BAB 14

Romance Completed 367824

'' assalamualaikum.. '' suara yang kedengaran dari sebelah sana memberi salam kepada dhia.

'' waalaikummusalam.. Abang dekat mana .. Sekejap lagi saya dah nak balik kampung'' kata dhia..

Hubungan mereka berdua, semakin lama semakin erat.. Dalam masa yang singkat. Dua insan itu mula serasi.

''sekejap saya dah nak sampai.. '' balas zarif.

'' ok lah saya tunggu disini ya'' kata dhia sebelum mematikan panggilan telefon.

Tak lama selepas itu kelihatan sebuah kereta wira kelabu muncul di hadapan rumah sewa mereka.. Keluarlah zarif dari kereta tersebut.

''dhia, encik abang kamu dah sampai tu.. Jangan lama-lama tau.. Kita dah nak bertolak balik dah ni..'' kata marina.

'' baik kak.. Kejap saja ni.. '' jawap dhia.

Dhia berjalan mendekat kepada zarif yang segak berpakaian pejabat kemas ditubuhnya.

'' kenapa pakai baju ni? '' tanya dhia hairan.

'' abang ada interview.. '' bohong zarif.

'' ohh.. Ni kereta siapa? '' tanya dhia menunjuk kepada kereta wira kelabu yang dipandu oleh zarif sebentar tadi.

'' kereta ayah abang..'' jawap zarif tersenyum. Dhia yang mendengar mengangguk sahaja.

'' habis tu kereta yang sebelum ni? '' tanya dhia lagi.

'' oh kereta tu.. Abang jadi driver part time.. Tu kereta Puan Sri.. '' hentam zarif..

'' ohh.. Ok.. Baru faham.. '' balas dhia.

'ok! Serius.. Kau tak sangsi dhia.. Kau taknak tanya kenapa..' kini zarif pula dipenuhi dengan tanda tanya. Jauh di sudut hatinya yakin dengan pilihannya.

'' ambil ni buat belanja.. '' zarif menyuakan beberapa keping helaian yang berwarna unggu kepada dhia.

Dhia melihat sahaja huluran tangan zarif yang berisi berapa helaian wang di dalamnya.

'' abang suruh dhia tunggu semata-mata nak bagi ni..? '' tanya dhia sambil menunjukkan kepada duit yang masih berada didalam genggaman tangan zarif.

Zarif segera menganggukkan kepalanya mengiyakan.

'' dhia ada duit sendiri, tak perlu duit abang.. Dah la dhia dah nak balik kampung.. Assalamualaikum.. Bye.. '' kata dhia, mula berpaling untuk pergi.

'' dhia, abang ikhlas ni.. '' zarif menarik lengan dhia.

'' abang, dhia tak suka macam ni.. Dhia tak suka berhutang budi.. '' balas dhia.

'' tak! Abang beri buat belanja dhia.. Anggap buat tambang balik ke kampung.. '' kata zarif.

'' kak marina yang tanggung semua belanja balik kampung.. Bukan dhia.. Kalau abang nak bagi juga abang bagi saja dekat kak marina.. '' kata dhia menunjuk kearah marina yang sedang berdiri di samping kereta axia merahnya.

'' baik, abang bagi marina. '' kata zarif, berjalan mendapatkan marina dan menyerahkan wang belanja tersebut kepada marina.

Marina yang tak tahu apa apa terpinga-pinga.. Berkali kali dia menolak, dhia hanya mengangkat bahu sahaja bila marina memandang kearahnya.

'' taknak lah.. Jangan macam ni zarif. Segan lah saya.. '' kata marina..

'' saya ikhlas ni marina.. Buat belanja dalam perjalanan nanti.. '' kata zarif lagi.

Oleh sebab drama penolakan itu berlangsung agak lama dan menghabiskan masa mereka berempat.. Zarif kemudiannya membuka pintu kereta axia tersebut lalu menyimpan saja duit tersebut didalam laci yang ada di dalam kereta tersebut.

'' ok sudah selesai.. '' katanya sebaik menutup pintu kereta itu. Melopong mata tiga wanita-wanita itu. Zarif menayangkan sahaja senyuman manisnya kepada mereka.

'' haish, sesuai lah korang berdua.. Sama-sama degil.. Sepadan. '' sindir marina.

'' dah la jom kita bertolak balik.. Biar dhia yang pandu.. '' kata dhia meminta kunci kereta..

'' kenapa dhia yang nak pandu? '' tanya zarif.

'' dhia kan sudah ada lesen.. '' jawap dhia..

'' bagi abang tengok.. Mana lesen dhia.. '' minta zarif menghulurkan tangannya.

'' tak percaya pula.. Nah, tengok ni!'' kata dhia menghulurkan kad lesen memandunya..

Zarif menyambut kad yang disuakan oleh dhia..

'dhia qaleesha.. Baru aku tahu nama penuh dia.. Dhia qaleesha binti Abdul Dhani...'

'' abang? '' panggil suara halus itu.

'' ya dhia qaleesha.. Tapi lesen ni masih baru.. Abang.. ''

Dhia kembali merampas lesen memandunya yang berada di tangan zarif sebentar tadi.

'' InshaAllah dhia boleh.. '' kata dhia dengan yakin.

'' jangan risau, ina ada.. Ina tolong tengokkan.. '' marina memberi sokongan. Agar lelaki itu tak cemas.

'' baiklah kalau macam tu.. Saya percayakan marina.. '' balas zarif pasrah.

Dia melihat sahaja tiga wanita itu mula masuk ke dalam kereta, dhia duduk di kerusi memandu disebelahnya ada marina, manakala marissa memilih untuk duduk santai dibelakang.

'' assalamualaikum.. Bye.. Jumpa lagi dua hari ya.. '' kata dhia ceria dan semangat untuk membawa kereta untuk pulang ke kampung.

'' waalaikummusalam.. Hati-hati memandu.. '' balas zarif yang membongkok melihat kedalam kereta.

Dia membalas lambaian mereka yang sedang melambai kearahnya.. Perlahan lahan kereta itu beransur-ansur menjauh dan hilang dari pandangan matanya.

'' aku yakin.. Aku tak tersalah pilih kali ini. Aku yakin dia jodoh aku!'' ucap zarif sendirian. Dia kembali masuk kedalam kereta wira milik pak hamid pemandu bondanya.

'' sementara ni aku kena berlakon pinjam kereta pak hamid dulu lah.. Sampai aku bersedia nak beritahu identiti sebenar aku.. '' kata zarif.

Zarif pulang ke rumah melihat ada tetamu yang ada di ruang tamu rumahnya.. Bondanya segera memanggilnya ke ruang tamu sebaik melihatnya yang baru saja masuk kedalam rumah.

'' zarifff.. '' panggil ufairah manja.. Melambai kearah zarif memanggil supaya zarif datang kepada kelompok kecil itu.

Zarif menarik senyumannya, berjalan kepada bondanya.. Dia dapat melihat ada dua wanita lain disitu..

'itu kan khairina.. Adik khai.. Buat apa dia disini?'

'' duduklah zarif, ni bonda kenalkan.. Sahabat bonda.. Datin Liyana..dan ni anak dia khairina.. '' kata ufairah memperkenalkan dua tetamunya kepada zarif.

'' khairina.. Adik kepada khairul kan.. Khairul zuhairy.. '' tanya zarif mencari kepastian.. Kerana sudah lama mereka berdua tak bertemu muka dengan adik perempuan tunggal kepada khairul itu.

'' ya betullah tu.. Saya khairina zuhairah.. Adik abang khai.. '' balas khairina dengan senyuman manis dan muka yang merah malu.

Dua wanita ibu kepada anak muda tersebut berubah riak wajah mereka serta merta, yang pada mulanya nampak ceria bertukar dengan wajah yang tak selesa bila nama khairul di ulang beberapa kali oleh dua anak muda tersebut.

'kenapa perlu sebut nama abang khai kamu khairina.. Kalau lah Puan Sri tak suka macam mana.. Kamu tahu kan macam mana dengan perangai abang kamu yang seorang tu.. Baik sedikit daripada jin sahaja..' keluh Liyana sambil mencuit peha anaknya memperingati.

'khai?.. Khairul zuhairy.. Anak liar yang merosakkan banyak wanita tuh? kenapa pula boleh anak itu ada kaitan dengan keluarga Liyana.. Sedangkan Liyana dan anak perempuannya nampak baik, tak macam khairul tu.' rungut ufairah.

Liyana perasan akan wajah ufairah yang Tiba-tiba berubah itu. Segera dia memanggil sahabat yang baru dikenalinya itu.

''puan Sri.. Kenapa puan Sri diam sahaja..ada yang tak kena? '' tanya Liyana.

'' ah tak ada lah, tiba-tiba saya teringatkan sesuatu.. Tu yang saya tengah berfikir tu.. '' alasan yang ufairah cipta untuk Liyana agar Liyana tak mengesyaki nya.

'' bonda.. Jangan cakap ni calon menantu bonda..? tanya zarif berbisik di telinga ufairah.. Ufairah malah ketawa, tak menjawap persoalan yang zarif tanyakan.

'' zarif dah ada calon zarif sendiri bonda.. '' zarif kembali membongkokkan tubuhnya membisik kembali ke telinga bondanya.

Ufairah yang tadi awalnya kekok.. Terus teruja. Wajahnya kembali ceria, senyumannya kembali mekar.

'' betul ni.. ! Ya Allah! akhirnya tuhan makbulkan doa bonda.. Siapa calon menantu bonda? mana dia.. Kenapa tak bawa dia jumpa dengan bonda.. Zarif dah janji kan.. Nak bawa jumpa dengn bonda bila dah jumpa dengan yang sepadan.. '' kata ufairah lantang, sepertinya dia sudah terlupa akan dua tetamunya yang ada di hadapan matanya itu.

Berubah air muka Liyana, terutama sekali tentulah khairina. Gadis itu meminati zarif sejak dia kecil lagi. Dia sentiasa mengintai zarif yang sering ke rumahnya untuk bertemu dengan abangnya. Sekarang ni, dia mendengar sendiri lelaki itu sedang memberitahu bondanya yang dia sudah mempunyai seseorang yang istimewa didalam hatinya. Apa guna dia datang kesini, macam mana dengan perasaannya yang selama ini dia pendam bertahun-tahun selama ini.. Bila sampai masa yang sesuai untuk menyampaikan nya.. Semuanya musnah. Liyana memegang erat tangan anaknya yang berada di atas riba.. Mereka dua beranak, saling berpandangan.

'' sabar sayang.. Mungkin bukan dia jodoh kamu. '' bisik Liyana di telinga anaknya. Khairina diam tak mengeleng mahupun mengangguk.

'tapi ibu..' hatinya tak mampu berkata-kata. Bukan itu yang mahu dia dengarkan dari bibir ibunya itu.

'' puan Sri.. Kami nak minta diri dulu lah ya.. '' kata liyana bangun dari duduknya.. Berjalan mendekat dan menyuakan tangan untuk bersalaman. Begitu juga dengan khairina mengikut langkah ibunya.

'' nak balik dah? Kan masih awal ni.. '' ufairah berbasa basi.

'' ia.. Saya baru teringatkan saya ada hal selepas ni, nak ke tempat lain.. '' balas liyana memberi alasan.

Ufairah menarik senyumnya.. Belum sempat dia menjelaskan, tetamunya sudah mengerti. Awalnya dia mula berkenan dengan anak perempuan liyana, tetapi..bila nama khairul timbul. Terus hatinya menolak anak gadis itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience