BAB 42

Romance Completed 367824

Sharil tergesa-gesa membawa pakaian yang dipesan oleh khairul ke pejabat.. Dia memilih beberapa helai pakaian dari pusat jualan syarikat mereka, untunglah ianya tak beberapa jauh dari syarikat induk..

Tok.. Tok.. Pintu diketuk dari luar..

Khairul berpaling melihat kearah dhia.. Melihat keadaan dhia.. Akhirnya dia memilih untuk bangun ke pintu saja.. Dari membenarkan sharil masuk kedalam biliknya.

'' tuan.. Ini baju yang tuan pesankan..'' kata shahril menyuakan beg kereta kepada khairul.. Beg keretas tu disambut oleh khairul.. lalu khairul memeriksa isinya.. Ada tiga helai pakaian di dalamnya..

'' satu untuk kamu.. '' khairul mengeluarkan sehelai pakaian dari beg kertas itu yang dipilih secara rawak.

'' terima kasih tuan, ada lagi yang tuan nak apa-apa..?''tanya shahril.

''wah.. Dapat hadiah.. Terus tanya saya nak apa lagi.. Kalau tak tu.. Diam saja kamu tu!'' kata khairul. Tersenyum shahril dibuatnya.

'' bawakan minyak angin.. Kesini.. '' kata khairul sebelum menutup pintu biliknya..

Sebaik masuk kedalam biliknya, khairul segera menanggalkan butang baju dan menyalin bajunya..menyemburkan minyak wangi ke tubuhnya. Kemudian, barulah dia menghampiri dhia yang berada di sofa.. Dari tadi melihat sahaja kearahnya.

'' dah tak bau kan..? tanyanya kepada dhia.
Sebaik melabuhkan punggungnya di sebelah dhia.

dhia mendekatkan wajahnya.. Menghidu khairul dalam-dalam.. Kemudian tersenyum kepada khairul..

'' can I hug my wife right now? '' tanya khairul.. Tapi belum sempat khairul memeluk dhia.. Dhia terlebih dahu memeluk khairul..

'' sayang.. '' panggil khairul lembut turut memeluk tubuh kecil dhia..dan mencium dahi dhia..

'' dah tak marah kan? '' tanya dhia. Khairul mengeleng.. Dhia mendongak.. Sebelah tangannya menarik tali leher khairul.. Lalu bibirnya mencium sekilas pipi khairul.

Terkebil-kebil khairul seketika.. Terpaku tak percaya. Tangannya menyentuh pipinya yang terasa hangat bekas ciuman dari dhia.

'kenapa... Aku rasa berdebar.. Sangat-sangat berdebar demi hanya sebuah ciuman !' dhia tersenyum manis di sampingnya.

'khai! Ni office!..' khairul memperingatai dirinya.

'' jangan cakap sayang goda khai.. '' tanya khairul.. Dhia mengeleng..

'' dhia cuma.. ''

'apa aku buat tadi !!!!! Itu spontan lah.. Aku taksedar!!'

'' I love you sayang.. Thanks for the kiss.. '' kata khairul bermain kan jarinya di bibir dhia.

'kau buat aku gila lah sayang! Buat aku mabuk, gila bayang.. '

Tok.. Tok.. Tok.. Pintu bilik itu kembali diketuk..

'' masuk.. !'' jawap khairul.. Kembali membetulkan duduknya.. Begitu juga dengan dhia.

Masuklah shahril dengan sekotak peti kecemasan ditangannya..

'' apa ni shah!''

'' dalam ni ada minyak angin.. '' jawap shahril.

'' bagi saya.. '' minta dhia seraya menyuakan tangannya..

Belum sempat shahril berjalan mendekat..khairul sudah bangun.. Menyambut kotak kecemasan yang berwarna putih itu.

'' ok.. Kamu boleh pergi.. '' kata khairul

'' baik tuan.. '' shahril segera pergi, keluar dari bilik tersebut.

'' muka khai kena apa? macam bertumbuk saja! Kenapa? '' dhia menarik lengan khairul supaya kembali duduk di sofa bersama dengannya.

'' tak ada apa.. Benda dah nak jadi.. Nak buat macam mana.. '' alasan khairul.

'macam mana dia boleh tahu ni bekas tumbukan?? i'm so curious about you my dear..' khairul melihat saja dhia yang sedang memilih ubat yang ada didalam kotak tersebut.

'' sebenarnya.. Khai minta Shah ambil ni.. Untuk sayang.. Bagi sayang hidu minyak angin.. Bagi hilang mual sayang tu.. '' kata khairul..

'' dari minyak angin.. Kenapa tak minyak wangi.. '' balas dhia..

'' menjawap!'' potong khairul.

'' hmm.. Bertumbuk macam budak kecik.. '' perli dhia.

'' siapa yang bertumbuk..'' nafi khairul.

'' entahlah lah orang mana.. '' balas dhia sebaik jumpa ubat yang dia mahukan, lalu berpaling melihat kearah khairul..

Dhia mengoleskan krim di wajah khairul.. Mengoles dengan lembut dan berhati-hati..

'' sayang.. ''

'' hmm.. '' dhia masih khusyuk dengan kerjanya.

'' kerja dengan khai je.. ''

'' NO!!''

'' auchh'' adu khairul bila dhia tak sengaja terkasar.

''sorry-sorry.. ''

'' kenapa tak nak? '' tanya khairul.

'' kerja apa? '' tanya dhia.

'' gantikan tempat rose... '' dhia membalikkan matanya.

'' khai baru je pecat dia sebab dhia kan..dan sekarang khai nak dhia gantikan tempat dia? Memang tak lah!.. Nak satu company ni tahu.. Dhia ni jahil.. Pecat orang untuk gantikan posisi dia.. Is a BIG NO.. my lovely husband'' kata dhia.

''ulang sekali lagi sayang.. !'' kata khairul.

'' is a big no-no.. '' balas dhia.. Khairul.. Kemudiannya mengeluh.

'' bukan yang tu.. Selepas dari tu.. '' kata khairul.

Dhia tahu apa yang khairul mahunya ulang.. Tapi sengaja dhia pura-pura tak mengerti.

'' mana ada apa.. Ok dah siap letakkan ubat.. '' dhia mengemaskan semula..menyimpan semuanya didalam kotak kesemasan.

'' ok.. Jangan salahkan kan khai.. Kalau khai gunakan kuasa veto khai.. '' ugut khairul..

'' ck.. Sebab khai tak nak beritahu kenapa pipi khai jadi macam ni.. '' dhia menunjukkan jarinya ke pipi khairul.

'' jadi kita sama rata.. Seri!'' balas dhia tak mahu kalah.

'' fine! Seri pun seri lah.. '' khairul mengalah.. Memang tak lah dia nak beritahu punca tumbukan di wajahnya.. Dia bangun berdiri.

'' jadi.. Betullah.. Itu lebam sebab tumbukan.. '' kata dhia..

'damn!!aku terperangkap! Apa yang aku cakap sampai dia jadi yakin ini satu tumbukan..'

Khairul menggeleng saja berjalan kemejanya.. Menyambung kerjanya..

'' think about my offer sayang'' kata khairul sambil menyambung membuat kerjanya.

''I reject your offer dear.. '' kata dhia sambil tergelak kecil.

'wah!wah! Suka sungguh...dah la dia reject kita macam tu saja.. Siap gelak pula..'

'' Give me, a reason why dear.. '' balas khairul tersenyum kepada dhia.

'' sebab pertama.. Hari ni saja.. Dhia dah buat seorang pekerja khai diberhentikan.. Belum pun separuh hari.. Belum masuk lunch lagi.. '' kata dhia.. Khairul berhenti membuat kerjanya dan berpaling melihat kepada dhia.

'' yang kedua.. Dari tadi.. Khai tak fokus dengan kerja yang khai buat.. Selagi dhia ada dalam bilik ni.. '' kata dhia sambil berjalan ke meja kerja khairul.

'' yang ketiga.. Dhia takut.. Bos yang garang dan dingin ni.. '' jari dia mencucuk bahu khairul dengan jari telunjuknya sebelum berlalu pergi kembali duduk di sofa..

'' yang keempat? '' perli khairul..

'' yang keempat.. Dhia tak nak dilabelkan queen control'' kata dhia sambil memeluk tubuhnya..

Khairul menganggukkan saja kepalanya.. Memang pun kerjanya tak siap satu pun sejak tadi..

''ada yang kelima? enam? tujuh? '' sindir khairul.. Kalini dia sibuk meneliti dokumen di atas mejanya..

'' ada.. Nanti dhia akan list kan.. Ok! Khai cepatlah buat kerja.. Kejap lagi dah nak lunch.. '' kata dhia..

'' hemm'' balas khairul.. Tak menyangka dia akan mengalah kepada dhia..

''sayang.. ''

'' aaaiipp.. Buat kerja!'' tegur dhia.

'' fuuuhhh'' khairul melepaskan keluhan.

Macam mana aku nak buat kerja kalau dia ada disini.. Memang hilang fokus.. Dia bangun berjalan keluar dari bilik tersebut.. Mencari shahril.

''shah!'' panggil khairul.

'' tuan.. '' jawap shahril.

'' mulai harini.. Tugas rose.. Kamu akan ambil alih.. '' kata khairul.

''baik tuan..'' balas shahril.

'' kamu semak semua kerja dia yang dahulu.. Yang sebelum-sebelum ni.. '' arah khairul..

'' baik tuan.. ''

'' bagus.. Nanti saya akan beritahu datin.. Tentang hal ni.. ''

'' tuan.. Hmm. Saya gantikan tempat ni sementara atau..''

''permanent Shah! Saya malas nak deal dengan mana-mana wanita lagi selepas ini..''balas khairul seraya masuk kembali ke dalam biliknya.

Shahril melihat pintu yang sudah kembali tertutup..

'' kenapa dia asyik-asyik keluar.. Telefon kan ada.. Kenapa tak call.. Pelik betul lah tuan khairul ni.. '' pikir Shahril.

'' bagi khai twenty minutes... Lepas tu kita lunch boleh?'' tanya khairul kepada dhia..

'' yes boss!!'' kata dhia mengangkat tabik kepada khairul..

'' I'm not your boss sayang..'' balas khairul.

'' twenty-four minutes left .. Time is running out.. '' balas dhia..

Khairul menggelengkan kepalanya lagi..

'yea betullah tu.. Memang tak akan jadi kerja kalau sayang ada disini.. Dari tadi, ada saja dia nak cakap.. Nak mahu mengaku kalah..'

'' esok sayang stay di rumah saja.. '' kata khairul.

'' yea.. Sure dear.. '' tersenyum lebar dhia mendengar apa yang baru saja yang dikatakan oleh khairul.

'tengok!! Itu yang betulnya..'

Mereka keluar makan tengah hari bersama.. Nampak mesra sahaja pasangan seperti pasangan-pasangan lain yang sedang dilamun cinta..

Dari jauh Rose melihat saja pasangan itu berjalan keluar dari bagunan itu.. Hatinya mengebu dengan api kemarahan.. Sakit hatinya bila melihat kemesraan pasangan itu.. Sia-sia usahanya selama ini berusaha memikat lombong emas muda itu.. Tapi oleh kerana seorang wanita.. Dia terlepas semuanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience