BAB 43

Romance Completed 367824

Zarif tak kembali masuk ke pejabatnya.. Selepas kejadian bertumbuk dengan khairul ditempat awam tadi.. Macam manalah di nak ke pejabat dengan mukanya yang sebegitu.. Kalau ayahandanya lihat nanti.. Keadaan akan menjadi bertambah kecoh. Tambah-tambah pula bila tahu dengan siapa yang di berkelahi. Dia memandu ke atas bukit yang selalu dia pergi untuk melihat pemandangan dari atas sana.. Untuk menenangkan fikirannya yang sungguh kusut ketika itu..

Sebaik sampai dia memberhentikan keretanya di bahu jalan.. Dia melepaskan keluhan berat sebelum dia menolak pintu keretanya untuk keluar..

'' AAAAAGGHHHH!!!!'' laung nya kuat dan keras.. Ke arah pemandangan yang terdiri daripada bagunan tinggi di depannya..

'' dhia qaleesha !!! Dimana kauuu!! Kenapa aku tak dapat jumpa kau dhia... Dimana kau bersembunyi!!!'' jerit nya lagi..

Dada zarif berombak menahan rasa.. Dia menjatuhkan dirinya di tanah dan berbaring di rumput hijau menghadap ke langit biru diatas..

'' aku salah.. Kerana pergi macam tu saja.. Sebab aku terlalu marah waktu tu.. Aku tegejut dan tak boleh terima waktu tu.. Kepala aku kusut.. Aku perlu tenangkan diri aku.. Aku sangka kau berbeza dari wanita lain dhia.. '' katanya kesal.

'' tapi kenapa!! ''

'' kenapa terlibat dengan khai!!!''

'' khai tu... '' sebelah tangannya menumbuk kearah rumput..

'' sampai bila.. Khai.!!. Sampai bila kau nak jadi perampas!.. Merampas semua wanita yang ada di sekeliling aku..??? '' zarif meraup wajahnya sendiri..

Alunan lagu berbunyi nyaring yang datangnya dari telefon bimbit zarif. Mengganggu zarif yang sedang terbaring sambil menutup matanya rapat..

'' ck.. Siapa pula.. '' rungutnya. Zarif mengeluarkan telefon bimbitnya yang berada didalam poketnya dengan malas..

Tertera gambar seorang wanita separuh baya berambut perang berwajah barat tersenyum di paparan skrin telefon miliknya.. Siapa lagi kalau buah hatinya..

'' ehemm'' zarif segera membetulkan tekaknya.. Seraya menghilangkan rasa yang sedang mencekam dirinya tadi.. Agak tidak diketahui oleh si pemanggil.

''assalamualaikum.. Bonda!'' sapa zarif bernada ceria.

'' zarif! Where have you been?? .. Ayahanda dah tunggu di office.. Bukan ada meeting ke pagi ni.!? .. Kalut ayahanda kamu call bonda.. Kamu kemana? .. Dari tadi semua pakat call kamu.. Baru sekarang kamu angkat call... Kenapa? '' tanya ufairah dengan panjang lebar..

'' bonda.. Kenapa tak jawap salam zarif? ''

'' ya Allah.. Ni kamu lah.. Buat bonda kelam kabut macam ni.. Waalaikummusalam.. '' jawap ufairah.

'' kamu dimana...? Tak jawap lagi bonda tanya dari tadi.. '' bebel ufairah lagi.

'' zarif ada dekat luar lah bonda.. Ada urusan sikit.. '' balas zarif sambil menarik rambutnya kebelakang sampaikan kepalanya mendongak memandang ke langit yang biru di atasnya.

''jadi nak bonda beritahu apa ke ayahanda kamu ni?'' tanya ufairah.

'' bonda bagitahu ayahanda.. Teruskan saja meeting tuh.. Zarif ada kerja luar sikit.. Tak sempat nak balik.. '' terang zarif.

'' yea lah.. Nanti bonda call ayahanda.. Zarif kalau sempat balik la makan tengah hari...bonda bosan lah.. '' sambung ufairah.

'' maaf lah, bonda.. Tak sempat.. Esok je kalau free, zarif balik temankan bonda makan tengah hari.. Bonda ajak lah kawan bonda ke rumah.. Temankan bonda lunch.. Atau bonda lunch saja diluar.. Dengan kawan bonda.. '' cadang zarif.

'' uhhhh... No lah.. It ok.. Bonda malas nak bersiap untuk keluar.. '' ufairah memberi alasan.

'' bonda.. Zarif kena pergi ni.. '' kini zarif pula yang memberi alasan.

'' yeeeaa lah.. '' balas ufairah sebelum mematikan panggilan..

Zarif melihat ke telefon bimbitnya.. Bila panggilan sudah ditamatkan. Dia kembali berbaring diatas rumput dan memejamkan matanya.

'' haish.. '' keluh ufairah.

Kebelakangan ni ufairah hanya berkurung di dalam rumahnya sahaja... Mengelak untuk bergaul dengan kawan-kawannya.. Untuk mengelakkan gosip-gosip kurang enak mengenai zarif yang terpaksa bernikah dengan khairina kerana peristiwa di rumah datin Liyana tempoh hari.

Sampaikan dia memberhentikan semua pelayan dan orang gaji rumahnya kerana tak mahu mereka membawa mulut mengenai masalah yang menimpa keluarganya kepada umum.

Walaupun sudah hampir dua bulan perkara itu berlalu.. Dia tetap tak boleh menerimanya.. Tambah pula dengan perangai khairina..yang langsung tak menepati ciri-ciri menantu idamannya..

Khairina turun ke bawah.. Menuju ke ruang makan dimana ada ufairah sedang duduk sendirian disitu.

'' bonda.. '' sapanya seperti biasa.

'' hemm.. Dah turun, tuan puteri.. Orang lain dah kemana-mana.. Kamu baru je turun kebawah.. Dengan mandi pun tidak.. '' kata ufairah melihat kearah khairina yang kusut kerana baru bangun dari katil.

'' khairina lapar.. Tapi bonda jangan risau.. Khairina dah gosok gigi.. Dah basuh muka.. '' terang khairina.. Lalu tangannya menyenduk kan makanan ke pinggannya.

'' baguslah tu.. Bila lapar saja.. pandai pula kamu turun cari makanan.. Nak makan.. Cuba lah kamu berubah.. Bangun awal.. Buatkan sarapan untuk suami kamu, sebelum dia pergi kerja.. Ini tak.. Suami pergi kerja pun, kamu tak sedar.. Masih terbongkang diatas katil..'' bebel ufairah.

'' bonda.. Bukankah isteri ni.. Kena layan suami di atas katil saja ke? Lain-lain tu kan tugas suami.. '' kata khairina sambil menyumbat makanan ke mulutnya.

'pandai pula dia ni menjawap !' ufairah mengeleng kan kepalanya.

'' tak guna lah kalau dia nikah dengan kamu.. Tapi kamu tak layan dia.. Baik-baik.. Jaga makan pakai dia.. Ni sampai baju dia nak ke office pun tak ada.. Semuanya dah hantar ke dobi.. Dah tu tak reti nak pergi ambil ke.. '' kata ufairah.

'' khairina terlupa lah bonda.. Kemarin khairina ada kerja sikit.. Lepas tu balik terus.. Memang terlupa.. Bukan sengaja tak mahu ambil.. '' khairina masih membela dirinya.

'kerja apalah sangat yang kau buat diluar sana.. Kalau tak membazirkan duit anak aku.. Setiap hari kerja shopping saja memanjang.. Lepas balik.. Letih.. Membongkang je kerjanya..'

'' sedapnya bonda masak.. Ke bonda beli ni? '' tanya khairina.

'' masak lah! Orang dah jadi isteri orang ni.. Kenalah pandai masak.. Kalau tak pandai masak pun.. Boleh belajar.. '' kata ufairah lagi.

'' bonda ajarkan khairina masak boleh? '' khairina menyentuh tangan ufairah.. Membuatkan ufairah terdiam.

'' boleh lah bonda.. Ibu tak pernah ajar.. Bukan ajar.. Ibu selalu busy dengan syarikat tak ada masa nak buat semua ni.. Boleh tak bonda ajarkan khairina.. Khairina teringin.. Tapi.. Tak tahu nak mula dari mana.. '' kata khairina kembali menarik tangannya dan menguis makanan dengan sudu..

'' kalau nak belajar masak.. Turun nanti waktu bonda nak masakkan dinner.. '' balas ufairah..

'' terima kasih bonda.. '' kata khairina tersenyum lebar.

Ufairah melihat sahaja senyuman khairina yang dilemparkan kepadanya..

'apa salahnya.. Lagipun dia kan dah jadi menantu aku.. Sepatutnya aku layan dia macam anak aku sendiri.. Walaupun asalnya dia datang seperti duri yang menempel di dalam daging..'

'' nanti kalau bonda ajar, memasak.. Apa saja yang bonda arahkan.. Khairina kena ikut.. Tak boleh membantah.. Kalau tak.. Bonda takkan ajar lagi khairina.. '' ugut ufairah.

'' baik bonda.. Khairina akan ikut apa saja yang bonda ajarkan.. Apa saja yang bonda suruh nanti.. '' kata khairina..

'' yang pertama.. Kamu kena ambilkan baju zarif di dobi dulu.. Lepas balik dari tu baru kita belajar memasak.. Kalau tak.. Bonda tak tunggu.. '' balas ufairah..

'' boleh bonda.. Lepas habis makanni.. Terus khairina bersiap ke dobi.. Ambilkan baju zarif.. '' kata khairina.

'' lepas ambilkan tu baju tu.. Kamu kena susun dahulu.. Kemas-kemas dalam almari dia.. ''

'' baik bonda.. Lepas siap semua.. Khairina turun belajar masak dengan bonda. '' kata khairina lagi.. Sangat teruja.

'' ok!.. Tu pun kalau semuanya selesai.. Kalau tak.. ''

'' khairina akan siapkan semuanya.. Dan turun ke dapur.. '' ulang khairina lagi.

''oklah..bonda nak tengok sempat ke tak nanti khairina buat semua tu..'' khairina menggaru kepalanya.. Dia kembali terfikir kan berapa banyak baju yang telah dia hantarkan ke dobi..

'' khairina pergi sekarang!'' kata khairina seraya mendadak bangun.. Dan menghirup air teh yang dituang nya awal tadi.

Berlari lari khairina mendaki anak tangga menuju keatas.. Ufairah mengeluh melihat telatah menantunya..

'' kalau kau boleh berubah.. Bonda tak akan keberatan menerima kamu.. Tapi kamu harus buktikan yang kamu nak berubah.. Bukannya sekadar lakonan.. Sekejap nak berubah.. Sekejap jadi malas balik.. '' rungut ufairah..

Petang itu khairina menyudahkan kerjanya menyusun semua baju zarif ditempatnya.. Walaupun tak sekemas asalnya..dan ada beberapa barang milik peribadi zarif diletakkan ditempat yang salah kerana dia mahu segera turun ke dapur untuk belajar memasak dengan ufairah..

Zarif yang baru saja pulang.. Mendengar bunyi suara bondanya yang sedang berbebel di dapur..

'' bukan macam ni.. Bonda kata tadi kan.. Potong macam ni.. Hancur habis tomato ni khairina.. '' rungut ufairah.

'' maaf lah bonda.. Tangan khairina tak reti.. '' kata khairina.

'' pandailah bagi alasan tangan kamu.. Banyak lagi yang perlu kamu belajar ni khairina.. Cara kamu potong bawah pun salah.. '' rungut ufairah.

'' dengar tak ni.. ''

'' dengar bonda.. Khairina dengar.. Khairina akan belajar lagi.. '' kata khairina.

'' esok bangun awal.. Kamu belajar potong bawang saja dulu.. Esok bonda nak buat bihun goreng.. '' kata ufairah..

Zarif hanya menjengukkan kepalanya memandang ke dapur.

'sejak bila mereka ni main masak-masak pula..?' kemudian dia mengeleng, kakinya melangkah naik keatas. Membersihkan diri..

'aiik.. Baju semua dah ada!' kata zarif bila melihat almari pakaiannya sudah kembali terisi.. Tapi susunannya.. Boleh dikatakan gagal..

'' whatever !''.. Dia kembali menutup almari tersebut selepas mengambil pakaian tidurnya.

'' kenapa dengan muka tu zarif!!'' tegur ufairah bila melihat ada kesan lebam di sekitar pipi zafir..

''tak ada apa lah bonda.. Sikit saja ni..'' balas zarif sekilas memandang kearah khairina yang sedang menatang mangkuk besar berisi nasi dan membawanya kemeja makan.

'' sakit? Biar khairina letakkan ubat.. '' kata khairina sebaik dia meletakkan mangkuk besar itu ke meja.

'' tak payah!'' balas zarif dingin.

'ni semua.. Abang kau lah punya angkara.. !semuanya berpunca dari dia!' zarif hanya mampu menahan amarahnya.

Selesai makan zarif segera menarik khairina naik keatas..

'' zarif.. Sakit lah!'' adu khairina bila merasakan tangannya terasa pedih bila ditarik dengan kasar oleh zarif.

Sebaik sampai didalam bilik.. Zarif melemparkan khairina ke katil dengan kasar..

'' kenapa ni, zarif..? '' tanya khairina.

'' layan aku malam ni.. Kau suka aku sentuh kau kan.. Sekarang layan aku.. !!'' kata zarif membuka butang baju tidurnya..

Tanpa sempat khairina membalas.. Zarif terus melompat naik keatas katil..

'sebab abang kau! Biar kau saja yang bayar semuanya!' zarif terus berkasar dengan khairina.. Manakala khairina hanya menerima semua kekasaran yang diberikan oleh zarif tanpa protes. Menghadam semuanya dalam kebisuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience