BAB 64

Romance Completed 367824

Sibuk mereka berdua di dapur.. Ligat tangan khairina memotong beberapa bahan yang diarahkan oleh ufairah.. Kini khairina sedikit sebanyak dah pandai memasak makanan yang ringkas-ringkas..

Sejak kebelakangan ni menjadi-jadi pula dapur mereka berasap oleh dua wanita itu.. Ada saja aktiviti masak memasak dari mereka berdua.

'' dah siap khairina? '' tanya ufairah..

'' dah bonda.. '' balas khairina. Membawa bahan itu kepada ufairah..

'' khairina tolong tengokkan rendang ayam tu.. Biar bonda yang buatkan yang ni.. '' kata ufairah mengambil bekas yang berada di tangan khairina..

Khairina ke dapur.. Mengacau rendang ayam yang berada di dalam kuali..

'' dah nak masak ni bonda.. Dah kering dah kuah rendang ni.. '' kata khairina.

'' khairina ambil sudu rasa tengok.. Sebab tadi kuah dia basah lagi.. Bonda letakkan garam sedikit saja.. Cuba rasa .. Mana tahu kena tambah lagi garam.. '' kata ufairah yang sibuk menggaul bahan untuk dibuat kerabu..

Khairina mengambil sudu.. Lalu mengambil sedikit kuah untuk dirasa..

'' sedapnya bonda... Sesedap rasa.. '' puji khairina..

'' betul ni? .. Alhamdulillah.. '' kata ufairah..

'' dah, tutup api tu.. '' arah ufairah.

Khairina mengikut seperti yang diarahkan oleh ufairah..

'' ambil bekas makanan tu khairina.. Basuh dan lapkan.. '' arah ufairah lagi.

'' bekas makanan? '' tanya khairina bingung.

'' ialah yang tu.. '' ufairah menunjukkan kepada khairina.

'' untuk apa ni bonda.. Nak buat apa dengan bekas makanan ni bonda? '' tanya khairina lagi.

'' kejap lagi.. kita ke pejabat.. Bonda bawakan bekal untuk ayahanda.. Khairina bawakan untuk zarif.. '' kata ufairah lalu menyentuh kedua-dua lengan menantunya yang kelihatan semakin kurus dan susut.

'' tapi bonda.. Khairina taknak lah ganggu abang zarif.. Nanti kalau khairina pergi pejabat.. Dia tak suka macam mana, bonda.. '' balas khairina.

'' tak suka? Isteri bawakan bekal makanan untuk suami.. Kenapa pula, dia tak suka? '' tanya ufairah.

'' bukan macam tu bonda.. Maksud khairina.. Kalau lah.. Khairina ganggu dia.. Dia sibuk nanti... Macam tu lah bonda.. Bukan khairina kata, yang abang zarif tak suka.. '' terang khairina.

'' sesibuk mana dia sekalipun.. Dia tetap kena makan jugak kan.. Lagipun, zarif sendiri yang request.. Nak makan rendang ayam ni.. Takkan dia nak tolak.. Tentu dia lagi, suka bila tahu.. Khairina yang masak dan bawakan kepada dia.. '' kata ufairah lagi.

'' bonda yang masakkan.. Khairina tolong saja.. '' balas khairina.

'' khairina tu.. Yang masak.. Bonda.. Arah-arahkan saja.. '' kata ufairah dengan gelak kan kecil. Khairina tersenyum lalu menunduk.

''cepatlah tolong bonda siapkan bekas makanan tu.. Nanti lambat pula..'' kata ufairah lagi.

'' baiklah bonda.. '' balas khairina..

'' khairina siapkan dulu.. Bonda nak call ayahanda dulu.. Kejap lagi bonda datang balik ya.. '' kata ufairah.

Khairina mengangguk.. Dia membasuh bekas makanan tersebut dan mengelapkannya.

Khairina mula mengisi bekas makanan itu dengan rendang ayam. Tapi entah macam mana khairina terleka.. Tak sedar yang tangannya terlalu hampir dengan kuali sehingga tangannya mencecah kuali yang masih panas itu.. Melekat sebaris merah di tangan putihnya.. Cepat-cepat dia berlari ke singki meletakkan tangannya di bawah air yang sedang mengalir.. Mukanya berkerut menahan rasa pedih..

'ahhh.. Cuai kau khairina..' bila dia melihat ibu mertuanya melangkah masuk ke dapur semula.. Cepat-cepat tangannya menutup pili air yang sedang mengalir. Dia tak mahu ufairah melihat tangannya yang melecur terkena kuali panas..

'' buat apa tu? Basuh apa? '' tanya ufairah bila mendengar bunyi air yang mengalir.

'' tak bonda.. Ni terkena kuah rendang.. '' khairina berbohong..

'' jom kita isikan dalam bekas makanan.. Lepas tu khairina pergi naik siap cantik-cantik.. '' kata ufairah mengusik menantunya..

'siap cantik-cantik? Perlukah?.. Tapi untuk suami.. Itu perlukan.. Hanya untuk suami.. Tapi zarif yang tak pernah, anggap aku ni isteri dia.. Hmmm..' khairina sekadar membalas dengan sebaris senyuman kepada ufairah.

Selepas siap semuanya.. Khairina memandu keretanya menuju ke syarikat dimana suaminya berkerja.. Ditemani oleh mertuanya yang berdarah kacukan itu.. Mereka yang dulunya bagaikan langit dengan bumi.. Kini perlahan-lahan menjadi akrab tanpa mereka sendiri sedari.

Khairina mengikut saja ufairah dari belakang memegang bekal makanan untuk zarif.. Sebaik sampai di lantai tempat kerja zarif.. Khairina melangkang keluar dari kotak lif meninggalkan ufairah sendirian didalam lif, untuk naik setingkat lagi keatas berjumpa dengan zawawi.

'' assalamualaikum.. Tengku zarif ada? '' tanya khairina sopan kepada seorang wanita yang ada di meja hadapan bilik zarif.

'' waalaikummusalam.. Ada urusan apa ya? Nak jumpa dengan Tengku? '' tanya wanita itu kembali.

'' saya nak serahkan bekal makanan ini untuk Tengku'' jelas khairina. Mengangkat bekas makanan ditangangannya lalu ditayangkan kepada wanita itu.

''maaf.. Saya tak tahu pula Tengku ada pesanankan makanan.. Kejap ya saya maklumkan kepada Tengku.. '' kata wanita itu. Lalu mengangkat ganggang telefon.

'' baiklah.. Boleh tolong beritahu dia.. Khairina yang hantarkan bekal makanan untuk dia.. '' kata khairina dengn sopan.. Dan tersenyum.

'khairina? Macam pernah aku dengar la nama tu bukan tu nama..' wanita itu menjatuhkan kembali ganggang telefon di tempatnya.

'' aaa.. Khairina.. Puan khairina.. Isteri Tengku? '' kata wanita itu gugup..

Khairina menjatuhkan kepalanya beberapa kali.. Mengangguk sekaligus memberi jawapan buat wanita itu.

'' saya raihana.. Setiausaha Tengku.. Selamat berkenalan puan khairina.. '' raihana memperkenalkan dirinya.

'' khairina.. '' kata khairina menyuakan tangannya kepada wanita yang bernama raihana yang berada didepannya..

'hanya khairina.. Tanpa perlu ada..'khairina,isteri kepada Tengku zarif..'

'' silah puan masuk.. '' pelawa raihana.

'' boleh raihana tolong maklumkan kepada Tengku kedatangan saya.. Saya takut menganggu dia.. '' kata khairina sopan.

'ya Allah.. Lemah lembut betul isteri Tengku ni!' puji raihana.

'' baik! Saya maklumkan sekarang.. '' kata raihana terus mengangkat ganggang telefon dan memaklumkan kepada Tengku zarif.

'' silalah puan.. '' kata raihana sekali mengiringi khairina ke bilik zarif.

Raihana mengetuk pintu bilik zarif.. Kemudian membukanya untuk khairina masuk..

Sebaik pintu terbuka.. Khairina melihat zarif sedang sibuk membaca satu fail yang berada di tangannya..

'' kamu boleh pergi raihana..! '' arah zarif.. Memberi isyarat tangan supaya raihana segera keluar dari bilik itu..

Khairina berbaling, melihat kepada raihana yang sedang menunduk menarik kembali pintu itu dan menutupnya rapat.

'' buat apa dekat sini!'' kata zarif. Melemparkan fail ditangannya ke meja secara kasar. Tersentak khairina.

'' nak malukan aku!'' zarif bangun dari duduknya..

'' hantar kan ni.. '' balas khairina perlahan. Menunjukkan bekas makanan yang ada ditangannya..

'' buat apa? Nak tunjuk baik ke? ke kau letak racun dalam tu.. Bagi aku mati cepat.. '' perli zarif.

Khairina tak membalas.. Dia berjalan ke arah ruang yang ada sofa dan meja kecil di satu sudut bilik itu.. Zarif menangkap tangan khairina.. Berkerut wajah khairina menahan sakit pedih.. Kerana zarif menyentuh betul - betul di kawasan lukanya.

'' kau pekak ke? '' tanya zarif. Khairina berpaling dan tersenyum.

Zarif terus melepaskan pegangan tangannya bila melihat senyuman di wajah khairina..

Khairina terus melangkah ke sofa. Dan duduk di situ.. Membuka bekal yang dibawa ditangannya.. Menghidangkan semuanya diatas meja kecil itu.

Semerbak bau aroma rendang didalam bilik berhawa dingin itu... Zarif menelan air liurnya.. Sebaik aroma itu menusuk kedalam rongga hidungnya..

'rendang ayam...'

Bagaikan dipukau.. Zarif berjalan ke arah sofa dimana terhidang makanan kegemarannya disitu.

'' siapa yang masak? Kau!'' kata zarif.

'' kenapa takut racun.. Biar khairina yang buktikan.. '' kata khairina.. Lalu mengambil makanan itu dibawa masuk kedalam mulutnya..

Sekali lagi zarif menelan air liur.. Dia seperti sedang melihat iklan live dihadapannya..

'' ehh! Kau kata ni bekal aku kan.. Kenapa kau yang makan!'' kata zarif kasar.. Menolak bahu khairina.. Agar khairina berganjak dari situ.

'tadi tak nak sangat.. Racun lah apalah..' khairina menutup mulutnya yang masih ada makanan dan bangun mengubah kedudukannya..

Dia melihat sahaja zarif makan makanan dimasaknya itu.. Sehingga selesai semuanya .. Ufairah menyuruhnya untuk membuat bekal untuk dimakan oleh dua orang.. Tapi kini.. Zarif turut menghabiskan bahagian dia juga.

'' kau datang dengan siapa? '' tanya zarif.. Masih kasar seperti tadi.

'' dengan bonda'' jawap khairina.

''lain kali jangan pandai-pandai nak datang sini.. Aku tak suka orang tengok kau.. '' kata zarif..

'tak suka orang tengok aku.. Atau tak suka orang tahu aku ni isteri kau..' khairina mengemaskan semula bekas makanan yang telah habis dimakan oleh zarif.

'' dah nak balik..? '' tanya zarif bila melihat khairina telah siap berkemas.

'' ya.. Khairina... ''

'' ingat pesan aku.. Jangan datang lagi ke pejabat ni!! .. '' potong zarif.. Sebelum sempat khairina menghabiskan ayatnya.

'sekurang-kurangnya.. Kau ucapkan terima kasih tolong bawakan bekal ni zarif.. Tapi..' khairina menunduk.. Menarik nafasnya.. Sebelum mendongak semula untuk memandang kearah zarif.

'' baik.. Khairina ingat pesan zarif tu.. '' kata khairina.. Tersenyum lebar dan manis kepada zarif.

'' assalamualaikum.. Khairina balik dulu.. '' kata khairina.. Tersenyum seikhlasnya buat suaminya.

'kenapa dia senyum.. !dia suka aku layan macam tu? Atau dia dah tak hairan dengan layanan buruk aku..' zarif melihat saja khairina yang menghilang disebalik pintu yang sudah ditutup kembali.

'' ahhhh.. Buat apa pikir dia... Buang masa !!'' zarif kembali membaca dokumen yang ada diatas mejanya.. Menyambung kerjanya semula..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience