar, dhia telah mengambil cuti dari keja separuh masanya di kedai serbaneka . Kerana qaisarah asyik memaksa dirinya untuk keluar menemaninya berjalan-jalan sepanjang tempoh qaisarah di bandar. Demi tak menghampakan kakaknya.. Dhia menurut sahaja kemahuan kakaknya itu.

Sepanjang itu juga dhia tidak berjumpa dengan lelaki yang bernama zarif.. Kerana tak mahu kakaknya berfikir yang bukan-bukan tentangnya.

'' syok kan tinggal dibandar ni.. Kakak suka.. Alangkah bagus kalau ayah izinkan kakak tinggal di bandar.. '' kata qaisarah senang..

'' Esha rasa biasa saja kak.. '' balas dhia. Manakan taknya.. Dhia buka mata saja kerja.. Lepas balik kerja saja.. Kerja lagi.

'' malam-malam pun masih ramai orang di jalan.. Kalau kat kampung jam-jam macam ni dah sunyi sepi Esha.. '' balas qaisarah teruja.. Melihat sekeliling dimana banyak anak muda sedang menghabiskan masa rehat mereka di jalan bersantai bersama sahabat mereka yang lain.

'' ni kan bandar kak.. Tak sama lah macam kampung.. Malam-malam macam ni masih ada yang kerja.. '' balas dhia.. Sungguh dalam fikirannya hanya kerja dan kerja sahaja.

Mereka berdua yang berada di medan selera uptown melihat sahaja aktiviti malam yang berlangsung disitu..

'' sayangnya esok kakak dah nak balik.. Rasa tak puas pula.. '' kata qaisarah.

'' nanti kan kakak boleh datang lagi.. Kakak tak perlu lah buat ayat sedih tu.. '' kata dhia kepada kakaknya.

'' betul ni? Kakak boleh datang lagi? '' tanya qaisarah gembira bila mendapat sokongan dari adiknya. Dhia tersenyum dan mengangguk sahaja..

Malam, keesokkannya.. Dhia bersiap untuk menghantarkan kakaknya ke stesen bas..

'' risa mana kak ina? Tak balik lagi ke? '' tanya dhia sebalik melihat marissa seorang saja yang ada di ruang tamu.

'' kakak yea.. Tak balik lagi rasanya.. Sangkut dalam jem agaknya tu.. '' balas marissa.

Dhia melihat ke arah jam yang melekat di dinding ruang tamu tersebut. Hanya berbaki sejam sahaja lagi sebelum, bas qaisarah bertolak balik ke kampung.

'' aku pergi dulu lah risa.. Ni kalau tunggu lambat lagi ni.. '' kata dhia.

'' kau nak pergi seorang.. Jom aku temankan.. '' cadang marissa.

'' tak payahlah... Kau kan demam.. Nanti kena angin malam lagi terus teruk demam kau ni nanti.. Aku pergi naik teksi saja.. Jangan risau. Ramai orang nanti.. yang ada di terminal bas tu.. '' kata dhia menyentuh dahi marissa yang masih panas.

'' kau makan ubat tak lagi ni risa.. Panas lah badan kau.. '' tanya dhia cemas.. Takut pula nak tinggalkan sahabatnya itu seorang diri.

'' dah.. Baru je makan ubat tadi.. Kejap lagi kebah la ni.. '' balas marissa lemah.

'' baguslah kalau kau dah makan ubat.. Aku nak pergi dah ni! Kau baring saja disofa ni diam-diam.. Tau tak!'' arah dhia kepada sahabatnya.

'' kau tu.. Hati-hati.. Apa-apa call.. Kalau nak balik nanti tak ada teksi.. Call kak ina.. Biar dia yang ambilkan kau.. '' kata marissa lemah dengan mata yang terpejam.

'' taulah aku.. Teksi banyak je dekat terminal bas tu.. Jangan risau ok.. '' balas dhia lagi.

'' kakak! Dah siap ke.. Jomlah.. Nanti tertinggal bas pula.. '' panggil dhia di anak tangga bawah.

'' dah! Nak pakai tudung saja ni.. '' balas qaisarah.

'' dari tadi Esha tengok kakak pakai tudung.. Tapi tak turun-turun jugak...'' rungut Esha di bawah.

'' dah siap lah.. !'' kata qaisarah turun menjinjit beg bajunya.

''jomlah kak.. Kita nak tunggu teksi lagi ni..''

'' kenapa tak naik kereta? '' qaisarah menjenguk keluar melihat kereta tak ada di hadapan rumah.

'' ohh.. Ina belum balik ya.. Jomlah.. Nanti kakak terlepas bas pula. '' sambung qaisarah lagi.

Untung ada teksi yang lalu di kawasan itu.. Kerana kawasan rumah mereka boleh dikatakan terletak di jalan yang agak sibuk dan digunakan oleh pengguna jalan raya.

'' kakak balik elok-elok tau.. nanti sampai mesej Esha.. Kirim salam dekat mak yea.. '' pesan Esha sebaik sampai di hadapan bas yang bakal dinaiki oleh qaisarah.

'' kirim salam mak saja? '' usiknya.

'' kirim salam kepada semua..'' balas dhia, tahu kakaknya sengaja menduga nya.

'' macam tu lah adik kakak.. '' balas qaisarah memeluk dhia sebelum memanjat naik anak tangga keatas bas..

Dhia mengikut untuk berjalan ke sisi bas.. Mencari dimana tempat duduk kakaknya.. Dia melihat qaisarah sedang duduk sambil menyelak langsir bas tersebut. Dua beradik itu saling melambai dengan wajah yang tersenyum manis. Tanpa siapa pun sedari dhia sedang diekori. Dhia menunggu sehingga bas itu bertolak ke luar dari terminal.. Kemudian Dhia berjalan menuju ke perhentian bas yang ada di luar terminal bas.. Belum sempat pun dia sampai di stesen bas itu. Sebuah kereta berwarna putih berhenti disebelahnya, keluar dua orang lelaki dari pintu kereta yang berbeza berjalan dengan pantas kearah dhia lalu menangkap dhia dan menutup mulut dengan kain yang mempunyai klorofom. Terkulai dhia disitu juga, tak sedarkan diri.

'' macam mana? '' tanya khairina bila tiba di hotel tempat yang dijanjikan.

'' dah setel.. '' kata lelaki itu menunjuk kearah bilik yang mengandungi dhia di dalamnya.

'' masuk dan bagi dia minum ni! Kalau dia tak nak.. Pandai-pandai lah korang buat.. Tapi jangan sentuh dia.. Kerja kamu semua selesai disitu sahaja.. '' arah khairina memberikan satu botol kaca kecil kepada lelaki itu. Lelaki itu masuk kedalam bilik itu semula.. Beberapa ketika barulah dia keluar semula dari bilik tersebut.

'' dah selesai.. Kami nak upah kami!'' kata lelaki itu..

'' ni upah nya.. '' kata khairina menghulurkan sampul tebal. Salah satu lelaki itu menyambut sampul itu dengan senyum lebar.. Begitu juga dengan sabahabatnya.

'' ingat.. !jangan sesekali korang bocorkan apa yang terjadi.. Kalau tertangkap.. Jangan pandai-pandai nak sebut nama aku !'' amaran keras dari khairina.

'' jangan risau.. Tak akan ada orang syak apa-apa.. Kami pergi dahulu.. Kalau ada job lagi.. Pandai-pandai lah cari kami ya.'' kata lelaki itu melirik memandang khairina dari atas kebawah. Khairina membalas dengan jelingan.. Melihat sahaja dua lelaki itu berjalan pergi.

'satu dah selesai.. Mengikut seperti apa yang aku rancangkan.. Sekarang tunggu abang sahaja..' khairina menarik senyumannya melebar..

'zarif.. Tak kiralah macam mana pun, kau akan jadi milik aku.. Hanya aku seorang.. Berapa banyak wanita yang dekat dengan kau, aku dah sisihkan.. Sekarang kau cari seorang lawan yang lemah untk beradu tenaga dengan aku.. Memang sah akulah juaranya..' khairina melihat dari jauh khairul sedang berjalan kearahnya. Wajahnya yang manis tersenyum tadi berubah menjadi resah dan gelisah.

''abang!'' panggil khairina.

'' mana perempuan tu? '' tanya khairul.

'' dia didalam abang.. Di mabuk.. Khairina yang bawa dia kesini.. Kami dari kelab tadi.. Tak tahu nak bawa kemana.. Jadi khairina call lah abang. '' kata khairina berbohong.

'' biar abang masuk tengok.. '' kata khairul. Berjalan menghampiri pintu bilik yang ditunjukkan oleh khairina.

'' tunggu abang!'' abang tahu kan apa yang perlu abang buat? '' tanya khairina. Menghalang pintu bilik tersebut.

'' tahu.. Hanya gertak dia kan.. Itu kerja mudah!.. '' balas khairul dengan yakin nya.

'' abang yakin abang boleh buat! Khairina takut abang termakan dengan pujukan rayu dia.. Tambah pula dengan wajah polos perempuan tu.. '' kata khairina berpura-pura cemas.

'' jangan risau kan abang.. Abang tahu apa yang abang buat.. '' kata khairul lagi.

'' baiklah kalau macam tu.. ''

'' khairina tak tunggu abang tau.. Khairina balik.. Abang selesaikan urusan abang ya.. Khairina tunggu abang di rumah sahaja.. '' kata khairina.

Khairina melihat khairul melangkah masuk kedalam bilik tersebut, sehingga tubuh abangnya hilang disebalik pintu yang tertutup rapat.

'yes!akhirnya.. Matilah kau perempuan.. Selepas ini kau kena hidup seperti perempuan tak bermaruah.. Silap-silap kau nak keluar rumah pun kau tak berani.. Kau belum kenal siapa lagi aku.. Aku ni khairina zuhairah.. Tak pernah lagi apa yang aku nakkan di halang oleh sesiapa.. Kini zarif akan jadi milik aku.. Kau tunggu zarif, cepat ataupun lambat kau tetap akan jadi milik aku.. Tunggu saja.. Aku akan atur semuanya sampai kau terpaksa terima aku dalam hidup kau.. Zarif. ' khairina ketawa sendiri.. Berjalan di koridor hotel dengan tersenyum lebar.. Sungguh hatinya senang ketika itu. Sangat senang sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience