BAB 6

Romance Completed 367824

Malam yang dijanjikan tiba.. Zarif tiba di sebuah kelab malam,seperti yang telah dihantarkan kepadanya melalui aplikasi WhatsApp yang dihantarkan oleh khairul kepadanya.

Matanya meliar memerhatikan sekeliling mencari sahabat-sahabatnya. Sehingga dia terpandang kan kearah khairul yang sedang duduk diapit oleh dua orang perempuan yang berpakaian seperti tak cukup kain di sampingnya. Zarif menarik senyuman di bibirnya. Kakinya melangkah berjalan kearah khairul.

'' khai!'' tegurnya.

'' zarif!! Duduklah!'' pelawa khairul.

'' kau ni.. Ingat balik Malaysia dah insaf'' tegur zarif. Dia melihat salah seorang wanita itu tanpa segan silu mencium pipi khairul.

'' ehh.. Dia orang yang datang kat aku.. Kan? beritahu dia.. Kalau tak, Nanti dia kata saya ni orang jahat.. '' kata khairul dengan gelakan kecil memegang dagu seorang wanita yang berada di sebelah kirinya.

'' hmm.. Betul tu.. Apa salahnya mencari hiburan malam.. '' kata wanita yang berada disebelah kiri khairul.

'' kalau abang tak nak sunyi malam ni.. Biar saya temankan'' kata wanita sebelah kanan khairul pula.. Dia bangun menghampiri zarif yang masih berdiri.

''maaf.. Saya tak perlukan hiburan malam ni.. Sebab saya perlu memandu pulang'' alasan zarif. Mengangkat tangan dan menjauh selangkah kebelakang.

''heii.. Janganlah takut. I bukan nak makan you!'' kata perempuan itu mendekat dan menyentuh dada zarif dan mengurut lembut disitu.. Khairul yang sedang duduk itu menarik senyumannya melihat zarif sedang digoda oleh wanita yang baru dikenalinya itu.

Beberapa sahabat mereka yang lain turut datang dan duduk bersama dengan mereka. Masing-masing mempunyai pasangan wanita disamping mereka.

Malam itu mereka menghabiskan masa sampai ke pagi di dalam kelab itu.. Menari dan minum minuman keras bersama-sama.. Hanya zarif sahaja yang masih mampu berfikiran waraf pada malam itu kerana hanya dia seorang saja yang memilih untuk minum minuman yang tak mengandungi alkohol.

'' khai.. Nak aku hantarkan kau balik ke? '' tanya zarif. Bila melihat khairul sudah benar-benar mabuk.

'' tak.. Aku nak bermalam dengan dia malam ni.. '' kata khairul sambil mencium leher wanita yang sudah terkulai di sampingnya.

'' gila lah kau khai.. !'' zarif bangun lalu menarik tangan sahabatnya..

'' lepas la.. !!! Kau tak faham ke apa yang aku kata.. '' khairul menarik semula tangannya.

Ada beberapa orang berpaling melihat kearah mereka. Khairul rebah semula diatas tempat duduknya .

'' suka hati kau lah.. !'' zarif berjalan keluar dari kelab tersebut. Sempat dia menelefon khairil memaklumkan lokasi dan keadaan khairul yang sudah mabuk teruk berada didalam kelab malam tersebut.

Sebaik panggilan dimatikan.. Zarif berjalan menyusuri jalan yang kelam. Di celah-celah lorong yang di lintas ada bunyi-bunyi sumbang kedengaran di telinganya..

'tak ada bezanya di sana dan disini..' keluhnya..

Sebaik sampai ke dalam kereta dia memandu keretanya keluar dari kawasan itu.. Sehingga dia berhenti di persimpangan kerana lampu isyarat sudah bertukar menjadi merah. Dia melihat sahaja kereta di seberang sana memandu keluar dari lorong nya kerana lampu di bahagiannya sudah bertukar hijau..

Pinnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Banggggg.... Prrrriiiiiittt.....

Dalam sekelip mata, kereta yang awalnya elok menyusuri jalan bertukar menjadi remuk.. Dilanggar oleh sebuah kereta lain yang melanggar lampu merah.

'' Allahuakbar.. '' zarif memegang dadanya yang berdebar kencang. Dia memandu ke tepi jalan dan berhenti disitu, sebelum keluar.

Ada beberapa orang sudah mengerumuni kawasan kemalangan itu. Zarif melihat kepada kereta yang dilanggar.. Seorang lelaki tua yang berpakaian baju Melayu.. Yang berdarah di sekitar kepalanya terkulai di tempat pemandu.

'' cepat call ambulance.. !'' dengar suara orang memberitahu.

'' kami dah call.. Ambulance dalam perjalanan.. '' jawap seorang lelaki yang lain.

Zarif kemudiannya melihat kearah kereta yang melanggar lampu merah tadi.. Ternyata ada pasangan anak muda yang tak sedarkan diri di kerusi mereka.

'' kamu jadi saksi boleh tak anak muda.. '' kata seorang lelaki sebaya ayahandanya menepuk bahu zarif.. Tanpa berfikir panjang zarif menjatuhkan kepalanya.. Mengangguk.

Tak lama menunggu ambulan pun tiba.. Sebaik ketiga-tiga mangsa kemalangan tu di angkat pergi, orang yang berkumpul tadi pun bersurai.

Zarif tiba di rumahnya awal pagi dimana bonda dan ayahanda sedang bersarapan.

'' semalam kamu kemana zarif!!'' lantang suara ufairah menegur anaknya, sampai tersedak suaminya yang masa itu sedang minum kopinya.

'' uhhhukk.. Uuhhuukk.. Uhhuk'' kedengaran zawawi terbatuk-batuk. Ufairah bangun lalu menepuk-nepuk belakang suaminya.. Dan menyuakan segelas air putih kepadanya.

''awak ni.. '' zawawi menepuk dadanya perlahan.

'' kalau ya pun.. Jangan menjerit macam tu.. '' sambung zawawi lagi.

'' maaf lah.. Ni, anak awak tu.. Tengoklah.. Semalam keluar.. Pagi baru dia balik.. Dia kemana.. '' kata ufairah memuncungkan bibirnya kearah satu satunya anak tunggal mereka.

Zarif menarik senyuman lalu menghayun langkah mendekat kearah dua orang tuanya yang sedang bercakap tentangnya.

'' bonda..memang zarif ingat nak balik awal.. Tapi ada excident tadi.. Zarif tolong apa yang zarif boleh tolong.. Tu yang lambat baik tu bonda.'' kata zarif, menjelaskan kepada bondanya yang sedang menarik wajah masam.

'' excident!! Siapa yang excident? '' tanya ufairah cemas.

'' pakcik tu.. Dia nak ke masjid biru besar dekat tasik tu bonda.. Nak solat subuh. Tapi kereta lain langgar dia.. Kereta tu langgar lampu merah.. '' terang zarif lagi.

'' Allahuakbar !'' ufairah mengurut dadanya.

'' dah tu.. Zarif tinggal dia macam tu saja? '' tanya ufairah.. Manakala zawawi mendengar sahaja sambil mengunyah sarapannya.

'' tak.. Sekarang ni pakcik tu dah ada di hospital.. '' balas zarif.

'' alhamdulillah.. Baguslah kalau dah macam tu.. Harap tak teruk lah.. '' kata ufairah lagi, zawawi yang ada disebelah isterinya mengangguk setuju.

'' zarif naik keatas lah bonda.. Ayahanda.. '' zarif meminda diri.

'' bila zarif nak masuk office? '' tanya zawawi.

'' hmm.. Tengok dulu lah ayahanda.. '' balas zarif.

'' tak puas lagi nak main-main.. Nak jadi macam khaii.. ''

'' ishhh.. ! Jangan kata kat anak orang.. Kita jaga anak kita dulu.. '' potong zawawi menegur isterinya sebelum sempat ufairah menyebut nama sahabat baik anaknya itu.

'' tau lah.. Saya takut benda yang tak elok lekat dekat anak kita.. Awak.. Sebab tu lah saya nak anak kita cepat kahwin.. Sekurang-kurangnya.. Kalau dia dah kahwin.. Ada keluarga sendiri.. Tak lah dia bebas macam ni.. Ada isteri yang boleh jaga dia.. '' kata ufairah.

'' bonda dah taknak jaga anak bonda yang sorang ni ke.. Sampai nak sangat zarif kawin cepat-cepat.. '' kata zarif sambil memeluk bahu ufairah.

Ufairah melepaskan satu keluhan, menepuk lembut lengan zarif yang melingkari bahunya.

'' bukan macam tu.. Tapi bonda takut.. Itu sahaja.. Nanti orang akan berkata yang buruk-buruk tentang anak bonda.. Itu yang bonda tak nak.. Tak suka.. '' kata ufairah.

'' baik bonda.. Tapi.. Kahwin tu.. Nanti kalau ada yang bekenan dihati. Zarif tak menolak bonda.. '' kata zarif sambil mencium kepala ufairah.

'' yelah.. Yelah.. '' balas ufairah.

Zarif menarik senyumnya..

'' dah pergi mandi.. Entah bau apa-apa je ni.. Busuk.. Lepas tu cepat turun sarapan.. '' arah ufairah kepada anaknya.

'' baik bonda ku sayang.. '' usik zarif sebelum melangkah pergi meninggalkan ruang makan dan berjalan naik ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience