BAB 31

Romance Completed 367809

Cuaca waktu itu nampak mendung ada awan besar berarak mendung berwarna kelabu menutupi sebahagian kawasan taman itu. Dhia duduk di kerusi batu yang ada disitu sambil menikmati aiskrim vanila nya.. Sesekali dia memandang kearah pasangan yang sedang hangat berbincang tak jauh darinya.. Adakala dia mendengar beberapa perkataan dari pasangan itu.

'apalah yang mereka bincangkan.. Berbincang ke bergaduh..' keluhnya..

'macam ni ke orang bercinta..' aiskrim ditangan bakal hilang tak lama lagi..

'' lama lagi ke ni? '' dhia bangun dari duduknya.

'' dhia nak kemana!'' laung hanif dari sana. Qaisarah turut melihat kearahnya. Dhia menunjukkan kearah lelaki yang menjual aiskrim.. Tak jauh dari situ. Tanpa menunggu balasan dari hanif dan qaisarah, dhia mengatur langkahnya, berjalan pergi..

Kali ini dhia memilih aiskrim strawberi pula.. Berjalan Perlahan-lahan sambil menjilat aiskrimnya. Langkah kakinya terhenti bila terasa beberapa titisan air hujan mengenai tangannya.. Dhia mendongak memandang kearah langit. Sebelah tangannya didepa kan.. Menadah air hujan yang mula menitik sedikit demi sedikit.. Beberapa orang sudah melarikan diri..

'apa yang mereka takutkan.. Ini kan cuma hujan..' dhia menjatuhkan semula tangannya..

Sambunh berjalan semula.. Semakin lama semakin banyak air hujan mula turun.. Orang yang berjalan mula berlari. Sampai ada yang, merempuh dhia yang masih berjalan..dhia menutup matanya rapat.. Tapi dia tak merasakan tubuhnya jatuh, hanya aiskrim yang ditangan sudah jatuh terhempap di tanah. Ada sepasang tangan menahannya dari terjatuh.
Hidung dhia menangkap aroma tubuh lelaki itu.. Mengigatkan dia akan peristiwa hitam itu. Terdengar suara lelaki itu memarahi sekumpulan budak lelaki yang melanggarnya tadi.

'' awak ok? '' tanyanya..

'suara itu.. Tak mungkin dia..' dhia membuka mata lalu mendongak melihat kearah suara lelaki yang menangkapnya dari terjatuh tadi.

'' ka.. Kaa.. Muuu.. '' bergetar bibir merah milik dhia.. Bila dia dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas..wajah dhia bertukar pucat. Sebelum ini dhia tak melihat wajah itu dengan jelas kerana semua yang dilihatnya samar-samar dan kabur.

Menggigil tubuh dhia tatkala berada didalam pegangan khairul.. Mata dhia dan khairul saling bertaut.. Air hujan yang membasahi mereka bagaikan tak terasa..

'' dhia qaleesha.. '' panggil khairul..

Mendengar suara itu memanggil namanya membuatkan pandangan mata dhia kelam.. Matanya tertutup rapat dan rebah disitu juga..

Khairul yang cemas segera mengangkat tubuh kecil dhia.. Membawa dhia ke keretanya.. Kemudian meletakkan dhia di tempat duduk sebelah penumpang. Khairul kembali berlari ke tempat pemandu..

Bunyi telefon milik dhia memenuhi ruang kereta itu.. Khairul mencari dimana Letaknya, telefon tersebut.. Lalu mengambilnya.. Ada nama hanif tertera disitu. Khairul serba salah.. Sama ada mahu mengangkat ataupun membiarkan sahaja.

'tapi kalau aku jawap panggilan ni.. Apa yang aku nak cakapkan..' fikir khairul.

'' biarkan sajalah.. Aku bawa dia ke hospital dulu. '' kata khairul seraya menghidupkan enjin keretanya.

Khairul memandu ke hospital.. Dia memarahi dirinya sendiri kerana kemunculannya membuatkan dhia ketakutan sampai pengsan begitu.

Sebaik sampai di hospital khairul segera memaklumkan kepada petugas hospital mengenai apa yang berlaku.. Dhia dibaringkan diatas katil hospital dan mula diperiksa.. Manakala khairul menunggu diluar..

'' mana suami dia? '' tanya doktor yang memeriksa dhia.

'' ada di luar agaknya.. '' kata jururawat tersebut.

'' panggilkan dia.. Saya nak bincang sikit dengan dia.. '' kata doktor wanita itu..

Keluarlah jururawat tersebut memanggil khairul.

'' encik suami kepada pesakit yang bernama dhia qaleesha? '' tanya jururawat tersebut.

Khairul bingung.. Tapi dia menganggukkan saja kepalanya. Masuklah dia didalam bilik tersebut..

'' KHAI!!'' kata doktor itu tergejut melihat khairul yang masuk kedalam bilik itu.

'' kak myrah'' balas khairul.

''don't tell me.. My patient is your wife? '' tanya humairah. Ada ketegasan didalam nada bicaranya.

'' kakak bukan di... '' tangan khairul bergerak di udara.. Menunjukkan ke segala arah.

'' apa-apa!'' marah humairah.

'' siapa dhia qaleesha ni.. Khai!?'' tanya humairah.

'' kawan.. '' balas khairul pendek.

'' mana suami dia..? '' tanya humairah.

'' yea lah suami dialah.. Kenapa khai pula ada dekat sini.. Kakak nak jumpa suami dia.. '' ulang humairah.

'' kenapa kakak kata dia ada suami.. Khai yang bawa dia kesini.. '' kata khairul.

'' yea lah.. Ada benda yang kakak nak bincangkan dengan suami dia tentang isteri dia.. Mengenai baby mereka.. '' kata humairah.

'' baby?!!'' hati khairul berdegup pantas mendengar perkataan itu..

'' hmm.. Boleh call kan, suami dia.. '' pinta humairah lagi.

Khairul keluar begitu sahaja.. Dia duduk di kerusi menunggu.. Termenung lama disitu. Tangannya mengengam erat telefon bimbit milik dhiya.

'' hello Esha.. Esha dimana ni.. '' kali ni khairul mengangkat telefon milik dhia yang entah bunyi untuk ke berapa kalinya..

Khairul melihat sahaja dhia masih tidur diatas katil yang sudah dipakaikan baju hospital ke tubuhnya dhia. Terngiang ngiang kata-kata humairah menyatakan dhia kekurangan nutrisi..dan tak menyedari dirinya hamil.

'apa yang aku dah buat ni..' keluh khairul.. Dari jauh dia melihat seorang lelaki berjalan pantas meluru kearah bilik yang menempatkan dhia.. Khairul bersembunyi disebalik selekoh yang ada disitu.. Mengintai apa yang berlaku.

Hanif melangkah masuk kedalam bilik rawatan dhia.. Melihat dhia terbaring dikatil.. Dia tak mengerti kenapa dhia boleh terbaring begini.. Sedangkan mereka elok sahaja tadi di taman.

"suami puan dhia ke..? " tanya jururawat yang masuk kebetulan melihat hanif..

"ya saya.. Suaminya.." jawap hanif.

"sila ikut saya.. Doktor nak berjumpa dengan encik.." kata jururawat itu.

Hanif segera mengikut langkah kaki jururawat wanita tersebut masuk kedalam bilik doktor yang merawat dhia.

'kenapa kau boleh nikah dengan orang lain.. Sedangkan kau sedang mengandungkan anak aku.. Dhia qaleesha..' khairul mengepal tangannya.. Entah mengapa dia beremosi bila mendengar lelaki itu mengaku dhia adalah isterinya.. Mata khairul menangkap ada pergerakan dari bilik yang menempatkan dhia.

Dhia seperti kebingungan bangun dari katilnya.. Melihat tangannya yang sudah dicucuk dengan jarum..

Brakk..

Pintu bilik itu ditolak dengan kasar oleh seseorang.. Dhia segera berpaling.. Melihat kearah itu.. Ternyata itu adalah hanif. Wajah hanif kali ini berbeza.. Wajah itu merah dan tak selembut seperti sebelumnya.

Pangg..

Dhia terasa kepalanya pening.. Bila tak menyangkakan akan menerima tamparan kuat daripada hanif.

"abang tak sangka esha begini!!!" tempiknya kuat kepada dhia.

"apa yang abang cakapkan ni.? ." kata Dhia memegang pipinya yang terasa pedih..

"jangan pura-pura tak tahu esha.. Esha selama ni berlakon di hadapan abang kan.. Berlakon baik di hadapan abang kan.. Sebab nak tutup semua ni..!" hanif mencekak bahu baju hospital yang dipakai dhia lalu menunjukkan kearah perut dhia.

"macam mana esha boleh mengandung.. Sedangkan abang tak pernah sentuh esha..anak lelaki mana yang esha kandungkan!! "

"jawap ESHA!!" kata hanif lalu melepaskan baju yang dicekamnya tadi..

Dhia merasakan bagaikan dihempap oleh batu besar,diatas kepalanya..

'aku mengandung..' Perlahan-lahan tangan yang memegang perutnya.

Khairul dari tadi sedang manahan diri untuk melangkah masuk kedalam wad itu.. Sakit hatinya bila melihat dhia ditampar oleh yang mengaku suami dhia. Tangannya sudah menolak pintu bilik tersebut.. Tapi dia mematikan niatnya bila mendegar suara dhia ketawa.. Mata hitam pekat nya mengintai lagi dari celah pintu yang terbuka sedikit itu.

Dhia sedang menunduk ke bawah.. Sebelah tangannya memegang perutnya.. Manakala sebelah lagi menahan mengampu dirinya diatas katil..

'' apa yang abang cakapkan tadi? Esha berlakon pura-pura baik depan abang untuk menggunakan abang!'' kata dhia sambil menunduk.

'' dah tu kenapa dari awal lagi Esha tak pernah beritahu abang.. Yang esha ni dari awal dah tak suci dan sekarang sedang mengandung anak haram.. ''kata hanif.

''Esha dari awal nak bercakap dengan abang.. Tapi abang selalu memberi alasan.. Tak nak dengar apa yang esha nak cakapkan.. ''

'' abang boleh hina Esha.. Tapi abang jangan hina anak dalam kandungan Esha.. Abang sendiri seorang lelaki yang datangnya dari keluarga alim kan.. Apa dosa anak Esha.. Sampai abang nak hina dia.. ''

'' abang cakap, Esha ni nak gunakan abang.. Tapi siapa yang gunakan siapa.. abang? Esha atau abang? ''

'' Esha balik kampung.. Dipaksa nikah dengan abang.. Menggantikan kakak.. Bila Esha nak bercakap dengan abang.. Abang asyik tahan-tahan.. Tak bagi Esha bercakap.. Sekarang abang nak salahkan Esha? '' luah dhia.. Sakit hatinya asyik dipersalahkan.

'' abang cuma ingat masalah abang.. Ada siapa tanya apa yang esha rasa? Masalah Esha? Esha kena telan sendiri.. Sekarang abang salahkan Esha!'' tangan dhia mengengam erat kain selimut putih yang menutup separuh tubuhnya.

'' siapa lelaki tu Esha? '' tanya hanif kembali melembutkan nada bicaranya. Bila tersedar dengan apa yang dikatakan oleh dhia tadi.

'' kenapa abang nak tahu.. Dia tiada kaitan dengan abang.. '' balas dhia.. Kerana dia sendiri tak tahu siapa lelaki yang sudah menanam benih ke dalam rahimnya.

'tak guna aku ceritakan semuanya kepada dia.. Aku bukannya nak meraih simpati dari dia.. Lebih baik dia membenci aku..supaya dia kembali tekad dengan keputusannya'

'' abang akan nikah dengan kak sarah!! .. Dia dah setuju.. '' kata hanif.

'' tahniah..dan Esha tunggu abang ceraikan Esha.. '' kata dhia tenang..

'' baik.. Kita selesaikan sebaik saja Esha keluar dari sini.. '' kata hanif berlalu pergi..

Khairul melarikan dirinya ketepi.. Sekarang terjawaplah sudah segala persoalan di dalam pemikirannya.. Mengenai siapa lelaki itu dan perhubungannya dengan dhia. Belakang tubuh lelaki itu dilihat sampai lelaki itu semakin menjauh dan menghilang.

Khairul menolak pintu itu.. Melihat dhia sedang terbaring dengan mata terpejam, sambil memegang perutnya yang masih kempis..

'' dhia qaleesha.. '' panggil khairul.

Dhia membuka matanya, berpaling melihat lelaki tak dikenalinya itu dengan pandangan mata yang penuh dengan perasaan benci.

'' saya khairul zulhairy.. '' kata khairul. Berjalan menghampiri katil tempat dhia berbaring.

'' ada aku tanya kau siapa?!'' marah dhia.

'' berambus dari sini!'' halau dhia.

'' saya nak minta maaf.. '' ketawa dari dhia membuatkan khairul berhenti bercakap..

'' minta maaf..??! '' dhia bangun.. Lalu menurunkan kakinya dan membiarkan kakinya terjuntai disitu memandang kearah khairul.

'' saya maafkan, kalau awak boleh kembalikan apa yang awak dah ambil dari saya malam tu.. '' kata dhia, Bibir merah yang sudah pucat milik dhia tertarik naik keatas. Memandang tepat kearah khairul.

'' saya tahu saya salah.. Tak mungkin saya kembalikan apa yang saya dah ambil dari dhia malam tu.. Saya.. Saya akan bertanggungjawab.. Saya akan kembalikan maruah dhia... '' kata khairul.

'' dengan cara apa kau nak kembalikan maruah aku yang kau pijak-pijak malam tu.. '' dhia menjatuhkan kakinya.. Terasa sejuk lantai yang menyentuh kakinya yang tak beralas.

'' dhia.. Kamu tak patut turun dari katil.. ''

'' diam!!''

'' jangan kau sebut nama aku, kau siapa!kau tak layak nak sebut nama aku! Aku benci kau..!'' luah dhia menudingkan jarinya ke dada khairul.

'' saya..memang tak layak nak menerima kemaafan dari kamu.. Memang patut saya dibenci oleh kamu selamanya... Saya sudah menyesal dengan apa yang sudah berlaku.. '' ucap khairul sayu.. Tulus dari hatinya.

'' memang aku tak akan pernah memaafkan kau.. Sampai bila-bila pun, tak akan aku maafkan.. Kerana kau dah menghancurkan masa depan aku.. !!'' jari telunjuk dhia yang berada di dada khairul menyucuk-nyucuk dada bidang khairul berkali-kali.

'' tapi bagi lah saya peluang.. Peluang untuk menjadi ayah kepada anak ni.. '' tangan khairul mahu menyentuh perut dhia.. Segera dhia berganjak kebelakang beberapa langkah menjauhi khairul.

'' anak? '' tanya dhia bingung kenapa khairul boleh tahu tentang kandungannya.

'' anak yang berada di dalam rahim kamu.. Itu anak saya kan.. ''

'' TAK!'' kata dhia tegas menafikannya.. Walaupun itu tak benar.

'' kita di hospital.. Kalau dhia nak menafikannya terus, saya akan bawa dhia terus untuk membuat pemeriksaan.. Kita boleh tahu usia kandungan itu..sekaligus menjawap persoalan anak itu milik siapa'' balas khairul tak mahu kalah dengan dhia, bila dhia menafikan itu bukan anaknya.

Setiap wanita pasti akan menanamkan perasaan benci yang amat dalam kepada lelaki yang membuatkan dia hamil tanpa mempunyai apa-apa ikatan diantara mereka.. Rasa benci itu telah disemai sejak kejadian malam itu lagi. Dhia berpaling tak menjawap kepada khairul yang sedang tegak berdiri disitu..

'' izinkan saya perbetulkan semuanya kembali.. Beri peluang kepada saya untuk mengambil dhia menjadi isteri sah saya.. '' kata khairul lancar dan tekad dengan niatnya.

'' kamu!!'' dhia berpaling semula.

'' jangan kamu mimpi diantara kita akan ada pernikahan..!'' balas dhia.

Sakit hati khairul bila mendengar apa yang baru keluar dari bibir kecil itu.

''jangan hipokrit dhia.. Sekurang-kurangnya pikir kan anak itu.. Nak kah kamu lihat dia dengan status tak sah taraf sepanjang hidup dia.. '' suara khairul mula berubah..sayu.

Dhia tak mengendahkan apa yang dikatakan oleh khairul, di memanjat naik semula katilnya..dan duduk diam disitu..

'' saya akan lakukan apa saja.. Merayu,melutut kalau dhia nakkan.. '' seraya itu khairul menjatuhkan lututnya.. berlutut di hadapan dhia.

'' baliklah.. Saya nak rehat.. Tolonglah balik.. '' balas dhia lemah. Pikirannya sedang kusut.. Harini merupakan hari yang melelahkan baginya..

'' balik lah.. Tolonglah.. Pergi.. '' kata dhia lagi bila dia melihat khairul masih melutut disitu..

'' saya tak akan bangun selagi dhia tak setuju.. '' kata khairul bertekad.

'' kenapa? ''

'' hanya kerana anak ni? '' tanya dhia lemah memandang ke atas langit-langit hospital..

'' awak tahu tak apa.. status saya? ''

'' itu adalah mustahil!''

'' pergilah.. ''

'' jangan ganggu saya.. '' kata dhia megiringkan badannya, membelakangi khairul ..

'' saya akan pergi, tapi bukan bererti saya mengalah dan menyerah.. Saya akan kembali bila iddah dhia selesai..dan itu janji saya..'' kata khairul. Dia bangun..

'' assalamualaikum.. '' kata khairul sebelum dia berjalan keluar.. Sempat dia meletakkan telefon bimbit dhia di sisi dhia.

Dhia berpaling bila mendengar bunyi pintu itu ditutup, khairul adah keluar dari situ..kemudian Dhia mengiring semula, merapatkan Kedua-dua tangannya ke dada.. Menangis semahu-mahunya.. Khairul mengintai dari luar, melihat bahu dhia yang sedang berombak-ombak.. Serta suara tangisan yang cuba dikawal oleh dhia agar tidak kedengaran kuat.

'semua ini terjadi kerana aku.. Kalau aku tak ikut rancangan bodoh khairina.. Pasti semua ni takkan terjadi.. Tapi kalau semua ni tak terjadi.. Aku tak akan kenal dengan dia.. Wanita yang bernama dhia qaleesha.. Aku berjanji akan memperbetulkan semuanya.. Walaupun kau membenci aku dhia' kata khairul..

'' mak!!!'' jerit qaisarah di kaki Qasrina menangis teresak esak disitu. Qasrina pula hanya berdiri tegak disitu.. Tak menghiraukan tangisan qaisarah.

Dhani sedang melibas kain yang awalnya tersangkut di bahunya kearah qaisarah..sakit hatinya bila mendengarkan penjelasan yang keluar dari menantunya tadi.. Tak ada angin ribut.. Hanif memberitahu dia akan bercerai dengan dhia..dan menikahi dengan qaisarah secepat mungkin.

'' kamu kenapa!! Masa akad nikah hari tu kamu lari.!! Dah elok hanif tu nikah degan Esha.. Kamu kacau kenapa!!'' marah dhani.. Di melemparkan kain yang digunakan untuk melibas qaisarah dan berjalan pergi dari situ..

Qasrina melihat sahaja suaminya yang berlalu pergi. Manakala eliya memeluk erat dhaniel.. Tak pernah dia melihat suaminya itu naik hantu begitu.. Sebelum ni sering juga dia melihat dhani marahkan Esha.. Tapi kali ini berbeza.. Seperti dhani sudah hilang kewarasan nya.

Bulat mata Qasrina dan eliya melihat dhani membawa batang kayu yang digengam erat ditangannya, entah diambilnya dari mana.. Kayu itu.. Qaisarah sudah terketar-ketar memeluk kaki Qasrina.

'' Ya Allah abang.. ! Bawak bersabar.. Kalau ya pun nak ajar anak.. Takkan sampai nak pukul sampai lembik budak ni.. '' kata Qasrina. Menghalang dhani datang menghampirinya.

'' betul tu abang.. '' kata eliya menarik lengan suaminya..

'' tepi kamu berdua.. Dia perlu diajar..! Anak tak kenang budi.. Besar sangat dia agaknya.. Sampai membelakangkan kita.. '' marah dhani menghayun kan kayu itu mengenai kaki qaisarah.. Terjerit jerit qaisarah menerima pukulan dari ayahnya.

'' sudah abang! Sudah..!'' Qasrina cuma menenangkan suaminya.

'' abang.. Mereka nak nikah.. Biar sajalah abang! Tak guna abang marah!'' kata eliya pula.. Dia buntu, apa yang perlu dia lakukan.. Lalu meletakkan dhaniel ketepi dan kembali menolong Qasrina yang sedang menghalang dhani dari terus memukul qaisarah..

'' Sarah! Kalau kau nak sangat nikah dengan hanif tu.. Pergilah.. !!aku tak kan masuk campur lagi lepas ni, apa kau nak buat.. Buatlah.. !!'' kata dhani lantang lalu melemparkan kayu yang terdapat ditangannya.. Sungguh dia kecewa dengan perangai qaisarah.. Anak yang pernah dia bangga banggakan sebelum ini memalukan nya. Dhani menarik dirinya, keluar dari pelukan dua isterinya..

Qasrina memegang lengan eliya.. Dua wanita itu melihat suami mereka berjalan pergi keluar dari rumah.. Dhaniel yang tak tahu apa-apa berjalan menghampiri ibunya..

'' mak.. Ibu.. '' panggil qaisarah lemah kepada dua wanita itu..

'' Sarah minta maaf mak.. Bukan niat Sarah nak buat Esha macam tu.. Bukan Sarah nak rampas hanif dari Esha.. Tapi mak sendiri dengarkan.. Hanif sendiri yang ceraikan Esha..'' rayu qaisarah.. Tak mahu semua orang terus menyalahkannya..

'' sudah Sarah.. Mak dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu.. '' kata Qasrina kecewa. Dia melangkah pergi dari ruang itu.. Menarik tangan madunya supaya pergi bersamanya..

Qaisarah melihat sahaja dua wanita itu berjalan pergi. Kakinya yang berbekas di pukul oleh dhani tadi dilihatnya.. Menyelak sedikit kain seluar yang menutup luka itu..

'sampai hati ayah.. pukul Sarah sampai tinggalkan kesan macam ni sekali..' rintihnya dalam kesakitan. Qaisarah menarik kakinya untuk bangun. Perlahan-lahan dia berjalan masuk kedalam biliknya..merebahkan tubuh diatas katil kelamin yang ada di bilik itu.

Hanif kembali kerumah milik orang tuanya seperti tiada apa-apa yang berlaku.. Kausar dan hariri tak berani nak bertanya apa-apa pun kedapa hanif. Bila melihat wajah hanif yang muram begitu. Didalam kepala kausar.. Timbul macam-macam persoalan. Nak saja dia bertanya terus kepada hanif, tapi hariri segera melarang nya. Mereka melihat sahaja hanif melangkah naik keatas.

''abang..kenapa tak bagi saya tanya..'' tanya kausar dengan geram.

'' dengar ya.. Abang nak pesan ni.. Jangan masuk campur dalam hal rumah tangga mereka.. Saya tak nak kita dipersalahkan kalau terjadi apa-apa di kemudian hari.. '' pesan hariri.

'' apa pulak cakap macam tu.. Saya cuma ambil berat.. Anak kita tu.. Bukannya orang lain.. '' luah kausar tak puas hati.

'' memang lah.. Hanif tu anak kita.. Tapi kalau kita masuk campur.. Kita menganggu rumah tangga mereka.. '' nasihat hariri lembut kepada isterinya.

'' tapi abang.. Kalau mereka buat salah macam mana? kalau mereka tak fikir panjang macam mana.. !'' kata kausar mula risau.

'' abang faham.. Yang abang cakapkan ni... Jangan masuk campur, kita sebagai orang tua mereka.. Layak bagi nasihat kepada mereka.. Kalau mereka buat salah tegur lah.. Bukannya memaksa mereka.. Macam awak buat sebelum ni.. Ingat.. Sekali awak terlepas cakap, dah tak boleh di undur lagi.. Kamu tu umi dia.. Ingat apa yang keluar dari mulut kamu tu semuanya doa.. Doa seorang ibu kepada anaknya cepat dimakbulkan tuhan.. '' hariri memperingati isterinya dengan panjang lebar.. Kausar segera membawa tangannya ke mulut.. Menutup mulutnya rapat. Melihat akan itu, hariri menarik senyumnya.. Tak salah kita saling berpesan dan saling menegur.. Memperingati antara satu sama lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience