BAB 1

Romance Completed 373624

'' assalamualaikum.. '' Qaleesha memberi salam sebaik sampai di hadapan halaman rumahnya.. Kedengaran suara seseorang sedang menjawap salam dari dalam rumahnya.

Qaleesha turun dari basikalnya dan menolak basikal itu sampai ke tepi dinding rumahnya dan menongkat nya disitu.

'' esha.. Tolong hantar ni ke kakak kamu.. '' kata qasrina kepada anak nya.

'' mak.. Kenapa kakak asyik tertinggal barang.. Esha baru balik ni.. Berpeluh lagi kejap lagi lah esha pergi.. Lepas mandi.. Boleh? '' kata Qaleesha.

'' anak bertuah ni.. Kalau suruh sikit.. Banyak saja alasannya.. Tadi kakak kamu tu terbangun lambat.. Sebab semalam kan dia tolong mak bungkuskan nasi lemak.. Dah.. Dah.. Jangan nak merungut.. Pergi hantar ni dulu.. Kakak kamu nak guna.. Tadi dia telefon mak.. Minta kamu tolong hantarkan.. '' kata qasrina lagi.. Sambil tangannya sedang meletakkan beg plastik di dalam bakul yang ada di bahagian hadapan basikal anaknya itu.

Qaleesha hanya mampu menarik muncung saja bila melihat qasrina sudah meletakkan beg plastik yang asalnya dipegang oleh qasrina. Qaleesha meguis tongkat dengan kakinya dan mengundurkan kembali basikal supaya menghala keluar semula.

'' balik cepat tau! Jangan menyinggah mana-mana pula nanti.. '' pesan qasrina.

'' tau lah.. Mak.. '' jawap Qaleesha lambat-lambat dan lemah.

Qasrina melihat sahaja anaknya menaiki basikal dan mengayuh nya keluar dari kawasan halaman rumahnya.

Basikal itu di kayuh dengan kadar sederhana dengan kakinya menuju ke pekan dimana tempat Qaisarah berkerja di sebuah pejabat pos kecil yang ada di pekan itu. Sebaik sampai di pejabat pos, Qaleesha memperlahankan kayuhan kakinya.. Sehingga basikal itu berhenti. Qaleesha turun dari basikalnya dan menolak basikal itu ke tamat pakir yang ada di hadapan pejabat pos itu.

Pintu kaca pejabat pos itu ditolak dengan tangannya.. Ramai orang yang berada didalam pejabat pos tersebut untuk melakukan urusan mereka masing-masing. Qaleesha terus berjalan ke arah kaunter. Lalu menjenguk mencari kakaknya Qaisarah.. Tetapi dia tak melihat kakaknya ada di situ.

'' assalamualaikum kak anum.. '' tegur Qaleesha.. Kepada seorang wanita yang sibuk melayan seorang lelaki yang berdiri di hadapan kaunter nya.

'' waalaikummusalam.. Dhia ! Cari kak dhaniyah ke? '' tanya sambil tangannya sedang ligat menaip sesuatu di papan kekuncinya.. Dia berpaling semula memandang ke arah kaunter sebaik saja melihat Qaleesha sekilas tadi.

'' ya kak anum, dhia cari kak dhaniyah.. Mana kakak? '' tanya Qaleesha sambil senyum kepada lelaki yang berdiri di kaunter kak anum yang kebetulan memandang kearahnya.

'' pergi kat belakang.. Kakak kamu ada disana.. '' kata anum. Sekadar memberitahu langsung tak berpaling melihat kearah Qaleesha.

''baik kak... Terima kasih, maaf kacau kakak..'' kata Qaleesha.. Memberikan senyuman sekali lagi kepada lelaki yang sedang berada di kaunter, anum hanya sekadar mengaguk kepada Qaleesha.

'ni yang malas ni! Kenapa kak tak duduk di kaunter saja.. Kan senang esha bagi barang ni kat kakak..' rungut Qaleesha. Kakinya melangkah menghayun keluar dari pejabat itu dan berjalan ke belakang seperti yang diberitahu oleh anum tadi.

Qaleesha melihat kakaknya yang sedang berdiri sedang bercakap dengan seseorang lelaki yang berada di sampingnya.. Qaleesha mengaru kepalanya.. Sedang berfikir.. Perlukah dia kesana.. Atau dia tunggu saja sampai kakaknya melihat dirinya sedang berdiri terpacak disini.

'ahh.. Masalah betul!' rungutnya lagi dan di memusingkan tubuhnya dan berpaling dari situ. Dalam tak di sangka, dia terlanggar seorang lelaki yang berada di belakangnya. Jatuh beg plastik yang berada di tangannya..begitu juga beberapa dokumen milik lelaki itu.

'' maaf encik.. Maaf saya tak sengaja.. '' kata Qaleesha cemas lalu menunduk mengutip helaian kertas yang ada di lantai..

'' tak mengapa.. '' kata lelaki itu, membuatkan Qaleesha mendongak memandang keatas melihat wajah lelaki itu.

Lelaki itu kemudiannya turut menunduk mengutip dokumen yang ada di lantai bersama dengan Qaleesha.

Qaisarah berpaling melihat bila dia mendengar suara adiknya.. Dia bergegas berjalan kearah adiknya segera..

'' esha buat apa disini? '' tanya Qaisarah. Melihat adiknya yang masih berpakaian sekolah sedang mengutip kertas yang bertaburan bersama dengan lelaki yang tak dikenali bersama-sama.

'' kakak!'' kata Qaleesha..

'' esha terlanggar abang ni.. '' sambung Qaleesha lagi. Sambil tangannya yang penuh dengan kertas itu menunjukkan kearah lelaki yang berdiri di bersama mereka.

'' kamu tu memang.. Selalu macam tu.. '' kata Qaisarah sambil menampar lengan adiknya. Lelaki itu melihat Qaleesha ditampar oleh Qaisarah mula timbul perasaan serba salah.

'' bukan salah adik cik seorang.. Salah saya juga... Lagipun ni cuba masalah kecil.. Tak apa.. Saya langsung tak terluka.. '' kata lelaki itu dengan panjang lebar.

'' macam tu yea.. Qaleesha cepat minta maaf!'' kata Qaisarah mencubit lengan Qaleesha

'' Auuw!'' jerit Qaleesha..

'' maaf!'' qaleesha menunduk sambil menyuakan dokumen milik lelaki itu yang terjatuh tadi. Lelaki itu menarik senyumnya dan tangannya menyambut helaian kertas di tangan Qaleesha..

'' ni barang kamu'' balas lelaki itu.. Sambil menghulurkan beg plastik yang dipegang oleh Qaleesha awal tadi.. Sebaik Qaleesha menyambut beg plastik itu.. Lelaki itu pun berlalu pergi.

Dua wanita itu sekadar melihat sahaja belakang tubuh lelaki yang baru berjalan pergi.. Sehingga Qaisarah menyiku adiknya.

'' berangan-berangan !!''

'' berangan lah lagi.. Sampai langgar orang!'' kata Qaisarah menyindir adiknya.

'apa salahnya berangan kak.. Tak rugi pun. Free ja kak..'

'' kakak ni!.. Esha ke sini nak hantar ni, tau!'' kata Qaleesha menyuakan beg plastik di tangannya.

'' oh.. Terima kasih adik kesayangan kakak!!'' kata Qaisarah lalu mencubit pipi Qaleesha dengan Kedua-dua belah tangannya..

Lelaki tadi mengintai saja dua beradik itu sedang bergurau senda, sambil bibirnya menarik senyuman manis. Matanya terus menatap melihat kepada mereka.

Keesokannya sewaktu Qaleesha ingin ke sekolah dengan basikal miliknya.. Ada sebuah kereta memandu masuk kedalam perkarangan rumahnya. Qaleesha membatalkan niat untuk naik ke atas basikal. Dia kembali menongkat basikalnya yang sudah pun berada di tengah-tengah halaman rumahnya.

Keluar seorang lelaki di tempat pemandu.. Lelaki itu berdiri tegak memandang kearah Qaleesha.

'' Ayah!''

Qaleesha berlari mendapatkan ayahnya yang pergi mencari rezeki selama tiga tahun langsung tak menjenguk keluarga mereka.. Qaleesha memeluk erat tubuh ayahnya.. Sungguh dia rindu dengan ayahnya. Sedang kepalanya melekat didada ayahnya. Dia melihat pintu di sebelah penumpang terbuka.. Dari situ, keluar seorang wanita.

Wanita itu nampak sungguh anggun, cantik dan bergaya.. Rambutnya yang hitam cantik disanggul kemas. Dari segi pakaiannya sudah tahu baju itu nampak mahal dengan membimbit beg tangan kemas di lengannya.. Sebelah tangannya sedang mengurut perutnya yang sudah membesar. Qaleesha melepaskan pelukan dari ayahnya. Menatap dalam ke mata ayahnya.

Tak cukup dengan itu.. Pintu belakang sebelah wanita itu dibuka dari dalam.. Keluar seorang lelaki dari situ.. Lelaki itu nampak matang, mungkin sebaya kakaknya,Qaisarah.

'' dia siapa ayah? '' tanya Qaleesha menunjuk kepada dua orang asing yang ada dihalaman rumah mereka.

'' mari masuk dulu.. Ayah akan terangkan semuanya.. '' kata Dhani.

Tak tunggu lama. Qaleesha segera berpaling dan berjalan masuk kedalam rumah. Meninggalkan tiga orang yang baru sampai di halaman rumah mereka.

'' mak.. Kakak!'' laung Qaleesha sebaik dia melangkah masuk kedalam.

Qaleesha membatalkan niatnya untuk ke sekolah pada hari itu.. Dia tak senang lagi tak mendengar sendiri penjelasan dari ayahnya yang tiba-tiba saja pulang membawa orang asing kedalam keluarga mereka..

Share this novel

syeren kawi
2020-09-13 18:32:30 

next chapter. plisss

WaneyZack
2020-09-04 22:10:39 

Novel ini on going.. Waney akan updated setiap hari setiap 6pm (^-^)

WaneyZack
2020-09-04 22:10:38 

Novel ini on going.. Waney akan updated setiap hari setiap 6pm (^-^)


NovelPlus Premium

The best ads free experience