BAB 70

Romance Completed 367824

Bergolek-golek ibu hamil itu di tempat tidurnya.. Katil besar itu bagai tak muat baginya dengan bantal-bantal kecil yang ada di sampingnya.. Tangannya meraba tempat yang terasa kosong disebelahnya.. Diraba lagi sampai ke hujungnya..

'kosong..' Matanya yang masih berat dibuka.. Perlahan-lahan..

'' hubby... '' dhia memanggil manja gelaran untuk suaminya..

Tapi panggilannya tak disahut.. Dhia bangun duduk diatas katilnya.. Mengosok matanya.. Dia memandang suasana bilik yang diterangi oleh sinaran lampu berwarna jingga.. lampu untuk kegunaan tidur mereka.

'' hubby.. '' dhia memanggil lagi. Tapi masih sama.. Tiada sahutan.

Selimut diselak, sehingga tersingkap semuanya menampakkan tubuhnya yang hanya mengenakan baju tidur paras lutut itu.. Kakinya menjejak ke lantai.. Kemudian berjalan ke arah bilik air.. Mencari khairul di dalamnya .. Tapi masih juga tiada.

'kemana dia pergi..' hatinya dirundum rasa cemas dan gelisah.. Tak pernah dia bangun, tanpa melihat wajah suaminya yang selalu tidur disamping nya, setiap malam.

Telinganya menangkap bunyi bising yang datang dari bawah.

'apa tu? Pencuri!' dhia memegang perutnya. Perasan cemas tadi sudah bertukar menjadi takut..

Dhia mundar mandir mencari sesuatu untuk dijadikan senjatanya.. Tapi tiada apa yang dia jumpa melainkan.. Satu penyembur lada yang memang ada didalam beg tangannya.

' boleh la ni.. Dari tak ada apa kan..' dhia membuka pintu biliknya.. Kemudian berjalan turun ke bawah..

'papa kamu ni kemana? tahu tak mama takut!' sambil berjalan dhia merungut.

Dhia mengintai ruang bawah rumahnya yang terang benderang..

'takkan pencuri buka lampu kan..'

Bunyi bising itu kedengaran lagi.. Ianya datang dari dapur.. Kakinya melangkah ke dapur perlahan-lahan.. dengan tangannya yang sudah sedia menghala ke hadapan menyuakan senjatanya.

'' HUBBY!? '' jerit dhia bila melihat khairul yang berada di dapur.. Memakai apron dengan seluar pendeknya sahaja..

'' sayang.. Kenapa turun.. Masih awal lagikan.. '' kata khairul.

'' ingatkan pencuri tadi.. Kalau tak dah lama kena sembur ni!'' dhia menunjukkan semburan lada yang ada dalam pegangan tangannya..

'' pencuri? Hensem, segak macam ni sayang cakap pencuri.. Memang tak patut lah sayang.. '' kata khairul.. Merampas semburan yang ada di tangan dhia. Takutnya betul-betul dhia sembur kepadanya..

'' kenapa tak pakai baju.. Pakai apron saja.. Tak senonoh betul la.. Hubby ni.. '' dhia menarik kerusi yang ada di dapur, kemudian duduk di situ.

'' ok apa macam ni.. '' kata khairul mengangkat dua keningnya keaatas menggoda dhia..

'' apa-apa aje lah.. Hubby buat apa ni? '' tanya dhia.

'' breakfast kita lah.. Nak siap dah ni.. '' kata khairul.

'' betul-betul lah hubby..'' dhia cemas, kemudiannya turun dari kerusinya.. Berjalan menghampiri khairul.

'' opps.. Tak boleh tengok.. Nanti saja sayang tengok.. '' khairul menghalang dhia dari terus mendekat.

'' kenapa pula tak boleh tengok? Takut ada yang terbakar pulak nanti ni.. '' kata dhia risau.

'' tu alarm ada kan.. Ada dengar dia bunyi tak? '' tanya khairul..menunjuk ke langit langit rumahnya.. Dhia kemudian mengeleng.

'' tak kan! So.. Semuanya ok.. Sayang jangan risau.. Kalini InshaAllah selamat semuanya.. Dijamin boleh dimakan.. Tanpa was-was.. '' kata khairul dengan yakin.

'' wow! Ada kemajuan... Tapi.. Kalau hubby masak hangit pun.. Sayang akan makan.. Macam yang sebelum ni..'' kat dhia menarik bibirnya tersenyum.

'' itu dulu.. Tapi yang ni.. Tak hangit dah.. Dijamin.. '' kata khairul.

'' sayang pergi naik atas dulu.. Mandi.. Tunggu hubby dekat atas ya nanti kita solat sama.. Sikit saja lagi ni.. Dah nak siap.. '' khairul membawa dhia sampai ke depan tangga.

'' hubby nak naik nanti.. Tutup semua api tau.. Jangan biarkan api terbuka.. '' pesan dhia menunjuk kearah dapur.

'' ok sayang.. Hubby faham. '' balas khairul.

'' pergi naik atas yea.. Nanti sayang cuma turun makan.. '' kata khairul lagi.. Dia menunggu dhia sampai habis mendaki anak tangga naik keatas.

'' hati-hati.. Kejap hubby naik.. '' kata khairul lagi. Kemudian dia kembali ke dapur..

''haiii..nasiblah semuanya di hujung jari.. Kalau tak.. Memang aku kena pergi kelas memasak lah jawapnya.. Habis kena gelak dengan orang nanti.. Mana nak letak muka..'' khairul memainkan semula video yang di hentikan tadi..

Selesai mereka solat.. Dhia turun kebawah.. Dia sendiri teruja nak melihat makanan apa yang telah disiapkan oleh khairul.. Sampai bangun awal sebegitu..

'' sayang.. '' panggil khairul dari dalam bilik.. Belum sempat dhia melangkah turun ke anak tangga terakhir..

'' ya.. '' jawap dhia.

'' naik sini.. Kejap!'' panggil khairul.

'sengaja lah tu..' rungut dhia.. Kembali naik keatas.. Mahu tak mahu dia kena juga memanjat naik keatas semula.

'' kenapa? '' tanya dhia tak puas hati.

'' pakaikan tali leher ni sayang.. '' kata khairul.. Kecil je mata dhia memandang khairul..

'' kenapa tengok Hubby macam tu... Macam tak puas hati je? '' usik khairul.

'' selalu tak pernah pun minta sayang pakaikan.. Kenapa hari ni.. '' kata dhia.

'' sebab.. Takut ada orang sabotaj.. '' kata khairul..

'' sabotaj? Sabotaj apa? '' tanya dhia sambil tangannya mengambil tali leher yang ada di tangan khairul.

'' kenapa sayang turun? '' tanya khairul..

'' nak buatkan air la.. Kan kita nak sarapan.. '' kata dhia.

'' bukan nak... '' sengaja dhia menarik ketat tali leher khairul sampai khairul berhenti bercakap..

''sayang!'' panggil khairul.. Menangkap tangan dhia..

'' tak baik tuduh orang tau.. Mana ada nak sabotaj.. '' dhia kembali melonggarkan tali leher khairul.

'' nakkkk morning kiss sayang.. '' kata khairul..

'' oohhh... Ingat dah tak nak.. '' kata dhia.. Menarik kembali tali leher khairul.. Sehingga bibir mereka bercantum menjadi satu.. Satu ciuman pantas dan lembut oleh kedua-duanya.

'' I love you sayang... '' ucap khairul..sebaik bibir mereka terlerai.. Ucapan Setiap pagi darinya seperti selalunya..

''l love you too..my dear suami.. '' balas dhia..

Khairul kemudiannya menunduk mengadap perut dhia...dielus-elus lembut perut itu..

'' assalamualaikum sayang papa.. Buah hati papa.. Harini.. Sayang duduk rumah dengan mama yea.. Jangan nakal-nakal tau, didalam tu.. Jaga mama untuk papa.. '' kata khairul kemudian mencium perut dhia.

Mereka sama-sama turun ke bawah.. Dhia masih juga tertanya-tanya apa yang dimasak oleh khairul.. Sengaja khairul menyuruh dhia menunggu di meja makan..hanya khairul saja yang sedang sibuk di dapur..

''taa-da..'' dah siap.

Khairul membawa dua pinggan di Kedua-dua belah tangannya.. Satu diletakkan di hadapan dhia..dan satu lagi diletakkan di tempatnya..

'' spegetti... '' kata dhia sebaik melihat makanan yang ada didepannya..

'' yup.. Khas untuk isteri tercinta.. '' kata khairul.

'' terima kasih nampak sedap.. '' kata dhia.

''kejap..hubby ambilkan air..'' kata khairul kembali semula ke dapur..

Kemudian dia sama-sama duduk di meja makan bertentangan dengan dhia..selepas mereka membaca doa..Khairul menumpukan perhatia sepenuhnya kepada dhia..

Berdebar saja rasanya bila melihat dhia menggulungkan spegetti dengan garfunya.. Kemudian dibawa masuk kedalam mulutnya.. Dhia mengangguk angguk kecil sambil mengunyah makanannya.. Khairul pun turun mengangguk kepalanya.. Mengikut rentak kepala dhia.. Dhia menyuapkan suapan kali kedua.. Mengunyahnya sampai habis..

'' sedap!'' kata dhia dengan senyuman di wajahnya..tersandar lega, khairul kerusinya.. Menunggu jawapan dari dhia umpama satu penyiksaan baginya.

'' jadi? Lulus? '' tanya khairul.. Dengan gembiranya..

'' lulus apa? '' tanya dhia..

'Pertandingan apa pulak yang suami aku buat ni..'

'' lulus ciri lelaki idaman sayang.. '' kata khairul..

Dhia gelak kecil.. Hampir saja dia tersedak.. cepat-cepat tangan Dhia meneguk air yang ada didalam gelas didepannya..

'' hubby.. Itu semua tak penting.. Sayang terima hubby seadanya.. Tak perlulah hubby buat semua ni.. Tapi.. Ianya bonus kalau ada kelebihan ni.. Sedap sangat hubby masak.. Serius sedap.. '' kata dhia.. Memegang tangan khairul yang ada di atas meja.

''tapi kan sayang kata.. Nak lelaki yang pandai masak.. So hubby cuba lah.. Jadi yang terbaik..untuk sayang..'' kata khairul.

'' tak pandai pun tak apa.. Kita belajar sama-sama.. Kita belajar semuanya sama-sama.. Nanti ada baby.. Lagi banyak yang kita kena belajar.. Cukup lah hubby, ada dengan sayang.... '' kata dhia.

'' yea sayang..hubby akan tetap bersama dengan sayang.. Selagi hayat dikandung badan.. You are my wife until my last breath.. That my promise.. '' kata khairul mengengam tangan dhia erat..

'' hubby tu phone hubby bunyi lah.. '' kata dhia dengan gelak kan kecil. Menunjuk kearah telefon bimbit khairul yang ada di meja makan itu dengan garfunya dari jauh.

'' ck. biarlah.. Kacau je.. '' keluh khairul. Menjeling telefon bimbitnya yang berada di sampingnya.

'' angkatlah.. Mana tau urgent.. Nanti kena marah pula.. '' kata dhia.

'' siapa yang berani marah'' kata khairul.. Melihat kepada nama pemanggil.

' kak myra.. ' tiba dadanya berdebar.

''kejap.. '' khairul menarik tangan yang mengengam tangan dhia.

'' assalamualaikum kak.. '' kata khairul. Dhia yang berada didepannya turut memandang kearahnya.

'' baik kak.. Nanti kami singgah ambik.. Terima kasih kak.. '' kata khairul kemudian mematikan pangilan.

'' result dah keluar? '' tanya dhia.. Sudah dapat meneka apa yang disampaikan oleh humairah. Khairul mengangguk kan kepalanya.

'' sayang nak ikut? '' tanya khairul. Dhia mengangguk.

'' ok.. Lepas tu kita kena ke pejabat.. '' kata khairul.

'' harap semua ok.. '' dhia menunduk mengelus perutnya lembut..

''Insya Allah sayang.. Semuanya akan baik-baik saja..ok. Sayang jangan risau..sekarang sayang makan ya..'' kata khairul memujuk dhia.

Selepas selesai makan.. Mereka berdua ke hospital untuk mengambil keputusan laporan kesihatan bayi mereka.. Kemudian terus ke pejabat bertemu dengan liyana.

Share this novel

WaneyZack
2020-09-13 21:46:08 

Hehehe... Alah.. Tapi terlanjur sudah zarif melafazkan talak..

EmaIra
2020-09-13 21:35:05 

i lebih suka watak zarif dan khairina..hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience