BAB 16

Romance Completed 367824

Hanif melihat sahaja gadis kecil itu berjalan masuk kedalam rumah tanpa menegurnya terlebih dahulu.

"itu.." katanya sepatah.

"itu esha.. Yang abang langgar dia dulu dekat pejabat pos tu.." kata qaisarah. Terangguk angguk kepala hanif pada ketika itu..

'sungguh dia nampak berbeza dengan sebelumnya.. Tak nampak kebudak budakkan seperti dulu..'

Qaisarah menemani hanif sampai hanif meminda izin untuk pulang. Sebaik hanif hilang dengan civic putihnya.. Qaisarah berjalan masuk kedalam rumah. Sebaik melintas pintu bilik adiknya.. Dia mendengar adiknya itu sedang bercakap telefon dengan seseorang.. Kedengaran suara dhia sangat senang dan ceria sekali.

'budak ni! Takkan dah ada boyfriend orang bandar kot..?' perlahan-lahan dia menolak pintu bilik tersebut..

"esha.. Cakap dengan siapa tu?" tanya qaisarah. Sangat tak sabar ingin mengetahui dengan siapa yang adiknya sedang bualkan.

'' aaa.. Kakak.. Dengan kawan.. '' balas dhia berpaling melihat kearah qaisarah.

'' hmm nanti dhia call balik ya.. Ada hal sikit.. '' kata dhia berbisik, sebelah tangannya lagi menutup mulut agar suaranya tak kedengaran keluar, sampai ke telinga qaisarah.

'' ok dhia.. Assalamualaikum '' kata zarif ceria di sebelah sana.

'' waalaikummusalam '' jawap dhia pantas, lalu mematikan talian.

'' kak cari Esha ke? '' tanya dhia.. Dia meletakkan telefon bimbitnya keatas katil.

'' tak lah.. Saja je.. Tak tahu esha dah ada telefon bimbit rupanya.. Ingat Esha cakap sendiri sendiri tadi.. '' kata qaisarah duduk di atas katil dhia.

'' cantik telefon ni.. Mesti mahal kan? '' kata qaisarah mengambil telefon milik dhia.

'' hmm.. Taklah kak, biasa je'' balas dhia.

''dhia kerja apa dibandar tu.. Nampak Esha berbeza, muka pun dan makin lincin.. Cantik.. Gebu.. '' puji qaisarah.

'' keja biasa-biasa saja kak.. Sebab Esha kan budak lepas SPM, tak semua kerja yang boleh Esha minta.. '' terang qaleesha turut duduk di katil disamping qaisarah.

'' untung lah Esha.. Dah ada lesen kereta.. Ada telefon canggih macam ni.. Kakak ni apa yang ada.. Terperuk saja didalam kampung ni.. Nak buat itu tak boleh.. Buat ini tak boleh.. '' runguh qaisarah.

'kak, kalaulah kakak tahu macam mana cara yang esha dapat semua ni.. Esha berusaha keras kak.. Selagi Esha kuat.. Esha nak buat semua kerja.. Nak kumpul duit banyak-banyak.. Taknak bergantung kepada sesiapa pun..'

''kak pun untung kan.. Duduk dekat dengan mak.. Dah ada buah hati pulak tu.. '' kata dhia.

'' buah hati.. Hmm.. Entahlah.. Kakak tak pasti.. Tapi dia tu baik sangat.. Terlalu baik.. '' kata qaisarah.

'pelik kakak aku seorang ni.. Dapat orang baik pun merungut..'

'' sepatutnya kakak bersyukur.. Tapi tak, kakak mengeluh pulak, tak ke pelik tu.. '' kata dhia.

'' kakak teringin nak keluar bebas tengok dunia luar Esha.. Macam Esha.. Bebas macam Esha.. Lepas tu baru pikir hal kahwin ni.. Ni tak.. Lepas kahwin mesti kakak lagi akan terperuk.. Lagi terkongkong.. '' keluh qaisarah.

'' keputusan di tangan kakak kan.. Takkan ada siapa pun yang akan paksa kakak untuk terima dia.. '' kata dhia perlahan. Terangguk angguk kepada qaisarah.

'' betul tu, itulah yang kakak katakan dia terlampau baik Esha.. Nak lepaskan dia rasa sayang.. Takutnya tak akan jumpa lagi laki sebaik dia selepas ini.. Dia tu cukup sayang dan cintakan kakak.. '' kata qaisarah dengan hati yang berbunga-bunga.

'' bagus lah tu kak.. Esha doakan semoga kakak berbahagia dengan dia.. sampai ke anak cucu.. "ucap dhia.

'' amin... Amin... '' sambut qaisarah.

'' Esha.. Kalau kakak nak ikut kamu ke bandar dua tiga hari boleh? '' tanya qaisarah.

'' kakak tak kerja ke? ''

'' kakak boleh minta cuti.. Boleh la.. Nanti pergi dengan korang, balik nanti kakak balik naik bas saja.. Boleh tak Esha? '' tanya qaisarah lagi. Sungguh dhia teringin nak melihat bandar dengan mata kepalanya sendiri, asyik dia lihat melalui televisyen saja sebelum ini..

'' kakak minta izin ayah dulu.. Kalau ayah izinkan.. Baru Esha tanya kak marina.. '' balas dhia.

'' sayangnya adik kakak, sorang ni!! .. '' kata qaisarah lalu merangkul leher adiknya.

'' sayang lah.. Tapi ni tak confirm lagi.. Selagi ayah tak izinkan.. '' balas dhia.

'' kakak keluar dulu ya.. Esha rehat-rehatlah.. Kakak tak ganggu Esha lagi. '' kata qaisarah bangun lalu berjalan keluar.

'' dua tiga hari.. Boleh kot kakak marina izinkan kakak tumpang di rumah sewa tu.. Esok kena bagi tahu marissa ni.. '' kata dhia. Tubuhnya yang sedang duduk di katil dilentangkan ke atas katil.

'mengantuk lah... Tidur kejap tak apa kot..' tanpa dia sedari matanya sudah terpejam rapat.. Mula memasuki ke alam mimpi.

Keesokan harinya mereka berdua ke sekolah menegah mereka berdua.. Seronok dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang telah lama mereka tak berjumpa.. Mereka masuk kedalam dewan bersama-sama.

'' dhia.. Tahniah!'' tegur cikgu kelasnya, cikgu rohaya.

'' cikgu.. '' dhia bersalaman dengan cikgu tersebut.

'' cikgu nantikan kedatangan kami dhia.. '' kata cikgu rohaya sambil tersenyum manis.

''tunggu saya..? '' kata dhia kebingungan.

'' nah ini result SPM kamu.. Sekali lagi tahniah buat kamu.. !'' tangan cikgu rohaya disuakan lagi.. Untuk berjabat tangan. Dhia menyambut sahaja tangan guru tersebut.. Perlahan lahan sebelah tangannya lagi menyambut huluran kertas keputusan spmnya.

'' Ya Allah!!'' sungguh dhia sendiri tergejut melihat keputusan yang tertera disitu..

Sungguh dia tergejut melihat ada beberapa A yang terdapat pada kertas tersebut, dia sendiri tak menyangkakan akan mendapat keputusan sebaik itu.. Baginya B pun sudah memadai.

'' tergejut ya.. Rezeki kamu dhia.. '' kata cikgu rohaya.

'' alhamdulillah cikgu.. Tak sangka.. Ada juga A.. '' kata dhia sebak.

'' dhia tengok.. '' pinta marissa..

''kita tukar sama-samalah.. Baru aci'' kata dhia ceria.

'' ok kita tukar sama-sama.. '' kata marissa.

Dalam kiraan tiga.. Kertas itu bertukar tangan antara satu sama lain.. Dhia sudah menjangka marissa akan skor lebih. Sungguh dia seorang pelajar pintar kerana semua mata pelajaran mendapat A..

'' tahniah risa.. Kau selalu top student.. '' puji dhia kepada sahabatnya.

'' kau pun, tahniah!!'' balas marissa tersenyum, dan mereka berpelukan bersama..

Habis meluangkan masa di sekolah lama dengan guru dan rakan-rakan lama mereka singgah untuk makan di pekan beramai-ramai bercampur kawan lelaki dan perempuan bersama..

Sekumpulan anak muda itu memilih untuk makan di sebuah restoran makanan segara layan diri.. Mereka siap berkumpul di hadapan bangunan yang berwarna merah itu menantikan beberapa sahabat yang masih belum tiba..

'' dhia.. Tu bukan kakak kau ke? '' tanya marissa kepada dhia, sekali menunjukkan kearah sepasang pasangan yang sedang berjalan menuju kedalam restoran yang bakal mereka makan bersama-sama.

'' hmm.. Kenapa kak Sarah ada disini.. '' keluh dhia. Tak menyukai kehadiran kakaknya disitu.

'' ni waktu lunch kan.. Nak makan lah tu kot.. '' teka marissa.

'' aduhh.. '' keluh dhia. Dia sudah melihat beberapa rakan yang berlainan jantina sedang menggamit kepada mereka.. Memberitahu supaya mereka segera untuk masuk bersama.

'' biarlah dhia.. Bukan kita buat salah pun.. Kita makan beramai-ramai kan.. Tempat terbuka ni.. '' kata marissa meyakinkan dhia, bahawa semuanya akan baik-baik sahaja.

'' yealah.. Harap macam tulah.. '' kata dhia sambil berjalan bersama yang lain masuk kedalam..

Mereka beratur terus di kaunter sementara beberapa orang sahabat yang lain menunggu di meja.. Takutnya tak ada tempat untuk mereka makan nanti.

'' sarah! Itu bukan Esha? '' tanya hanif menunjuk ke arah kelompok anak muda yang sedang beratur beramai-ramai.. Riuh restoran itu dengan suara anak-anak muda yang sedang bergurau senda sesama sendiri itu.

Qaisarah yang sedang mengunyah makanannya.. Berpaling melihat kepada kelompok anak muda.. Satu persatu dilihatnya.. Sampailah dia melihat kelibat qaleesha sedang berdiri diantara mereka yang ramai-ramai itu.

'' ha ah.. Esha lah tu.. Harini dia pergi ambik result SPM.. Tu makan dengan kawan-kawan dia lah tu, agaknya.. '' kata qaisarah.. Memusingkan semula badannya mengadap kearah hanif.

'' ohh, betullah.. harini keputusan SPM keluar.. Tu sebab dia balik kampung ya.. '' kata hanif lagi.

'' ya.. Sebab tu lah dia balik.. Kalau tak jangan harap dia nak balik saja-saja.. '' kata qaisarah lagi.

Hanif diam tak membalas... Dia hanya sekadar tersenyum manis kepada qaisarah yang ada didepannya. Mereka berdua asyik melihat kearah anak muda yang ada didalam restoran tersebut sambil mengunyah makanan mereka. Sesekali dhia berpaling melihat kearah qaisarah.. Hanya senyuman sahaja yang dhia berikan sebagai menyapa kakaknya yang ada tak jauh dari meja makan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience