BAB 49

Romance Completed 367824

Sejak mereka sedang makan lagi.. Khairina sudah memberi isyarat kepada khairul yang sedang duduk bertentangan dengannya.. Khairul hanya mengangguk kecil kepada khairina.. Selesai makan khairul mengikut khairina masuk kedalam bilik bacaan. Sebaik melihat khairul melangkah masuk kedalam bilik itu.. Cepat-cepat khairina menarik tangan abangnya..

'' abang! Perempuan tu siapa? '' tanya khairina tergesa-gesa.

'' kenapa khairina macam pernah nampak dia sebelum ni.. It seems familiar, to me.. '' kata khairina. Masih cuba mengingati dimana dia pernah jumpa dhia.

Khairul tahu, itu adalah soalan yang bakal khairina tanyakan kepadanya.. Satu keluhan dilepaskan.. Pinggangnya disandarkan ke meja baca.. Manakala tangannya dilipat, memeluk tubuhnya sendiri..

'' of course lah khairina kenal siapa dia.. Dia lah.. Dhia Qaleesha.. Wanita yang tak bersalah yang telah masuk kedalam perangkap kita sendiri.. Dalam perangkap yang khairina buat.. INGAT!'' kata khairul. Merenung tajam kearah adiknya..

'' APA! maksud abang.. Perempuan tu kekasih zarif.. '' terbit rasa kegusaran dalam diri khairina.. Barulah dia sedar siapa dhia.. Dulunya nampak biasa saja dimatanya..sudah berubah menjadi wanita cantik sekarang.

'' No! Kenapa abang nikah dengan dia? '' tanya khairina. Tak puas hati.

'' kenapa abang bawa dia masuk dalam keluarga kita.. !'' kata khairina lagi. Sungguh dia amat risau sekali dengan kedudukan dhia dalam keluarganya.

'' lupakan semuanya khairina.. Lupakan perangai buruk khairina yang lama tu.. '' tegur khairul.

'' apa yang abang cakap ni?'' tanya khairina.

'' khairina sendiri dengar kan apa yang ibu katakan tadi.. Dia dah jadi kakak ipar khairina.. '' kata khairul.

'' kakak ipar? kenapa abang boleh nikah dengan dia pula!'' marah khairina.

'' she pregnant.. Anak tu anak abang.. '' jelas khairul.

'' senangnya abang kahwin dengan dia.. Kerana dia dah mengandung.. Kenapa abang perlu kisah kan anak tu.. Tu cara dia nak perangkap abang..tengok abang dah kena nikah dengan dia.. Itu cara dia abang.. '' kata khairina.

'' jadi abang nikah dengan dia semata-mata nak bertanggungjawab keatas bayi tu..? '' tanya khairina lagi bila melihat khairul diam..

Khairul menjatuhkan kepalanya.. Kemudian berjalan mendapat khairina.. Sambil tergelak kecil.

'' itu hanya pada mulanya khairina.. '' kata khairul memegang kedua-dua belah bahu khairina.

'' itu semua dulu.. Apa yang kita buat sebelum ni semuanya salah..khairina tak tahu bertapa perfect nya dia dimata abang.. Dia sangat sesuai dengan abang.. Dhia lah wanita yang dijodohkan untuk abang.. '' terang khairul.

'' tapi dia tu.. ''

'' ahhh... Abang membuatkan semua ini menjadi semakin kusut.. Macam mana dengan zarif..macam mana nanti kalau mereka berdua berjumpa.. Maksud khairina tentulah mereka akan senang untuk berjumpa.. '' khairina berkata dengan suara yang mendatar.. Ada getaran bila dia menyebut nama lelaki yang sudah menjadi suaminya itu.. Sungguh dia dalam kerisauan yang amat besar.

'' zarif tu sudah sah menjadi suami khairina.. Sepatutnya khairina menjaga rumah tangga khairina.. Dan abang jaga rumah tangga abang.. Khairina jaga zarif baik-baik.. Khairina boleh janji dengan abang kan.. '' kata khairul menasihati adiknya dengan lembut.. Menyelitkan nama zarif didalam bait katanya.. Kerana itulah kelemahan utama adiknya.. Dia yakin khairina sanggup lakukan apa saja demi zarif.

Manakala di luar..

'Zarif!'

'kenapa kau perlu disini zarif.. Dalam banyak-banyak lelaki!! kau lah lelaki yang paling aku taknak jumpa..' dhia menghapus air matanya dengan tangannya.. Seraya menepis tangan zarif yang menyentuh bahunya.

'' dhia dah dengar semuanya kan? '' tanya zarif.

'' dhia kena pergi.. Ibu tunggu dhia di ruang tamu'' kata dhia.

''ibu bukannya menunggu dhia seorang saja.. Tapi menunggu kita berempat.. '' kata zarif.

Zarif dari awal sudah berada disitu mencuri dengar setiap perbualan dua beradik itu dari tadi. Bila dia melihat dhia datang menghampiri, zarif cepat-cepat bersembunyi. Sungguh dia tak menjangkakan.. Apa yang mereka mendengar tadi adalah sesuatu yang benar-benar di luar jangkaan mereka.

'' cuba dhia faham.. Kita sama-sama mangsa keadaan disini.. '' kata zafir menarik lengan dhia dan menghalang dhia dari terus pergi.

'' dhia.. seorang lelaki yang baik tak akan menyentuh seorang wanita sebelum perkahwinan... Sebelum sah menjadi suami isteri yang halal.. Itu bukannya mencintai.. Melainkan menghina namanya.. dhia.. '' kata zarif lembut..

Sakit! .. Hati yang sakit bertambah sakit bila mendengar kata-kata zarif.. Bagaikan luka yang baru ditoreh dan kini dulumurkan dengan garam.. Menambahkan lagi rasa pedihnya.

'' lepaskan tengku.. Kalau tak.. Dhia jerit.. '' kata dhia.. Menarik tangannya..

'' jerit lah.. Biar satu rumah ni tahu apa yang kita buat disini.. Biarlah.! . Zarif sendiri dah lama bersabar dengan semua ni.. Kali ini zarif dah bertekad.. Kalaulah selepas ni khairul lepaskan dhia.. Zarif tak teragak-agak nak mengambil dhia menjadi isteri zarif.. '' balas zarif.

'lelaki ni memang sudah gila.. Kenapa dia tak mengerti.. Kalau bukan khairul .. Belum pasti aku akan terus memilih dia..'

"lelaki yang baik juga tak akan menipu tak ikhlas dalam satu hubungan.. Tengku jangan terlalu yakin dengan percakapan tengku.. Belum pasti saya akan pilih tengku.." balas dhia.. Berusaha menarik tangannya..

Pergelutan berlaku siaitu.. Dhia berusaha menarik tangannya sampaikan, mereka terlanggar satu pasu bunga hiasan yang ada disitu..

Prrrannnng.... Bunyi itu kedengaran disegenap ruang rumah..

Khairul dan khairina keluar dari bilik bacaan.. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.. Kini semuanya datang tertumpu di kawasan itu..

'' kenapa ni sayang..? tanya khairul seraya memegang lengan dhia.. Dhia mengundurkan diri menjauh dari serpihan pasu itu.. Sekaligus mengelak dari khairul.

'' maafkan Esha ibu.. ''

'' ibu.. Zarif yang terlanggar pasu ni.. '' potong zarif..

Masing-masing diam seketika.. Saling berpandangan dan membuat andaian sendiri.. Khairina mendapatkan suaminya.. Memastikan tiada apa-apa kepada lelaki itu.

'' dah.. Dah.. Jauh-jauh.. Biar maid yang bersihkan kaca tu.. Jaga-jaga berjalan tu.. Takut terkena kaki.. '' kata liyana.. Bila melihat situasi kekok itu.

Mereka semua berpindah ke ruang tamu.. Semuanya duduk dengan pasangan masing-masing.. Liyana dapat melihat dhia yang awalnya tersenyum..dan kini senyuman itu telah hilang dari wajahnya.

'apa yang sebenarnya terjadi?'

'' ibu nak adakan majlis resepsi..sebab itulah ibu panggil kamu semua.. Nak bincangkan tentang tarikh dan tempatnya nanti.. '' kata liyana melihat satu persatu wajah yang ada d ruang tamu itu.. Semuanya tersenyum kecuali dhia dan zarif..

'pastinya ada sesuatu..'

'' tapi ibu.. Kenapa kita tak buat asing-asing saja..kenapa perlu sekalikan.. '' tanya khairina.. Sambil memeluk lengan zarif.

'' alang-alang kita buat sekali lah.. Senang.. Sekarang ibu nak dengar cadangan.. Dimana lokasi, yang sesuai nak buat majlis tu.. '' tanya liyana.

'' hmm.. Kita buat majlis tu dekat pantai.. Sekali majlis, bercuti dan.. Mereka boleh honeymoon sekali.. '' kata khairil..menunjuk kepada pasangan yang berada didepannya..

''siapa yang nak honeymoon kamu ke mereka?'' tanya liyana..

Khairil tergelak kecil.. Humairah pula, mencubit peha suaminya..

'' entah abang.. Cakap jelah abang nak pergi honeymoon.. Boleh je.. Mana tahun depan baby kami ada geng.. Abang satu.. Khairina satu.. '' kata khairul..

'' betul tak sayang.. '' khairul memeluk pinggang dhia.. Dhia sekadar mengangguk kecil..dan tersenyum tawar.. Memendam rasa.

'' kami pergi bercuti lah.. Bawa anak-anak kan.. '' balas khairil .

'' yea lah tu.. '' sampuk khairina pula.

'' dah-dah.. Boleh tak serius sikit.. Masa berjalan.. '' tegas liyana.

'' ibu.. Kita dirumah.. Bukannya office.. Perbincangan keluarga ni ibu.. Bukannya meeting syarikat.. '' tegur khairil..

Masing-masing sepakat ketawa bersama..

'' ibu bukannya apa.. Ibu tak nak lengahkan masa.. Taknak lewat pula tidurnya.. Terutamanya, Esha.. tak baik untuk Esha.. Untuk terus berjaga.. Dia perlukan rehat.. '' kata liyana.

'' tak mengapa ibu.. Esha ok je.. Lagipun, Esok Esha free.. Boleh sambung rehat.. '' balas dhia.

'' baguslah tu, bermalam saja disini.. Ibu rasa macam perbincangan ni akan makan masa memandangkan semuanya sedang bermain-main...'' rungut liyana, sampai terbawa balik keperibadiannya yang tegas itu ke rumah.

Perbincangan itu berlangsung agak lama.. Sampaikan dhia tersengguk-sengguk di menunggu kata putus dari mereka semua.. Dhia hanya mengangguk dan menggeleng saja..bila ditanya. Tak bercakap banyak.. Mahupun memberi cadangannya.. Semuanya diserahkan bulat-bulat kepada khairul.

Khairul perasan akan perubahan dhia.. Dia fikir mungkin dhia hanya letih dan mahu berehat..

Akhirnya perbincangan itu selesai.. Mereka akan mengadakan majlis itu di sebuah pulau.. Liyana memperingati dua pasangan pengantin itu untuk segera membuat persiapan untuk majlis itu.. Kerana majlis itu akan diadakan tak lama lagi.

Khairul membawa dhia masuk ke dalam biliknya.. Dhia masuk dan terus merebahkan dirinya diatas katil.. Dia menarik bantal lalu menutup wajahnya.

'' sayang.. Ada yang tak kena? Kenapa khai tengok sayang.. ''

'' mengantok.. '' potong dhia.

'' sayang kenapa ni? '' tanya khairul.. Menarik bantal yang menutup wajah dhia.

'' khai..tolonglah..jangan ganggu dhia.. '' kata dhia.

'' heyy.. Sayang kenapa ni.. '' kata khairul tak puas hati..

Bila melihat dhia masih juga membeku tak memberi sebarang respond.. Khairul memilih untuk tidur saja disebelah dhia..

Malam sudah larut.. Dhia pula tak dapat memejamkan matanya... Apa yang dibincangkan oleh khairul dan khairina berputar-putar didalam kotak fikirannya.. Terngiang-ngiang ditelinga nya.. Suara khairina menghinanya.

'kenapa aku harus fikir semua ni.. Kenapa harus aku sakit hati.. Sememangnya pernikahan ini dibina atas dasar apa??!!! ..' dhia merasa sebak didadanya.. Segera dia bangun.. Tapi tak tahu hendak menuju kemana..

Dhia berjalan melihat keadaan bilik khairul.. Dengan air mata yang mengalir di pipi..

' tak perlu menangis dhia.. 'dhia cuba menguatkan dirinya..

' tangisan tak akan membantu kau dhia.. Pernikahan ini hanya untuk anak kau dhia.. Sedarlah..kau yang terleka.. Kau terlampau selesa berada disamping dia.. Sampai kau terlupa semuanya.. Itu salah kau sendiri..! '

Selepas dhia puas beepusing melihat bingkai gambar yang banyak tergantung didalam bilik khairul itu.. Dia berpaling melihat kearah khairul.. Khairul yang sedang terbaring diatas katil..

' Kadang-kadang kita tak perasan.. Ada cinta di hadapan mata kita.. Kerana kita takut.. Takut untuk mengapai dan mengakui cinta itu.. Adakala kita perlu belajar untuk membiarkan ianya pergi.. Agar cinta itu akan lebih kembang.. Dari terus layu di tangan kita sendiri.. ' dhia sekadar melihat khairul dari jauh.. Takut khairul akan terjaga bila dhia berada dekat dengannya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience