BAB 10

Romance Completed 367824

Qaleesha melemparkan pandangannya keluar tingkap melihat pemandangan yang baru di matanya. Dia sendiri tak menyangka akhirnya dia berjaya keluar dari kampung yang sudah tujuh belas tahun dia diami tanpa pernah keluar jauh dari kampung tersebut.

'akhirnya aku bebas!!!.. Bebas dari semua orang yang aku tak sukakan.. Esha mulai saat ni.. Kau harus berusaha berdiri dia atas kaki kau sendiri selepas ni Esha.. Kerana kau sendiri yang sudah nekad memilih jalan ni.. Kau boleh Esha.. Boleh!boleh! Boleh!' qaleesha menyemangatkan dirinya sendiri.

Hampir tiga jam memandu.. Mereka sampai di rumah sewa milik marina. Qaleesha menjenguk melihat rumah teres dua tingkat yang bakal menjadi tempat tinggal nya..

''risa.. Bukakan pintu pagar.. '' arah marina kepada adiknya, segugus kunci dihulurkan kepada marissa.

'' banyaknya kunci, yang mana satu kunci pagar ni.. '' rungut marissa, sambil membelek belek satu persatu kunci yang ada..

'' ni ni.. Yang ni.. '' kata marina menunjukkan ke pada sebentuk kunci yang bertanda warna hijau.

'' ok.. Tunggu kejap.. '' kata marissa. Dia keluar dan membuka mangga yang tergantung di pintu pagar itu. Pagar itu dibukanya besar-besar. Supaya senang untuk kakaknya memandu masuk kedalam.

Marina memandu kereta merah axia miliknya masuk kedalam halaman rumah sewanya. Bila marina siap pakir kan keretanya. Marissa kembali menutup pintu pagar itu.

'' kita dah sampai dhia..inilah rumah yang akan dhia duduk.. '' kata marina kepada dhia yang sudah melangkah keluar dari kereta.

'' terima kasih kak.. Kerana benarkan dhia tinggal disini.. '' kata dhia sopan.

'' alah.. Tak apa pun.. Lagipun kakak tinggal sorang jugak.. Kakak punya housemate baru ja nikah.. Jadi dia tinggal dengan suami dia lah sekarang ni.. '' kata marina dia meminta semula gugusan kunci yang berada di tangan marissa.

'' masuklah.. '' pelawa marina sebaik membuka pintu utama rumahnya.

'' assalamualaikum.. '' qaleesha memberikan salam sebaik melangkah masuk kedalam rumah tersebut. Matanya liar memandang isi rumah yang lengkap dengan perambut dan kelihatan selesa baginya.

'' cantik rumah kak.. '' puji dhia.

'' terima kasih.. Tapi bukan rumah kak.. Tapi rumah sewa.. '' balas marina dengan gelakkan kecil. Membuatkan dhia mengangguk.

'' kak.. Mana bilik kami.? '' tanya marissa sambil memegang beg besar miliknya.

'' jomlah naik atas.. '' kakak tunjukkan bilik.

Mereka bertiga naik keatas.. Marina menunjukkan kepada marissa dan dhia bilik mereka.

'' tentang yang kakak katakan tu.. Lagi dua hari korang boleh la masuk.. Tuan kedai tu kata bagi cukup bulan.. '' kata marina. Bila mereka sudah turun semula ke bawah bersantai.

'' tak perlu interview ke kak? '' kata qaleesha.. Dan anggukan dari marissa.

'' tak perlu.. Tuan kedai tu kata, datang saja.. Nanti dia beri tahulah kerja korang.. Kebetulan dia memang nak pakai orang dekat bakery dia tu.. Kalau ikutkan nak saja dia suruh korang masuk kerja esok.. Tapi takut korang lah tak ready.. Sebab baru sampai kan.. '' kata marina lagi.

'' terima kasih kak.. '' kata mereka bersama.

Setelah dua hari berlalu, mereka berdua dihantar oleh marina di sebuah bakeri yang besar dan juga tampak sibuk menyiapkan tempahan-tempahan dari pelanggan..

'' kak ni dua orang yang saya janjikan nak bawa untuk jadikan pekerja kakak.. '' kata marina kepada pemilik kedai tersebut.

'' ohh... Ini ya.. Masih muda-muda.. Baru lepas spm kan.. Kalau macam ni.. Kakak tempatkan kamu berdua di kaunter sajalah..'' kata citra.

'' boleh kak.. ''

'' panggil saja kak citra.. '' sambung citra.

'' oh.. Kedai ni, kakak punya lah.. Citra bakery.. '' sampuk dhia.

'' betul tu.. '' kata citra mengangguk sambil tersenyum.

'' viral dah kedai kak citra.. '' kata marissa pula. Dia pernah melihat kedai itu li media sosial.

'' ha ahh.. Korang jangan tak tahu.. Memang dah viral.. '' sokong marina.

'' ni nama apa.. Kakak nak panggil apa? '' tanya citra.

'' nama saya dhia.. ''

'' saya pula marissa.. Panggil risa je'' kata marissa.

''dhia.. Marissa kan.. Ok kak dah ingat.. Mari ikut kakak.. '' kata citra.

'' ok.. Ina balik dulu lah kak citra.. Nanti dah habis waktu kerja mereka.. Ina datang ambik mereka. '' kata marina.. Meminta diri untuk pergi.

Begitulah kehidupan mereka di bandar.. Qaleesha mula selesa tinggal dibandar.. Sampaikan dia membuat kerja dua sekali dalam masa yang sama.. Selepas dia selesai kerja di kedai roti milik citra.. Dia balik untuk mandi dan makan kemudian bersiap untuk keluar semula untuk berkerja di sebuah kedai serbaneka yang beroperasi dua puluh empat jam sehari..

'' dhia.. '' panggil marissa.

'' dan nak pergi? '' tanya marissa sebaik duduk disamping sahabatnya yang sudah siap berpakaian seragam yang ada cop lambang kedai serbanekanya.

'' ah ah.. Kejap lagi nak pergi lah ni'' kata dhia.

''kau tak letih ke? '' tanya marissa.

'letih? Memanglah.. Tapi kalau difikirkan balik lebih baik begini.. Sekurang kurangnya dia tak membuang masa begitu sahaja.' fikirnya.. Dia cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

'' aku sendiri pun letih.. Kau jangan nak tipu aku.. Kenapa kau nak kerja susah payah macam ni? kau kumpul duit nak kahwin ke? '' tanya marissa serkap jarang meneka tujuan utama dhia.

'' bukanlah.. Aku kumpul duit.. Untuk diri aku sendiri.. Sikit bagi dekat mak aku.. '' balas dhia.

'' aku takut kau sakit saja.. ''

'' mana ada.. Aku larat lagi lah.. Kalau aku tak larat.. Aku tak pergilah.. '' balas Dhia.

'' ok.. Jalan hati-hati tau!'' pesan marissa lagi.

'' baik !.. Tak jauh pun depan tu saja.. Kalau bosan datanglah singgah nanti ya.. '' kata dhia dengan gelakkan kecil di hujungnya.

'' mengada.. Tengoklah.. Kalau aku betul-betul bosan nanti aku singgah..'' balas marissa.

Dia keluar dari rumah itu dan berjalan ke jalan yang menyambungkan jalan utama.. Dimana ada kedai serbaneka tempat yang dia berkerja.

Dari jauh dia melihat kedai itu dipenuhi dengan beberapa pelajar kolej yang berada tak jauh dari situ.. Dia mempercepatkan jalannya agar cepat sampai ke kedai serbaneka tersebut.

Belum sembat tangannya mencapai ganggang pintu kaca yang sudah ada didepannya.. Ada tangan seorang lelaki terlebih dahulu mencapai dan menolak pintu tersebut. Bahunya dilanggar sedikit oleh lelaki tersebut agar lelaki itu, dapat meloloskan diri kedalam.

'apa ni! Entah datang dari mana.. Sedap-sedap saja langgar orang..' rungut dhia. Dia menjeling melihat lelaki tersebut.

'' adik.. Bagi yang itu.. '' suara lelaki itu kedengaran samar-samar dan dalam.

Dia melihat ramai yang sedang beratur di kaunter, dan lelaki tadi terus datang memotong barisan.

'' encik.. Tak rugi pun kalau ikut barisan.. Encik tak nampak ke ramai yang ada dibelakang encik.. Masing-masing sabar menunggu giliran mereka.. '' kata dhia. Menegur lelaki itu.

Lelaki itu berpaling melihat kepada dhia. Dhia melihat seorang lelaki yang memakai topeng pemutup mulut dan juga cermin mata hitam.. Lelaki itu menanggalkan cermin mata hitam nya dan merenung kepada dhia.

Dhia terkaku melihat anak mata milik lelaki itu, anak mata yang berwarna kelabu kebiruan.. Sangat cantik dan indah sekali anak mata milik lelaki itu.

'' saya nak cepat.. !'' katanya tegas.

'' tak boleh! '' dhia mengeleng. Sempat dia melihat barang yang mahu dibelikan lelaki itu..

' nak beli rokok saja.. Kenapa perlu nak cepat.. '

''cik.. Kali ini sahaja.. '' kata lelaki itu.

'' boleh.. Kalau orang yang sedang beratur tu izinkan.. '' kata dhia menunjuk kearah beberapa orang yang setia menunggu giliran mereka.

Lelaki itu segera berpaling melihat kepada beberapa orang yang sedang beratur di belakangnya.

'' boleh tak dik.. Bagi saya dulu... Saya satu barang sahaja.. Saja bayarkan sekali barang adik.. '' kata lelaki itu lagi.

Dia melihat sahaja gadis itu mengangguk.. Gadis itu turut meletakkan barang yang ada ditangannya untuk dibayar.

'wah.. Senang! macam tu saja.. Ada duit banyak senanglah belanja orang..' perli dhia.

'' ok terima kasih sekali lagi.. '' kata lelaki itu kepada gadis yang membenarkannya pergi dahulu.

'' terima kasih belanja saya.. '' balas gadis tersebut.

Lelaki itu kemudiannya menghampiri dhia dan mengoyang goyangkan kotak rokok yang sudah di bayar nya kepad dhia.. Melihat mata yang sedang mengecil itu.. Dhia pasti lelaki itu sedang tersenyum, di sebalik topeng yang menutup bawah wajahnya.

Dia membalikkan anak matanya keatas. Merasa meluat pula melihat lelaki tak beradab itu, sudahlah melanggarnya masa masuk tadi. Sekarang sedang berlagak pula

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience