BAB 48

Romance Completed 367824

Dhia kini sudah menjadi model syarikat KZ Tekstil sepenuhnya.. Wajahnya kini sudah mula muncul di papan iklan segenap Malaysia.. Kehidupannya berubah kini tak seperti dulu.. Tapi jadualnya tak lah sepadat model yang lain.. Kerana keadaannya yang sedang berbadan dua.. Semuanya sudah diaturkan oleh pihak syarikat.

Dhia sedang melihat satu persatu helaian baju yang tergantung kemas ditempatnya.. Baju yang bakal disarungkan ke tubuhnya untuk sesi pagi itu..

'' tak perlu tengok dhia.. Semua tu tuan dah pilihkan buat dhia.. '' tegur satu suara.. Siapa lagi kalu bukan jurusolek nya.. Hajar.

Bukan sekadar jurusolek.. Tapi Segala-galanya... Dialah yang wanita yang diupah khairul untuk terus tetap berada disamping dhia..
Itulah salah satu syarat yang khai berikat kepada dhia.

Syarat yang lain adalah.. Khairul berhak memilih pakaian yang bakal dhia peragakan..

'' kak hajar.. Betul ke.. '' balas dhia..

'' yea.. Kemarin baju ni semua dah di hantar ke pejabat tuan untuk tuan pilih.. Yang seksi-seksi semua tuan dah bagi model lain yang pakai.. '' kata hajar.. Dhia mengangguk membalas kepada hajar.

Dari jauh.. duduknya seorang lelaki yang sedang memandang kearah dhia yang sedang disiapkan oleh hajar.. Menanti dengan sabar disana. Menunggu masa yang sesuai untuk menegur dhia.

'' jom dhia.. Kakak hantarkan.. Tuan pesan suruh hantarkan dhia ke office.. Sebaik saja kita selesai disini'' kata hajar..

'' boleh kak.. '' kata dhia.

'' dhia.. '' panggil lelaki itu.. Dhia berpaling.. Wajah yang tersenyum manis tadi terus bertukar masam bila melihat si pemilik suara yang memanggil namanya.

'' zarif... Opps.. Tengku zarif.. '' kata dhia.. Bukannya niat untuk memerli lelaki itu.. Tapi entah kenapa melihat saja zarif, hatinya sakit.

'' dhia.. Jangan macam tu.. Panggil zarif saja macam biasa.. '' kata zarif. Dhia menarik senyuman sinis.

'' Tengku buat apa disini ya? .. Maaflah saya sibuk.. '' balas dhia sekali melihat kearah hajar..

'' tak kan tak ada masa untuk minum dengan zarif.. sekejap je dengan zarif? '' tanya zarif.

'' minum? rasanya tak sesuai lah nak minum dengan Tengku.. '' balas dhia..

'' kenapa dhia cakap macam tu? Kita masih ada... ''

'' apa? Masih ada apa? Maaflah.. Saya tak suka bincangkan pekara yang membuang masa.. Maaf ya.. Kami kena pergi.. '' kata dhia menarik tangan hajar.

'' dhia we need talk !'' kata zarif..

Dhia masih terus berjalan bersama dengan hajar.. Zarif tak mengalah.. Mengejar dhia dari belakang.. Sampaikan beberapa kru yang terlibat untuk sesi pagi itu berpaling melihat kearah mereka..

Hajar segera membuka pintu kereta dan membenarkan dhia untuk masuk kedalam..

'' encik tolong jangan ganggu dhia.. Tolong pergi dari sini!'' kata hajar..

'' saya bukan nak ganggu dhia .. Saya suma nak bercakap dengan dhia..'' kata zarif.. Mengetuk cermin tingkap yang gelap itu..

Hajar mengeleng.. Lalu melangkah ke sebelah pintu pemandu.. Lalu masuk kedalam dan memandu pergi. Meninggalkan zarif berdiri terpacak disitu memandang ke arah kereta mereka dengan wajah kesal.

'' dhia.. '' panggil hajar.

'' kakak.. Jangan laporkan apa-apa kepada khai.. Saya tak nak dia tahu mengenai hal ni.. Saya taknak dia pikir yang bukan-bukan.. '' kata dhia.

Sampai saja di KZ Tekstil.. Dhia naik ke bilik khairul.. Menanti khairul didalam biliknya.. Memandangkan khairul tak ada didalam bilik itu..

'' tuan.. '' tegur hajar.

'' saya dengar ada kekecohan yang berlaku di set tadi? kenapa? '' tanya khairul.

'aduh.. Macam manalah aku nak sembunyikan dari tuan ni.. Sedangkan benda ni sampai dahulu kepada dia..'

'' tuan.. Ada seorang lelaki yang nak bercakap dengan puan.. Bila puan tak nak.. Lelaki tu berkeras.. Jadi kami terus kesini..'' balas hajar.

'' hmm.. Siapa lelaki tu.. Ada dia sebut nama dia..? tanya khairul.

'' hmm.. nama dia saya tak jelas sangat tadi.. Tapppi.. Yang saya dengar .. Puan panggil dia.. Tengku.. Ya Tengku..!'' kata hajar..

'Tengku.. Tengku zarif? Pastikah tu zarif? Atau orang lain?'

Khairul mengeluarkan telefon bimbitnya, mencari gambar zarif..

'' lelaki ni? '' tanya khairul seraya menunjukkan telefon bimbitnya kepada hajar.

'' ya betul tuan.. Lelaki ni lah tadi.. '' kata hajar.

'' ok. Tak apa hajar.. Kamu boleh balik.. Harini sampai disini saja kerja kamu.. '' kata khairul..

Khairul membuka pintu biliknya dan melangkah masuk kedalam.. Melihat dhia sedang menunduk melihat kepada telefon bimbitnya..

'' tengok apa tu sayang.. Sampai tak sedar khai masuk?'' tanya khairul..

'' tak ada apa.. Saja je tengok ni.. water rafting.. '' kata dhia sambil menunjukkan beberapa orang yang sedang menjerit-jerit mengharungi arus deras sungai.

Tergeleng kepala Khairul tengan kerenah isterinya.. Tak padan dengan berbadan dua.. Khairul duduk disebelah dhia.. Membelai lembut kepala dhia..

Dhia mendongak dan melihat kearah khairul.. Mengangkat dagunya, menghantar isyarat 'kenapa' kepada khairul tanpa berbicara terus kepadanya.

'' malam ni.. Dinner rumah ibu.. Ada benda yang ibu nak bincangkan dengan kita.. Bukan.. Bukan bincang.. Tapi beritahu.. '' khairul menarik bibirnya tersenyum.

'' ok.. '' balas dhia. Menjatuhkan kepalanya di bahu khairul dan kembali melayan video yang masih bermain di telefon bimbitnya..

Malam itu mereka kerumah keluarga khairul.. Pertama kali, dhia dibawa kerumah besar dan indah itu.. Kagum dhia melihat rumah itu dari luar pagar.. Sementara menunggu pagar itu dibuka.

'' ini rumah ibu? '' tanya dhia.

'' yea.. '' jawap khairul.

'' kenapa khai tak tinggal sini.. Sanggup tinggal di rumah kecil tu kenapa? '' tanya dhia lagi.

'' sebab ada sayang disana.. Semuanya khai sanggup.. '' khairul mencubit pipi dhia dan membawanya ke kiri dan kanan..

'' eleh.. Yea lah tu.. '' dhia menjeling.

'' betul lah tu sayang.. Sebelum kita nikah.. Tiap-tiap malam khai tidur dalam kereta.. Biar lah tak selesa.. Dari tidur diatas katil.. Diatas tilam yang empuk.. Tapi hati dah tertinggal melekat dekat orang tu.. '' kata khairul lagi..

'' amboiii.. Khai minum apa tadi? Manis saja ayat.. Nak minta upah apa ni? cium? '' tanya dhia dengan gelak kan kecil..

'' boleh juga apa salahnya.. '' balas khairul menyuakan pipinya.. Dhia pun memajukan dirinya.. Khairul segera berpaling membuatkan bibir mereka bertaut seketika.

'' KHAI!'' dhia menarik wajahnya lalu memukul lengan khairul. Dhia mengelap bibirnya dengan belakang tangan.. lekat bekas gincu ditangannya..segera dia berpaling melihat kepada khairul yang sedang ketawa suka.. Sedang memandu masuk kedalam perkarangan rumah.

'' khai tunggu... '' dhia kalut sedang mencari tisu untuk mengelap bibir khairul..

''kenapa? Cari apa?'' tanya khairul.

'' tisu'' balas dhia sepatah.

''buat apa? '' tanya khairul.. Dhia mengeluarkan tisu.. Nak mengelap bibir khairul.

'' ekk! Tak payah!'' khairul menahan tangan dhia.

'' khai.. Malu lah, nanti ada orang tegur.. '' kata dhia. Bergelut dengan khairul..

'' ahh rugilah.. Bukan selalu nak dapat.. Nak kena lap pula.. Bukan salah pun.. Halal ni..biarlah orang tengok'' kata khairul..

'' bagi dhia lap dulu.. Comot tu.. Nanti-nanti saja dhia gantikan yang lain.. '' kata dhia.

'YES!!!' khairul tersenyum nakal.

'' ok.. Gantinya nanti berlipat kali ganda.. '' kata khairul.

'' yealah-yealah.. '' dhia pasrah.. Tangannya mengelap bibir khairul yang sedang tersenyum melebar.. Dua tangan khairul sengaja melingkari leher dhia...

Tok.. Tok.. Cermin tingkap sebelah khairul, diketuk dari luar..

'' ck.. Ada je yang menganggu.. '' rungut khairul.

'' tak baik lah.. Khai!'' tegur dhia.

Khairul menurunkan tingkapnya sedikit.

'' ya.. kenapa abang? '' tanya khairul acuh tak acuh.. Khairil di luar menggelengkan kepalanya.

'' ibu tu dari tadi asyik tanya.. Kenapa khai dengan esya tak masuk-masuk lagi.. Ni! abang keluar ni.. Bukannya niat nak menganggu aksi romantik kamu berdua.'' terang Khairil.

'' yeah.. kami nak masuk lah ni.. '' balas khairul..

Masuklah pasang itu kedalam rumah, berpimpin tangan..

'' ha masuk pun.. Apa yang lama sangat diluar tu.. Lama dah kami semua tunggu.. Perut dah lapar.. sama ni..'' kata liyana sebaik melihat khairul dan dhia sudah berada di ruang tamu..

Dhia menyalam tangan Liyana dan juga humairah.. Khairina melihat abangnya yang baru tiba bersama seorang wanita yang berada di sampingnya.. Terasa seperti tempat dia bermanja kini sedang dirampas oleh wanita itu..

''khairina salam kakak ipar kamu.. '' tegur Liyana kepada khairina yang sedang duduk bersama dengan zarif di sofa. Di seberang sana.

'kakak ipar?!!'

Tergejut khairina dibuatnya.. Bukan hanya dia seorang.. Zarif turut sama tergejut.. Tapi dia memilih untuk diam dan duduk tenang sahaja disitu .. Memandangkan dia kini berada di rumah mertuanya.

Dhia baru perasan masih ada orang lain disitu.. Terutamanya zarif yang turut berada di situ.. Khairina bangun dan bersalaman dengan dhia..

'' kita pernah jumpa ke sebelum ni.. Macam pernah tengok lah.. '' kata khairina.. Melihat dhia dari atas kebawah.

'' tak ini pertama kali kita berjumpa.. '' balas dhia..

'' mungkin sebab dia model syarikat kita.. Sebab tu lah khairina rasa macam pernah jumpa.. '' kata Liyana.. Cuba mengawal keadaan.

'' mari kita makan.. Lepas tu ibu ada perkara nak bincang dengan both pasangan pengantin baru.. '' kata Liyana membawa dhia ke meja makan..

Selesai makan.. Dhia menolong humairah mengemas meja makan.. Sambil-sambil bersembang ringan..

'' Esha.. Myra.. Tak perlu buat tu tinggalkan saja..maid akan buat semua tu nanti.. Esha pergi panggilkan khai.. Ibu tunggu di ruang tamu.. '' kata Liyana berjalan pergi keruang tamu.

'' pergilah Esha.. Kakak nak ke ruang tamu dulu.. Tadi kakak nampak khai ke arah sana.. '' kata humairah kepada dhia. Tangannya menunjuk kearah koridor.

''ok baik.. Esha panggilkan khai dulu..'' balas dhia..

Dhia berjalan kearah koridor yang ditunjukkan oleh humairah tadi.. Sehingga dia terdengar suara khairul dan khairina.

'' apa yang abang cakap ni?'' tanya khairina.

'' khairina sendiri dengar kan apa yang ibu katakan tadi.. Dia dah jadi kakak ipar khairina.. '' kata khairul.

'' kakak ipar? kenapa abang boleh nikah dengan dia pula!'' marah khairina.

'' she pregnant.. Anak tu anak abang.. '' jelas khairul.

'' senangnya abang kahwin dengan dia.. Kerana dia dah mengandung.. Kenapa abang perlu kisah kan anak tu.. Tu cara dia nak perangkap abang..tengok abang dah kena nikah dengan dia.. Itu cara dia abang.. '' kata khairina.

'' jadi abang nikah dengan dia semata-mata nak bertanggungjawab keatas bayi tu..? '' tanya khairina lagi bila melihat khairul diam. ..

Dhia melihat kepala khairul jatuh.. Mengiyakan persoalan yang ditanya oleh khairina..sakit hati dhia ketika itu.. Air matanya perlahan-lahan mengalir turun.. Kakinya melangkah pergi dari situ sehingga seseorang menahan bahunya.. Membuatkan dia terpaksa mendongak melihat dengan wajah yang basah dengan air mata..

'Zarif!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience