BAB 87

Romance Completed 367824

Baju melayu berwarna hijau muda tersarung kemas di badan tuannya.. Semerbak bau minyak atar didalam bilik itu.. Dhia yang sedang menidurkan qamarul di bilik tidur bayi yang disediakan untuk khalish bangun dari katil Perlahan-lahan. Tak mahu qamarul terjaga.

Pintu biliknya yang bertentangan dengan pintu bilik bayi itu kini sentiasa dibiarkan terbuka.. Tak lagi tertutup seperti sebelum ini..

'' hubby nak kemana? '' tanya dhia bila melihat khairul sudah siap dengan baju melayu nya..

'' hubby nak ke masjid.. Jumpa dengan ustaz irfan.'' jawap khairul.

Dhia memeluk belakang tubuh suaminya.. Menyandarkan kepalanya di belakang tubuh khairul..

'' hubby.. Ada apa-apa nak share dengan sayang? '' tanya dhia.

Sejak khairul mengetahui status sebenar qamarul.. Khairul tidak tenang seperti sebelum ni.. Hal itu disedari oleh dhia.. Khairul lebih banyak diamkan diri dan tak seceria dahulu..

'' hubby.. '' panggil dhia lagi bila khairul tak menjawap kepadanya.

'' sayang.. Hubby ok.. Mungkin perlukan masa sikit untuk semua ni.. Boleh sayang bagi masa untuk hubby.. Semua ni terlampau mendadak bagi hubby.. '' kata khairul.

'' ok hubby.. Ambik lah masa hubby.... Tapi sayang nak hubby tahu yang sayang akan sentiasa ada dengan hubby.. Selamanya.. Selagi hayat dikandung badan... '' kata dhia..

'' hubby tahu tu sayang.. Terima kasih, hubby pergi dulu ya.. '' kata khairul berpaling lalu menunduk sedikit mencium dahi dhia.

'ini adalah kifarah untuk hubby.. Balasan dari Allah, akibat dosa-dosa yang telah Hubby lakukan sebelum ni... Hubby mohon sayang faham.. Beri masa untuk hubby..'

Dhia melihat belakang tubuh khairul yang melangkah pergi dari bilik tidur mereka.. Entah kenapa hatinya terasa sayu.. Dhia merindukan rasa cinta yang pernah menghangatkan hatinya dulu..

' bagi dia masa dhia.. Kau tahu dulu dia macam mana.. Tak pernah pikul tanggungjawab yang macam ni.. Dia berusaha untuk terimanya satu persatu.. Insya Allah..' dhia memegang dadanya.

Mengharapkan semuanya akan kembali seperti sediakala.. Kakinya berjalan keluar dari bilik mengintai ke dalam bilik dimana ada qamarul yang sudah terlena..

Wajah polos anak kecil itu diperhatikan.. Bersih dan tenang saja wajah anak itu sewaktu tidur.. Dalam hati terdetik rasa risau.. Takut ada yang tak kena dengan qamarul.. Kerana sehingga kini anak itu tak pernah mengeluarkan sepatah perkataan kepadanya..

'' alhamdulillah keputusan kesihatan dia semuanya tak ada apa-apa.. Mungkin dia lambat bercakap.. Atau..dia yang taknak bercakap.. '' keluh dhia.. Merenung qamarul dari jauh..

Dhia kemudiannya masuk kedalam biliknya.. Melihat kepada khalish pula yang sedang tidur didalam katil bayi.

'' tidur ya sayang.. '' kata dhia kemudian dia masuk kedalam bilik air.. Membersihkan diri.. Bersiap untuk solat.

Sementara khairul sudah sampai di masjid.. Turut masuk bersama dengan jemaah yang lain untuk solat maghrib.. Irfan sudah menyedari kehadiran khairul yang hadir menyertai mereka..

Selesai solat maghrib secara berjemaah.. Khairul turut mendengar kuliah yang disampaikan oleh Irfan kepada jemaah yang hadir.. Kemudian solat isyak berjemaah.. Khairul menunggu sampai semuanya selesai.. Dia mahu bertemu dengan Irfan.

'' assalamualaikum ustaz.. '' tegur khairul bila melihat jemaah mula beransur pulang.

'' waalaikummusalam.. Abang. Saya dah nampak tadi.. Tapi tak berkesempatan nak bertegur sapa.. '' kata Irfan menyambut tangan yang dihulurkan oleh khairul.

'' tak apa ustaz.. Tadi pun ramai jemaah yang nak jumpa dengan ustaz.. Saya faham.. '' kata khairul..

'' sebenarnya ada benda yang saya nak tanya dengan ustaz ni.. Harap ustaz boleh jawap persoalan saya ni.. '' kata khairul..

'' InshaAllah saya cuba.. Marilah kita duduk disana dulu.. Lebih selesa nak bercakap dari kita berdiri macam ni.. '' kata Irfan menunjuk kearah satu sudut di dalam masjid tersebut.

Khairul ikut melangkah kesana.. Duduk bersila diatas lantai yang beralas karpet polos berwarna biru tua itu.

'' nak tanya apa tu abang..? '' tanya Irfan sebaik dia turut duduk bersila disamping khairul.

Khairul pun menceritakan perihal yang membuatkan dia tak tenteram beberapa hari ini.. Menceritakan dosa-dosanya yang lepas kepada Irfan.. Meluahkan segala isi hatinya.. Irfan mendengarnya dengan teliti adakala dia menganggukkan kepalanya..dan beristighfar panjang mendengar cerita masa silam khairul.

'' ustaz rasa.. Macam mana? apa yang perlu saya buat.. '' kata khairul mendatar..

'' Bertaubat selepas melakukan dosa adalah amalan sangat mulia. Sesungguhnya pintu taubat memang sentiasa terbuka luas.''

'' Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha ertinya yang ikhlas kerana Allah. Terbit dari hatinya dan taubatnya itu ada rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia bersungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat'' kata Irfan dengan panjang lebar.

Khairul mengangguk faham dengan apa yang baru dikatakan Irfan kepadanya..

''saya akan bantu abang.. Taubat itu tiada tarikh luputnya.. Abang.. Insya Allah..moga urusan abang dipermudahkan.. '' kata Irfan menepuk bahu khairul.

Khairul menganggukkan kepalanya.. Bersyukur ada insan yang sudi membantunya dalam keadaan dia yang sebegini..

Mereka terus berbual.. Semakin lama semakin rancak sehingga tak sedar masa berlalu... Sehingga sudah hampir tengah malam..

'' ya Allah.. Ustaz.. Saya tak sedar dah makan masa ustaz lama sampai macam ni.. '' kata khairul melihat kepada jam yang tergantung di dinding masjid.

'' tak mengapa.. Kita berbincang hal yang penting begini..tapi tu lah.. Takutnya kakak dan anak-anak abang dirumah tu..dah lewat..saya tak apa.. Saya bujang.. '' kata Irfan.

'' saya dah terlupa.. Marilah kita ustaz.. Nanti kita sambung lagi.. '' kata khairul..

Mereka sama-sama bangun.. Keluar dari masjid..

'' assalamualaikum.. Dah selesai.. Boleh saya kuncikan pintu.. '' tegur satu suara yang berdiri diluar.

'' waalaikummusalam.. '' jawap khairul dan Irfan serentak.

'' masya Allah.. Karim kamu tunggu kami ke.. Kenapa tak beritahu tadi... Kalau tak lama lagi kami didalam tu.. '' kata Irfan mengusik seorang sahabat sebaya dengannya.

'' tak mengapa.. Tadi saya di belakang.. Nasib tak kunci ustaz dan encik ni.. Kalau tak.. Lagi parah.. '' kata karim..

'' terima kasih tunggu kami dan tak kunci kami.. '' balas Irfan ceria. Khairul hanya menarik bibirnya tersenyum kepada lelaki yang bernama karim tu..

'kalau lah kau kunci kami karim.. Mau mengamuk dhia dirumah tu..'

Berjalan lah mereka berdua ke tempat pakir kereta..

'' ustaz.. Satu lagi saya nak tanya..tapi yang ni bukan masalah.. Saja saya nak tanya ustaz. '' kata khairul.

'' abang ni.. Tanya ja.. Saya ni.. Tak kisah pun.. Saya ni pun orang biasa macam abang juga.. '' kata Irfan.

'' kenapa ustaz tak khawin lagi? Maaflah kalau saya ni menyampuk hal peribadi ustaz.. '' kata khairul.

'' khawin.. Siapa yang nak kan saya.. Entah lah.. Mungkin jodoh belum sampai.. '' jawap Irfan. Memaniskan wajahnya dengan senyuman.

'' saya tengok ustaz rapat dengan adik saya khairina.. Ustaz tak nak.. Maksud saya.. Jadikan hubungan ustaz dan adik saya halal..? '' tanya khairul.

'' saya.. Tak tahu, macam mana.. nak jawap soalan tu.. Abang.. Saya tak tahu.. Sama ada khairina tu sukakan saya ataupun tak.. '' kata Irfan.

'' nak saya tanyakan dia bagi pihak ustaz..? '' kata khairul.

'' segan lah saya.. Jauh beza sangat saya dengan khairina tu.. Takut saya nak tanya.. Takut nanti dia terasa.. Nanti dia makin menjauh pula.. '' kata Irfan.

'' saya bukanya memaksa ustaz.. ustaz dah tolong saya.. Kalau betul ustaz ada niat nak sunting khairina.. Saya akan sokong ustaz.. Cuma saya perlukan kata putus dari ustaz.. '' kata khairul.

Irfan menunduk.. Bibirnya ditarik tersenyum, didalam hatinya berbunga-bunga.. Kemudian dia mengangkat kepalanya semula.

'' kalau dia jodoh saya.. Saya menerima dengan ikhlas.. Khairina..dan anak-anaknya.. '' kata Irfan.

'' macam tulah ustaz.. Bakal adik ipar saya.. '' kata khairul memeluk Irfan..

Hati khairul yang gusar itu terubat sedikit.. Walaupun itu dilakukan untuk orang lain.. Hatinya senang..

'mungkin sebelum ni aku terlampau leka.. Tak pernah memikirkan orang lain di sekeliling aku..' bisik hati khairul.

' Allah sentiasa menolong hambanya.. Selama dia menolong saudaranya.. ' Irfan menepuk lembut bahu khairul.

Khairul balik ke rumahnya.. Ini pertama kalinya dia keluar dan balik selewat ini sepanjang tempoh perkahwinannya dengan dhia.. Tapi kalini tujuannya berbeza.. Bukannya dia keluar melepak di kelab seperti masa bujangnya dulu.. Dia keluar untuk mencari ilmu untuk membersihkan hatinya yang hitam..

Pintu rumah utama itu dibuka.. Ternyata dhia sengaja tak menutup lampu di ruang tamu rumahnya.. Menunggu kepulanganya..

''dulu..kalau balik office.. Selalu dia akan terbaringdi sofa tunggu aku balik...'' khairul menarik bibirnya tersenyum, kehadiran khalish dan qamarul merubah segalanya.

Kaki khairul melangkah keatas.. Selepas dia mengunci pintu dan juga menutup lampu utama diruang bawah rumahnya.

Khairul melewati pintu bilik qamarul yang dibuka lebar.. Kepalanya bersandar di muka pintu bilik itu. Mengintai insan kecil yang sedang tidur nyenyak di dalamnya.. Perlahan-lahan kakinya melangkah kedalam bilik itu..punggungnya duduk di atas katil ditempat pembaringan qamarul.

'' betul kata mama kamu.. Kamu anak yang tak berdosa.. Yang salah dalam hal ni.. Papa.. Tapi papa takut.. Takut nad datang kembali.. Musnahkan semuanya.. Dia ular yang licik.. Datang dan pergi sesuka hati dia.. '' keluh khairul.. Mengelus lembut ubun-ubun qamarul.

'' maafkan papa.. Lambat terima kamu.. Papa janji akan gantikan semuanya.. Tapi.. Papa perlukan masa untuk papa cari kekuatan dan diri papa yang dah lama hilang dan sesat.. Qamarul anak yang baik.. Tinggal dengan mama.. Mama akan jaga qamarul.. Papa percayakan mama.. '' khairul menunduk mencium dahi qamarul.

'' ma-ma''

Khairul tersentak.. Bila mendengar suara halus yang keluar dari bibir qamarul dengan mata yang masih terpejam rapat..

''qamarul? '' panggil khairul.. Tapi qamarul masih tidur seperti tadi..

'' dia mengigau? Tapi bercakap kan tadi?!'' khairul kebingungan, dia kembali mendekatkan wajahnya dengan qamarul.

'' ma-ma'' sekali lagi suara itu kedengaran. Qamarul menggeliat kecil lalu memeluk tangan khairul..

''jadi dia boleh bercakap.. Cuma dia taknak bercakap.. Kenapa? '' khairul dirundum perasaan serba salah..

Lama juga khairul menghabiskan masa di bilik qamarul sebelum dia mendengar bunyi rengekkan khalish di bilik sebelah.. Perlahan-lahan khairul menarik tangannya..sekali lagi dia mencium dahi qamarul kemudian dia keluar dari bilik itu..
Menuju ke biliknya untuk melihat seorang lagi anaknya.. Khalish yang sudah membulat matanya didalam katil bayinya..

'' kenapa? Malam - malam orang tidur sayang.. Bukannya malam-malam berjaga.. '' kata khairul.. Lalu mengambil anaknya keluar dari katil bayi.

'' tengok mama tegah tidur atas katil.. Khalish cari susu khalish ke? '' tanya khairul kepada khalish. Sebaik khalish melihat mamanya.. Terus pecah suara tangisannya.. Tanpa memberi amaran lagi.. Seperti tadi.

Dhia yang sedang tidur terus tegak terduduk diatas katil..

'' hubby.. Kacau khalish tidur ke!'' marah dhia..

'' taklah sayang dia laparni.. '' kata khairul lalu memberikan khalish kepada dhia..

''lapar ke?... Mama ingat papa mengusik kamu tadi sayang..''kata dhia mengambil khalish lalu duduk di kerusi menyusu..

Khairul duduk di birai katil memerhatikan dhia yang sedang menyusukan khalish..

'' kenapa? Tergoda?'' usik dhia.. Khairul menarik bibirnya tersenyum.. Kemudian mengeleng perlahan..

''takut!'' balas khairul.. Melihat dhia membulatkan matanya..khairul membalas dengan ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience