BAB 34

Romance Completed 367809

Citra bakery..

Telefon dhia tak berhenti-henti bergegar dari tadi.. Dia yang sedang sibuk mengemas tak sempat untuk melihat telefonnya sendiri. Ni mesti melibatkerjanya yang satu lagi.

'' ok.. Terima kasih untuk harini. Semuanya berjalan lancar.. Kita jumpa esok ya.. '' kata citra kepada pekerja-pekerjanya.. Yang sudah siap untuk balik.

'' ya kak jumpa esok.. '' kata beberapa orang pekerja yang sudah siap untuk balik..

'' masih ada orang di dapur? '' tanya citra kepada mereka..

'' dhia masih ada didalam rasanya.. '' kata salah seorang dari mereka..

'' indah.. Kamu boleh balik dulu.. Duit dah habis kira kan? '' tanya citra..

'' dah kak.. Ini duitnya.. dan rekod jualan Hariini.. '' kata indah menyerahkan duit jualan kepada citra yang berada di kaunter.

'' terima kasih ya indah.. Jumpa esok ya.. '' kata citra..

'' ok ka.. Bye, jumpa esok.. '' kata indah mengambil beg nya dan berjalan keluar..

Citra memasukkan duit hasil hari itu kedalam peti besi yang ada didalam bilik pejabatnya.. Semasa citra sedang menguncikan pintu bilik pejabatnya.. Dhia kebetulan jalan melewati nya.

'' dhia.. Mari kakak hantarkan dhia balik.. '' pelawa citra.

'' tak apa lah kak.. Dhia naik bas saja.. '' kata dhia.

'' alah.. Jomlah.. '' ajak citra lagi.

'' bukan tak nak kak.. Tapi jalan kerumah kita kan tak sama.. Nanti kakak kena pusing jauh pula.. '' balas dhia..

Kleng--kleng...

Bunyi pintu dibuka dari luar.. masuklah seorang wanita anggun berpakaian korporat bersama dengan seorang lelaki mengikut dibelakangnya.

'' datin Liyana.. '' tegur citra.. Dengan wajah yang manis berhias senyuman.

'' citra, maaflah saya menganggu kamu.. '' kata Liyana.

Melihat akan itu, membuatkan dhia berundur untuk pergi dari situ.. Tak nak menganggu mereka.

'' tak mengapa.. Apa yang boleh saya bantu..? '' tanya citra sopan.

'' saya datang nak berjumpa dengan seseorang yang bernama dhia.. ''

'' dhia qaleesha.. '' sambung citra bila melihat liyana tak habis menyebut nama penuh dhia.

Terhenti langkah kaki dhia.. Bila namanya disebut.. Segera dia berpaling.. Melihat kearah mereka..dan melihat citra sedang mengangkat sebelah tangannya menunjuk kearah dhia.

'' itulah dhia datin.. '' kata citra.

Liyana melihat seorang gadis bertubuh kecil, tak jauh dari mereka. Berwajah kemelayuan tulen dan berkulit putih.. Dia berpaling melihat khairil yang ada disebelahnya. Kemudian berpaling semula melihat kearah dhia.

'' maaf.. Kamu dhia? Dhia qaleesha.. '' tanya liyana

'' ya..saya dhia qaleesha.. '' jawap dhia.

'' boleh temankan saya untuk minum petang.. '' kata Liyana.

'' saya.. ''

'' jangan risau.. Kita pergi tak lama.. Ada perkara yang perlu saya bincangkan dengan dhia.. '' kata Liyana..

Dhia menelan air liur, hatinya rasa tak tenang.. Wanita didepannya seperti wanita garang yang akan memarahinya sekejap saja lagi.. Dhia tak sanggup merenung sedikit pun wajah Liyana..

'' boleh? '' tanya Liyana.

'' ya.. Ya, boleh.. '' balas dhia gugup. Sebaik mendapat jawapan dari dhia.. Liyana berjalan keluar dan diikuti dengan khairil di belakangnya.

'' dhia.. Kalau macam tu kakak balik dulu lah ya.. dhia.. '' kata citra. Dhia mengangguk, melihat kearah citra..

Mereka berjalan keluar dari kedai bersama-sama.. Dhia menolong citra menguncikan kedai.
'' Kita jumpa esok.. '' kata dhia.

'' ya jumpa esok.. '' kata citra. Mereka saling melambai.
Sementara didalam kereta..

"macam mana ril rasa..?" tanya liyana kepada anaknya yang berada di sebelahnya.

"ril rasakan ibu.. Dhia ni.. Yang terbaik buat khai..dan rasanya dia bukannya seperti perempuan - perempuan yang khai selalu tukar-tukar tu." kata khairil sambil melihat kearah dhia yang sudah berada di luar..

"hmm..tolong ibu.. Siasat latar belakang keluarga dia.. Ibu tak nak isu ni ditangguh-tangguhkan lagi.. Kalau nak tunggu khai tu entah bila nak selesai.." keluh liyana.. Mengundang tawa dari khairil.

"ibu.. Khai tu kan bukannya jenis romantis macam papa.. Bab-bab ni dia slow.. Tambah pula.. Dia sebelun ni tak pernah terpikir pun nak ada hubungan yang serius macam ni.. Tak apa.. Mengenai latar belakang keluarga dia tu.. Ibu jangan risau.. Ril akan upahkan orang siasat.. Apa plan ibu? "tanya khairil..

" susah-sudah kita pergi minang saja dhia tu.. Nak pujuk-pujuk tak jalan kan.. "kata liyana..

" hehehe... Betul tu bu.. Ril setuju.. "kata khairil..

" pergi keluar panggil dhia.. Dia sedang cari kita tu.. " kata liyana menunjuk ke arah luar.

Dhia tercari-cari dimana datin yang mencarinya tadi.. Kemudian melihat seorang lelaki yang datang bersama dengan datin tadi keluar dari kereta dan melambai kearahnya. Dhia segera berjalan kearah lelaki itu.

'' silakan.. '' pelawa khairil. Membuka pintu kereta untuk dhia..

'' perlukah saya naik?.. '' tanya dhia serba salah.. Takut dan bermacam-macam lagi bermain di fikirannya..

'' masuklah dhia.. Jangan risau kami tak culik dhia.. '' kata Liyana dari dalam kereta.

Dhia menjenguk kedalam kereta dan melihat Liyana sedang tersenyum kearahnya.. Dhia pun menarik senyuman yang nampak kekok kepada Liyana dan kemudiannya melihat kepada khairil. Mahu tak mahu, dhia akur lalu masuk kedalam perut kereta.

'' dhia ada teringin nak makan apa? '' tanya Liyana.. Dhia yang duduk diam terkaku segera mengeleng.

'' tak datin.. '' kata dhia.

'' datin? '' Liyana ketawa..

'' panggil ibu sahaja senang..dan ini.. Khairil.. Boleh panggil abang ril saja.. Lebih mudah dan juga mesra.. '' kata Liyana menunjuk kepada khairil yang duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu..

Dhia sekadar menjatuhkan kepala dan masih diam.

'' mungkin ibu dah buat dhia takut.. Sebab tak perkenalkan diri dengan betul tadi.. Ibu adalah ibu kepada khairul.. '' kata Liyana lagi.

'' ahhh... Ibu.. Khairul.. Maksud datin.. Khairul zulhairy? '' tanya dhia gugup.

'' ya.. Ibu kepada lelaki yang menghamilkan dhia.. '' kata liyana berterus terang, agar dhia lebih faham.

Dhia terus menunduk ke bawah melihat tangannya sendiri.. Melihat respon dhia begitu.. Liyana menangkap tangan dhia yang ada diatas riba.

'' dhia tak perlu takut, ibu nak jumpa dhia ni.. Bukannya nak marahkan dhia.. '' kata Liyana lembut. Dhia mendongak.. Memandang kearah Liyana..

'' dhia.. Dhia.. Hmm.. '' sungguh dhia gugup.. Sampai tak tahu apa yang patut dikatakan pada waktu itu.

'' sekarang boleh beritahu ibu.. Kedai makan yang mana patut kita pergi? kalau tak.. Tak berjalan kereta ni.. '' kata liyana santai dan ketawa kecil.. Begitu juga dengan khairil..

'' dhia tak kisah.. Tapi dhia tak boleh lama.. Sebab nanti dhia ada urusan lain... '' kata dhia berterus terang.

'' hmm.. Jangan cakap yang dhia nak mengelak dari ibu.. '' kata liyana

'' tak.. Tak.. Bukan begitu.. Dhia ada kerja nanti.. Maaf bukannya nak mengelak.. '' kata dhia.

'' baiklah.. Majid, bawakan kami ke g&G cafe saja lah.. Dhia ok? '' tanya liyana.

'' boleh.. '' balas dhia.. Walaupun dia tak pernah mendengar pun nama cafe yang disebutkan oleh Liyana itu..

Sepuluh minit memandu.. Mereka sampai di destinasinya .. Melopong dhia.. Mereka berada di kawasan elit.. Sungguh dia tak mengerti bagaimana cara dia nak makan nanti.

Dhia mengikut saja liyana dan khairil masuk kedalam cafe tersebut.. Datang pelayan membawa buku menu kepada mereka.. Dhia membaca nama-nama menu yang ada disitu.. Melihat bahagian kopi saja sudah ada beberapa jenis.. Belum dia melihat menu yang lain.. Naik juling matanya melihat nama-nama tersebut.

'' dhia..? '' panggil liyana, menunggu dhia untuk membuat pesanan..

'' dhia nak pesan orange juice sajalah.. '' putus dhia. Memilih langkah selamat. Lalu mengembalikan semula buku menu tersebut kepada pelayan.

'' dhia.. Ibu ajak dhia kesini untuk berbincang mengenai masa depan kamu berdua.. Khai ada beritahu ibu. Yang dia nak segera menikah dengan kamu.. Kamu tahu? '' tanya liyana.

'' ya saya tahu.. '' jawap dhia.

'' khai juga beritahu ibu.. Yang dhia menolak untuk bernikah dengan dia..boleh ibu tahu, Kenapa? '' tanya Liyana dengan hati-hati agar tak membuatkan dhia terasa.. Dia sendiri tahu.. Siapa yang nak bernikah dengan lelaki yang telah merampas harta berharga miliknya.

'' hm.. Sebenarnya dhia tak yakin untuk bernikah dengan khairul.. Dhia tak nak serahkan masa depan dhia bulat-bulat kepada takdir.. Cukuplah sekali dhia pernah berkahwin dan ianya tak bertahan lama.. Kalau dhia berkhawin dengan khai.. Atas sebab apa? hanya sebab bayi dalam kandungan dhia.. '' kata dhia.

'aduhh.. Apa yang aku cakapkan ni.. Aku terlampau gugup sampai aku cakap berbelit-belit..nanti kalau aku kata nak perkahwinan yang berlandaskan kasih sayang dan cinta sepertimana yang aku idam-idamkan.. Nanti dia kata aku ni kemaruk ke anak dia pula.. Khairul tu... Sikit pun aku tak kenal.. Macam mana nak jatuh cinta ' dhia mula gelisah.. Tangannya mula berpeluh.. Walaupun mereka berada di tempat yang berhawa dingin dia tetap terasa bahang panas.. Entah kerana apa.. Mungkin aura wanita yang berada didepannya sangat kuat.

''ibu faham.. Tapi tak bolehkah dhia beri peluang buat khai.. Ibu bukannya nak.. Memihak kepada khai, sebab dia anak ibu.. Tapi sebagai seorang ibu.. Pasti dhia nak yang terbaik untuk anak dhia kan..'' kata Liyana.

'' ya, betul.. '' balas dhia setuju..

Mereka berhenti seketika sebaik pelayan menghantarkan pesanan mereka.

'' kalau boleh..ibu mohon dhia pertimbangkan lamaran ini..kalau dhia setuju.. Kita boleh terus ke langkah seterusnya.. Ibu taknak lewatkan benda yang baik.. '' kata Liyana.. Berbicara lembut.. Tapi mempunyai ketegasan di bait bait katanya.

'' dhia akan pertimbangkan.. '' kata dhia.

'' ibu harap dhia tak menghampakan harapan seorang ibu.. '' kata Liyana.. Memegang belakang tangan dhia. Dhia segera menarik senyumnya kepada Liyana.

'' Insya Allah.. '' kata dhia lagi.. Tersenyum Liyana dan khairil.

'ahh.. Dhia.. Hati kau terlalu lembut.. Kenapa..!! Mungkin kerana anak ini.. Aku pejamkan mata sekali lagi untuk menikah sekali lagi..dan mara untuk melangkah..mama lakukan untuk masa depan mu sayang..'

Selesai berbincang.. Liyana senang melihat respon positif dhia tak takut-takut seperti tadi.. Mereka kemudiannya menghantar dhia pulang..

'' terima kasih ibu.. Abang ril.. Belanja dhia minum dan hantarkan dhia.. '' kata dhia sebelum keluar.. Dia bersalaman dengan Liyana.

'' tak perlu segan.. Kita akan jadi keluarga tak lama lagi.. '' kata Liyana tersenyum lebar dengan yakin nya.

"betul tu dhia.." sokong khairil.

'' assalamualaikum.. '' kata dia seraya membuka pintu kereta.

'' waalaikummusalam.. Nanti kita jumpa lagi ya.. '' kata Liyana lagi.

'' Insya Allah.. Ibu.. Abang ril.. Pakcik.. '' kata dhia.. Pintu segera ditutup.. Dhia segera membuka pagar dan masuk kedalam rumah.. Sempat dia menoleh kebelakang, ternyata kereta yang dinaikinya tadi masih ada disitu.. Cepat-cepat dhia membuka kasutnya dan masuk kedalam..

'' ya Allah.. Kenapa aku gugup sangat ni.. '' kata dhia bersandar di belakang pintu memegang dadanya yang berombak.

Manakala di luar rumah sewa dhia..

'' ibu tengok tu.. '' khairil menunjukkan kereta hitam yang ada tak jauh dari mereka..

'' kereta khai? '' tanya Liyana.

'' oh di sinilah tempat melepak baru dia ya.. '' perli Liyana.

'' hmm ibu... Ni lah urusan baru khai tu.. Nak ril tegur dia..? '' tanya khairil.

''pergilah.'' kata Liyana.

'' pak majid.. Parking kan kereta di situ.. '' kata khairil menunjukkan ruang di sebelah rumah sewa dhia.

'' ril? kenapa parking disini.. Kamu block jalan masuk dia.. Nanti owner ni marah macam mana? '' tanya Liyana.

'' ohw.. Ibu, owner dia .. Takkan berani marahkan ibu.. Sebab owner dia anak ibu.. Khairul zulhairy.. '' kata khairil dengan gelakkan kecil.

'' bertuah punya anak.. Ini rumah yang dibelinya.. '' keluh Liyana. Memandang keluar melihat rumah yang sedang proses baik pulih.. Dia mengetahui khairul ada membeli rumah.. Tapi tak sangka pula rumah yang begini dipilih anaknya..

Khairil tergelak mengekek.. Geli hati dengan kerenah adiknya.. Dia keluar dari kereta..berjalan kearah kereta khai. Sebelum sempat dia sampai di seberang sana.. Khairul sudah keluar dan berlari kearahnya.

'' abang buat apa disini? kenapa abang yang boleh hantarkan dhia pula? '' tanya khairul seraya menarik lengan abangnya segera ke sebelah rumahnya.. Tak mahu dhia tahu kedatangannya.

'' bukan abang lah, tapi ibu.. '' jawap khairil.

'' HAH!!IBU!!!'' kata khairul tergejut.

'ibu jumpa dengan dhia? buat apa iu jumpa dengan dhia? apa yang ibu buat dengan dhia?.. Macam mana dengan dhia?......... Aaaaaaaaarrrghh..' kepala khairul Terasa seperti nak pecah.. Macam-macam yang dia fikirkan ketika itu.

'' kenapa? Takut!'' usik khairil.. Suka melihat muka khairul seperti ayam berak kapur itu.. Selalunya khairul tak penah peduli dengan benda yang berlaku di sekelilingnya.. Sungguh dhia wanita istimewa.. Yang mampu mengubah khairul. Khairil menarik senyumnya..

Plak.. Pintu kereta terbuka.. Keluarlah Liyana dari sebelah sana..

'' ibu nak lihat rumah khai.. '' kata Liyana menunding kan jarinya kearah rumah yang belum sempurna.

'' belum siap sepenuhnya lagi ibu.. '' kata khairul cuba menghalang.. Tapi.. Menghalang seorang Liyana itu mustahil.. Liyana melangkah masuk juga kedalam.

'' hati-hati ibu.. Masih banyak paku di lantai.. '' tegur khairul.

''dah nak siap ni khai..'' kata Liyana. Melihat didalam ada beberapa orang pekerja sedang tekun memasang aksesori elektrik..

'' ya ibu.. '' balas khairul.

'' bila boleh siap? '' tanya Liyana kepada salah satu pekerja disitu.

'' minggu ni sudah boleh siap.. Tinggal pasang lampu kipas.. Itu saja.. Lepas tu kemas buang semua sampah..'' kata lelaki itu menunjuk kepada beberapa longgokan debu simen yang ada didalam rumah itu.

'' hmm bagus.. Nanti ibu hantarkan maid untuk cuci rumah ni.. Lepas tu khai boleh terus pindah sini.. '' kata Liyana.

Tersenyum lebar khairul mendegar kata ibunya..

'' terima kasih ibu.. '' kata khai..

'terima kasih ibu.. Mudahkan urusan khai.. Sebelum ni, ibu tak pernah ambik tahu, apa yang khai buat...'

Keesokannya khairul seperti biasa mengulang perihal yang sama.. Pagi-pagi dah menganggu dhia di depan halaman rumah sewa mereka.

Tapi kali ini berbeza.. Khairul sekadar bercakap perkara-perkara yang penting sahaja.. Tak ada senyuman di wajah itu lagi..

'kenapa dengan dia? Marah hal kemarin ke?' dhia bingung..

'patut ke aku tegur dia.. Atau buat tak tahu saja..ahh, kenapa aku perlu pikiekan semua ni pula..'

'' khairul.. '' panggil dhia

Khairul yang sedang bersandar di kereta memalingkan mukanya melihat kearah dhia yang berdiri di pagar. Maid yang dibawanya telah masuk kedalam..

'' ya.. '' jawap khairul, membuka cermin mata hitam nya lalu menyelitkan di leher bajunya..

'' hmm.. Tak apa lah.. Dah hilang apa yang dhia nak cakapkan tadi.. '' balas dhia, bila melihat khairul merenungnya dengan pandangan mata yang tajam kearahnya.

'' dhia sengaja main-main dengan saya? '' tanya khairul.

'' saya? '' dhia menunjukkan kearah dirinya sendiri.

'' bila saya main-main.. '' kata dhia. Lalu berpaling.

'lebih baik aku tak payah bercakap dengan dia.. Setiap kali dia buka mulut.. Buat sakit hati aku je..' dhia berpaling untuk berjalan pergi.

'' dhia qaleesha.. '' khairul memanggil.. Setiap kali suara itu menyeru nama penuhnya.. Dhia dapat merasakan sesuatu.. Dhia berhenti melangkah dan berpaling.

'' saya tak pandai nak bercakap manis dengan dhia.. Ini pertama kali buat saya merayu seorang wanita...'' kata khairul.

''jadi!'' dhia memotong percakapan khairul.

'' saya manusia biasa dhia.. Saya akui, kesalahan saya.. Sampaikan dhia membenci saya.. ''

'' tolonglah.. Berilah saya peluang.. kepada saya untuk menunjukkan keikhlasan dan ketulusan saya.. ''

'' kamu rasa kamu layak? '' tanya dhia.

'' apa yang saya nak buktikan lagi kepada dhia.. ''

'' saya akan buat semuanya.. ''

'' jumpa ayah saya... ''

'' baik saya akan jumpa.. Biar siapa pun ayah dhia... ''

'' Apa!! Ayah..??? '' khairul baru menyedari apa yang dia baru sebutkan tadi.

'' ayah!!'' ulang khairul lagi.

'' saya tak salah dengarkan..? '' tanya khairul.

Dhia diam, sekilas melihat kearah jam yang diikat di pergelangan tangannya..

'' boleh hantarkan saya ke bakery? Ada benda yang saya nak bincangkan dengan awak.. '' kata dhia.

'' ya boleh.. !'' balas khairul semangat.. Bibirnya tertarik lebar.. Tersenyum manis.

'' saya masuk sarapan dulu.. '' kata dhia.

'' baik saya tunggu disini.. '' kata khairul ceria. Tak ada lagi muka ketatnya.

'ahh ibu.. Kalau tahu ibu boleh pujuk dhia yang keras kepala ni.. Dah lama khai minta tolong ibu.. Ya Allah.. Kau mudahkan urusan ku.. Aku bersyukur ya Allah.' khairul melihat sahaja dhia berjalan masuk kedalam rumahnya ..

'' aku tak akan sia-siakan peluang yang kau berikan dhia.. '' kata khairul. Setia menunggu diluar itu sendirian sambil tersenyum sendiri..

'' kak.. Saya pergi ke bakery sendiri nanti.. '' kata dhia.

'' pergi dengan dia..? '' tanya marina. Menunjuk kearah luar. Dhia mengangguk.

'' baiklah.. Kakak sentiasa mendoakan dhia bahagia.. Mungkin dia jodoh buat dhia.. '' kata marina.

'' ya dhia.. Tak salah untuk mencuba.. Berilah dia peluang.. '' kata marissa.

'' hmm.. Insya Allah.. '' balas dhia.. Dalam kepalanya.. Hanya memikirkan anak yang sedang membesar didalam rahimnya.

'jodoh!...aku tak mahu menaruh harapan yang tinggi dalam perhubungan yang baru nak dibina ini.. Arahnya masih kabur..'

Selesai makan dhia berjalan keluar bersama dengan maid yang masakkan sarapan untuk mereka.

'' jom.. '' kata khairul tersenyum seraya membuka pintu buat dhia. Kemudian kepada maidnya..

Khairul mula memandu.. Radio yang sedang mengalunkan lagu.. Ditutup oleh khairul. Dia tak nak terganggu sepanjang tempoh perbincangan itu.. Dia akan menghadam setiap bait kata yang bakal dhia tuturkan nanti.

'' dhia..'' panggil khairul.

'' hmm...''dhia berpaling melihat kearah khairul.

''benda apa, yang dia nak bincangkan? '' tanya khairul.

'' hmm.. '' dhia melihat kearah belakang.. Lalu melihat kearah maid yang ada di kerusi belakang.. Maid itu turut kembali tersenyum kepadanya.

'' saya dah fikir, masak-masak.. Saya setuju... ''

'' alhamdulillah.. '' meluncur laju dari bibir khairul

'' hanya demi masa depan anak ini.. '' sambung dhia lagi.

'' terima kasih dhia.. Saya akan pastikan dhia tak akan menyesal. '' kata khairul bersungguh.

'' tapi.. Saya nak terus berkerja.. Macam sekarang.. Boleh? '' tanya dhia

'' baik saya akan setuju semuanya.. Asal dhia setuju nikah dengan saya.. '' kata khairul gembira.

'' terima kasih dhia.. ''

'' terima kasih sangat.. '' kata khairul lagi.

''Saya dan ibu akan ke kampung dhia. Hujung minggu ni kita nikah..'' sambung khairul lagi.

'' apa hujung minggu ni? lagi tiga hari? awak tak main-mainkan.. '' tanya dhia.. Tergejut dengan apa yang didengarinya.

'' tak.. Saya tak pernah main-main bila dengan dhia.. Setiap apa yang saya katakan semuanya serius.. '' kata khairul lagi.

'' tapi family saya tak tahu apa-apa.. Kalau ayah saya marah macam mana? kalau dia tak izinkan macam mana? '' kata dhia gelisah.

'dia dah buat hal lagi.. Kenapa perlu secepat ini.. Apa yang nak aku beritahu nanti.. Kepada mereka di kampung..'

'' ayah dhia pasti izinkan kalau dia tahu dhia mengandung.. '' kata khairul.

'' ya.. Dan dia pasti akan pukul saya sampai saya mati.. !!dan semua ni akan selesai.. !'' marah dhia.

Srrreeettt..........

Kereta diberhentikan secara mengejut..

'' saya akan pastikan.. Perkara tu tak akan berlaku dan pernikahan kita tetap akan berlaku hari itu.. '' kata khairul tegas.. Dia berbaling melihat kearah dhia yang sibuk melihat cermin sisi.. Masih tergejut dan takut kalau ada kereta belakang memarahi mereka kerana berhenti mengejut begitu.

'' dhia.. Kamu dengar tak ni.. Apa yang saya beritahu.. '' kata khairul.

'' dengar..! Tak perlulah berhenti mengejut macam ni.. Awak tak sayang nyawa ke.. Kesian dekat maid awak tu.. Awak buat dia takut.. '' marah dhia.

Khairul tersenyum, dan kembali memandu..

Qaisarah sedang bersiap untuk ke tempat kerja. Segala apa yang dia mahukan tercapai kini.. Tinggal di bandar dan rumah apartment yang disewa tak jauh dari tempat kerjanya.. Hanya satu, hanif masih tinggal di kampung.. Kerana kerjanya, tak dapatlah di bertukar ke bandar.. Ibu mertuanya sudah beberapa kali bising kepadanya.. Menyuruh dia berhenti kerja dan menguruskan hanif..

Sedang qaisarah hendak mengenakan pin di bawah dagunya.. Telefon bimbitnya berbunyi.. Tertera gambar hanif yang sedang tersenyum di skrin. Qaisarah sekadar mengoreskan skrin tersebut dengan jarinya. Sebaik panggilan disambung.. Qaisarah segera menekan icon pembesar suara..

'' hai sayang.. Assalamualaikum.. '' lembut suara hanif menyapa dari sebelah sana.

'' hi bie... Waalaikummusalam.. '' kata qaisarah.

'' dah siap nak pergi tempat kerja? '' tanya hanif..

'' ya.. Sedang pakai tudung ni.. '' balas qaisarah, yang baru selesai memakai tudung.. Dia merapikan tudungnya..

'' petang ni bie kesana yea.. Sayang kemaskan baju ya.. Kita balik sini.. Ahad ni bie hantar balik sayang ke sana..'' kata hanif.

'' ck.. Kenapa nak kena balik sana.. Umi bukannya suka sayang balik sana.. Bie sajalah bermalam disini!'' kata dhia.

'' sayang.. Jangan macam tu.. Dengar-dengar mak cakap Esha nak balik.. '' kata hanif. Qaisarah membalikkan matanya. Meluat.

'' kenapa pula bie nak sibuk.. Kalau Esha nak balik.. Biarlah dia balik.. Apa kaitan dengan sayang pula.. '' kata qaisarah tak senang sebaik mendengar nama adiknya disebut oleh suaminya.

'' mana ada bie sibuk.. Bie bagi tahu sayang.. Mak yang suruh sampaikan.. '' kata hanif.

'' hmm.. Yealah.. Nanti sayang kemaskan pakaian.. Tapi nanti sayang nak tidur rumah mak.. '' kata qaisarah.

'' sayang.. Tidur sinilah.. Sini bukannya ada sesiapa pun.. '' kata hanif memujuk.

'' susah lah.. Tak selesa.. Umi tu suka cari salah sayang je.. '' luah Sarah tak puas hati.

'' sayang... Bie kan ada.. Jangan risaulah.. Dah la, sayang pergi keja elok-elok ya.. Nanti bie sampai bengkel bie call sayang lagi.. '' kata hanif.

'' tak perlulah, nanti kalau sayang senang sayang call.. Takutnya sampai tempat kerja nanti sibuk pula.. " balas qaisarah.

Panggilan dimatikan..dia mengeluh.

" ahh.. Esha nak balik pun nak sibuk.. Balik lah kalau nak balik.. Nak kecoh kenapa.. Balik kerja nanti kena kemas beg lagi.. Kacau betul lah.. " rungut qaisarah sambil menyarungkan kasut ke kakinya.. Sebelum berjalan keluar ke tempat kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience