BAB 80

Romance Completed 367824

Meja kerja yang bertimbun itu dipandang sepi oleh sepasang anak mata kelabu milik seorang lelaki yang berdarah kacukan itu.. Dia tersandar lemah di sofa.. Beberapa hari dia sibuk mencari nadeerah yang tak muncul lagi di kelab sampaikan kesihatannya turut terabai..

'' mana kau pergi nad!'' kata zarif dengan kepalanya terdongak keatas melihat syiling ruang pejabatnya..

Telinganya menangkap bunyi pintu bilik pejabatnya di buka dari luar.. Masuklah seorang lelaki separuh baya tapi masih kelihatan segak berpakaian pejabat kemas kedalam ruang kerjanya ..

'' zarif! Apa semua ni!'' marah zawawi.. Masuk kedalam ruang pejabat anaknya..

BAM! Satu fail berkulit keras dilemparkan kearah meja kerja zarif.. Habis bersepah meja zarif yang sememangnya sudah penuh dengan timbunan fail..

'' kenapa ayahanda? '' tanya zarif. Sakit matanya melihat dokumen yang bertaburan.

'' zarif submit laporan kepada ayahanda tapi kenapa semuanya salah!.. Zarif buat kerja ke tak ni! .. Zarif tak semak dulu ke semuanya.. Ni atas meja ni semua! Kenapa tak buat!.. '' bebel zawawi.

'' nanti zarif tengok lah.. '' balas zarif lemah..

'' zarif bukannya budak kecil lagi..dah besar.. Takkan ayahanda nak kena ikut bontot zarif.. Sikit-sikit datang tengok zarif buat kerja ke tak.. Kalau zarif rasa tak nak buat kerja.. Silakan! Ramai lagi yang diluar sana lebih layak dan menunggu jawatan zarif ni.. Ayahanda rela gajikan orang luar dari zarif yang hidup tak tentu arah macam ni.. '' kata zawawi.

'' ayahanda ! Zarif ni anak kandung ayahanda.. Kenapa ayahanda pikir jauh sampai macam tu sekali.... Zarif tahu kerja zarif.. Nanti zarif buat semuanya.. Laporan tadi nanti zarif akan semak balik.. '' kata zarif tak mahu kehilangan posisi yang dipegangnya sekarang.

'' macam mana zarif nak siapkan, kalau zarif setiap malam ke kelab.. Siang zarif akan mengantuk.. Ni datang kerja lesu macam ni.. Ayahanda mahu zarif hentikan kegiatan malam zarif tu.. Jadi manusia bertanggung jawap sikit.. Tak kepada ayahnya.. Kepada zarif sendiri.. Sampaikan diri sendiri tak terurus.. Kamu tak kesian kan bonda kamu ke.. !'' kata zawawi.

'' ayahanda.. Mula cakap pasal kerja.. Lepas tu cakap pasal aktiviti malam zarif.. Suruh stop.. Lepas tu bonda pula.. Pecah kepala zarif ni.. '' zarif mengadu.. Rimas dengan kata-kata ayahandanya.

'' baru tahu kan.. Masalah tu berpunca dari siapa? Bukan zarif sendiri yang buat semua masalah tu.. '' perli zawawi.

'' zarif akan selesaikan masalah zarif.. Ayahanda sabar lah sikit.. Bagi zarif masa'' kata zarif.

''sabar? Belum cukup ke lagi masa yang ayahanda bagi? cuba zarif terangkan macam mana zarif nak selesaikan masalah zarif tu? '' tanya zawawi.

'' ayahanda nak zarif stop kan aktiviti malam zarif kan.. Fine! Zarif akan hentikan selepas zarif kahwin dengan nadeerah.. Stop all that nonsense activity... '' kata zarif

Zawawi.. Mula ketawa.. Ketawa menyindir.

'khawin dengan perempuan tu!'

'' are you insane ? Nak kahwin dengan perempuan macam tu! Sedar sikit zarif.. Kamu ingat bonda kamu akan terima menantu yang serupa itu.. Tolonglah sedar zarif! Dia tak layak untuk dijadikan isteri.. Buka mata kamu tu.. Jangan dibutakan dengan nafsu.. Itu semuanya kerja syaitan. Sedar zarif! sedar!'' marah zawawi.

'' zarif sedarlah ni.. Zarif cintakan dia ayahanda.. Zarif tak boleh hidup tanpa dia..zarif memang nak dia jadi isteri zarif.. Tak peduli lah macam mana.. Tak kiralah apa pun yang terjadi.. '' kata zarif tekad.

'' dengar ni zarif.. Andai kata perempuan tu jadi isteri zarif.. Ayahanda tak mahu zarif bawa dia tinggal didalam rumah ayahanda.. Zarif hidup saja sendiri diluar.. Buatlah apa yang zarif nak buat selepas tu.. Ayahanda tak akan ikut campur lagi urusan zarif lepas ni... '' kata zawawi.

Zawawi kalau boleh tak mahu menyatakan hal yang sebegitu.. Tapi.. Dia terpaksa.. Bukan niat dia nak putuskan hubungan mereka.. Jauh sekali di sudut hatinya.. Tapi ini untuk mengajar anaknya.. Semoga zarif akan sedar kembali, walaupun.. Waktu itu semuanya sudah terlambat..

'' ayahanda dan bonda akan lunch dengan khairina nanti.. Ayahanda nak kamu ikut sekali.. '' kata zawawi..

'' lunch dengan dia.. Buat apa? Dan kenapa zarif kena ikut..? '' tanya zarif tak puas hati.

'memang tak lah aku nak ikut..'

'' ayahanda tak nak akhir kan hubungan dengan keluarga khairina dengan bermasam muka macam ni...walaupun dia bukannya menantu kami lagi.. Tapi ayahanda dan bonda dah anggap dia seperti anak kami.. '' balas zawawi..

'kau berani nak hasut keluarga aku pula khairina! ..'

'' dulu ayahanda dan bonda langsung tak suka dia.. Sekarang ni nak anggap dia anak sendiri pula.. Wah! Apa yang dia dah buat ya.. sampai ayahanda dan bonda.. Boleh sukakan dia.. '' kata zarif ketawa menyindir..

'' jaga sikit mulut kau zarif! Kau tu yang buta! Dulu ya.. Memang dia salah.. Tapi sekarang dia dah berubah.. Kau yang tak nampak semua tu. Kalau kamu nak pergi.. Jumpa kami di restoran salmah.Sudahlah.. buang masa saja cakap dengan kamu .. Buat habis air liur ayahanda .. Bukannya kau faham pun.. Yang ayahanda nak kan.. Laporan tu atas meja ayahanda selepas ayahanda balik lunch.. !'' kata zawawi. Kecewa dengan perangai zarif yang masih menyalahkan khairina atas semua yang terjadi.

Zarif melihat ayahanda berlalu keluar dari situ.. Pintu biliknya dihempas kuat oleh zawawi..

'haishh.. Serabut lah.. Taulah, kau dah bebas kan.. Lantak kau lah.. Kenapa aku perlu berbaik dengan keluarga kau!'

'' restoran salmah? Itu bukan restoran budak tu.. Anak angkat ayahanda dan bonda kan? Kenapa kerap khairina kesana? Budak Irfan tu pun layan khairina lain macam je.. Entah-entah.. Dia orang... ''

'' ahhhhh... Lantak lah.. Ambil lah bekas aku.. Ada aku kisah! Masalah aku pun dah banyak.. Buat apa aku nak pikir kan pasal dia pula.. '' kata zarif.

Dia tetap menafikannya.. Kerja yang bertimbun tak juga disentuhnya.. Tak senang duduk dibuatnya memikirkan apa yang sedang bermain didalam fikirannya..

Di restoran salmah.. Pasangan puan Sri dan tuan Sri itu disambut mesra oleh pemilik restoran itu.. Siapa lagi kalau bukan Irfan.

'' bonda dan ayahanda berdua saja? '' tanya Irfan menyalam tangan zawawi.

'' kami datang berdua saja.. Sekejap lagi nak jumpa khairina jadi bertiga lah.. '' kata zawawi..

'' bukan bertiga tapi berempat.. '' kata Irfan menarik bibirnya tersenyum seperti biasa.

'' berempat? '' tanya ufairah bingung.. kemudian dia melihat kepada suaminya, zawawi.

'tak kan ayahanda dan bonda tak tahu lagi dengan kehamilan khairina..? Irfan.. Jangan masuk campur urusan mereka!'

'' eh! Bukan.. Maksud Irfan tu.. Irfan lah yang keempat tu.. '' kata Irfan.. Tak mahu keluarga angkatnya itu salah sangka. Perkara yang sebegini biar khairina saja yang jelaskan sendiri.

Irfan membawa pasangan itu duduk ditempat makan.. Dia duduk bersama selepas menyampaikan pesanan makanan pasangan itu kepada pekerjanya.. Berbual mesra dengan keluarga angkatnya itu.

'' assalamualaikum.. Lama tunggu? maaf lambat.. '' kata khairina yang baru tiba.

'' waalaikummusalam.. '' jawap Irfan.

Ufairah dan zawawi sama-sama tercengang melihat penampilan khairina.. Baju yang khairina kenakan ditubuhnya sangat sopan dan longgar tak seperti sebelum ini.. Wajah khairina juga lebih berseri dari sebelum ini..

'' waalaikummusalam... '' pasangan itu lambat-lambat..

"taklah lama.. Kami pun baru sampai.." kata zawawi.

'' duduk lah khairina.. '' pelawa Irfan kepada khairina yang baru tiba..

'' terima kasih.. '' jawap khairina.. Lalu duduk di kerusi yang ditarik oleh Irfan untuknya..

'' nak makan apa? saya ambilkan pesanan khairina.. '' kata Irfan yang sudah berdiri di samping khairina..

'' macam biasa saja ustaz.. '' balas khairina..

'' ok.. Baik!'' kata Irfan kemudian dia meminta izin untuk pergi meninggalkan mereka.

'' khairina.. Nampak rapat dengan Irfan.. Ada apa-apa ke? '' tanya ufairah. Dia yang dari tadi menahan diri untuk bertanya soalan itu, melihat sahaja kemesraan mereka berdua.

'' bonda jangan salah faham.. Khairina dengan ustaz tu tak ada hubungan apa-apa.. Sekadar sahabat.. Lagipun ustaz irfan tu memang baik dengan semua orang..bukan hanya dengan khairina saja.. '' kata khairina..

'' kalau betul pun kenapa.. Khairina berhak mencari bahagia khairina sendiri.. Irfan tu baik orangnya.. '' kata zawawi.

'' betul tu khairina.. Khairina kini sudah bebas.. Eddah pun dah tamatkan.. Boleh lah khairina mulakan hidup baru.. Tapi kalau boleh bonda tak nak lah kita putus hubungan.. Bonda dah anggap khairina macam anak sendiri.. Walaupun dulu bonda susah nak terima khairina.. Tapi.. Jauh di sudut hati bonda.. Dah terpalit rasa sayang untuk khairina.. '' kata ufairah..

'' betullah kata orang.. Didepan mata dibenci.. Bila jauh.. Hilang dimata.. Mulalah nak terasa kehilangan.. Rindu.. Bonda kamu ni sampai demam-demam teringatkan kamu.. '' kata zawawi..

'' abang ni! Tak perlulah ceritakan hal yang itu, malu lah saya dengan khairina.. '' ufairah menepuk peha suaminya.

'' malu apanya kan dah anggap khairina macam anak kita sendiri.. Betul tak khairina? '' tanya zawawi..

Khairina menarik bibirnya tersenyum, kemudian kepalanya mengangguk..

'' sebenarnya bonda, ayahanda.. Khairina ajak berjumpa ni nak maklumkan sesuatu.. Khairina tak tahu macam mana nak cakapkan kepada bonda dan ayahda.. Nak ke rumah jumpa dengan bonda.. Rasa macam.. Entahlah.. Khairina takut kalau terserempak dengan zarif.. Nanti dia ingat khairina nak ambil kesempatan pula.. Itu yang khairina ajak berjumpa di luar saja.. Harap ayahanda dan bonda tak kecil hati.. '' kata khairina.

'' taklah.. Kami faham.. '' kata ufairah.. Zawawi menarik bibirnya tersenyum dan mengangguk.

'' sebenarnya.. Eddah khairina belum tamat lagi bonda.. Ayahanda.. '' kata khairina.. Sambil menunduk kebawah.. Bermain dengan jarinya..

'' belum tamat? Setahu bonda ianya dah tamatkan.. Tak silap bonda dua minggu yang lalu.. Kan abang? '' tanya ufairah kepada suaminya. Zawawi mengangkat bahunya.. Manalah dia ambil kisah pengiraan enddah menantunya itu.

'' sebenarnya... Khairina mengandung.. Dan anak ni.. Cucu bonda..dan ayahanda.. '' kata khairina perlahan.. Menunduk kebawah megusap perutnya yang mula menonjol sedikit.. Kemudian dia mendongak kembali melihat kepada ufairah dan zawawi.

Terkaku dua pasangan separuh baya itu.. Mendengar khabaran yang disampaikan oleh bekas menantunya..

'' abang.. '' ufairah menjatuhkan kepalanya di dada suaminya.. Air matanya dibiarkan mengalir di pipi..

'' sudah.. Jangan macam ni.. Malu orang tengok.. Sepatutnya kita bersyukur.. Akan dapat cucu.. Ni kamu menangis pula... '' tegur zawawi..

'' saya bukan menangis.. Ini air mata syukur lah abang.. Air mata gembira... Tapi saya terkilan.. Terkilan dengan anak kita.. '' kata ufairah didada zawawi.. Meluahkan rasa yang dipendam didadanya.

'' sabarlah.. Dah jodoh mereka tak panjang.. Kita sebagai orang tua ni.. Doakan saja yang baik-baik.. Saya suka nak dapat cucu ni! Rasa nak buat kenduri malam ni.. '' kata zawawi.. Ceria, berbeza dengan isterinya ufairah.

'' saya pun suka.. Gembira sangat! Alhamdulillah syukur.. '' kata ufairah kembali mengangkat kepalanya bangun.. Lalu mengelap air matanya yang mengalir di pipi.

'' terima kasih khairina.. Bonda bersyukur sangat.. Bonda harap.. Khairina tak pisahkan cucu bonda dari bonda ya.. '' kata ufairah.. Risau.. Kalau khairina berbuat demikian..

'' Insya Allah.. Tak pernah terlintas pun di fikiran khairina nak buat macam tu.. Cuma.. Kahirina takut anak ni.. Di apa-apakan oleh zarif.. Dia kan tak sukakan khairina.. Benci kan khairina.. Khairina tak nak anak khairina dapat nasib yang sama macam khairina sepanjang begelar isteri kepada zarif sebelum ni.. Itu yang khairina rahsiakannya.. '' kata khairina.

'' rahsiakan apa!''

Berpaling lah mereka bertiga melihat kearah suara yang menyampuk, sebelum sempat khairina menghabiskan ayatnya.

''buat apa zarif datang ke sini!'' kata ufairah.

'' zarif.. Datang untuk reunion keluarga.. Salah ke bonda? '' kata zarif menyindir.. kemudian duduk di sebelah kerusi khairina..

'' maaf.. Kerusi tu dah ada orang.. '' kata khairina.. Kalau boleh dia tak mahu zarif dekat-dekat dengannya..

'' ck.. Jangan risau aku tak lama!'' kata zarif kasar.

'' rahsia apa yang kau beritahu dekat my parents..? kau merayu apa pula kali ni? kau buat lah apa pun khairina.. Kita tak akan boleh bersama lagi.. Puas hati aku!'' sindir zarif..

'' iya.. Jangan risau.. Saya tak bodoh macam dulu.. Dulu tu, saya silap.. Silap dalam membuat pilihan.. Tapi sekarang saya dah sedar.. Dan taknak terjerumus lagi kedalam jurang yang sama.. '' kata khairina menarik bibirnya tersenyum kepada zarif.

'Aku perlu kuat.. Aku tak akan ulang lagi kesalahan aku dulu.. Cukuplah semua kepahitan yang pernah aku telan dahulu.. Sekarang.. Aku mencari kebahagiaan untuk aku dan anak aku!'

'' hah! Berlagak yea.. Baguslah kalau macam tu.. Semoga kau bahagia dengan hidup kau.. Dan jangan kau ganggu aku lagi... '' kata zafir.. Lalu dia bangun dari situ.

'' satu lagi.. Sudah-sudahlah.. Raih simpati dari parents aku.. Sampai... ''

'' zarif!'' zawawi menegur.. Sebelum sempat zarif menghabiskan ayatnya..

'' zarif.. Kalau zarif nak menyakitkan hati kami.. Baik zarif pergi saja..."kata ufairah pula..

" zarif memang nak pergi pun bonda.. " kata zarif..

" pergilah.. Kami ada urusan yang lebih penting nak dibincangkan.. Zarif hanya menganggu saja.. " sambung ufairah lagi..

'urusan yang penting? Dengan khairina? Jangan-jangan.. Ayahanda nak offer khairina something.. Tapi apa?' zarif menerung ke wajah khairina..

'apa yang kau sedang rancangkan..' mahu tak mahu zarif melangkah pergi juga.. Tapi dia tak terus pergi.. Melainkan berdiri di sudut luar kedai.. Mengintai kearah mereka..

'' dia masih salahkan khairina.. Sebab itulah khairina berat nak maklumkan perkara ni bukan niat khairina nak Sorokkan perkara ni..bonda.. Ayahanda.. '' kata khairina.

'' tak apalah.. Biar kami saja yang maklumkan kepada dia nanti.. Khairina jgan risau.. Khairina jaga diri khairina dan cucu kami.. Itu yang penting sekarang ni.. '' kata ufairah.

'' betul tu khairina.. Hal zarif tu.. Serahkan kepada kami.. Biar kami yang uruskan.. '' kata zawawi pula.

'' alhamdulillah terima kasih bonda.. Ayahanda.. '' kata khairina.

Dari luar zarif memerhatikan saya dua orang tuanya beramah mesra dengan khairina.. Kemudian datang Irfan menghidangkan makanan buat mereka.. Dua orang tuanya turut memperlawa Irfan untuk makan bersama..

'wah! Wah!.. Bahagianya.. Nampak macam keluarga yang
, bahagia.. Orang luar lagi disanjung dari anak sendiri..' kata zarif sambil menyalakan rokok yang terselit diantara dua bibirnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience