BAB 37

Romance Completed 367809

Guruh mula berdentum hebat di luar.. Kilat pula sambung menyambung memancarkan cahaya putihnya.. Angin pula bertiup kencang sehingga kedengaran bunyi zink bumbung berlaga dengan satu sama lain.. Hujan mula menitiskan airnya.. Mulalah kedengaran satu irama terhasil daripada air hujan yang turun menimpa bumbung rumah tersebut..

'' khai.. '' panggil dhia..Bunyi hujan diluar lebih kuat, menyebabkan suara dhia tenggelam sama sekali.

Dhia bangun, menurunkan kakinya kebawah.. Mengintai keadaan suaminya..

'kesian pulak.. Tak apa ke? hujan ni! .. Kalau esok dia demam macam mana.. Selesema ke? apa yang aku nak jawap dengan ibu!..' dhia dirundum dengan perasaan serba salah..

Perlahan-lahan dia menghampiri khairul yang masih terbaring dibawah sana.. Dhia membongkok dan mengecilkan matanya merenung tajam kewajah kacak milik suaminya.. Untuk memastikan khairul betul-betul sudah tidur.

'' nak sambung apa yang tertunda petang tadi ke sayang?? ''

'' argghhh!!'' jerit dhia.

Khairul bangun menangkap dhia dan terus menutup mulut dhia dengan tangannya..

'' ssshhhhhh... Sayang. Kenapa menjerit.. Nanti kalau ada yang dengar macam mana? '' tanya khairul.

'' hm..mm..'' dhia menampar tangan khairul yang menutup mulutnya.

''opss! Sorry sayang..'' khairul menjatuhkan tangannya kebawah.

'' dah!! naik tidur atas!'' marah dhia.

'' garangnya..'' usik khairul. Walaupun dia tak dapat melihat dengan jelas wajah isterinya.. Dia dapat meneka dari nada bicara dhia.

'' serius ni? ajak khai tidur atas katil.. Tak menyesal..?'' tanya khairul.

''tidur saja, jangan macam-macam!'' dhia memberi amaran.

'' tak mau lah.. Sama jugak macam tidur dibawah ni.. '' perli khairul.

'' naiklah tidur atas.. Nanti lantai tu sejuk... Kalau demam macam mana..? '' dhia menarik lengan kekar milik khairul supaya mengikutnya untuk bangun.

'' jadi sayang memang risaukan suami sayang ni kan? '' tanya khairul.

'' yea..! Jom naik cepat.. Dhia mengantuk ni.. '' kata dhia..

'' sabarlah.. Tak kemana nya suami sayang ni.. '' khairul bangun dari tempat tidurnya..

Dhia mengesot naik keatas katil, dan berbaring di hujung katil.. Khairul naik keatas katil dan berbaring di atas katil yang bersisa untuknya..

''sayang...'' panggil khairul.

'' hmmm... '' balas dhia yang sudah memejamkan matanya.

''terima kasih sekali lagi..'' ucap khairul..

'' tak jemu ulang ayat terima kasih tu..? '' tanya dhia.. Dengan mata yang masih pejam. Khairul mengiring kan badannya mengadap ke arah dhia yang terbaring disebelahnya.

'' tak akan sesekali sayang!'' kata khairul.

'' terima kasih sebab bertanggungjawab.. Keatas anak didalam kandungan ni.. '' ucap dhia menyentuh perutnya..

'' boleh khai sentuh..? Perut sayang.. '' tanya khairul lembut.. Takut dhia tak membenarkannya..

'' hmm.. Kalau dhia kata tak boleh! '' khairul melepaskan nafas berat..

'' tak apalah kalau sayang tak bagi... '' jawap khairul perlahan.. Dia kembali membaringkan badannya mengadap ke bumbung yang sedang melindungi mereka dari titisan hujan.

'' boleh.. '' kata dhia diantara dengar dan tidak..

'' sayang cakap apa tadi? Boleh? '' tanya khairul..

'' ya.. '' balas dhia.

'' betul ni? '' tanya khairul.

'' saya tak akan halang khai.. Biar anak ni tahu dia ada seorang ayah.. '' balas dhia.

Khairul memegang perut dhia yang masih belum menonjol..Menampakkan bentuknya.

'' cuma.. Jangan kacau dhia tidur.. Saya mengantuk sangat.. '' kata dhia.. Lemah kerana bakal menjengah ke alam mimpi.

'' baik sayang.. Tidurlah.. Khai tak ganggu.. '' kata khairul dan mencium kepala dhia,yang sudah tak membalas kata kepadanya.

Dhia dapat merasakan tangan panas khairul menyentuh perutnya. Terus terbuka mata dhia..

'' dah! Dah stop!!. Khai ni, bagi betis nak peha pula.. Khai nak tidur bawah balik ke? '' marah dhia.

'' khai buat apa.. Khai cuma... ''

'' cuma apa khai.. Dhia mengantuk ni... '' dhia turun dari katil dan berbaring diatas tilam yang terbentang di lantai.

'' sayang.. Kenapa tidur dibawah?!'' tanya khairul. Dhia menarik bantal yang melapik kepalanya lalu menutup mukanya.. Sebelah tangan diletakkan di atas bantal itu.

'' tadi sayang yang cakap boleh.. Lepas tu kenapa nak marah-marah..? '' tanya khairul bingung.

'apa yang aku buat? Dimana yang salahnya?'

'' sayang...? '' khairul menghela nafas berat.. Tak mengerti kenapa dhia tiba-tiba marahkannya.

Hanya kedengaran bunyi hujan diluar sana menemani khairul yang masih duduk diam di birai katil.. Dia kemudiannya bangun ke meja belajar dhia mengambil telefon bimbitnya.. Kemudian duduk semula di katil.. Dia membuka email dan menyelesaikan beberapa kerja yang tertangguh disitu.

Telefon bimbit itu diletakkan ditepi setelah kerjanya sudah selesai.. Khairul kemudiannya berjalan menghampiri dhia yang sudah dibuai mimpi di atas lantai.. Perlahan-lahan dia menarik bantal yang menutup wajah isterinya.

'sungguh keras sekali hatimu wahai isteriku... Mungkin ini juga hukuman buat suami mu, atas kesalahan dia sendiri lakukan sebelum ini ... Biar suami mu ini pendam segala rasa rindu.. Simpan dengan rapi rasa cinta ini.. Biarlah rasa sakit memendam rasa ini menyembunyikan segalanya.. Sampai satu hari nanti, sayang tahu juga.. Cinta ini hanya untuk sayang seorang.. Wahai Isteriku..'

Perlahan lahan khairul mengangkat dhia kedalam pangkuannya.. Mengangkat tubuh kecil itu dengan hati-hati agar dhia tak terjaga dan mengamuk kembali.. Dhia diletakkan kembali ke katil.. Sementara khairul kembali berbaring dibawah, diatas lantai.

Dhia terjaga seperti biasa bila mendengar penggera dari telefon bimbitnya berbunyi.. Dhia menggeliat kecil merenggangkan badannya..

'malas nya.. Rasa nak tidur lagi lahhh.. Tak puas tidur' rungutnya.. Seraya menguap dengan sebelanga tangannya menutup mulutnya. Dia kemudiannya turun dari katil..hampir sahaja dia memijak khairul yang terbaring di lantai..

'' ehhhhh!'' dhia mengaru kepalanya.. Kemudian melihat kearah katil.. Kemudian kembali melihat kearah khairul yang ada di lantai..

'' aku tak mengigau kan semalam.. Aku rasa, aku turun tidur dibawah kan, semalam? '' dhia kebingungan sendiri.

''biarlah..''dhia kemudiannya mengambil tuala dan berjalan keluar menuju ke bilik air.

Sebaik selesai mandi.. Dhia membuka pintu bilik air.. Hanif kebetulan baru keluar dari biliknya.. Berjalan kearahnya. Dhia segera menukar haluannya, menuju ke dapur.. Mengelak dari bertembung dengan hanif.. Dhia sengaja mangambil cawan yang tergantung dirak lalu menahan air dari mesin penapis air..

'' Esha.. '' panggil hanif. Dhia berpaling..

'' abang.. '' balas dhia santai. Sambil memegang cawan yang berisi air ditangannya..

Hanif melihat rambut dhia yang masih basah.. dia mendegar suara dhia menjerit semalam.. Dalam samar-samar bunyi hujan. Bibirnya tersenyum, kemudian kepalanya mengeleng..

'' jadi macam mana? Dia dah tahu? '' tanya hanif.

'' tahu? Tahu apa? '' tanya dhia mengerutkan dahinya.. Tak dapat menangkap apa yang ditanya kan oleh hanif sebentar tadi.

'' yang esha bukannya suci lagi.. '' kata Hanif.. Merendahkan suaranya..

Dhia mengeleng kemudiannya ketawa.

'' bukan urusan abang.. Abang urus sahaja rumah tangga abang.. Esha jaga rumah tangga Esha.. Tak perlulah abang susah-susah nak pikir tentang rumah tangga Esha.. Esha boleh uruskan sendiri.. '' kata dhia dengan senyuman di wajahnya.

'' jangan terlalu sombong Esha! .. Kerana lelaki tu kaya.. Jadi Esha ingat boleh berlagak macam ni.. Ingat! .. Abang tahu rahsia Esha.. Abang tahu apa yang esha sembunyikan didalam perut Esha tu.. '' ugut hanif.

'' Esha tak nak cari masalah dengan abang..! Esha hormat abang sebagai seorang suami, kepada kakak Esha.. Abang ipar Esha!! Jadi, tolong jangan melampau batas.. Abang ipar!!'' kata dhia tegas.. Kalau ikutkan rasa marahnya.. Mau saja dia curahkan air tersebut di wajah hanif.

'' tengok saja nanti Esha.. Sampai bila Esha nak sembunyikan semua ni.. Satu hari nanti, pasti terbongkar juga semuanya.. '' pesan hanif lagi sebelum berjalan pergi menuju ke bilik air..

Dhia menyandarkan punggungnya di kabinet dapur.. Kepalanya mendongak keatas.. Menahan rasa.. Bila dia merasa tenang.. Dia mencurahkan air yang didalam cawan tadi ke singki.. Khairul dari tadi menyaksikan semuanya didalam kegelapan.. Tangannya mengepal penumbuk.. Marah bila melihat dhia diugut sebegitu rupa oleh hanif..

'kenapa perlu kau masuk campur dalam urusan rumah kami.. Tunggu saja anak kami lahir.. Dan biar kau sendiri lihat nama siapa yang berada di belakang nama anak itu.. !!'

Melihat dhia mula melangkah.. Khairul cepat-cepat kembali kedalam bilik dan berbaring semula di tempat tidurnya.. Dhia masuk kedalam bilik.. Terus duduk di birai katil..kemudian termenung sendirian disitu. Khairul membuka matanya perlahan-lahan mengintai..

'kenapa dia tak kejut aku bangun?' khairul tertanya-tanya.

'' sayang.. Kenapa ni? '' tanya khairul melihat dhia terkaku di birai katil.

'' hmm.. Apa? Tanya apa? '' tanya dhia..

'' kenapa ni? ada yang tak kena? '' tanya khairul..

Dhia menggelengkan kepalanya.. Kemudian menarik senyuman nya..

"khai.. Imamkan saya solat subuh.. Boleh?" tanya dhia.

Khairul menelan air liur.. Gugup..

"khai takut.. Tak sempurna.. Sebab.. Khai masih jahil.. Entah layak ke tak jadi imam sayang.." ucapnya berlahan.

"tak apa.. Dhia faham.. Sikit-sikit pun tak apa.. Dhia faham.. Pelan-pelan saja kita belajar.." kata dhia..

"bangunlah.. Mandi.. Kalau taknak mandi pun.. Gosok gigi dulu.. Ambil air sembahyang dulu..dhia dah ada wuduk ni.. Dhia tunggu khai.." beritahu dhia.

"hmm.. Yelah.. Kejap khai pergi bilik air dulu.." balas khairul.. Bangun dari perbaringannya dan melipat tilam nipis itu..

Dhia melihat suaminya berjalan keluar.. Dia menghamparkan sejadah kepada khairul dan juga kepada dirinya.. Memakai telekung dan duduk disitu menunggu khairul.

Khairul masuk kedalam bilik melihat dhia sudah duduk di lantai menunggunya.. Khairul melihat kearah sejadah yang sudah dihamparkan kepadanya..

'ya Allah.. Permudahkanlah urusan kami hidup sebagai pasangan suami isteri..' khai akui dia gugup pada ketika itu.. Menjalankan tanggungjawab pertamanya.. Menjadi imam kepada isterinya..

Khairul menarik nafas panjang..dan menghembuskan perlahan..

"mari.." khairul menarik lengan dhia yang berlapik dengan kain telekung, memudahkan isterinya untuk bangun..

"kita mula ya.. Kalau khai tersilap.. Dhia tegur ya.." kata khairul.

"ok.." jawap dhia tersenyum kepada suaminya..

Dari mula takbir sampai ke salam terakhir..menyudahi solat subuh pertama mereka setelah sah bergelar suami isteri. Semuanya berjalan lancar..

'walaupun tak sempurna lelaki lain.. Tapi dia masih berusaha..' bisik hatinya.

"maaflah.. Khai baca surah pendek saja.." kata khairul sebaik berpaling kebelakang melihat kearah dhia.

"tak apa khai.." balas dhia tersenyum.. Lalu menyuakan tangannya untuk bersamalan..

Melihat dhia yang sedang menyuakan tangannya disebalik telekung.. Khairul menyambut tangan dhia.. Perlahan-lahan dhia menunduk mengucup tangan khairul.. Masing-masing terasa sepertinya ada sesuatu seperti petir menyambar didalam hati masing-masing .. Kedua-dua saling segera melarikan tangan. Menafikan apa yang berlaku.

'' ehemm.. Hmm'' khairul membetulkan tekak yang Tiba-tiba terasa kering.

''khai nak air? '' tanya dhia segera bangun.. membuka telekung nya.

'' hmm.. Tak.. Khai ok.. '' kata khairul.

Kemudian mereka keluar dari bilik.. Dhia kedapur menolong apa yang patut.. Manakala khairul bersembang dengan dhani dan hanif yang ada di ruang tamu.. Bila mendengar ada bunyi enjin kenderaan di luar dhani segera bangun kearah pintu.. Melihat lori yang membawa khemah dan kerusi meja sudah sampai.

'' khai... Ayah nak minta kamu alihkan kereta.. Orang nak pasang khemah dah sampai.. '' kata dhani.. Kepada khairul.

Khairul segera bangun dan berjalan ke bilik mengambil kunci kereta.. Dan keluar semula mengalihkan keretanya.. Dia masuk semula kedalam dan melihat dhia sedang sibuk menolong di dapur.. Dia kemudiannya kembali keluar semula keluar menolong di luar. Selesai memasangkan khemah.. Dia masuk kedalam semula untuk bersarapan.

'' siapa yang nak ke pasar..? '' tanya dhani..

'' khai boleh ayah.. '' khairul memperlawa diri..

'' khai ke.. Tak apa ke? '' tanya dhani, tak mahu menyusahkan menantu barunya..

'' boleh ja ayah.. Nanti khai bawakan ayah.. Lagipun kereta khai ada yang paling luar.. '' kata khairul lagi..

'' ha.. Eloklah tu.. Tapi pergi dengan Esha sajalah.. Ayah ada kerja lain yang nak buat.. '' kata dhani menunjuk kearah dhia.

'' boleh ayah.. Nanti ayah beritahu barang yang nak dibeli.. Esha belikan.. '' kata dhia..

Dhia kemudiannya masuk kedalam bilik untuk bersiap ke pasar.. Khairul sekadar pergi begitu saja..

'' jom.. Nanti lewat balik.. Tak sempat untuk kenduri nanti.. '' kata dhia

Khairul bagun dari duduk diatas kusyen yang ada dirumah tersebut.. Berpaling melihat dhia mengenakan baju kurung di tubuhnya.. Nampak manis dan ayu..

'sayang oii.. Nak cantik-cantik kemana.. Kita nak ke pasar saja..'

Khairul mencubit pipi dhia.. Geram.

Pap! Tangan dhia menampar tangan khairul yang mencubit pipinya. Khairul melepaskan pipi dhia dan tersenyum kearah dhia.

'' esha.. !'' dhia segera berpaling melihat Qasrina yang memanggilnya.

'' kenapa buat macam tu.. Dia tu suami kamu, tak boleh buat macam tu.. '' tegur Qasrina, menasihati anaknya.

'' dia yang buat Esha dulu.. '' balas dhia.

'' esha!'' dhani pula bersuara.

Dhia menarik wajahnya masam.. Kemudian melangkah keluar dari rumah.. Memakai kasut dengan kasar tanda protes.

'' khai pergi dulu.. Ayah.. Mak.. '' kata khairul berjalan keluar mengejar langkah dhia yang sudah keluar.

'' hai.. Budak-budak ni! Yang seorang mengusik saja dari kemarin lagi.. Yang sorang tu..haiishh..'' dhani mengeleng kepala, tersenyum melihat khairul yang berlari anak mengejar dhia diluar..

'' alah abang ni.. Orang baru nikah.. Pengantin baru lah katakan.. Kita doakan saja mereka bahagia.. '' balas Qasrina.. Yang turut mengintai di tingkap nako rumah tersebut. Hanif yang ada disitu berpaling melihat kearah isterinya.. Qaisarah.

'' saya tu bukan apa.. Khai tu saya tak kisah.. Tapi anak kita tu.. Esha.. Degil dia tu.. Sampaikan saya boleh hilang sabar.. '' kata dhani lagi.

'' Insya Allah.. Abang, saya tengok khai tu.. Boleh jaga anak kita.. '' kata Qasrina.

'' khai tu manjakan Esha sangat.. Nanti naik lemak budak tu.. Kamu sendiri tengok macam mana tadi.. '' kata dhani.

'' mereka melawak saja tu abang.. Abang bukannya tak tahu Esha tu.. Degil-degil dia tapi pemalu.. '' kata Qasrina.. Kemudian ketawa kecil.. Teringat peristiwa kemarin.. Muka dhia yang merah diusik khairul.

Tak lama selepas itu.. Dhia kembali dengan barang yang penuh ditangannya.. Begitu juga dengan khairul..

'' apa yang beli banyak sangat ni? Mak tak pesan pun ni.. '' kata Qasrina memeriksa plastik yang berisi beraneka jenis kuih yang dhia letakkan di atas meja.. Itu belum lagi dia melihat barang yang khairul letakkan penuh didalam singkinya..

'' tak tahu mak.. Mak tanya menantu mak.. Dia yang pandai-pandai beli.. '' kata dhia menunjuk kearah khairul yang sedang mencari bekas nak meletakkan separuh lagi bahan basah ditangannya.

'' kenapa banyak sangat ni khai..?" tanya Qasrina.. Sambil menyuakan besen untuk meletakkan bahan basah tersebut..

'' sikit saja ni mak.. Kan nak buat kenduri.. Takut tak cukup.. '' kata khairul..kemudian melihat kearah dhia yang sedang mengunyah kuih yang baru dibeli tadi.. Sambil menghidang sambil mengunyah.

''banyak ni.. Cukup dah ni..''kata Qasrina..

Beberapa wanita-wanita kampung sudah tiba dirumah tersebut.. Menolong menyediakan memasak hidangan untuk kenduri pada hari itu.

'' tu siapa Qasrina.. '' tanya mereka.

'' itu menantu kedua saya.. Suami dhia.. '' terang Qasrina..

Rata-rata itulah soalan mereka.. Setelah bertanya ada pula yang lain mula bercakap-cakap berbisik antara mereka.. Ada juga ayat-ayat yang tak sedap didengar dari beberapa wanita itu..

''sabar Esha.. Biarlah mereka nak bercakap.. Mereka ada mulut..'' Qasrina berbisik sambil,mengosok lengan dhia.. Bila melihat dhia tak tersenyum lagi seperti tadi.

'' untunglah.. Ke bandar.. Lepas tu bawa balik lelaki kaya.. Terus nikah.. '' kata-kata sumbang mula kedengaran.

'' tu kan.. Anak bapak sama je.. Asal kaya.. Semuanya ditangkap muat!'' tokok seorang lagi menyokong..

'' sayang.. '' khairul memanggil isterinya.. Tak mahu dhia terus berada disamping kelompok yang sedang mengata ahli keluarga mertuanya itu

Dhia yang sedang duduk bersila di lantai bersama dengan mereka segera mendongak.. Memandang wajah khairul.

Khairul menjatuhkan wajahnya memanggil dhia supaya datang kepadanya. Dhia pun mengangguk dan bangun dan berjalan kearah khairul.

'' kenapa panggil dhia? '' tanya dhia sebaik berada di hadapan khairul.

'' sayang tu... Jangan buat kerja berat sangat.. INGAT!!'' tegur khairul membisik perlahan kepada dhia.. kerana dari awal dia melihat dhia seperti lupa dengan kewujudan bayi mereka didalam sana.

'' ingat.. Jangan risau.. Insya Allah, tak ada apa-apa..'' balas dhia.. Dhia kembali melakukan kerja menolong apa yang patut.

''Esha mertua kamu dah sampai tu.. Pergi lah layan mereka.. '' kata Qasrina.. Bila dia melihat kereta vellfire hitam sudah pakir tak jauh dari rumah mereka.. Dhani sudah berjalan keluar untuk menyambut mereka.

'' jemputlah.. '' pelawa dhani..

'' maaflah lecah sikit.. Semalam hujan lebat.. '' katanya lagi. Menunjukkan kearah tanah yang sudah berlumpur dilenyek oleh tayar-tayar motosikal tetamunya yang hadir.

'' tak mengapa.. Tak perlulah risau.. Biasalah tu.. '' kata Liyana yang memegang tangan khalif.

Khairul berjalan menghampiri rombongan keluarganya yang baru tiba.. Terus mendukung si comel khatijah.

'' acik khai.. Nanti kami nak pergi pantai..!!''katanya riang.

''yea? Tak ajak acik pun.. '' kata khairul.

'' tak boleh! Papa cakap acik tak boleh ikut.. Sebab acik kena kerja.. Sebab papa dan mak tok nak ambik cuti.. '' ucap khatijah polos..

'' ok lah acik khai kena kerja..nanti belikan acik Esha ole-ole tau'' kata khairul menunjuk kearah dhia yang sedang berjalan kearah mereka sambil tersenyum.

''boleh'' jawap khatijah dengan senyuman..

Dhia bersalaman dengan Liyana dan juga humairah.. Sekali memperlawa mereka untuk masuk makan..dan pada masa yang sama dia melihat bekas mertuanya turut berjalan masuk ke halaman rumah..

'' ayah.. '' tegur dhia.. Dhani berpaling melihat kearah yang ditunjukkan oleh dhia..

'' haji hariri!'' tegur dhani..

'' jemput lah ibu.. Makan dulu.. '' dhia mengajak Liyana masuk kedalam khemah dimana ada Qasrina sedang menunggu disana.

'' Esha.. '' panggil kausar. Dhia segera berpaling dan tersenyum kearah kausar. Tangan wanita itu di salamnya.

'' apa khabar? sihat? lama ummi tak tengok Esha.. Semakin cantik Esha sekarang ni..!'' puji kausar. Sambil memegang lengan dhia.

'' taklah.. Biasa je umi.. '' kata dhia..

'' umi.. '' tegur hanif.. Di belakangnya ada qaisarah yang sedang menayangkan wajah tak puas hati. Bila melihat ibu mertuanya nampak mesra dengan adiknya.

'' umi.. Esha ada kerja sedikit dekat dalam.. Umi jemputlah yea.. '' kata dhia kekok..

'' yea lah.. '' kata kausar melihat dhia berjalan pergi meninggalkannya.

'' umi.. '' panggil hanif sekali lagi.. Dia bersalaman dengan kausar, begitu juga dengan qaisarah.

'' jemputlah umi.. '' pelawa qaisarah..

'' boleh umi tahu, ayah kamu buat kenduri kesyukuran ni untuk apa? '' tanya kausar.

'' kendurini untuk Esha.. Esha dah nikah, umi.. Haa tu suami dia!'' tunjuk qaisarah kearah khairul yang sedang mengambil air buat keluarganya..

'nikah? Macam mana dia boleh nikah degan lelaki lain.. Tak sampai dua bulan diceraikan oleh hanif.. Sekarang dah nikah semula?' kausar mula kebingungan.. Kemudia dia melihat kearah anaknya, hanif.

'' hanif.. Betul ke apa yang Sarah katakan tu..? '' tanya kausar.

'' ya betul umi... Tu keluarga mertua Esha.. '' hanif menunjukkan kearah Liyana bersama dengan ahli keluarganya yang lain.

Kausar memerhati keluarga Liyana.. Satu persatu ahli keluarga Liyana diperhatikannya.

'' dah la.. Umi nak makan.. '' balas kausar malas nak ambik campur.. Bila mengetahui bekas menantunya itu sudah menikah kembali..

Alhamdulillah kenduri itu berjalan dengan lancar.. Walaupun dirancang di saat-saat akhir...

'' taknak bermalam.. semalam lagi disini.. Ayah takut kamu letih.. Nak terus balik ni khai.. '' kata dhani.

'' tak boleh, ayah.. Esok khai dah kerja.. '' kata khairul lembut. Dhani kemudiannya mengangguk anggukkan kepalanya.

'' hati-hati bawa kereta tu.. Sampai nanti beritahulah.. Ni bertolak lambat macam ni.. Malam nanti baru sampai,jawap nya.'' kata dhani.

'' Esha tunggu!'' panggil qaisarah.

Dhia dan khairul seraya berpaling melihat kearah qaisarah yang berlari-lari anak kearah mereka.

'' kenapa kak? '' tanya dhia.

'' kakak nak tumpang balik ke bandar boleh? '' tanya qaisarah tanpa segan silu.

''balik ke bandar..? kakak memang kerja di bandar lah selama ni?'' tanya dhia tak percaya.

'jadi apa yang kakaknya beritahu sebelum ni.. Memang betullah? .. Jadi mereka tidak tinggal sekali..? Boleh pula hanif bagi kakak tinggal di bandar sendiri?.... Tak payah sibuk hal rumah tangga orang dhia qaleesha.. Biarlah.. Jaga rumah tangga kau sendiri saja.. !!'

Dhia segera berpaling melihat khairul yang berdiri si sampingnya.. Kerana jawapan untuk membenarkan kakaknya menumpang mereka balik ke bandar di tangan lelaki itu.

''boleh tak? .. Kita searah kan.. Tak perlulah hanif nak hantar lagi.. '' tanya qaisarah lagi.

'' Sarah kamu ni! Hanif kan nak hantar kamu! Kenapa pula kamu sibuk nak menumpang mereka.. '' dhani mula masuk campur.. Tak suka melihat qaisarah tak beradab sebegitu.

'' hanif dah bagi.. Sebab tu la Sarah tanya Esha.. Dengan khai.. Tapi, kalau tak boleh tak apalah.. '' kata qaisarah bernada sayu.

'' boleh apa salahnya.. '' khai akhirnya bersuara. Bersetuju untuk menumpangkan qaisarah.

'' tapi kami dah nak bertolak balik dah ni.. Takut lambat pula sampai nanti.. '' sambung khairul lagi..

''ha kejap.. Sarah kemaskan barang.. Tunggu tau..'' balas Sarah ceria berjalan pergi.

'' jadi satu kerja pula nak kena hantarkan dia nanti khai.. Kan dah menyusahkan kamu.. '' kata dhani..

'' tak mengapa ayah.. Lagipun sekali jalan.. Tak susah mana pun.. '' balas khairul.

Tak lama.. Keluarlah qaisarah dengan beg pakaiannya.. Tersenyum lebar kepada mereka dan juga kedua ibu bapanya. Dhani dan Qasrina melihat kereta khairul Perlahan-lahan keluar dari halaman rumah mereka.. Sempat mereka singgah di rumah keluarga marissa mengambil barang yang dipesan olehnya.. Khairul terus memandu keretanya pulang ke bandar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience