BAB 74

Romance Completed 367824

Berangkat lah mereka ke pejabat agama.. keesokan harinya menemani khairina menguruskan hal berkaitan dengan rumah tangganya..

'' kau memang tak sabar sangat kan perempuan!.. " kata zarif kasar, sebalik berjalan melintasi khairina untuk masuk kedalam pejabat agama.

'ya Allah.. Berilah aku kekuatan' pinta khairina kepada yang maha esa.. Agar diberikan kekuatan untuk terus tenang sepanjang proses itu berlaku.

Terkaku khairina memandang belakang tubuh zarif yang sudah berjalan pergi..

Proses itu tak memakan masa yang lama.. Sebalik selesai urusan di pejabat agama.. Zarif menghayunkan langkahnya keluar dari situ.. Menuruni anak tangga dan berjalan ke keretanya.. Tanpa menghiraukan keluarga liyana yang ada disitu..

'' tengok lah dia.. Tak perlulah khairina berharap lagi kepada dia.. Sedangkan dia, berjalan pergi macam tu saja.. '' kata liyana kecewa dengan kelakuan zarif.

'' betul tu.. Kalau dia tak nak.. Masih ada lagi orang yang nakkan adik abang yang cantik ni.. ''kata khairul pula.

''abang ni.. Kita masih di pejabat agama, boleh pula abang cakap nak cari yang baru.. '' kata khairina.

'luka itu masih belum sembuh abang.. Biarlah khairina sembuhkan luka ni sampai tak terasa luka ini lagi abang..'

Dhia melihat saja zarif yang baru berlalu pergi menuju ke keretanya..

'kenapa dia nampak sangat berbeza.. Bukan seperti zarif yang dulu.. Hebat sangatkah penangan wanita itu.. Sampai zarif boleh berubah begitu sekali'

'' auuuwwh'' adu dhia bila terasa pipinya sakit dicubit.

''dah puas tengok dia!'' kata khairul tegas.

'' bukan lah.. Dia nampak lain.. '' kata dhia jujur.

Khairul menarik tangan dhia agar dhia mengikutnya berjalan turun menuruni anak tangga.. Mengekori langkah ibunya dan khairina yang sudah berjalan pergi ke arah kereta.

'' kita nak kemana? '' tanya dhia.

'' itulah! Tengok lagi.. Kan tadi khairina ajak kita pergi makan.. Tengok orang tu sampai tak dengar apa yang orang lain cakapkan.. '' kata khairul dingin.

'' hubby jangan lah marah.. '' pujuk dhia. Memeluk tangan khairul sambil sama-sama berjalan.

''bukan marah.. Tapi tak suka..''kata khairul.

'' tau! Sorry.. Sayang janji... Tak akan tengok dia lagi.. '' kata dhia melihat sisi wajah khairul.

Khairul menghentikan langkahnya.. Berpaling kearah dhia.. Tangannya meraup memegang kedua-dua pipi dhia.

'' janji!'' kata khairul.

'' ya janji!'' kata dhia..sama-sama memegang tangan khairul yang ada di pipinya.. mengangguk perlahan.

'' ehem-ehem.. Kereta ni tak akan jalan selagi pemandu dia tak masuk kedalam kereta.. '' kata liyana yang sedang memeluk tubuh di hadapan kereta khairul..

'dua orang ni.. Tak kira tempat dan masa.. Menjadi saja.. Ada je nak testing mengayat..'

'' ahh.. Ibunya.. Ni khai betulkan tudung dhia.. Senget ni.. '' kata khairul pura-pura membetulkan selendang yang ada diatas kepala dhia.

'' apalah.. '' kata dhia.. Lalu menolak khairul menuju ke arah kereta.. Tersengih-sengih khairul datang dengan dhia.

'' tak payah nak bagi alasan sangat.. Ibu pun pernah muda juga.. '' kata liyana..

'ah.. Semua ni salah dialah..' dhia menundukkan wajahnya yang merah.. Khairul pula menayangkan segihnya kepada liyana..

Kunci dikeluarkan dari kocek seluar khairul lalu satu butang ditekan.. Untuk membenarkan khairina dan liyana masuk kedalam keretanya..

Khairul memandu keluar dari pejabat agama.. Menuju ke tempat makan mengikut arahan dari khairina..

Sebaik sampai.. Khairul mendongak dari dalam kereta membaca tanda nama yang ada di depan restoran itu..

'ni bukan restoran yang hari itu!' khairul berpaling melihat ke sebelah melihat dhia sudah tersenyum lebar.. Menepuk tangannya perlahan..

'sekarang peminat dia dah bersorak!' khairul menggelengkan kepala.

'' kakak suka makan disini..? '' tanya khairina.

'' ya.. Kakak pernah makan disini sekali.. Makanan dia sedap.. '' kata dhia..

'' betulkan hubby..? Kata dhia lagi sambil menarik lengan baju khairul.

'' ialah..bolehlah..'' jawap khairul acuh tak acuh.

'' bonda.. Ini lah restoran yang khairina cakapkan tu.. Pemilik dia pernah tolong khairina masa kereta khairina rosak hari tu.. '' kata khairina..

'' ohh.. Ustaz yang khairina kata kepada ibu tu.. Ini lah restoran dia ya.. '' balas liyana. Khairina menganggukkan kepalanya.

'' elok lah tu, ibu pun nak juga berjumpa dengan ustaz tu.. Ucap terima kasih, sendiri kepada dia.. Sebab dah tolong anak ibu.. Sampaikan bilnya pun ustaz tu tolong bayarkan sekali.. '' usik liyana menyiku lengan khairina dengan lembut.

'' ibu.. Bukan khairina minta dia bayar.. Masa dia tolong hantar kereta tu.. Dia cakap dah bayarkan bilnya.. Bila khairina tanya berapa.. Dia cakap tak apa.. '' kata khairina.. Tak mahu ibunya salah sangka.

'' ibu faham.. Dia orang baik.. Alhamdulillah ada yang tolong anak ibu waktu tu.. '' kata liyana..

Mereka sama-sama keluar dari kereta dan berjalan masuk kedalam restoran itu.. Seperti selalunya.. Restoran itu pasti ada pelanggan... Bezanya ramai dan tidak sahaja.

Duduklah mereka berempat di sebuah meja yang sama.. Seorang gadis muda datang mengambil pesanan makanan mereka.. Sebaik selesai membuat pesananan liyana bertanya.

'' dik boleh saya nak tanya.. Pemilik restoran ni da tak? '' tanya liyana. Begitulah peribadinya..tak suka untuk menambahkan persoalan didalam kepalanya..

Khairina, khairul dan dhia sama-sama berpandangan melihat kepada liyana.

'ibu.. Kenapa pula ibu tanya pasal ustaz tu.' keluh khairina.

'' cari ustaz ya.. Ustaz tak masuk hari ni.. Ustaz ke pusat tahfiz.. Ada urusan sedikit disana.. '' balas gadis muda itu sopan.

'nampaknya tak ada rezeki untuk berjumpa dengan ustaz muda itu.. Tak apalah.. Tak ada rezeki.. Mungkin lain kali sahaja..'

'' pusat tahfiz? '' tanya liyana.. Gadis muda itu mengangguk lagi.

'' boleh saya dapatkan alamat pusat tahfiz tu..? tanya liyana lagi.

'' boleh.. Sekejap ya.. '' kata gadis itu kemudian berlalu pergi.

'' nak buat apa ibu alamat pusat tahfiz tu..? '' tanya khairul. Khairina yang baru nak bertanya solan yang sama mematikan niatnya.

'' apa salahnya.. Kita berkongsi rezeki.. Dia dah pernah tolong khairina.. Kita masukkan pusat tahfiz tu salah satu dari penerima zakat syarikat kita.. '' jawap liyana

Gadis muda tadi datang semula dengan membawa sekeping kertas ditangannya..

'' puan.. Ni alamatnya.. '' kata gadis tersebut.. Lalu menyuakan kertas putih itu kepada liyana..

Liyana menyambut dan membaca tulisan yang ditulis dengan tangan oleh dakwat yang berwarna hitam.. Kemudian bibirnya menarik senyuman.

'' terima kasih ya.. '' kata liyana bila selesai membaca semua maklumat yang ada diatas kertas tersebut.

Makanan yang dipesan oleh mereka pun tiba.. Mereka menadah tangan membaca doa dan menikmati juadah mereka.

'' khai masuk office tak nanti ni? '' tanya liyana..

'' masuk ibu.. Nanti lepas hantarkan khairina dan dhia.. Khai masuk ke office.. '' balas khairul.. Terasa pehanya disentuh oleh tangan halus dhia di bawah meja..

'' hubby.. Boleh tak kalau khairina tinggal dengan dhia harini.. '' kata dhia.

'' ya.. Abang.. Boleh la.. Taklah khairina bosan nanti bila balik rumah ibu, tak ada sesiapa.. Malam baru ibu ada.. '' kata khairina pula.

'sama saja dua orang ni.. Sepakat ke? baru seharian saja mereka tinggal bersama.. Dah jadi serapat ini?'

'' betul tu.. Biarlah khairina tinggal dengan dhia.. Boleh khairina tengokkan dhia sama.. Sama-sama tak bosan nanti. '' sokong liyana.

Sebenarnya dia juga risaukan khairina.. Di usia muda seperti khairina.. Sudah bergelar janda.. Perceraian bukanlah sesuatu yang mudah bagi khairina.. Walaupun luarannya nampak tersenyum di hadapan mereka semua.. Tapi dalamannya.. Hanya dia sendiri yang tahu jawapannya.. Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang sangat kita cintai.. Tambah pula luka yang dia tinggalkan.. Mungkin akan memakan masa, untuk luka di hati khairina sembuh.. Rasanya eloklah khairina ditemani oleh seseorang.. Agar dia tak merasa kesunyian dan rasa kesepian.. Biar lah dia sibuk melakukan aktiviti dengan dhia.. Saling menjaga diantara satu sama lain.. Rasanya itu yang terbaik.

'' baiklah.. Kalau macam tu.. Khai ikut saja.'' kata khairul..

Selesai makan khairul menghantar dhia dan khairina kembali ke rumahnya.. Manakala dia dan liyana terus bertolak ke pejabat.

Masuklah khairina kedalam rumah abangnya dan kakak iparnya buat kali pertama..

'' cantiknya rumah kakak.. Pandai kakak hias.. '' puji khairina lalu duduk di sofa yang ada di ruang tamu. Rasa tenang saja bila melangkah masuk kedalam rumah itu..

'' mana ada kakak yang hias.. Ni semuanya abang yang buat.. Kakak cuci kaki saja masuk rumah ni.. '' kata dhia dengan gelakkan kecil.

'' abang buat? biar betul!'' kata khairina tak percaya.

'' betul lah khairina.. Khairina nak air? '' tanya dhia lalu bangun berjalan ke dapur.

'' kakak.. Tak payah susah-susah.. Kalau khairina nak.. Khairina ambik sendiri.. '' kata khairina.. Tak mahu menyusahkan kakak iparnya berjalan membawa perutnya yang besar itu.

'' ok.. Buat macam rumah sendiri tau, tak perlulah segan-segan.. '' balas dhia. Khairina membalas dengan wajah yang tersenyum dan mengangguk..

Petang itu mereka menghabiskan masa dengan aktiviti memasak makan malam dan selebihnya mereka bersantai saja di ruang tamu...

Khairul yang di pejabat tak lepas memantau dua wanita itu.. Sehingga skrin komputernya menayangkan setiap gerak geri dua wanita yang berada di rumahnya..

Tangan khairul ligat menulis sesuatu di atas kertas kerjanya.. Kemudian kedengaran telefon bimbitnya berbunyi.. Dari bunyi alunan lagu itu.. Dia sudah tahu siapa si pemanggilnya.. Siapa lagi kalau bukan isterinya..

'' hello.. Hubby.. '' suara dhia kedengaran cemas.

'' sayang kenapa ni.. '' khairul mengalihkan pandangannya ke skrin komputer.. Membulat matanya melihat dhia yang sedang mengejutkan khairina yang terbaring di lantai.

'' khairina.. Dia pengsan..nak buat macam mana ni? '' kat dhia.. Dhia mengangkat kepala khairina yang terhantuk diletakkan keatas pehanya.

'baru saja tadi aku tengok semuanya ok saja.. Tapi sekarang dah jadi macam ni..'

'' sayang jangan angkat khairina! Kejap hubby balik.. '' kata khairul tegas. Khairul melihat dhia yang sedang cuba untuk menarik khairina bangun.

"mana ada angkat..!" balas dhia.

'' sayang! Jangan begerak!jangan angkat khairina.. Biarkan saja khairina disitu.. Hubby on the way ni!'' kata khairul tegas.. Geram bila dhia masih menafikan perbuatannya.

'' ye la.. '' balas dhia..tiba-tiba dia merasa seram.. Seolah-olah diperhatikan.. Meremang tengkuk nya.. Dia yang berniat nak mengangkat khairina terbantut.. Sekadar menunggu saja disamping khairina. Berusaha mengejutkan lagi khairina untuk bangun...

Khairul masuk kedalam rumah dengan tergesa-gesa.. Tanpa bertanya apa - apa kepada dhia.. Khairul terus mencempung tubuh khairina dibawa keluar dari rumah lalu dimasukkan kedalam keretanya..

'' sayang cepat.. '' berlari semula khairul masuk kedalam rumah memanggil dhia..

Dhia tergesa-gesa keluar dengan beg tangan khairina dan juga beg tangan miliknya.. Bertolak lah mereka ke hospital membawa khairina yang tak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang..

Khairul mundar mandir di koridor hospital .. Menunggu doktor yang memeriksa keadaan khairina. Dhia hanya duduk diam di kerusi menunggu..

'' boleh saya nak jumpa dengan suami pesakit.. '' kata jururawat wanita itu.

'' tak ada! Saya abang pesakit.. Kenapa dengan adik saya? '' tanya khairul cemas.

'' tak ada apa-apa.. Cuma adik encik tadi pengsan sebab tekanan darahnya rendah.. Itu biasa bagi wanita hamil.. Kami akan masukkan adik encik..kedalam wad... Untuk memantau keadaan adik encik.. '' kata jururawat tersebut dengan wajah yang manis.

'hamil?! Adakah itu berita baik? Atau tidak buat khairina? dia baru menempuh satu fasa baru dalam hidupnya.. Menjadi janda muda.. Dan kini.. Tuhan hadirkan ujian baru buat dia dengan satu nyawa didalam rahimnya.. Kuatkan dia?'

Khairul berjalan lemah duduk disamping dhia. Tangannya digengam erat oleh tangan halus milik dhia..

'' Insya Allah hubby.. Khairina kuat!'' kata dhia.. Khairul hanya mampu mengangguk lemah kepalanya.. Kemudian dia meminta dhia menyampikan berita itu kepada liyana. Kerana khairul perlu masuk kedalam untuk bertemu dengn doktor yang ingin menerangkan keadaan khairina..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience