BAB 27

Romance Completed 367824

Dhia masuk kedalam bilik selepas disuruh hanif. Dia merasa jemu. Tak tahu apa yang perlu di lakukan, melainkan meneliti setiap perhiasan yang ada didalam bilik itu.. Masih tergantung banyak gambar Qaisarah didalam bilik itu..

'pelik betul.. Macam mana tak seorang pun perasan aku ni bukannya kak Sarah.. Atau mereka hanya diamkan sahaja.. Tutup mata dan anggap seperti tiada apa-apa yang berlaku..' dhia mengambil telefon bimbitnya.. Lalu membuat panggilan kepada nombor qaisarah.. Sekali lagi kedengaran operator panggilan yang menyambut di hujung sana. Dhia segera mematikan panggilan. Entah berapa kali dia mencuba jawapannya masih sama.. Begitulah pembaziran berlaku. Dhia melabuhkan punggungnya di sofapanjang yang ada didalam bilik itu..

'' nak buat apalagi ni.. Bosan betul.. Boleh tak kalau tidur saja.. '' dhia terpandang kan beg pakaian miliknya..

'' tu beg aku kan.. '' dhia bangun mengambil beg yang ada di atas meja disebelah almari.

'' macam mana boleh ada disini.. '' dhia memeriksa isi yang terdapat didalam beg tersebut.

'sah! Ni beg aku.. Tapi siapa yang bawa.. Rasanya tadi tak ada lagi beg ni didalam bilik ni' dhia mengeluarkan losyen yang selalu dia gunakan..

Dhia membawa beg tersebut ke sofa dan duduk disitu mengoleskan losyen ditangannya.. Kakinya..dan pada ketika itu. Hanif berjalan masuk kedalam bilik tersebut.

'' esha, kenapa belum tidur lagi? '' tanya hanif, dhia segera menarik turun kain seluar yang terselak keatas.

'' abang.. ''

'' Esha tunggu abang.. Ada benda yang esha nak beritahu abang.. '' kata dhia membetulkan duduknya.

'' esok saja boleh Esha, abang letih la.. Mata abang mengantuk sangat.. '' kata hanif.

'sekali lagi dia cuba mengelak. Tapi kenapa!'

''benda ni penting abang.. Penting untuk abang tahu!''kata dhia bangun dari duduknya.

'' please Esha.. Abang merayu.. Esok saja yea.. '' kata hanif lemah.

'' Esha nak balik ke bandar esok!'' kata Esha sedikit keras. Kerana dia melihat hanif sudah berpaling kearah lain..

'' hemm.. Esok abang hantarkan.. '' balas hanif.

'what! Semudah tu!!tak perlu tanya aku kenapa.. Tolonglah.. Apa yang kau harapkan dari dia..' dhia mengutuk dirinya sendiri.

'' baiklah.. '' balas dhia kembali melabuhkan punggungnya di sofa..

'' Esha tidur di katil saja.. Biar abang yang tidur di sofa..'' kata hanif.

'terjawab sudah.. Tak perlu kau bertanya.. Dia sendiri memberi jawapan..' dia memandang sahaja kearah katil yang dipasang dengan cadar indah bermotif bunga kecil berwarna merah lembut berenda-renda di tepinya..

'warna merah.. Warna kegemaran kakak..'

'' Esha tidur di sofa sahaja.. '' kata dhia lalu mengangkat kakinya menjulur keatas sofa..

'betullah kata Sarah.. Esha berbeza.. Bukan mudah nak meminta dia mendengar kata kita.. Walaupun aku sudah berlembut dengan dia seharian.. Didalam dirinya masih ada kekerasan dan kedegilannya..' hanif menarik bibirnya tersenyum.

'bukannya abang taknak berterus terang Esha.. Tapi abang.. Abang sedang mencari kekuatan untuk itu dhia..macam mana abang nak beritahu Esha, abang sendiri buntu. Dalam hati abang cuma ada dhaniyah qaisarah.. Macam mana abang nak terangkan kepada Esha yang baru saja sah menjadi isteri abang.. ' hanif memandang sahaja kearah dhia yang sudah terlena dibuai mimpi.

' mungkin esok.. Abang akan terangkan semuanya.. '

Hanif mengambil selimut yang ada di katil.. Lalu berjalan menghampiri dhia yang sudah terlena.. Dengan hati-hati dia menyelimutkan tubuh dhia agar dhia tak terjaga.. Menarik selimut menutup sampai ke paras bahu dhia..

''maafkan abang Esha.. Cinta abang hanya untuk kak Sarah..'' ucap hanif. Tapi tak siapa yang mendengar kerana dhia sudah dibuai mimpi kerana keletihan.

Keesokannya, dhia bangun untuk solat subuh.. Selimut yang menutup tubuhnya sudah dilipat kemas dan diletakkan kembali diatas katil yang ada hanif terbaring disitu.

Dhia mundar mandir di hadapan katil, dhia sedang memikirkan adakah perlu dia mengejutkan hanif atau sekadar membiarkan sahaja hanif terus tidur.. Berdiri tegak dhia disitu seperti tiang bendera. Melihat kearah jam yang melekat di dinding..

'' Esha dah bangun..? Kenapa tak kejutkan abang.. '' kata hanif sebaik dia membuka mata dia sudah melihat dhia berdiri di hadapannya.

'' ni nak kejut lah ni.. '' balas dhia.

'' nak kejutkan ke.. Atau Esha malu nak kejutkan abang.. '' usik hanif lalu bangun dan menjatuhkan kakinya kebawah.

Dhia diam sahaja.. Tak menjawap kembali.

'' dah siap nak solat? '' tanya hanif sebaik melihat dhia berjalan pergi dan mengeluarkan telekung dari begnya.

'' Esha tunggu.. Abang mandi sekejap.. Nanti kita solat jemaah bersama.. '' kata hanif menghayun langkah ke bilik air.

Selesai solat jemaah mereka berdua turun kebawah. Masih belum ada sesiapa pada waktu itu.. Mungkin mereka kembali tidur semula selepas subuh.. Kerana masih keletihan menjayakan majlis kemarin. Hanif duduk di sofa yang ada di ruangtamu.

'' duduk lah Esha.. '' panggil hanif. Bila melihat dhia berdiri sahaja tak jauh dari situ. Dhia kemudiannya duduk di sofa tunggal yang ada disitu.

'' Esha memang tak banyak bercakap yea.. Tak macam kak Sarah? '' tanya hanif.

'' Esha dan kak Sarah tak sama.. Kami berbeza.. '' balas dhia. Kenapa perlu disamakan dirinya dan kakaknya.

'' ohh.. Bukan niat abang nak bagi Esha terasa.. ''

'' bangun dah pengantin baru!!'' tegur mak ndak, ceria. Mak ndak dan beberapa ahli keluarga yang lain bermalam dirumah keluarga hanif. Hanif sekadar tersenyum kepada mak ndaknya. Manakala dhia bangun berjalan menuju kedapur mengekori langkah mak ndak.

'' ikut mak ndak ke dapur ni nak tolong mak ndak buat sarapan pagi ke? '' tanya wanita yang berbadan gempal dan mesra dipanggil mak ndak itu.

'' boleh juga.. Nak Esha tolong apa? '' tanya dhia.

'' sebelum tu kita tengok apa yang ada dulu.. Baru kita pikir nak masak apa untuk sarapan nanti..'' kata makndak membuka peti sejuk yang ada tiga pintu itu.

'' ehh.. Buat apa ni ndak? '' tanya kausar yang baru tiba di dapur.

'' masak sarapan lah.. Buat apa lagi.. '' balas makndak mula mengeluarkan bahan mentah dari peti.. Dhia mendekat turut membantu.

'' Esha pun ada.. Esha pandai masak ke? '' tanya kausar lembut dan tersenyum kearahnya.

''esha..masak biasa-biasa tu boleh lah.''balas nya

'' tak apa.. Kalau tak pandai boleh belajar.. Dari pandai masak.. Tapi malas ke dapur.. Tak guna juga.. Betul tak Esha.. '' kata kausar lagi.. Dhia hanya mengangguk sahaja..

'kenapa? Dia sedang menyindir siapa? Aku ke?' dhia sekadar menarik senyumnya.

Selesai makan hanif mengajak dhia kembali kerumah keluarganya sebelum mereka bertolak ke bandar. Tak lama mereka berada di rumah dhia. Cuma sekadar minum dan makan kuih yang dibawa oleh mereka sendiri.

''hati-hati memandu tu hanif.. Kalau rasa mengantuk tu berhentilah rehat dahulu.. Kalau tak pun tukar saja dengan Esha ni ha.. Dia kan dah ada lesen memandu ..'' kata dhani beramah mesra dengan menantunya.

'' tak apa ayah.. Hanif dah selalu memandu jauh.. InshaAllah boleh.. '' kata hanif.

Dhia menyalam satu persatu ahli keluarganya.. Sebelum melangkah masuk kedalam kereta milik hanif.. Hon kereta itu dibunyikan sebelum hanif memandu pergi meninggalkan halaman rumah tersebut.

Seperti biasa.. Dhia akan menguncikan mulutnya rapat sepanjang perjalanan..hanif berpaling mencuri lihat dhia sekali sekala.

'' Esha.. '' panggil hanif.

'' kalau tak ada benda yang abang nak cakapkan.. lebih baik abang, tak payah cakap.. '' kata dhia dingin, sambil melemparkan pandangannya ke luar tingkap.

'' ok.. Sekarang kita bincang'' kata hanif. Tahu dhia sedang terasa hati dengannya.. Sudah beberapa kali dia menolak untuk berbincang dengan dhia.. Pastinya dia marah.

''macam ni Esha..'' hanif menelan air liurnya.. Tangannya mengengam kemas stering kereta..

'' Esha nak kita berhenti dulu.. Abang tak selesa pula cakap hal ini sambil memandu.. '' kata hanif.

Dhia memejamkan matanya erat, bibirnya bawahnya digigit menahan rasa amarahnya..

'tak habis-habis mengelak.. Macam-macam alasan yang diberi..dah letih asyik dengar alasan demi alasan..'

'' kalau tak selesa, biar Esha saja yang memandu.. '' kata dhia berpaling seraya menikam anak mata hanif dalam dalam.

Hanif menarik nafasnya dalam-dalam.. Sebelum menghembuskannya keluar. Dia dapat melihat kemarahan dari dhia.

''mula-mula sekali.. Abang nak minta maaf, abang terpaksa libatkan Esha dalam perkahwinan ni.. Dalam hati abang cuma ada nama kak Sarah..'' kata hanif mendatar..

'' tapi kenapa abang setuju nak teruskan pernikahan ni! Abang nak main-mainkan semua ni..? '' tanya dhia.

'' abang terpaksa esha! Umi paksa abang.. Macam mana pun abang tetap kena nikah dengan seseorang hari tu.. Kalau tak dengan Esha.. Entah dengan siapa.. '' keluh hanif.

'' kenapa tak batalkan saja.. Kenapa semua orang nak main-main macam ni..? semuanya hipokrit !'' luah dhia.

'' abang tahu abang salah.. Kami salah.. Umi abang, tak mungkin batalkan majlis tu.. Esha sendiri tengok macam mana majlis tu kan.. Abang satu satunya anak tunggal umi.. Tentulah umi nak yang terbaik buat abang.. '' terang hanif

'' terbaik buat abang?!! ''

'' Esha?!! Macam mana dengan Esha? abang cakap macam abang nikah seorang diri.... ''

'' abang tahu Esha.. Abang cuma nak satu.. '' cepat hanif memotong percakapan dhia.

'' tolong abang carikan kak Sarah.. '' suara hanif dalam seperti merayu.. Dhia memandang lelaki itu dengan pandangan tak percaya. Mereka sedang bincangkan perkara yang penting. Manakala hanif hanya ingatkan qaisarah.. Kakaknya..

'' abang akan beri jawapan kepada Esha.. Sebaik dapat berjumpa dengan kak Sarah, dan pujuk kak Sarah.. '' kata hanif bersungguh.

'sekali lagi kenapa aku rasa seperti dipermainkan..'

'' jawapan untuk apa abang? Untuk terus kan pernikahan ni? atau ceraikan Esha? Jawapan untuk itukah!'' kata dhia.

'' Esha jangan salah faham.. Abang sebelum ni ada bergaduh sikit dengan kak Sarah....'' terang hanif. Sekali lagi nama itu disebut..

''baguslah tu.. Apa kata abang tamatkan saja semua ni.. Selesai masalah.. Abang bawa haluan abang.. Esha dengan haluan Esha.. Lagipun benda dah selesaikan...abang cuma nikah dengan esha kerana tak nak malukan" cadang dhia kepada hanif yang sedang memandu..

Hanif melihat kearah dhia yang awalnya dingin dengannya dan kini dhia berpaling sepenuhnya mengadapnya dan memberi riaksi positif kepadanya.. Tak seperti tadi hanya memandang kearah luar dari tadi.

'' Esha tak marah? '' tanya hanif tak percaya. Dhia mengeleng laju.

'' abang lebih sesuai dengan kakak.. Bukan dengan Esha.. Esha cuma nak kembali ke kehidupan Esha saja.. Esha kalau boleh nak anggap ni semua mimpi..dan nak, cepat-cepat bangun dari mimpi ni abang.. '' kata dhia dengan tenang.

'' abang tak sangka Esha akan cakap macam ni.. '' kata hanif sambil ketawa kecil.

'' Esha akan tolong cari kakak..dan kita selesaikan semuanya '' kata dhia sambil tersenyum memandang kehadapan.. Mengadap jalan.

'' terima kasih.. Esha.'' balas hanif melihat kearah dhia.

'terus tersenyum Esha, senyuman Esha sangat manis..' lama hanif mencuri melihat senyuman dhia.

Kedua-dua pasangan suami isteri itu saling ketawa suka.. Entah apa yang mempengaruhi mereka, mereka senang dengan kesepakatan yang baru saja dicapai oleh mereka berdua.. Memperjudikan satu hubungan yang suci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience