BAB 91

Romance Completed 367809

Gambar pertama yang dhia terima dari khairul.. Adalah gambar khairul yang sudah berada di mekah.. Dimana khairul membalut kan kepalanya dengan kain putih.. Berlatar belakangkan jam besar yang ada di mekah.. Cahaya terik matahari membuatkan anak mata khairul dan juga rambut hitam nya nampak keperangan..

'rindu...'

Dhia berbaring di sebelah anaknya.. Menunjukkan gambar itu kepada dua anaknya yang berada di atas katil..

'' mama rindukan papa.. '' ucap dhia.. Memeluk qamarul yang berada dekat dengannya..

'' ma-ma.. '' kata qamarul.

'' ya sayang.. '' sahut dhia.. Lalu mencium pipi qamarul..

'' nasib anak mama ada temankan mama.. Kalau tak.. Mahu mama tak tertanggung rasa rindu ni.. '' kata dhia.

'' esha!'' panggil liyana..

'' ya ibu... '' sahut dhia lalu bangun dari pembaringannya.. Mengalihkan tubuhnya mengadap kepada liyana yang ada di muka pintu..

'' Esha sibuk ke? '' tanya liyana.

'' tak lah ibu.. Esha tak sibuk.. Esha tak ada buat apa-apa pun, baring-baring saja.. '' balas dhia.

'' boleh teman kan ibu.. Sekejap lagi Katering nak datang bawakan menu untuk majlis khairina.. Boleh Esha temankan ibu.. Untuk.. Food testing.. '' kata liyana.

'food testing?' dhia mengaru kepalanya.. Kerana dia bukannya seorang yang cerewet dalam bab makan..

'' Esha tak pandai ibu.. '' kata dhia.. Bukannya nak menolak.. Tapi dia tak pandai nak memberi pendapat bab masakan. Baginya.. Asal boleh dimakan.. Semuanya sedap..dan dia akan makan..

'' tak apa, bukannya nak kena buat apa apa pun.. Nanti Esha teman ibu saja.. '' terang liyana bila melihat wajah menantunya dalam keadaan buntu..

'' baiklah ibu.. Nanti Esha turun.. '' kata dhia. Menganggukkan kepalanya.

'' lagi satu..! Hmm.. Khai ada call Esha tak? '' tanya liyana.

'' call tu tak lah ibu.. Dia ada mesej Esha bagitahu dah selamat sampai.. Lepas tu ada hantar gambar.. '' kata dhia.. Menarik bibirnya tersenyum kepada liyana.

'' baguslah tu.. Esha jangan pikir sangat ya.. Nanti baliklah khai tu.. Tak lama.. Minggu depan balik lah dia tu.. '' terang liyana.. Dia faham sangat bila melihat riak wajah dhia yang mendung saja sejak khairul pergi.

'' Esha ok ibu...ibh janganlah risau.. '' kata dhia. Menarik bibirnya tersenyum.

'Esha nak bohong ibu.. Ibu tahu apa yang esha rasakan..' liyana tetap menarik bibirnya tersenyum, tak mahu menantunya bertambah gundah menanggung beratnya menahan gelora rindu berjauhan dari suami tercintanya.

'' ibu turun bawah dulu ya.. Nanti bila Esha dengar bunyi loceng .. Esha turun ya.. Temankan ibu.. Nak minta khairina.. Dia dalam pantang.. Nanti ibu takut, bila dia.. tengok lauk kenduri sendiri.. Habis semua pantang dilanggarnya.. '' kata liyana lagi sebelum berlalu keluar dari bilik dhia dengan ketawa.. Dhia pun turut ikut ketawa bersama.

Pintu biliknya kembali ditutup..

'' tengoklah papa kamu.. Sampai hati dia tak call mama.. Yang dia hantar hanya satu gambar.. '' keluh dhia tak puas hati.

Seperti yang diminta oleh liyana.. Dhia turun kebawah membawa dua anaknya turun bersama.. Sebaik mendengar bunyi loceng pintu rumah itu berbunyi.. Menandakan ada tetamu yang datang ke rumah itu.

Liyana mula sibuk menguruskan persiapan perkahwinan buat khairina.. Kalini majlis diadakan lebih sederhana.. Hanya dilakukan oleh dirumah.. Atas permintaan dari Kedua-dua pengantin baru itu..

Masa berjalan dengan pantas... Dalam sibuk dhia menguruskan anak-anaknya dan juga membantu persiapan perkahwinan khairina dengan irfan.. Sampailah tamat tempoh berpantang khairina.. Semua sibuk untuk menguruskan persiapan majlis..

Hanya dhia saja yang tahu apa yang dirasakan oleh hatinya kini.. Khairul sengaja tak membalas segala mesej yang dihantarnya dan tak menjawap panggilan darinya..

Dhia membuat panggilan lagi.. Sebelum dia membuat panggilan dia sudah meneliti dengan betul.. Sama ada di sebelah sana siang atau malam.. Kerana dia tak mahu menganggu rehat khairul di sebelah malamnya..

'dia tutup!' sakit hati dhia. Bila panggilan tak disambung. Geram dengan khairul. Telefon bimbit yang berada di tangannya digengam erat.. Kemudian dilemparkan keatas sofa..

Kalau ikutkan hatinya, nak saja dhia segera berangkat ke mekah.. Mencari khairul.. Tangannya mengepal penumbuk.. Geram!

'sampai hati papa kamu.. Dah sebulan pergi.. Papa janji dengan mama dua minggu saja..' keluh dhia melihat kepada anaknya yang sedang tidur.

'' kak!'' dhia merasa bahunya sedang dipeluk oleh khairina.. Dhia sampai tak sedar khairina sudah masuk kedalam biliknya.. Kerana terlalu fikirkan khairul.

Dhia berpaling melihat kepada khairina.. Wajahnya yang mencuka tadi cuba untuk mengukir sebuah senyuman di bibirnya.... Tapi dia tak mampu..

'' kak.. Jangan sedih macam ni kak.. Kita bagi abang masa ya!'' pujuk khairina.

'' kakak rasa nak pergi cari dia.. '' kata dhia mendatar. Khairina merenggangkan pelukan mereka.

'' cari abang?.. Tapi tanah suci tu luas kak.. Macam mana kalau tak jumpa nanti.. '' kata khairina.

'' kakak tetap juga nak, cuba cari abang.. Hati kakak tak sedap lah khairina.. Dia langsung tak call kakak.. Apa pun tak.. Dia sengaja nak buli kakak kan.. '' kata dhia. Air mata yang ditahannya tadi akhirnya jatuh juga. Mengalir di pipinya..

'' abang pun satu.. Tak ingat ke.. Ada yang tunggu dia disini.. Sampai hati dia buat kakak macam ni.. '' khairina memujuk dhia.

'' kenapa ni? '' tanya liyana yang baru masuk kedalam bilik itu mendukung zhafran bersamanya.. Dhia cepat-cepat menyeka air matanya. Tak mahu kelihatan lemah di hadapan liyana.

'' kenapa Esha menangis ni? '' tanya liyana menarik tangan dhia dari wajahnya. Yang tadi sedang menyeka air matanya.

'' ibu.. Ni abang lah ni.. Buat kakak macam ni.. '' kata khairina

'' ibu pun tak tahu lah nak cakap apa.. Irfan cakap dengan ibu.. Rombongan yang bawa khai tu, dah balik ikut jadual.. Tapi adalah beberapa orang yang lanjutkan tinggal disana lagi.. Mungkin khai pun lanjutkan tinggal dengan mereka bersama.. Esha jangan risau.. Khai tu dah biasa travel.. Kita tunggu dia balik ya sayang.. Tak mahu nagis macam ni.. Esok mata sebam.. Tak cantik orang tengok..'' usik liyana.

'' esok, orang bukan tengok Esha ibu.. Esok orang akan tengok pengantin ni ha.. '' kata dhia menggoyangkan bahu khairina. Ketawa keluar dari bibir khairina.

''tapi ibu.. Esha.. Nak juga kesana cari khai'' kata dhia bertekad.

'' anak-anak macam mana? '' tanya liyana.

'' Esha bawa mereka.. '' kata dhia dengan yakinnya.

'' Esha nak pergi dengan siapa? '' tanya liyana..

'' Esha ingat nak ajak ayah dan mak.. Esha ada simpanan untuk bawa mereka bersama kesana.. '' kata dhia.

'' macam nilah.. Ibu tak kisah.. Tambah pula Esha pergi dengan ayah Esha.. Nanti kita tanya dengan irfan.. Tapi lepas kenduri lah... '' kata liyana.

'' pengantin pergi masuk tidur awal.. Esok kita awal-awal, pagi dah nak bertolak ke masjid.. '' kata liyana. Memberitahu kepada khairina.

"baik!" jawap khairina.. Mengambil zhafran dari ibunya. Kemudian dia menghayunkan langkahnya keluar dari bilik tidur dhia.

"esha pun tidur ya.. Esok esha tak ke masjid kan..?" tanya liyana. Dhia mengeleng..

"tak ibu.. Esha jaga anak-anak je esok.. Sekali dengan zhafran dan zhafirah...." jawap dhia.

"beruntung sungguh ibu dapat menantu macam esha ni.. Mengenai kos nak berangkat kesana tu nanti.. Esha jangan risaukan.. Biar ibu yang tanggung...." kata liyana.

"ibu..tak apa.. Esha pernah niat nak bawakan mak dan ayah kesana.. Alhamdulillah.. Sekaranglah masanya.." kata dhia.

"alhamdulillah.. Mulia niat esha tu.. Moga bertambah rezeki esha.." kata liyana kemudian dia memeluk menantunya itu. Dhia perlahan-lahan mengangkat tangannya memeluk kembali, tubuh liyana. Sebelum ini.. Dia agak gentar dengan aura liyana..tapi malam ni.. Dia merasakan pelukan dari liyana hangat sekali.. Seolah-olah sedang memberikan kekuatan buatnya..

Keesokannya.. Awal-awal lagi sudah kecoh rumah itu..mana tak kecohnya.. Dengan khairina yang sedang sibuk bersolek.. Dengan anak-anaknya yang mengamuk nakkan ibu mereka..

"esha..!" panggil humairah.. Dari luar bilik tidur dhia.

Dhia yang sedang memandikan khalish keluar dari bilik air.. Membuka pintu biliknya buat humairah.

"kakak.." kata dhia..melihat humairah memegang zhafirah yang sedang menangis.

"zhafirah menangis.. Khairina suruh bawakan kepada esha .. Dia sedang susukan zhafran.." kata humairah.

"masuklah kak.. Esha pakaikan baju buat khalish dulu ya.." pelawa dhia. Dia kemudian meletakkan khalish diatas katilnya..

"biar kakak pakaikan baju khalish.. Esha ambil zhafirah.. Kakak tak pandai pujuk dia.. Makin kuat pula dia menangis.." kata humairah cemas..

"anak mama lapar ya? .. Sebab abang minum susu? .. Zhafirah pun lapar juga ya.." kata dhia.. Menyambut zhafirah.. Lalu susukannya di samping khalish dan humairah..

"la.. Patutlah.. Rupanya mama susuan dia ada disini.. Dia ada satu mama..satu ibu.." kata humairah sambil memakaikan baju buat khalish..

"iya kak.." balas dhia menarik bibirnya tersenyum kepada humairah.

Qamarul awal-awal lagi sudah turun bermain dengan khalif dan khatijah dibawah..

Bertolaklah rombongan itu ke masjid.. Pasangan pengantin itu sama-sama mengenakan busana putih ditubuh mereka.. Tampak cantik dan sama padan..

Dengan sekali lafaz.. Khairina kini bertukar statusnya kepada isteri buat ustaz muda.. Iaitu irfan.

Irfan melirikkan matanya memandang kepada khairina yang duduk tak jauh darinya disamping liyana dan juga ufairah.. Melihat senyuman di wajah khairina.. Secara tak langsung bibirnya turut mengembang sama tersenyum kepada khairina.

Selesai acara akad nikah di masjid.. Mereka bertolak ke rumah liyana untuk meraikan pasangan pengantin baru itu disana.. Sebaik pasangan itu sampai ke rumah liyana pasangan itu disambut dengan dua anak kembar khairina.. Didukung oleh dhia dan marissa..

"ustaz dah nikah dengan saya.. Sekali pakej dengan anak-anak saya.." kata khairina.. Menunjuk kepada bayi-bayinya..

"alhamdulillah.. Untungkan saya.. Sekali dapat anak-anak yang comel. Bukannya satu tapi dua.. InshaAllah saya akan jaga amanah allah ni dengan termampu saya.." balas Irfan.. Khairina memeluk lengan irfan..

"terima kasih.." bisik khairina..irfan menarik bibirnya kembang tersenyum kepada khairina.. Kemudian mereka sama-sama berjalan masuk kedalam rumah. Mengambil zhafran dan zhafirah.. Liyana dan ufairah memeluk sesama sendiri.. Mengharapkan jodoh pasangan pengantin baru itu berpanjangan sampai ke syurga..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience