BAB 63

Romance Completed 367824

Liyana kemudiannya meminta diri untuk masuk semula ke pejabat.. Sebaik melihat ibunya bangun.. Khairul juga turun bangun bersama.. Mengikut ibunya berjalan keluar dari cafe tersebut .

'' ajak esha bermalam di rumah ibu malam ni'' kata liyana.

''kami berdua sahaja? '' tanya khairul.

Liyana dapat menangkap apa yang sedang bermain di fikiran anaknya itu..

'ini pasti nak tahu..sama ada khairina datang juga malam ni atau tak.. Tapi bukan khairina yang menjadi isunya disini.. Melainkan zarif, suami kepada khairina.'

'' yea lah berdua saja.. Abang ril, ibu tak tahu lah.. Takut kak myra sibuk.. Jadi malam ni teman ibu dinner.. Hanya kita bertiga sahaja.. And.. Kalau rasa tak cukup ramai.. Boleh saja ajak maid..dinner sekali '' kata liyana cuba untuk bergurau dengan anaknya itu.

''ibu ni..boleh lah ibu.. Lepas ni kami terus balik ke rumah ibu.. '' kata khairul.. Membuka pintu cafe untuk ibunya.. Diluar ada seseorang yang sudah menunggu liyana di luar cafe..

Khairul tak terus ke meja dhia.. Dibiarkan dhia sendirian menunggu di situ..dari ekoran matanya.. Khairul melihat dhia langsung tak melepaskan pandangan melihat terus kepadanya.

'baru tahu kan..macam mana rasanya.. Degil!!.. Kalau kita salah.. Ada saja denda dia nak bagi.. Ni denda untuk sayang! ..'

Khairul membuka pintu peti aiskrim.. Lalu tangannya mengambil satu aiskrim dari dalam peti tersebut.. Kemudian dia berjalan kearah dhia.. Sambil melangkah, sambil membuka plastik pembalut aiskrim tersebut..

''hubby.. '' panggil dhia.

'rasakan! ...' hati khairul mula bergelak nakal. Tapi dia masih juga menayangkan wajah dinginnya kepada dhia.. Sebelah tangannya mengeluarkan cermin mata hitam lalu menyarungkan ke wajahnya.. Di letakkan kemas diatas batang hidung mancungnya.

'' hubby... '' panggil dhia lagi. Khairul terus diam membisu.

'ooppsss...!! Belum cukup lagi sayang...' khairul mencari earphone dari jaket denimnya lalu menyucukkan ke telefon bimbitnya..

Salah satu earphone itu diletakkan ke telinganya manakala satu lagi dibiarkan terjatuh tergantung begitu saja.. Tangannya mula memilih folder yang ada didalam telefon bimbitnya..

Dhia melihat sahaja khairul yang ada di hadapannya.. Tapi sedikit pun khairul tak mengendahkan nya.. Walaupun dhia memanggil beberapa kali..khairul tetap menunduk memandang tepat ke telefon bimbitnya.

'macam mana aku nak pujuk dia?' kata dhia sambil memegang telefon bimbitnya.. Diletakkan di bawah dagu.. Sambil merenung kearah khairul..

'buntu-buntu! .. Nak minta tolong siapa? Pakcik google..? Ahhh merepek lah...' dhia meletakkan telefon bimbitnya kembali ke atas meja.. Matanya menangkap sesuatu yang menarik perhatiannya yang berada di tangan khairul.

'aiskrim! Nak!!!' kini mata dhia tertumpu kepada aiskrim yang berada ditangan khairul.. Yang baru dimakan sedikit oleh khairul.

'aduhhh .. Sayang kenapa tiba-tiba buat muka kesian macam tu..' khairul mengintai dari cermin mata hitam nya.. Melihat kemana arah yang dipandang oleh dhia..

'ooo.. Aiskrim!! ..' sengaja khairul menggerakkan aiskrim itu ke kiri dan kanan.. Ternyata betul apa yang dipandang oleh dhia.. Iaitu aiskrim yang berada di tangannya.

'' sejak bila hubby makan benda manis? '' tanya dhia.

'' panas!'' balas khairul sepatah.. Masih dingin kepada dhia.

Tanpa meminta kebenaran dari khairul.. Dhia menangkap tangan khairul yang ada aiskrim itu.. Lalu dhia menggigit sedikit aiskrim yang berada di tangan khairul.. Lepas satu gigitan.. Jadi dua.. Tiga..akhirnya habis semuanya dimakan oleh dhia.. Khairul santai menyuap aiskrim itu kepada dhia.. Tapi masih menjaga air mukanya agar tetap dingin.

'' sekarang, dah tak panas? '' tanya khairul..

'' siapa yang panas? '' tanya dhia kembali..

'' siapa yang makan aiskrim? '' tanya khairul lagi.

'sekarang ni apa? kita sedang main game sama macam game realiti TV tu.. Apa tu nama dia.. super spontan.. Hanya bole tanya soalan saja.... Segmen soal menyoal!! ..'

'' siapa yang suruh beli aiskrim? '' balas dhia. Masih tak mahu mengaku kalah.

Khairul menunduk.. Jari telunjuknya menolak kebawah cermin mata dengan jarinya.. Sehingga cermin mata itu turun ke pangkal hidung khairul.. Nampaklah anak mata khairul yang hitam itu.. Sedang mengintai dhia dari sana.

'' ape tenung-tenung? Tak puas hati? '' kata dhia lagi.. Kemudian mengalihkan wajahnya kearah lain.

'aiiikk!! .. Lain pulak jadinya.. Tak boleh jadi ni! .. Buka patutnya dia yang pujuk kita.. Tapi ni dah terbalik pula.. Dia pulak yang acah merajuk sekarang ni..'

'' malam ni kita balik rumah ibu.. Makan malam dengan ibu.. '' kata khairul.. Kembali menunduk melihat telefon bimbitnya..

'rumah ibu? makan malam? Lelaki tu ada sekali ke?' dhia mengacau air yang masih bersisa di dalam gelas..

'' Hanya sayang, hubby dan ibu.. '' khairul menjelaskan lagi bila dhia hanya diam dihadapannya . Dhia menganggukkan kepalanya. Setuju.

Dhia menongkatkan dagunya.. Dengan Kedua-dua belah tangannya.. Menatap terus ke wajah khairul dalam-dalam. Khairul mengangkat dagunya.. Menghantarkan isyarat 'kenapa'.

'' marah? Sayang minta maaf.. Ibu dah terangkan semuanya tadi.. '' kata dhia mendatar.. Perlahan-lahan menurunkan tangan yang sedang menongkat dagunya tadi.

'' hemmm.. '' balas khairul.

'hemm je!!!' dhia tak puas hati.. Lalu segera bangun mendadak.. Sampaikan khairul turut tersentak sama.

'dia nak buat apa.. Jangan cakap dia nak lari pulak..' khairul mula cemas..

Dhia beralih duduk di sebelah khairul.. Mengambil earphone yang dibiarkan tergantung begitu saja oleh khairul..

'sedang dengar apa yang khusyuk sangat..'

Sebaik dhia mendegar apa yang didengari oleh khairul.. Dhia menyandarkan kepalanya ke bahu khairul.. Turut menghayati alunan merdu AlQuran dari earphone yang ada di telinganya..

'' lain kali.. Dengar dulu apa yang hubby nak cakap.. Sayang selalu suka ikut perasaan.. Suka pikir yang bukan-bukan.. Sayang sedar tak apa yang sayang cakapkan tadi? '' tanya khairul dengan lembut. Tangannya mengambil tangan dhia.. Mengengam erat tangan dhia.

Kepala dhia yang masih bersandar di bahu khairul mengangguk..

'' maaaffff... Sayang terlepas cakap.. '' balas dhia perlahan.

'' jangan sesekali pun sayang fikir perkara tu.. Sayang tak akan kemana-mana.. Today and always, beyond tomorrow, I need you beside me, always as my best friend.. Lover.. And forever soul mate.. " kata khairul dengan lemah lembut.. Jarinya mengelus-ngelus lembut jari halus dhia. Kepalanya berpaling mencium ubun-ubun dhia.

Dari kejauhan ada mata yang memandang kearah pasangan yang sedang beramah mesra mengalirkan rasa cinta antara satu sama lain.. Terbit rasa iri di hatinya.. Bila melihat pasangan itu mempamerkan rasa cinta mereka di tempat umum.. Tanpa rasa segan.

Khairul membawa dhia pulang ke rumah liyana. Seperti yang di janjikan olehnya kepada liyana..

Sebaik sampai di rumah besar itu.. Khairul dan dhia disambut oleh pembantu rumah.. Tersenyum saja pembantu itu menyambut pasangan yang bakal menjadi papa dan mama itu..

'' sayang berehat di bilik saja ya.. '' kata khairul.. Membawa dhia naik ke biliknya.. Dhia tidak membantah.. Mengikut saja langkah kaki suaminya memanjat naik anak tangga naik keatas.

Dhia melangkah masuk kedalam bilik yang pernah dia masuk sebelum ini. Kakinya melangkah melihat kearah dinding yang penuh dengan bingkai gambar.. Ada yang ingin dia tanyakan dari hari itu.. Tapi tak berkesempatan.

'' hubbyyyyy... '' panggil dhia manja..

'' ya.. Sayang.. '' jawap khairul..

'' banyak gambar hubby... Hubby dah jelajah ke seluruh pelusuk dunia...? '' tanya dhia..menunjuk ke dinding yang ada bnyak gambar khairul dan kawan-kawannya di tempat yang berbeza-beza.. Belatar belakangkan alam semulajadi..

khairul datang dan terus memeluk dhia dari belakang.. Meletakkan dagunya diatas bahu dhia..

Dhia menunjuk tangannya kearah dinding..
Khairul mula menerangkan gambarnya satu persatu.. Menerangkan secara terperinci setiap butiran gambar yang ada disitu.. Ada daripadanya turut ada zarif.. Amri dan juga roslan di dalamnya..

'' hubby.. Keliling dunia.. Cari siapa? '' tanya dhia.. Dengan senyuman di wajahnya.

Khairul yang tadinya rancak menceritakan pengalamannya di tempat orang.. Tersentak.

'cari siapa? aku..?' khairul memusingkan tubuh dhia.. Menatap wajah dhia dalam-dalam..

'' itu semuanya cerita lama.. Sekarang semuanya dah tak penting lagi.. Sayang lah hidup hubby sekarang.. Itu yang paling penting sekarang ni.. '' kata khairul. Dhia menarik bibirnya tesenyum, turut menyentuh tangan khairul yang memegang pipinya.

'' tu gambar siapa? '' tanya dhia. Menunjukkan sebuah gambar yang nampak istimewa kerana gambar itu lebih besar dari semuanya.. Tapi khairul langsung tak menceritakan tentang wanita yang sedang tersenyum didalam gambar itu ada juga zarif dan khairul didalamnya.

Khairul mendongak melihat kearah tangan dhia yang menunjuk ke arah satu gambar.

'macam mana aku boleh terlupa.. Aku rasa aku dah buang semua gambar dia..'

'' kawan lama sayang.. '' balas khairul. Meraup wajahnya. Lemas.

'' cantik perempuan tu.. '' puji dhia. Menatap lama wajah perempuan itu. Sememangnya perempuan itu cantik.. Dan gambar itu nampak sudah lama.. Khairul dan zarif juga kelihatan seperti anak remaja pada ketika itu.

'' hemm.. '' balas khairul.

'' kenapa tak kenalkan dengan sayang.. Dia dimana..? '' tanya dhia.. Didalam gambar itu, mereka nampak sangat mesra.. Dua lelaki sedang memeluk satu wanita yang berada ditengah-tengah.. Sedang tersenyum manis.. Memeluk kembali dua lelaki disamping kiri dan kanannya.

'' entah.. Hubby pun tak tahu dia dimana.. '' kata khairul.. Berjalan ke katil dan duduk disitu.

'' entah - entah.... Hubby keliling dunia ni... '' dhia mengangkat tangannya lalu membulatkan semua gambar yang ada di dinding besar - besar...

'' cari kawan hubby yang hilang tu yea.. '' kata dhia.

Khairul yang sedang duduk di atas katil, menelan air liur yang terasa berpasir di tekaknya.. Perit.

'perlukah aku berterus terang.. Tapi aku tak mahu dia sakit hati.. Boleh ke dia terima.. Kalau aku ceritakan semuanya..'

'' sayang.. '' panggil khairul.

'' emmm'' dhia berpaling.

''sebenarnya perempuan tu.. Nama dia nadeerah.. '' kata khairul.. Akhirnya dia memilih untuk jujur saja dengan dhia..

Dhia berjalan ke katil dan duduk disamping khairul.. Khairul mengambil tangan dhia lalu mengengam nya..

'kenapa dengan perempuan yang bernama nadeerah tu?'

'' dia mulanya adalah sahabat baik Hubby dan zarif.. '' kata khairul dengan hati-hati.. Dhia mengangguk paham.

'' tapi tulah.. Kalau lelaki dan perempuan ni berkawan.. Pasti lama-lama akan muncul satu perasaan sayang.. Jatuh cinta.. Waktu tu kami terlalu muda.. '' terang khairul.

'' itu cinta pertama hubby? '' tanya dhia. Santai..

Tangan dhia dielus lembut.. Perlahan-lahan khairul mengangguk..

'' cinta pertama.. Cinta monyet.. Atau apa itu hubby tak pasti.. Atau hanya berlandaskan nafsu.. '' kata khairul. Dhia yang mendengar, tersentak.. Menarik tangannya semula.

'nafsu?!'

'' sayang... '' khairul kembali memaut tangan dhia.

'' dimana dia..na..nadeera?'' tanya dhia.

'' tak tahu sayang... Dia menghilangkan diri empat tahun yang lalu.. Puas hubby dan zarif mencari.. Tapi tak jumpa.. '' kata khairul.

'jadi betullah tekaan aku.. Di jelajah satu dunia ni.. Mencari wanita yang bernama nadeerah tu..'

'' tapi tu semuanya cerita lama sayang.. Hati hubby yang dulu terluka..dan kini dah jumpa dengan penawar yang paling mujarap.. '' khairul mencantumkan dahinya dengan dahi dhia..

Tapi dhia kembali menjarakkan dirinya..

'' tapi kalau dia tiba-tiba kembali.. Macam mana? '' tanya dhia.. Dia merasakan kedudukannya goyah seketika.

'' biarlah dia.. Tak akan ada sesiapa yang boleh menghalang hubungan kita.. '' kata khairul. Membawa wajah dhia mendekat.. Sehingga masing-masing dapat merasakan hembusan nafas panas menghembuske pipi pipi.. Sampailah bibir mereka bercantum.. Menjadi satu.. Gerakkan yang lembut dari Kedua-dua bibir pasangan itu.. Lama kelamaan menjadi semakin panas dan berghairah..

Khairul kembali menarik wajahnya.. Berpaling kearah lain melarikan wajah yang sudah kemerahan..

'' kenapa? '' tanya dhia hairan.. Bila tautan bibir mereka terlerai.

'hampir terbabas!' keluh khairul.

'' sayang lupa yang sayang kena rest.. Kak myra cakap.. sayang.... Kena pantau keadaan sayang.. Tak boleh itu dulu... '' kata khairul berdehem beberapa kali.. Mengatur katanya yang berterabur.. Menghilangkan rasa yang sedang bergelora dada...

'' hemmm... Ok.. '' balas dhia.. Kemudian dia ketawa melihat wajah khairul yang menjadi kemerahan.. Membahang..

'boleh dia gelakkan kita.. Aduuh.. Last-last kita jugak yang kena denda.. Ceh..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience