BAB 65

Romance Completed 367809

Khairina melangkah keluar dari bilik pejabat zarif dengan perasaan yang dia sendiri tak mengerti.. Semuanya bercampur baur.

'khairina.. Sudahlah.. Tak perlu kau pikir kan tentang perasaan kau.. Kau sendiri tahu kan.. Dia memang tak akan setuju dengan apa saja, yang kau buat pun.. Tak perlulah kau ambik hati..' khairina memujuk dirinya sendiri menghilangkan rasa sakit di hatinya.

'apa yang aku harapkan dari dia.. Nak menumpang kasih pada yang tak sudi.. aku mencintai kau dengan sepenuh jiwa.. Demi untuk bersama dengan kau zarif.. Aku pejamkan mata.. Matikan rasa.. Sampaikan kesabaran aku sudah membakar akal kewarasan aku sendiri.. Kau langsung tak pernah peduli dengan kasih sayang yang aku curahkan.. Hati aku semakin rapuh zarif.. Untuk terus berpegang pada ikatan suci ini.... ' khairina melangkah sesuka hatinya.. Sampai dia sendiri tak sedar dimana dia berada.. Nak menangis pun sudah dia tak berdaya..

' apa yang aku pikir kan ni..!! Kau dah gila ke khairina.. ' kaki khairina berhenti bila melihat ada tangga di hadapannya.. Dia mula tersedar.. Beg bekal yang dipegangnya terhempas ke lantai.. Dia meraup wajahnya.. Mencari sedikit kekuatan.. Kakinya terketar-ketar hampir saya dia jatuh terkulai disitu.. Cepat-cepat dia bersandar di dinding bagunan itu.

' aku sayang dia.. Takkan aku terpikir sampai macam tu sekali..' khairina mendongak kan wajahnya keatas.. Menahan air matanya dari keluar dari kelopak matanya..

Setelah emosinya sudah stabil semula.. Dia menunduk mengutip kembali beg yang terisi bekas makanan yang berada di lantai.

' jangan fikir lagi khairina.. Itu akan merosakkan mood kau untuk hari ini.. Ini pilihan kau.. Kau harus kuat..!! ' ayat itu bergema didalam fikirannya lagi dan lagi bila dia hampir putus asa dengan semuanya.

Khairina kembali masuk kedalam.. Berjalan kearah lif dan menunggu di hadapan lif, setelah menekan butang untuk turun. Dia memilih untuk tunggu ibu mertuanya di lobi utama sahaja..

Dalam dia asyik bermain dengan telefon bimbit ditangannya.. Ada seseorang datang menegurnya..

'' puan khairina.. '' panggil wanita itu.

Khairina mengangkat wajahnya melihat kepada seorang wanita yang berpakaian kemas tersenyum kepadanya.

''ya..saya.'' jawap khairina.

'' saya nak sampaikan pesan dari Puan Sri.. Yang puan Sri dah keluar dengan Tan sri.. Tadi, kebetulan ada kenalan mereka yang datang ke pejabat Tan Sri.. '' kata wanita itu..

'' baiklah terima kasih.. '' balas khairina.

Telefon yang berada ditangan terus mendail nombor ibu mertuanya.. Lama juga dia menunggu untuk panggilan itu disambung.. Tapi akhirnya operator yang menjawap.

'' puan.. '' panggil wanita tadi, yang masih ada disitu.

'' ya.. '' sahut khairina. Mematikan pangilan telefon.

'' hmm.. Sebenarnya.. Puan Sri tak bawa telefon bimbit bersama dia.. Sebab itu saya diarahkan oleh Tan Sri untuk menunggu puan disini.. '' kata wanita itu malu-malu.

'' oh.. Macam tu.. Baru saya faham.. Tak apalah saya balik dahulu.. Terima kasih tolong sampaikan pesan dari mertua saya. '' khairina bangun dan bersalaman dengan wanita itu.. Kemudian khairina melangkah pergi meninggalkan wanita itu sendirian di lobi.

'' mertua? '' wanita itu mengaru kepalanya melihat belakang tubuh khairina yang semakin menjauh. Kemudian rahang wanita itu terjatuh, dek kerana tergejut..

'jadi tuuuu! Isteri Tengku.. Ya Allah cantiknya!! Malunya aku!!!.. bodohlah.. Tak kenal dengan menantu Tan Sri.' keluh wanita itu. Memarahi dirinya sendiri.

Khairina membuka pintu keretanya.. Beg bekal itu diletakkan di tempat duduk sebelah sana..

'lapar lah.. Belum makan lagi ni..' keluh khairina..

'' pergi makan dululah.. '' khairina menghidupkan enjin keretanya.. Memandu keluar dari paking vvip masuk ke jalan raya..

'' kemana kita nak pergi.... '' katanya sendirian.

Dalam dia asyik memandu.. Tiba-tiba keretanya tersentak-sentak..cepat-cepat khairina memandu ke bahu jalan..

Kedengaran bunyi hon dari kenderaan ..yang ada di belakangnya .. Kereta tersebut memintas kereta khairina.. Menunjukkan rasa marah dengan membuatkan kereta mereka mengaum kuat, sebelum memecut pergi.. Khairina hanya mampu mengangkat tangan kepada pemandu itu.. memohon maaf.

'' kenapa dengan kereta ni? Tolonglah jangan meragam.. Apa yang aku nak buat sekarang ni? '' keluh khairina.

'dah la perut lapar.. Kereta pula buat hal..apalah nasib aku ni..'

Tokk-tokk--tokk

Tingkap kereta khairina diketuk.. Takut-takut khairina nak berpaling melihat ke tingkap.

'siapa pulak ni, ada yang nak marah aku lagi ke? Sebab berhenti dekat jalan yang sempit ni..'

Tokk-tokk--tokk

Tingkapnya di ketuk lagi.. Kali ni mau tak mahu, dia terpaksa juga berpaling..

Kepalanya berpaling Perlahan-lahan.. Melihat keluar.. Dimana ada seorang insan diluar yang sedang tersenyum kepadanya.

Khairina kemudiannya menurunkan sedikit tingkap kaca tersebut..

"masya Allah.. Khairina rupanya..tak sangka pula kita jumpa disini.... Kenapa dengan kereta..?" tanya lelaki itu.. Sambil menayangkan senyuman manis.

"ustaz.. Hmm.." khairina mengaru kepalanya.. Kemudian mengangkat kedua-dua bahunya..

"boleh bukakan bonet depan.. Biar saya tengokkan enjin.. Mana tahu boleh ok.. Kalau tak ok jugak.. Kena panggil mekanik jugak lah.." kata irfan dengan ketawa kecil.

' Senang sungguh dia ketawa.. Macam orang yang tak ada masalah.. Senyum tu tak pernah lekang di bibir dia..'

" khairina.. Khairina zuhairah.. " panggil irfan bila melihat khairina diam saja duduk didalam keretanya.

" ya apa..?" tanya khairina.. Bila dia kembali kealam nyata.

"boleh saya tengok enjin? .." ulang irfan.. Menunjuk kepada bahagian hadapan kereta..

Khairina mengangguk.. Tapi.. Dia yang tak pernah mengambil tahu perihal kereta itu, mula gelabah..

"sebenarnya. Khairina pun tak pernah buka.. Selalu hantar kedai saja.." balas khairina.. Melarikan wajahnya kebawah.. Mencari sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Apa yang dicarinya.

"tak apa.. Boleh khairina turun sekejap.. Biar saja tengokkan.." sopan saja kata irfan.. Khairina mengangguk.. Kemudian berjalan turun dari kereta..

"hati-hati.. Kereta banyak tu.. Laju-laju pulak tu.. Khairina berdiri disana saja..." kata irfan.. Membukakan pintu.. Sekaligus menjaga, agar kereta yang sedang melintasi mereka tak memandu dekat dengan mereka.. Kemudian tangannya menunjuk ke arah bahu jalan.

Khairina keluar dari kereta, berjalan ke bahu jalan, kemudian berdiri di tempat yang teduh dilindungi oleh pohon tua yang merendang disitu.. Barulah dia perasan ada sebiji kereta ada tak jauh dari keretanya..

'kereta ustaz tu agaknya.. Ingat datang dari mana.. Tiba-tiba saja muncul..berangan apa lah kau ni khairina.. Takkan dia jatuh dari langit pula.. Tiba-tiba muncul nak tolong tengokkan kereta kau yang meragam ni'

Khairina melihat sahaja Irfan yang sedang meneliti enjin keretanya... Entah apa yang diketuk.. Digoncangnya di bahagian enjin itu.. Khairina langsung tak berminat nak ambil tahu..

'' khairina.. '' panggil Irfan..

'' ya.. '' khairina berjalan menghampiri Irfan.

'' boleh tolong start enjin.. Tengok boleh hidup tak.. Tangan saya kotor.. '' kata Irfan..

Khairina mengangguk.. Lalu berjalan masuk kedalam keretanya.. Kunci di pusing arah jam.. Tapi ternyata, masih sama..

Keretanya masih juga tak dapat dihidupkan. Khairina menjenguk kepalanya keluar melihat Irfan yang sedang tersengih di hadapan keretanya..

'' nampak gayanya.. Terpaksalah kita panggil kereta tunda.. Bawa ke bengkel.. '' kata Irfan dengan gelak kan kecil. Khairina menarik bibirnya tersenyum.. Kemudian mengangguk. Setuju dengan cadangan dari Irfan.

'' saya ada kawan.. Nak saya call kawan saya tu..? '' tanya Irfan.

'' boleh.. Khairina ikut saja. '' balas khairina. Setuju tanpa membantah.

Sambil menyuakan beberapa keping tisu basah kepada Irfan.. Irfan menunduk melihat kepada tangan khairina yang sedang menyuakan tisu basah kepadanya..

'' terima kasih.. '' balas Irfan.

'' sepatutnya khairina yang ucapkan terima kasih.. Sebab dah tolong khairina sampai tangan ustaz kotor.. '' kata khairina..

'' tak mengapa.. Saya memang nak lalu disini.. Tak sangka pula ni kereta khairina. Tapi tak dapat juga saya nak tolong.. Kereta tu tak hidup jugak.. Akhirnya kena tunggu orang datang tarik jugak.. '' kata Irfan sambil gelak kecil.

Tak lama menunggu.. Datanglah kenderaan untuk menarik kereta khairina.. Semuanya diuruskan oleh Irfan.. Khairina hanya berdiri disebelah sahaja.. Selepas khairina mengambil barangnya.. Khairina melihat keretanya itu ditarik pergi oleh kenderaan itu. Tinggallah mereka berdua disitu...

'' hmm.. Khairina nak balik.. Marilah saya hantarkan.. '' pelawa Irfan.

'' tak apalah ustaz.. Khairina ingat nak singgah makan dulu.. Dekat area sini... Tu yang khairina ada dekat sini.. Tapi kereta pulak meragam.. '' kata khairina. Irfan melihat sahaja tangan khairina yang sedang memegang beg bekal makanan..

'' tak tahulah.. Saya nak cakap macam mana lagi..'' kata Irfan kalini ketawanya kuat dari sebelumnya.

'kenapa dia ketawa... Kelakar ke kalau aku kata nak pergi makan? atau dia anggap aku ajak dia pergi makan?...' khairina keliru.

'' kenapa ustaz.. Ustaz pun nak pergi makan sama? '' tanya khairina.

'' lebih kurang macam tulah.. Itulah... Marilah kita pergi bersama.. Tapi naik kereta buruk saya.. Boleh? '' tanya Irfan.

'' mana ada kereta ustaz buruk.. Elok saja khairina tengok kereta ustaz.. '' kata khairina menunjukkan kepada kereta putih yang ada di hadapan mereka.

'' kereta saya.. kereta keluaran Malaysia saja.. Kereta tempatan.. Tak macam kereta khairina.. Buatan negara luar sampai saya sendiri tak tahu nak menyebut namanya.. '' kata Irfan tersenyum sambil membuka pintu keretanya untuk khairina.

Khairina masih terkaku ditempatnya berdiri.. Segan pulak di mahu mengikut ustaz muda itu pergi.. Naik kereta berdua dengan dia pula..

'' kenapa khairina? tak sudi naik kereta saya..? '' tanya Irfan.

'' bukan tu.. Saya seganlah nak ikut ustaz.. '' kata khairina menunduk kebawah.

'' tak apa khairina duduk di bahagian belakang.. Supaya tak timbul fitnah..'' kata Irfan. Nanti niatnya untuk menolong disalah erti kan pula menjadi dosa..

Khairina mengangkat kembali wajahnya.. Melihat tangan Irfan yang sedang memegang pintu di bahagian belakang..

Memang dari awal lagi ifran telah membuka pintu di bahagian belakang untuk khairina. Perlahan-lahan khairina mengangkat kakinya berjalan masuk kedalam kereta.

Ifran kemudiannya memandu kereta menuju ke sebuah restoran..

'' kita makan disini? '' tanya khairina dari belakang. Sebaik melihat Irfan memakirkan kereta dihadapan restoran itu.

'' ya.. Kenapa? khairina tak nak makan disini? nak makan ditempat lain? '' tanya Irfan.

'' restoran ni dah buka? Sebelum ni.. khairina tengok restoran ni masih belum mula berniaga... '' kata khairina.

'' ohhh.. Itu dulu.. Sekarang dah buka.. Buka sepenuhnya untuk orang ramai.. '' kata Irfan.

Mereka masuk kedalam kedai makan tersebut... Khairina melihat ramai pelanggan yang sudah ada didalamnya.. Sebaik khairina duduk di meja makan.. Irfan terus menghilangkan diri.. Entah kemana. Terpinga-pinga khairina sendirian di tempatnya.

'' assalamualaikum kak.. '' tegur pelayan yang manis bertudung kepada khairina..

'' waalaikummusalam.. '' jawap khairina.. Lalu menyambut menu yang diberikan oleh pelayan tersebut.

'' boleh saya ambik order kakak? kakak nak makan apa..? '' tanya anak muda itu.. Sopan dan lembut.

'' hmm.. Kakak tunggu kawan kakak dulu.. Boleh? '' tanya khairina.

'' kawan kakak? Ustaz irfan ya? '' tanya anak muda itu.. Khairina cepat-cepat menganggukkan kepalanya.

'' ustaz ada kerja sedikit dibelakang.. Dia pesan tadi.. Suruh kakak pesan makanan kakak.. Dia belanja..sekejap lagi dia datang balik '' kata anak muda itu.

'' sibuk di belakang?'' tanya khairina keliru.

'' ya..'' kata anak muda itu.

Selepas membuat pesanan makanan.. Anak muda itu pergi.. Khairina memandang sekeliling mana tahu Irfan akan muncul kembali.

Makanan yang dipesan khairina tadi tiba.. Khairina mula makan..memandangkan memang dia sudah lapar sangat.. Sedang dia sedang menyuapkan makanan kedalam mulutnya dia melihat Irfan keluar entah dari mana bercakap-cakap dengan pekerja kedai itu yang ada di kaunter.. Kemudian Irfan berjalan kearah khairina..

'' assalamualaikum ''

'' waalaikummusalam ''

'' ustaz owner restoran ni? '' tanya khairina.. Irfan hanya menayangkan senyuman kepada khairina.. Menjawap soalan yang ditanya kan oleh khairina.

'khairina kau dah susahkan dia.. Dah la dia kena tolong kau tadi.. Sampai kerja dia sendiri tertangguh..'

'' saya dah susahkan ustaz harini.. Saya.. ''

'' eh tak apa-tak apa... Saya tak kata pun khairina susahkan saya.. Saya tolong ikhlas.. Kalau tadi tu bukan khairina pun.. Memang saya akan tolong jugak dah memang niat saya...lagipun saya memang dalam perjalanan ke sini.. '' terang Irfan taknak khairina berasa serba salah dengannya.

'' kebetulan sekali kan.. '' kata khairina.

'' kita terjumpa bukan sebab kebetulan.. Tetapi Allah yang rancangkan.. Saya ada disitu untuk tolong khairina.. Waktu tu.. '' kata Irfan. Senyum seperti selalunya.

Entah kenapa.. Kata-kata Irfan itu menusuk masuk kedalam jiwa khairina mencairkan satu rasa yang sudah lama membeku.. Seolah-olah kata itu mempunyai maksud lain buatnya..

'ya Allah khairina.. Kenapa kau lalai.. Kau masih isteri kepada zarif..' khairina menundukkan kembali wajahnya melihat makanan yang ada didepannya.

'' makanlah dulu ya.. Nanti saya hantarkan khairina balik. '' kata Irfan.

'kenapa kau terlalu baik dengan aku.. Atau kau baik dengan semua orang di sekeliling kau..'

'' eh tak apa.. Saya dah pesankan grab.. '' bohong khairina.

'' ia ke.. Hmm.. Kereta khairina tu nanti saya bagi nombor telefon begkel..'' kata Irfan lagi..

'' terima kasih.. '' balas khairina.

Irfan kemudiannya meninggalkan khairina makan sendirian.. Tak manis pula baginya untuk berlama-lama dengan khairina yang masih sah isteri kepada zarif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience