BAB 32

Romance Completed 367809

Mengenai hal perceraiannya dengan hanif, berlalu seperti angin lalu buatnya. Dhia sudah kembali kepada kehidupannya seperti sebelum ini.. Perihal kehamilannya sudah diketahui oleh marissa dan juga marina. Mereka menyokong dhia dan memberi galakan agar dhia tak terlalu tertekan dengan kehadiran nyawa baru yang menghuni rahimnya. Hanif dan Sarah sudah selamat bernikah sebaik proses perceraian mereka selesai. Khairul pula sudah tidak muncul sejak kali terakhir dia berjumpa secara terus dengan dhia di hospital.

''kakak..'' panggil dhia. Membuatkan marina menoleh.

'' dhia ingat kan.. Nak cari kerja tambahan lah.. Boring malam-malam tak tahu nak buat apa.. '' rungut dhia.

'' ish dhia ni.. Dhia tu kena banyak rehat.. Memanglah dhia tu larat.. Tapi baby tu.. Tekanan tu turun ke baby tau.. '' kata marina.

'' entah dhia ni.. Dekat kedai tu kau dah kerja sudah la.. Dah tak boleh kerja macam dulu dhia.. Ingat ada nyawa didalam tu.. '' tegur marissa pula.

'' tapi.. Dhia nak kumpul duit untuk dia juga.. Banyak nak guna duit nanti. '' keluh dhia..

'' tentang tu.. Nanti kakak tanya kawan kakak.. Sebab hari tu dia ada offer kakak tolong dia.. Sebab pembantu dia berhenti .. Tak ada siapa nak tolong dia.. Dia pula sibuk dengan nak urus anak kecik dia lagi..tak menang tangan '' kata marina sambil menghirup coklat panas di dalam mug yang ada ditangannya.

'' keja apa tu kak..'' tanya dhia bersemangat..

'' macam mana nak cakap ekk.. '' marina menggaru kan kepalanya.

'' cakap jelah kak.. '' sampuk marissa pula.. Tak senang duduk dia dibuatnya. Melihat kakaknya bercakap secara tergantung begitu.

'' kau duduk lah disitu study.. '' tegur marina bila melihat marissa mula menyibuk sedangkan buku ditangannya tak pula dibacanya. Marissa sudah kembali menyambung belajar di kolej yang berada tak jauh dari rumah mereka..dia tidak lagi berkerja di bakery citra.

'' yea lah.. '' balas marissa kembali mengadap buku tebal yang ada didepannya.

'' kerja tu macam ni.. Boleh buat dari rumah.. Tapi kakak takut dhia letih la.. Ada masa tak sibuk.. Ada masa busy lah jugak.. '' kata marina.

'' cuba kakak cerita.. Kerja apa tu.. Kalau boleh buat kerja tu di rumah.. Alhamdulillah lagi bagus.. '' kata dhia semangat.

'' tu lah.. Keja dia macam ni.. Banyak guna Internet.. Guna komputer.. Ambil pesanan dari customer.. Lepas tu kita yang kena kirimkan.. Sebab barang kita tu datang dari overseas.. Ha macam tu lah.. '' terang marina serba ringkas.

'' macam dropship tu ke kak..? '' tanya dhia.. Mula menangkap apa yang dikatakan oleh marina.

'' dropship tu kan.. Orang tengah kan.. Ni kira wakil dari pihak sana.. Menjadi pembekal disini.. Kawan kakak ni ada, sumber-sumber dia lah.. nak dapat barang-barang dia ni.. Memang dia buat business ni je.. Buat dari rumah sampai sekarang dia sewa rumah asing untuk buat office dia..kadang tu.. Busy jugalah.. '' kata marina..

'' nak ke? Kalau nak kakak boleh beritahu dia.. '' tanya marina..

'' nak.. Tapi dhia tak pandai nak meniaga.. '' kata dhia lemah.

'' tak ada masalah.. Bab promosi ada orang lain yang buatkan.. Ni dhia kena pandai ambik pesanan... Lepas tu buat delivery dekat dialah..tapi bukan dhia yang delivery kan.. Maksud akak.. Dhia yang poskan.. Pandai cek stock yang sampai nanti.. Tak apa.. Kalau dhia tak pandai.. Nanti kawan kakak tu boleh ajarkan.. Tapi kakak takut juga nanti kalau dhia letih.. '' kata marina.

'' boleh lah.. Dhia nak cuba.. '' kata dhia semangat.

'' ok.. Esok kakak bagitahu kat kawan kakak tu.. '' balas marina.

'' mana tahu rezeki baby kan.. '' kata dhia tersenyum.

'' dah dhia pergi naik tidur.. Esok nak bangun awal lagi.. Kak citra pesan kena pergi awalkan.. '' kata marina memperingati dhia.

'' ah.. Ah.. Baru dhia teringat.. Esok nak kena siapkan tempahan besar.. Ada pesanan untuk door gift majlis kahwin.. '' kata dhia.

'' pergilah naik tidur.. '' kata marina mengulangi ucapannya.. Dhia mengangguk lalu bangun dan berjalan naik keatas.

Khairul yang berada di luar rumah itu, melihat ada cahaya yang menerangi satu tingkap di bahagian rumah itu.. Bayang seseorang menarik langsir tingkap itu sampai tertutup rapat.. Sebelum, bilik itu kembali gelap semula. Khairul menurunkan kerusinya membuka sedikit tingkapnya sekadar memberi ruang untuk angin keluar masuk sebelum dia melelapkan matanya buat seketika. Tak pernah sehari pun dia tak datang singgah untuk melihat wanita yang sedang mengandungkan bayinya itu..

Grreeeekkkkk.....

Paaappppp...... Paaaappp

Grreeeekkkkk...

Marissa, marina dan dhia yang sedang menyediakan sarapan pagi didapur, tergejut mendengar bunyi bising yang datang dari rumah sebelah. Terasa seperti rumah mereka turut bergegar sama..

'' bunyi apa ni.. Pagi-pagi..dah bising '' rungut marina..

'' rumah sebelah tu kak.. '' kata marissa.

Berlari marina ke pintu utama rumahnya.. Membuka pintu itu dan berjalan keluar melihat ke rumah sebelah.. Dinding yang sama paras dengannya membuatkan dia terpaksa berjinjit untuk mengintai ke sebelah sana..

'' kakak ada apa? '' tanya dhia.

'' entah, tak nampak.. '' jawap marina.

Masuk semula dhia kedalam rumah lalu membawa kerusi plastik ditangannya.. Lalu diletakkan rapat ke dinding lalu memanjat naik keatas.

''dia orang renovated rumah lah kak!''kata dhia sedikit keras kerana bising membuatkan marina tersentak.. Dia segera berpaling dan melihat dhia sedang elok bergayut di atas dinding tersebut..

'' eh! Dhia turun!'' marah marina. Seraya memegang pingang dhia. Sungguh dia tergejut, melihat dhia yang sudah berdiri diatas kerusi begitu.

'' kenapa dhia naik atas kerusi ni!bahaya lah!'' kata marina sebaik kaki dhia selamat mencecah lantai..

'' kan tak nampak.. Dhia naiklah.. '' dhia menjelaskan.

''aduh dhia.. dhia buat kakak takut la.. '' marina memegang dadanya yang masih berdegup kencang.. Dhia menggigit bibir bawahnya serba salah.. Bila melihat dahi marina yang sudah ada manik-manik halus disitu .

'' dah tepi, biar kakak saja yang panjat.. Dhia tengok sahaja..dari bawah. '' marina menarik dhia ke tepi..

'' nak naik jugak? '' tanya dhia.

'' mestilah! Kakak pun nak tengok juga.. Apa yang mereka tu buat bising sangat.. '' bebel marina. Dia meletakkan dua tangannya keatas tembok lalu menarik dirinya keatas.

'' encik! Helloo!'' jerit marina..

Lalu keluarlah seorang lelaki dari rumah itu.

'' ya.. Cari siapa? '' tanya lelaki itu.

'' buat apa ni bising sangat Pagi-pagi ni!'' marah marina.

'' oh.. Owner rumah ni suruh kami renovated rumah ni.. '' terang lelaki itu..

'' Pagi-pagi dah bising? Bukan rumah ni disewakan ke? '' tanya marina lagi. Lelaki itu menarik senyumnya.

'' cik kalau nak sembang.. Cik turunlah dulu.. Datang ikut pintu.. Lebih elok kan.. Maaflah kami menganggu sebab kami diberi tempoh dalam sebulan untuk renovated rumah ni.. Lagi satu.. Rumah ni dah ada pemilik baru.. '' kata lelaki itu.. Marina mengecilkan matanya merenung lelaki itu.

'' saya lebih selesa bersembang begini..silalah encik sambung keja encik ya..satu saja yang saya nak minta.. Kalau boleh tu.. Perlahankan lah sedikit.. Ya!!'' kata mahira tak puas hati. Bernada sindiran tapi masih tersenyum kepada lelaki itu..

'' baik cik puan!'' balas lelaki itu lagi. Seraya mengangkat tangannya dan menjatuhkan kepalanya kepada marina.

'' apa dia kata.. Cik puan.. Tua sangat kah aku ni sampai dia panggil aku cik puan.. '' bebel marina perlahan, sebaik melangkah turun kebawah.. Dhia di sebelah sudah terkekeh ketawa.

'' gelak! Gelak.. ! Suka lah tu... Dah jom masuk.. Sedap mulut dia je panggil orang cik puan!?.. Tak sedar dia tu lagi tua.. Orang tua.. !'' perli marina.

'' dah la tu kak.. Jangan marah-marah.. Nanti tak cantik lah kakak dhia ni.. '' kata dhia memeluk lengan marina seraya berjalan masuk kedalam bersama-sama.

'' apa kecoh-kecoh tu kak? kerusi tadi mana? '' tanya marissa yang sedang makan di meja makan.

'' alah..! Kerusi.. Kejap kak keluar ambik.. '' keluh marina kemudian keluar mengambil kerusi itu semula..

'' orang sebelah.. Dah tukar Owner baru.. Sekarang rumah tu mereka sedang renovated.. '' kata dhia kepada marissa. Menarik kerusi lalu duduk untuk bersarapan.

'' renovated ! Aduh.. Bisinglah nanti..tak senang risa nak belajar nanti.. '' adu marissa.

'' kita buat complaint nak.. '' cadang marina. Membawa kerusi ditangannya..

'' nak complaint dekat siapa? '' tanya dhia.

'' dekat tuan rumah lah!'' kata marina ketawa kuat.. Bila otaknya sedang memikirkan pekara itu. Senang bila dapat mengenakan lelaki tadi.

"tapi kan kak.. Dhia rasa macam.."

"shh.. Kakak call tuan rumah ni.." kata marina sudah mendail nombor tuan rumah sewa mereka..

"cepatnya.. Kalau bab nak complaint ni.." kata marissa. Marina menayangkan jari telunjuk yang terletak di bibirnya.

'' assalamualaikum pakcik'' kata marina sebaik panggilan disambungkan. Marina segera menekan pembesar suara dan meletakkan telefon tersebut diatas meja..

''waalaikummusalam.. Marina ya.. '' sahut suara lelaki di sebelah sana..

'' ya pakcik.. Marina ni.. Pakcik.. Saya nak buat aduan sikit ni.. Tentang jiran baru kami.. ''

'' ohhh.. Jiran sebelah kiri tu ya.. '' kata lelaki itu ketawa.

'' ya betul tu pakcik.. '' sorak marina gembira bila tuan rumah dapat menangkap apa yang cuba dia sampaikan.

'' ni pakcik nak beritahu.. Nanti ada renovation sikit rumah dia.. Nanti dia akan runtuh kan tembok yang berkongsi dengan rumah pakcik.. Lupa pakcik nak beritahu kamu semua.. Sebab dia nak dirikan tembok baru.. '' terjatuh rahang mereka bertiga mendengar apa yang baru dikatakan oleh tuan rumah..

'' tapi kenapa pakcik? tembok tu kan elok.. Kukuh lagi? kenapa nak runtuh kan..? !'' tanya marina tak puas hati..

'' bertul tu pakcik.. '' sokong dhia dan marissa.

'' owner rumah nak buat tembok baru.. Dia kata tembok tu tinggi sangat.. Angin tak masuk rumah dia.. '' kata tuan rumah tu lagi.

'' tapi pakcik.. Nanti bisinglah rumah ni.. Mereka tu pagi - pagi macam ni dah mula renovated.. Bising.. Pakcik cuba dengar.. '' kata marina masih tak mahu kalah..

'' biasalah tu kalau orang renovated rumah, memang akan bising.. Mereka dah bagitahu pakcik.. Tak lama.rumah tu siap.. Sebab owner dia dah nak duduk rumah tu.. '' kata tuan rumah itu lagi..

'' hmm.. Tak apa lah kalau macam tu.. '' marina mati kata.. Kerana nampak sangat tuan rumah seperti memihak kepada jiran barunya. Panggilan segera dimatikan.

'' rasanya tuan rumah dah dapat rasuah tutup mulut ni.. '' marina meneka. Kerana masih tak puas hati.

'' dah la tu kak.. Tak lama pun.. Sebulan je.. Kalau lebih sebulan... Baru kakak komplain lagi.. '' kata dhia.

'' harap malam nanti diaorang tak bising lah.. Kalau tak.. Mati aku.. '' kata marissa pula.

'' dah la.. Makan je lah.. Sakit hati pulak.. '' kata marina. Sebenarnya dia cuma sakit hati kepada lelaki tadi.. Tapi sudah berpanjangan sampai menelefon kepada tuan rumah. Malangnya tuan rumah pula tidak memihak kepadanya.

Selesai makan, mereka keluar untuk bertolak ke tempat kerja.. Lelaki tadi berdiri di luar pagar.. Melihat kearah mereka bertiga..

'' jangan risau.. Malam kami tak buat kerja.. Jadi boleh la cik bertiga berehat dengan aman.. Saya baru dapat panggilan dari tuan rumah cik bertiga.. '' kata lelaki itu menayangkan telefon bimbitnya.

'' terima kasih ya.. Kerana faham.. '' kata marina kepada lelaki itu.. Dia menutup pagar sebaik dhia mengundurkan kereta keluar.. Kemudian dia masuk kedalam kereta.

'' korang dengar dia kata apa!'' kata marina sebaik menutup pintu kereta. Dhia dan marissa mengangguk.

'' sah! tuan rumah kena suap ni.. '' kata marina lagi.

'' tak baik lah kak..kata macam tu.. '' kata marissa.

'' betul tu kak.. Mungkin tuan rumah kenal dengan owner baru tu..'' kata dhia.. Yang sudah mula memandu..

Marina diam, menarik tali pinggang sambil melihat kearah, lelaki yang masih berdiri diluar melihat mereka.

'' jangan kak.. Dari mata turun ke hati nanti.. '' kata marissa mengusik kakaknya bila melihat kakaknya masih melihat kearah lelaki itu.

'' tak lah.. Memang lah kakak ni dah sepatutnya kahwin.. Tapi kakak tak terdesak ok!'' kata marina.. Dhia dan marissa terus ketawa mendengar kata marina.

Mereka menghantar marissa terlebih dahulu kerana kolejnya yang paling dekat dengan rumah.. Kemudian ke kedai kek dan roti citra.. Dhia turun dari kereta, begitu juga degan marina kerana dia perlu memandu ke empat kerjanya.

'' bye kak.. '' kata dhia.

'' nanti kakak bagitahu kawan kakak tu ya.. Dhia confirm nak kan.. "Tanya marina lagi..meminta kepastian buat kali terakhir.

'' ya.. Kak pasti!.. '' jawap dhia yakin.

'' ok.. Kak pergi dulu.. Dhia tu jaga diri tau.. Jangan lasak-lasak sangat.. Ingat!'' pesan marina.

'' baik kak.. '' balas dhia.. Siap dengan tabik hormat kepada marina.

Dhia melangkah masuk kedalam kedai, sudah ada beberapa pekerja yang sudah masuk kedalam dan memulakan kerja mereka.

'' dhia.. Ikut kakak kejap.. '' kata citra sebaik melihat dhia melangkah masuk kedalam kedainya.

'' baik kak.. '' kata dhia mengikut citra melangkah masuk kedalam bilik pejabatnya yang ada tak jauh dari kaunter.

Citra mempelawa dhia untuk duduk di kerusi yang berada di hadapan meja kerjanya.. Dhia pun segera melabuhkan punggungnya. Manakala citra sekadar berdiri disebelah dhia dan menyandarkan punggungnya ke meja..

'' dhia.. Marina dah beritahu saya perihal kamu, saya selaku majikan kamu turut bersimpati.. '' kata citra.

'' saya tak akan campur urusan peribadi kamu dhia.. Kamu seorang pekerja yang cemerlang dan cekap... ''

'' tapi kamu sendiri tahu kan.. Masyarakat kita belum boleh terima isu ini.. '' dhia segera mendongak memandang tepat kearah citra.

'' jangan salah faham, bukannya kakak nak tambahkan lagi masalah buat dhia.. Kakak cuma risau kalau pekerja mula bercakap tentang dhia.. '' kata citra menyentuh bahu dhia lembut..

'' kakak.. Dhia masih perlukan kerja ni kak.. '' kata dhia.. Dia sudah dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh citra.

'' dhia.. Kak tak halang dhia nak kerja dengan kakak.. Tapi kakak taknak orang salah sangka nanti dengan keadaan dhia.. Sebab tu lah kakak ajak dhia untuk berbincang ni.. Kakak nak beritahu dhia.. Kalau pekerja lain tanyakan status dhia.. Kakak akan beritahu dhia ni sudah kahwin.. Ha.. itulah yang kakak nak katakan.. Bukannya kakak nak suruh dhia berhenti.. '' kata citra dengan panjang lebar.

'' terima kasih kak.. '' kata dhia lemah menunduk ke lantai..

'' sabar dhia.. Tuhan tak menguji hambanya diluar batas kemampuannya... Sebab dia yakin dhia kuat.. Sebab tu dhia yang terpilih melalui ujian ni.. '' kata citra.

'' dhia beruntung.. Dikelilingi insan-insan yang baik seperti kakak, kak marina, marissa.. Itu pun dah buat dhia bersyukur.. '' kata dhia seraya bangun memeluk citra.

'' satu lagi kak.. Tak perlulah kakak berbohong.. Dhia tak nak kakak pula yang dapat dosa nanti.. Biarlah yang salah tu hanya dhia.. '' kata dhia melepaskan pelukannnya

'' yea lah.. Tapi dhia dikecualikan masuk kedalam dapur ya.. Dhia kerja di bahagian hadapan sahaja.. Ok..? '' kata citra. Sambil memegang kedua-dua belah bahunya.

'' kakak.. Dhia takut nanti ada yang tak puas hati.. Sebab kami akan bergilir kan.. Harini giliran dhia di dapur.. '' kata dhia bercakap ambil memandang kearah citra.

'' hmmm.. Macam mana ya.. '' citra melepaskan pegangannya di bahu dhia.. Sebelah tangannya dibawa ke mulut sambil bermain-main disitu. Sedang berfikir..

'' tak apa kak.. Dhia ok.. '' jawap dhia.

'' tapi marina kata dhia sebelum ni ditahan di wad kan.... '' kata citra.

'ohhh.. Patutlah kak citra nampak risau saja.. Sebab kak rina dah cerita sampai kena masuk wad.' dhia menarik senyumnya..

'Ya, Allah.. Sungguh.. Aku berterima kasih menghadirkan insan-insan yang sebegini di dalam hidupku.. Sungguh aku bersyukur..'

'' kakak jangan risau.. Dhia ok.. Insya Allah tak ada apa-apa'' ucap dhia menarik bibirnya tersenyum manis.

''betul ni.. Tak apa lah kalau macam tu.. Tapi kalau dhia rasa tak sedap badan.. Dhia nak balik.. Balik saja tau.. Kerja tu jangan paksa diri.. '' kata citra risau.. Kerana dia sendiri pernah hamil dan mengalami keguguran beberapa kali diawal kehamilannya.. Sebelum dikurniakan anak sulungnya yang sudah berusia tujuh tahun sekarang.

'' dhia keluar dulu.. Ya, kak.. '' kata dhia. Citra tersenyum lalu megangguk sahaja kepada dhia. Melihat dhia keluar dari bilik pejabatnya..

'' dhia.. Dhia.. Kalau kakak kan.. Entah apa yang akak buat kalau kakak di tempat kamu.. '' keluh citra sendirian. Sambil menggelengkan kepalanya. Dia kemudiannya keluar dari pejabatnya untuk ke dapur memantau pekerjanya, agar semua urusan hari itu berjalan lancar..

Selesai waktu kerja dhia pulang dengan menaiki bas.. Semasa di dalam bas, dhia merasakan gegaran dari telefonnya yang ada didalam beg yang tersangkut di bahunya. Namun, dia sekadar membiarkan sahaja.. Entah kenapa dia merasa malas untuk mengangkat panggilan tersebut..

Dhia turun dari bas..sebaik bas berhenti di perhentian bas, dikawasan perumahan tempat tinggalnya. Berjalan Perlahan-lahan menuju ke rumah sewanya.. Telefon bimbitnya berbunyi lagi..dhia mengalah. Kalini dia menjawap panggilan tersebut. Seperti yang sudah dijangkakan nya..

'rumah' keluhnya.

'' assalamualaikum esha'' kedengaran suara Qasrina di sebelah sana memberi salam.

''waalaikummusalam mak.. '' jawap dhia lemah.

'' sihat Esha..? '' soal Qasrina sebaik mendengar suara anaknya itu.

'emak.. Sepatutnya Esha yang tanya kan mak.. Sama ada mak sihat atau tak'

'' Esha.. Alhamdulillah sihat mak.. '' balas Esha.

'' mak sihat? ayah?... Makcik..? Dhaniel?.. Kak Sarah? '' tanyanya lemah menyebut nama mereka satu persatu..

'' kami disini sihat sahaja Esha.. Esha.. Taknak balik kampung ke? Tak rindu dekat mak ke? '' kata Qasrina sayu..

'balik?.. Macam mana aku nak balik dalam keadaan aku yang macam ni.. Untung hanif tak memberitahu keluarga aku.. Tentang keadaan aku.. Nampaknya dia memang dah tak ambik peduli tentang aku.. Sejak nikah dengan kak Sarah sebaik kami sah bercerai..'

''Esha.. Benda tu dah sebulan berlalu.. Takkan Esha masih terasa hati dengan kakak..? '' kata Qasrina.

'' tak mak, Esha sibuk sedikit sekarang ni.. '' alasan dhia.

Tangannya membuka kunci mangga pagar.. Sebalik kakinya melangkah masuk kedalam.. Dia kembali menguncikan pagar tersebut.

Panggilan masih berlangsung.. Sehingga dhia terkejut dengan apa yang berlaku terhadap rumah sewanya..tembok yang awal pagi masih wujud dan kukuh, sudah dirobohkan sepenuhnya..kawasan itu telah ditutup dengan kain berwarna biru..

'' mak.. Nanti malam lepas isyak.. Esha call mak balik ya.. Ada hal sikit ni mak.. '' kata dhia sambil memantau kawasan tersebut.

'' baiklah Esha.. Mak tunggu Esha call malam ni.. '' balas Qasrina.. Mereka saling memberi dan menjawap salam sebelum mematikan panggilan.

'' ehh.. Orang sebelah ni.. Biar betul.. Ni kalau kak marina tengok ni.. Mau mengamuk dibuatnya.. Betul cari nahas ni.. '' rungut dhia.. Sambil bercekak pinggang.

Khairul yang ada didalam kereta tersenyum melihat gelagat dhia tak ubah seperti seorang penyiasat, sedang membuka kain yang menutup seluruh kawasan yang asalnya adalah tembok yang menjadi pemisah dua rumah tersebut.

'tunggu saja dhia.. Itu baru tembok.. Kalau kau mencipta jurang diantara kita.. Aku nekad dengan keputusan aku dhia.. Bukan hanya kerana, benih yang sedang kau kandungkan..kalau kau tak mengandungkan bayi itu sekalipun.. Aku akan tetap dengan keputusan aku dhia.. Janji yang telah aku katakan sebelum ini.. Menjadikan kau sebagai pasangan hidup aku.. Menjadi isteri aku yang sah.. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience