BAB 9

Romance Completed 367824

'' Mak.. Lepas SPM nanti, Esha ingat nak ke bandar, kerja disana.. Boleh? '' kata qaleesha kepada Qasrina.

'' kenapa perlu sampai nak kena ke bandar.. Di pekan pun sudah banyak kerja yang boleh Esha pilih.... '' kata Qasrina.

'' alahh makk ni.. Sampai bila Esha nak terperuk disini.. Duduk dalam kampung ni .. Jemu lah mak.. Bagilah Esha ke bandar.. '' kata Qaleesha terus merayu Qasrina.

''tapi kita tak kenal siapa-siapa di bandar tu.. Legipun kerja apa yang esha nak buat disana.. keputusan SPM pun belum dapat lagi..''kata Qasrina.

'' Esha nak pergi dengan marissa.. Kakak dia kan kerja di bandar, kakak dia dah carikan kerja untuk kami.. Sementara tu.. Esha tumpang rumah dia dulu lah.. Boleh lah mak. '' kata Esha lagi lalu menjatuhkan kepalanya di bahu Qasrina.

'' tanyalah, ayah kamu.. Mak tak kisah kalau kamu pandai jaga diri, Jangan sampai kamu lupa diri bila ada di bandar besar tu..sudah la. '' kata Qasrina lagi.

'' saya tak izinkan.. !'' suara garau jelas kedengaran lantang membantah.. Kepala qaleesha yang sedang berada dia bahu Qasrina terpacak semula. Tergejut dua beranak tersebut mendengar suara milik Dhani. Di belakangnya ada Eijaz sedang berdiri di sampingnya.

'' tapi kenapa? Esha nak kesana dengan marissa. Kakak dia ada dibandar.. '' kata qaleesha.

'' kita tak ada keluarga yang tinggal disana.. Kalau ada apa-apa terjadi macam mana.. '' kata dhani, sempat di memandang kearah Qasrina.

'' abang.. !'' kata Qasrina.

'' diam.. Dia anak perempuan.. Kenapa nak kena ke bandar semata-mata nak kerja disana.. '' kata dhani tegas.

'' ayah.. Itu hak Esha.. Kenapa Esha tak boleh ke bandar. '' suara qaleesha mula sebak.. Bila permintaannya dihalang oleh ayahnya.

'' esha'' Qasrina menarik tangan anaknya. Kemudian dia mengelengkan kepalanya kepada qaleesha. Tak mahu anak itu manjadi biadap kepada ayahnya sendiri.

''boleh! kalau Esha nak sangat ke bandar tu.. Tapi ada syaratnya'' kata dhani membuatkan qaleesha yang sedang menunduk memandang kepada Qasrina mendongak memandang kepadanya.

'' syarat? Syarat apa? '' tanya qaleesha.

'' pertama kamu kena terima abang dan ibu tiri kamu masuk kedalam keluarga kita dengan rela hati... Dan yang keduanya.. Kamu boleh tinggal dengan kakak marissa tetapi.. Abang eijaz yang akan sentiasa memantau kamu disana..'' kata dhani sambil tangannya memegang bahu eijaz yang sedang berdiri di sampingnya. Eijaz melihat kepada dhani sebaik namanya disebut.

'' ayah.. Esha dah besar.. Kenapa pula dia nak kena pantau Esha.. '' bantah qaleesha. Menunjuk kearah eijaz.

'anak.. Kau rasa kau dah besar nak.. Tapi di mata ayah.. Kau masih anak kecil yang sangat rapuh.. Ayah takut kamu akan terleka bila tinggal jauh dari kami.. Hanyut dengan perkara-perkara yang bakal merosakkan kamu wahai anak..'

'' baik.. Esha terima.. '' balas qaleesha. Eijaz dapat melihat qaleesha sedang mengepal kan penumbuk nya, menahan satu rasa yang dia sendiri tak dapat meneka.

'' baguslah kalau macam tu.. Mulai hari ini, sekarang.. Waktu ini.. Esha, perlu berubah.. Kalau tak.. Jangan salahkan ayah kalau ayah tak benarkan Esha ke bandar nanti. '' ugut dhani.

Mahu tak mahu Qaleesha terpaksa mengikut syarat yang telah diletakkan kepadanya.. Dia bertukar menjadi seorang gadis hipokrit..bila di hadapan keluarganya dia berlakon menjadi anak yang baik dan melayan sahaja eliya dan eijaz. walaupun masih belum ramah seperti sebelumnya. Tapi semua itu hanya untuk tiket nya keluar dari rumah tersebut.

'' Esha.. Ni bekas air yang abang belikan.. Untuk Esha.. '' kata eijaz menyuakan satu bekas air berwarna pink kepada Qaleesha.

'' terima kasih.. '' balas qaleesha lalu mengambil bekas air tersebut.

Begitulah bermulanya.. Semuanya. Sehingga qaleesha dibenarkan berpindah ke bandar bersama dengan marissa.

''nanti di bandar jaga diri.. Solat jangan tinggal..''pesan Qasrina kepada anaknya.

'' baik mak.. '' balas qaleesha kepada Qasrina.

'' Esha kesana dulu.. Nanti abang akan menyusul.... '' kata eijaz. Qaleesha hanya membalas dengan anggukan kepalanya. Dia bersalaman dengan ahli keluarganya yang lain sebelum masuk kedalam kereta milik kakak marissa.. Marina..

''kami pergi dulu pakcik.. Makcik..'' kata marina.

'' baik, tolong jagakan dhia ya.. '' kata Qasrina yang berdiri paling dekat dengan kereta.

'' baik.. InshaAllah makcik.. '' balas marina sebelum masuk kedalam kereta.. Begitu juga dengan qaleesha dan marissa.

Qasrina dan yang lain-lain melihat saja kereta yang dipandu oleh marina berlalu pergi.

'ya allah.. Lindungi lah anak aku.. Aku mohon kepadamu ya Allah.. Agar anak itu sentiasa selamat hendaknya.' doa Qasrina.

Sempat eliya memandang anaknya sekilas.. Melihat anak terunanya sedang melihat kereta itu keluar dari perkarangan rumah mereka dengan perasaan hati yang berat.

Sebaik melihat semua orang sudah kembali masuk kedalam rumah.. Eliya yang berada di akhir sekali antara semuanya menarik bahu eijaz.

''eijaz.. Ibu nak cakap dengan kamu'' bisik eliya di telinga anak terunanya.

'' cakap apa ibu? '' tanya eijaz berpaling semula keluar melihat kepada ibunya.

'' mari kita bercakap dia sana. '' kata eliya menunjuk ke arah pohon rambutan yang subur merendang yang sedang galak mengeluarkan bunga-bunganya.

'' baiklah ibu.. '' balas eijaz mengangguk.

Eijaz mengikut sahaja, berjalan di belakang ibunya. Sampai kedua dua mereka sudah berada di bawah pohon itu dan duduk di atas pelantar kayu yang ada di situ.

'' eijaz.. Ibu tahu apa yang eijaz rasa.. Kepada qaleesha. '' kata eliya terus tanpa berlapik lapik lagi dengan anaknya itu.

Eijaz melemparkan pandangannya kearah ibunya yang sedang tersenyum kepadanya.

'' tak payah buat muka macam tu.. '' kata eliya.

'' ibu kenal anak ibu.. Kenal sangat.. '' kata eliya lagi.

'' ibuu.. ''

'' ibu tak suka kalau eijaz dengan qaleesha..? '' tanya eijaz. Sungguh susah dia nak luahkan semuanya.. Tambah pula, ini ibunya.. Bukan ayah kandungnya..masih terdapat batas malu dan segan.. Bila bicara tentang hati ke hati dengan ibunya.. Walaupun itu ibu kandungnya sendiri.

'' bukan ibu tak suka.. Tapi ibu tak izinkan!'' kata tenang memandang ke hadapan.. Memandang sawah padi yang sedang bergoyang sebaik angin datang menipunya. Eijaz berbaling memandang kepada ibunya. Sungguh dia tak menyangka kata itu keluar dari mulut ibunya..

'' tapi ibu.. Apa yang salahnya kalau eijaz dengan Esha.. Kami bukannya ada ikatan darah.. '' kata eijaz dengan nada kecewa.

'' memang lah.. Tapi ibu taknak kusut kan lagi, hubungan keluarga baru kita.. Sudah lah kita datang tak dijemput begini.. Kamu tengok orang kampung pandang ibu macam mana.. '' kata eliya perlahan.

'' ibu.. Eijaz tak ada dengar pun orang kampung yang cakap buruk tentang ibu.. '' kata eijaz menyentuh tangan ibunya.

'' itu yang eijaz tak dengar.. Tak semua lah yang mengata ibu.. Tapi setengah dari mereka sudah mengecop ibu sebagai perampas.. Menikahi seorang lelaki yang sudah berkeluarga adalah satu perkara yang berat.. Dipandang hina dimata masyarakat.. '' kata eliya sayu.

'' biarkan apa saja yang mahu mereka katakan ibu, hakikatnya kita sendiri yang tahu.. Yang nak menghadapinya.. Kita juga bukannya mereka.. '' kata eijaz lagi.

'' sebab itulah, ibu takkan izinkan kalau eijaz dengan Esha.. Itu akan merumitkan lagi keadaan.. '' kata eliya mengengam erat tangan eijaz yang berada di tangannya.

'' eijaz faham ibu, lagipun.. Esha tak pernah sukakan eijaz pun.. Eijaz saja yang tak malu nakkan dia.. '' kata eijaz menarik senyum dengan muka yang merah malu dengan apa yang baru dikatakannya.

'' baguslah kalau macam tu.. Tak lah ibu risau.. '' balas eliya tersenyum.

'jauh di sudut hati ini ibu.. Di sudut yang paling dalam.. Masih tersemat nama Esha.. Tapi tiada gunanya kalau tak mendapat restu dari ibu.. Demi ibu.. Demi kebahagiaan ibu bersama ayah... Eijaz diamkan saja dan terus pendamkan saja perasaan ini ibu.. Moga saja perasaan ini lama-lama akan terkubur dan diisi dengan nama wanita lain menggantikan nama Esha. 'eijaz menarik senyum nya menatap ke wajah eliya dalam-dalam.. Dia taknak wanita kesayangannya itu resah. Dia mahu melihat wanita itu terus senyum dan bahagia sahaja.. Cukup itu dapat menyenangkan hatinya.

''nanti eijaz jaga Esha di bandar elok-elok ya..'' kata eliya lagi.

'' ya baik ibu.. InshaAllah.. '' balas eijaz.

'' dua beranak ni, sembang apa.. Patut lah ayah cari didalam tak ada, rupanya ada disini!'' tegut Dhani.

'' ayah cari ke? Kami duduk makan angin disini.. '' kata eijaz bangun sebaik mendengar suara dhani menegurnya.

'' sembang apa? '' tanya dhani.

'' biasa-biasa saja abang, duduklah'' kata eliya menarik tangan dhani. Supaya duduk disebelahnya.

Dhani mengangguk.. Dia membetulkan kain pelikat nya sebelum dia melabuhkan punggung di atas pelantar kayu buatannya.

''eijaz.. Nanti kamu tolong tengok-tengokkan Esha yea.. Kalau dia buat perangai pelik-pelik.. Kamu segera beritahu ayah.. Jangan nak melindungi dia.. Ayah tak nak dia jadi tak tentu arah disana nanti.''kata Dhani.

'' baik ayah.. Itu jangan risau.. Kalau eijaz nak balik kampung.. Eijaz akan ajak dia balik sekali.. '' kata eijaz lagi.

'' bagus cadangan kamu tu.. Ayah setuju.. Ayah beruntung ada anak seperti kamu.. Dapat ayah harapkan kamu.. '' kata dhani sambil tangannya, menepuk-nepuk bahu anak teruna itu.

Eijaz tersenyum sambil mengaru belakang lehernya, segan bila dirinya dipuji sebegitu oleh Dhani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience