BAB 61

Romance Completed 367824

Matanya meliar melihat satu mak buyung yang sedang ke hulu ke hilir keluar masuk kedalam bilik pakaian.. Kemudian keluar semula.. Kemudian masuk lagi. Menyusun baju yang baru dilipat bersama sama dengannya tadi..

'haish.. Kalau kita nak tolong.. Dia marah..ada saja alasan dia.. Senget lah, tak susun ikut saiz lah.. Kalau tak tolong kita tengok pun naik rimas..' khairul mengaru dahinya.. Matanya masih melihat dhia yang sibuk berjalan dengan perut besarnya.

'adoi.. Comel betul..'

PAP.. Dalam tak sedar khairul menampar pipinya sendiri.

'aduhhh..' pipi yang ditampar tadi dielus lembut..

'' kenapa..? '' tanya dhia yang baru keluar dari bilik pakaian..

'' nyamuk lah sayang'' balas khairul..

''ada nyamuk ke? '' dhia melihat sekeliling.. Tapi tak pula dia nampak nyamuk.

'' kena cari ubat nyamuk la lepas ni.. Sebelum ni tak ada nyamuk pun.. '' kata dhia..

'orang tu, yang selalu jadi nyamuk.. Adalah.. '

'' sayang.. Mari sini.. Duduk sini.. '' panggil khairul seraya tangannya menepuk sofa yang berada disebelahnya.

'' tak nak mengantuk.. '' dhia menguap.. Tangannya dibawa menutup mulutnya..

'haish.. Nak tidur dah..' keluh khairul.

Sejak kebelakangan ni dia dan dhia kurang berinteraksi secara langsung..

Selalunya berborak waktu makan..tak pun, dalam perjalanan balik kerumah macam tu sahaja..

'' marilah.. Kejap.. Hubby urutkan belakang sayang.. '' kata khairul..

'' tak nak.. '' balas dhia manja.. Tapi tetap juga khairul terus menggamit memanggilnya. Dhia berjalan dengan malas kearah sofa.. Sebaik sampai khairul menarik tangan dhia..agar dhia duduk di sofa di sampingnya.

'ni mesti ada benda ni? Nak cakap pasal abang eijaz lagi ke? atau.. Dia tahu apa yang jadi petang tadi..??' fikiran dhia sedang bercelaru, dihujani dengan berbagai persoalan..

Khairul menarik hujung rambut dhia.. Lalu jarinya bermain-main disitu.. Menggulung rambut dhia mengunakan jarinya.. Sampai rambut dhia menjadi beralun.. Kemudian khairul menarik yang lainnya.. Lalu dihidunya dalam-dalam.

''kenapa niiii?'' tanya dhia.. Semakin mengantuk dibuatnya bila khairul bermain dengan rambutnya..

Khairul menunduk.. Lalu mengambil dua kaki dhia yang ada dilantai.. dibawa ke atas ribanya..

'' huubby!'' tersentak dhia bila diperlakukan begitu.

'' hubby urut kaki sayang.. '' kata khairul..

'' tolong letakkan losyen boleh? '' kata dhia..

'' boleh.. Kenapa pulak tak boleh.. '' khairul menarik senyumnya dan bangun.. Kemudian meletakkan kaki dhia di atas sofa.. Dia berlalu untuk mengambil losyen dhia.

Sebaik mengambil losyen dia kembali duduk seperti tadi.. Mengurut perlahan kaki dhia..

'' sayang.. Khamis ni.. Kita jumpa kak myra yea.. '' kata khairul.. Perlahan.

'' kak myra.. Kenapa? '' tanya dhia.

'' kita.... check up di hospital pula.. Kan tak lama lagi sayang dah nak bersalin.. Hubby ingat nak kak myra saja yang sambut baby kita.. '' kata khairul.

'' hemmm ok.. '' balas dhia. Tanpa berfikir panjang..

'fuhh.. Lega..'

'' sayang mana losyen untuk perut sayang.. '' tanya khairul.

'' nak buat apa? '' tanya dhia.

'' nak sapu sekali lah.. '' balas khairul.

'' tak naklah.. Bergolek anak dalam perut ni.. Kalau hubby sapukan... '' rungut dhia.

'laa.. Selama ni tiap-tiap malam, aku juga yang sapu.. Tapi dia dah tidur.. Takkan dia tak sedar...' khairul bangun.. Mengambil losyen khas untuk ibu mengandung. Selalunya dhia akan letakkan di dalam laci disisi katilnya.

'anak bergolek ya.. ! Nak kena ni..' khairul kembali ke sofa..

Dhia sudah memejamkan matanya.. Khairul duduk di sofa.. Sebelah dhia.. Menyelak baju dhia.. Menyapu losyen tersebut dengan lembut.. Adakala dia merasa tendangan dari anaknya yang berada didalam perut dhia..

''jangan kuat-kuat sayang.. Mama letih tu.. Bagi mama rehat ya sayang..'' Khairul mengurut lembut di kawasan yang mana ada tindak balas dari anaknya..

'' ni, apa ni.. sayang papa.. Lutut ke siku? '' tanya khairul bila ada benjolan di sisi perut dhia..Seronok dia bermain dengan perut dhia..

'' betul lah.. Mama cakap sayang bergolek-golek dalam perut mama.. '' khairul ketawa sendiri..

'' hmmmm.. '' dhia mengeluh.. Menggerakkan badannya ke sisi yang lain.. Dhia kemudian meraba perutnya.. Seperti memujuk anaknya agar tak bergerak terlalu kuat.. Tapi akhirnya dhia kembali semula ke posisi asalnya..

'' sama saja baby dengan mama dia, sama-sama bergolek..'' kata khairul menutup kembali losyen yang dia baru gunakan tadi.

Perlahan-lahan khairul mengangkat tubuh dhia dan membawanya ke katil.. Meletakkan dhia dengan lembut diatas katil..

Tangan dhia melingkari leher khairul.. Khairul berpaling melihat tepat ke wajah dhia.. Mata dhia sudah terbuka sepenuhnya .. Siap tersenyum manis kepadanya.

'' terima kasih.. Dah puas bercakap dengan baby? '' dhia menarik leher khairul mendekat lalu meniup pipi khairul.

'' oh.. Selama ni sayang memag sedarlah.. Tapi sengaja pura-pura tidur? macam tu? '' khairul meleraikan tangan dhia yang melingkari lehernya.. Kemudian bercekak pingang di hadapan dhia.

'' selama ni? '' tanya dhia bingung.

'' jangan pura-pura sayang..kenapa sayang nakal sangat ni? '' tanya khairul lalu mencubit pipi dhia..

'' apa ni..? Sayang terjaga sebab baby ni begerak.. Tak paham la.. Pura-pura apa? .. '' dhia menyentuh perutnya yang bergerak lagi..

'aku salah ke?' fikir khairul.

'' pura-pura tidur.. '' balas khairul.. Menutup salahnya.

Dhia berpaling.. Lalu menarik selimut..

'' aikk? Marah? '' khairul mula ketawa.

'' memandangkan sayang dah bangunnnn...'' khairul mengusik dhia.. Menarik-naik selimut yang menutup tubuh dhia.

'' hubby.. Jangan.. Nak tidur.. Pleaseee.. '' pinta dhia..

Khairul melepaskan semula selimut tersebut.. Membetulkan selimut tersebut.. Agar menutup tubuh dhia. Kemudian dia membongkok mencium ubun-ubun dhia..membaca tiga qul dan juga Al-Fatihah buat dhia.. Agar tidur dhia tak terganggu.. Baik dari apa atau siapa saja yang berniat buruk buat isterinya itu.

'' tidur sayang.. '' bahu dhia ditepuk perlahan dan lembut..

Khairul kembali ke sofa.. Duduk disitu melihat telefon bimbitnya. Ada pesanan yang diterima dari hajar.

- assalamualaikum tuan, maaf saya lambat beritahu tuan.. Tadi, lelaki yang bernama Tengku tu, datang ganggu dhia..mujur ada abang dhia,eijaz. Dia yang tolong kami tadi. - Hajar.

- Waalaikummusalam.. Esok jumpa saya di office.. Saya nak dengar semua detail.. Apa yang terjadi.. A-Z.. - Khairul.

- baik tuan, saya akan ke office jumpa dengan tuan. - Hajar.

'kenapa dia tak nak cerita kepada aku terus? kenapa? Zarif tu berbahaya.. Seperti mana buruknya aku.. Apa kurangnya dia..' khairul berpaling melihat dhia yang sudah terlena diatas katil.

'jangan ada kesepakatan diantara kau dan zarif? tapi kenapa perlu kau marah bila aku bertanya siang tadi?'

'apa semua ni!kenapa aku mula sangsi... @#$%!.. Aku yakin dhia tak macam tu.. Tapi zarif yang menganggu dhia..' khairul bangun lalu masuk kedalam bilik air.. Mengambil wuduk.. Sekaligus solat.. Untuk menenangkan dirinya yang sedang dikuasai amarah dan bisikan syaitan yang menghasutnya.. Bila nama zarif timbul tadi.

Dia memandu kereta daripada kampung ke bandar semata-mata ingin bertemu dengan isteri tercinta.. Penat lelah tak dia hiraukan.. Demi mengubati hati yang dalam kerinduan.

Akhirnya dia sampai juga ke destinasinya.. Melihat bangunan tinggi itu saja sudah membuatkan hatinya senang..belum lagi dia melihat insan yang dia rindukan..

Hanif keluar dari perut kereta.. Kemudian dia mengambil beberapa barang yang dibawanya dari kampung untuk isteri tercintanya..

Penuh tangan kiri dan kanannya.. Berjalan dengan penuh semangat menujuke lif untuk naik ke lantai rumah yang dihuni qaisarah.

Sebaik pintu lif terbuka.. Dia berjalan dengan bibir yang kembang dengan senyuman menyusuri koridor menuju ke rumah yang disewa qaisarah.

Setibanya dia pintu utama rumah tersebut.. Dia meletakkan barang yang dipegangnya tadi di lantai.. Tangannya mencari kunci rumah yang tersangkut bersama dengan kunci keretanya..

Sebaik pintu rumah dibuka.. Hanif melihat kedalam rumah yang gelap gelita.. Tangannya meraba mencari suis lampu.. Beberapa suis ditekan. Ruang yang tadinya gelap kini disirami dengan cahaya lampu.. Terang benderang rumah itu.. Hanif mengutip semula barangan yang dibawanya tadi lalu diletakkan semuanya di meja makan..

'' tidur ke? sunyi saja? '' katanya sambil menguncikan kembali pintu besi dan menutup kembali pintu utama rumah tersebut.

Matanya meliar melihat keadaan rumah yang tak mempunyai banyak perabut itu.. Hanya ada barangan asas sahaja.. Kakinya melangkah masuk kedalam bilik..

'kosong? Sarah kemana?'

Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. Jantungnya mula berdegup kencang.. Teringat kembali kata-kata sahabatnya beberapa hari yang lepas.

'betul hanif.. Aku nampak isteri kau kat bandar tu.. Mata aku ni tak rabun lagi..dah la tak pakai tudung.. Baju serupa tak cukup kain.. Lepas tu melepak pula dengan budak-budak yang naik moto besar tu.. Elok menonggek naik motor sport tu.. 'kata-kata itu bermain-main didalam kepalanya..

Mulanya dia menafikan kata sahabatnya sekeras-kerasnya.. Menganggap sahabatnya sengaja mengadakan cerita tentang qaisarah yang tinggal di bandar sendirian.. Tapi bila melihat rumah sewa itu kosong pada waktu lewat malam begini.. Hatinya mula gusar.. Takutkan kata-kata dari kawannya itu benar-benar belaka.

Hanif menyelup tangannya kedalam kocek seluar.. Mencari telefon bimbitnya.. Nombor qaisarah didail nya.. Panggilan disambung.. Berdebar rasa hatinya menanti panggilan itu di jawap. Tapi, hampa.. Panggilan itu tak di jawap oleh qaisarah.

'' mana kau Sarah? '' hanif mundar mandir dia dalam rumah yang tak berpenghuni itu..

'kepada siapa yang nak aku tanyakan? dimana nak aku cari kau, Sarah? adakah aku terlalu percayakan dia? sampaikan dia, mengambil kesempatan keatas kepercayaan yang aku berikan kepada dia? apa yang aku perlu buat sekarang?' hanif buntu.. Berbagai persoalan timbul di fikirannya.. Sampai dia sendiri tak tahu semua jawapan untuk itu..

Hanif merebahkan dirinya di sofa menatap tajam kearah jam yang melekat di dinding rumah itu..

Setelah lama menunggu dia menangkap bunyi yang datang dari luar.. Seseorang sedang memasukkan kunci kedalam lubang kunci pintu rumah tersebut.

Plak... Pintu dibuka..

Masuklah qaisarah kedalam rumah itu.. Sendirian.. Hanif memerhatikan saja gerak geri qaisarah dari tempat duduknya..

'' BIE!!'' jerit qaisarah bila melihat hanif ada didalam rumah sewanya.

'' baru balik? Dari mana?!! '' tanya hanif tegas.

'' hmm.. Sarah baru balik... Keluar dengan kawan.. '' jawap qaisarah santai.

'' kawan yang mana? '' tanya hanif lagi.

'' kawan? Kawan lah.. Bie bukannya kenal pun kawan-kawan sayang.. '' balas qaisarah.

'' keluar waktu macam ni!! '' hanif bangun dari duduknya..

'' Lepas tu pakai baju yang macam ni!'' hanif menarik baju yang melekat ketat di tubuh qaisarah..

'' kemana? Disco? hah? naik moto dengan jantan lain? '' tanya hanif..

'' mana ada! Jangan menuduh sebarangan.. '' walaupun suara qaisarah bergetar, dia tetap menafikannya ..

'' kita balik kampung malam ni !'' kata hanif tegas memberi arahan.

'' tak nak !! Kenapa nak balik kampung pula.. Sarah taknak.. Sarah nak tinggal sini. " Bentak Sarah.

'' melawan! '' kata hanif.

'' salah kalau Sarah melawan! .. Sarah ada hak nak tentukan hidup Sarah! .. Bie yang janji kan sebelum kahwin.. Bie akan berikan kebebasan buat Sarah untuk tinggal di bandar kan! .. Sekarang Kenapa?!! salah apa yang sarah cakapkan ni!'' kata qaisarah.

'' kebebasan tu dah tamat Sarah.. Sekarang kemaskan pakaian semua atau.. ''

'' atau apa? '' lawan qaisarah memotong percakapan suaminya..

'' bie akan call ayah.. Biar ayah yang ajarkan Sarah.. Macam mana cara nak hormatkan seorang suami.. '' ugut hanif.

Bila mendengar nama ayahnya timbul diantara pergaduhan itu.. Qaisarah akur.. Dia menghentak hentakkan kakinya melangkah masuk kedalam bilik, mula mengemaskan semua barangan miliknya masuk kedalam beg pakaian besar..

Hanif yang berada di ruang tamu sekadar mendengar bunyi bising yang dibuat oleh qaisarah di dalam bilik.. Entah apa yang dibaling nya.. Sehingga mengeluarkan bunyi yang bising begitu..

Siap berkemas.. Semuanya.. Hanif mengangkat semua barang masuk kedalam kereta.. Terus memandu pulang ke kampung semula.. Wajah qaisarah mencuka sahaja sepanjang perjalanan.. Pasangan itu hanya membisu sepanjang perjalanan.. Hanya kesunyian yang sedang menyapa kedua-duanya..

'tiada lagi kebebasan yang aku pernah janjikan dulu dhaniah qaisarah.. Kerana kau dah patahkan kepercayaan aku..sekaligus membuatkan aku menjadi seperti suami yang tak berguna..' hanif terus menginjak pedal minyak.. Meluncur laju kereta putih yang dipandu hanif diatas jalan raya menuju ke kampung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience