BAB 17

Romance Completed 367824

'' kenapa muka adik abang monjok sahaja ni.. Dari kemarin abang tengok muncung saja.. Datang bulan ke apa ni.? '' tegur khairul kepada adik perempuan tunggalnya, Khairina.

'' abang!'' kata khairina terserentak bila tiba-tiba sahaja khairul menegurnya.

'' abang... Betul ke zarif tu dah ada buah hati? '' tanya khairina tak puas hati.

'' mana adik abang tahu ni? Siapa pula, buah hati zarif? '' persoalan yang ditanyakan oleh khairina dibalas dengan soalan dari khairul. Membuatkan gadis itu menampar manja abangnya.

'' manalah khairina tahhuuuu.... Dia kan kawan abang.!!..'' kata khairina melenggok manja.. Menarik muncungnya.

'' tahulah dia kawan abang.. Tapi macam mana khairina boleh tahu dia tu dah ada buah hati pula? '' tanya khairul lagi.

'' kemarin khairina kerumah dia dengan ibu.. Khairina sendiri dengar dia cakap dengan bonda dia, yang dia sudah ada calon menantu untuk bonda dia.. '' rungut khairina tak puas hati.. Menumbuk numbuk manja bantal tambahan yang menghias sofa mereka.

'' entah-entah calon menantu tu adik lah kot.. Mungkin dia sengaja mengusik adik kot.. '' kata khairul.

'' abang, khairina serius ni!! .. Boleh tak abang serius sedikit.. Abang tahu kan, yang khairina suka dengan zarif tu.. '' kata khairina, menarik naik lengan abangnya.

'' tau!! Tah tu nak abang buat apa? '' tanya khairul.

'' cuba abang cari tahu.. Siapa perempuan tu.. Entah-entah sama juga dengan perempuan-perempuan sebelum ni.. Semuanya pandang zarif tu kerana harta.. Bukannya sukakan betul dengan zarif.. '' kata khairina mengumpan khairul.

'' ck.. Adik ni kalau ya pun.. Itu bukan masalah abang.. Itu masalah zarif sendiri.. Lagipun dia dah cukup bijak untuk memilih yang mana sesuai untuk dijadikan pasangan dia.. '' kata khairul.

'' abang ni.. Itu masalah khairina juga.. Macam mana kalau dia kahwin dengan orang lain.. Kempunan lah adik abang ni.. !'' khairina menukar nada bicaranya menjadi sayu.

'' nantilah abang jumpa dia.. Abang tanyakan dia.. '' balas khairul sekadar untuk menyedapkan hati adik kesayangannya..

Khairina menarik senyuman lebar.. Sedikit sebanyak jawapan dari khairul tak menghampakan dirinya.

Malam itu, mereka berkumpul di kelab yang selalunya mereka berjumpa.. Khairul seperti biasa,pasti saja ada bersama dengan pasangan wanitanya. Tak perlu bersusah payah mencari , hanya berbekalkan wajah tampan miliknya dan juga senyuman yang boleh mencairkan hati-hati wanita disitu. Sekelip mata saja dia sudah mendapatkan pasangannya untuk malam itu.

'' mana zarif, tak nampak pun.. Dia tak datang ke? '' tanya khairul kepada sahabatnya yang lain.. Mereka tak menjawap.. Hanya gelengan kepala sahaja yang dibalas kepada khairul.

'ish.. Mana pula dia ni.. Kalau nak jumpa dia sekarang ni.. Bukan main susah lagi..' keluh khairul tak puas hati. Tangannya mengambil gelas yang sudah terhidang di meja.. Air itu diteguk dengan payah nya.. Sehingga habis satu gelas itu dengan sekali teguhkan.

''khai! Kau nak mabuk awal malam ni? '' tegur satu suara. Khairul mendongak melihat gerangan pemilik suara yang menegurnya.. Bibirnya menarik senyuman.. Orang yang dicarinya telah tiba.

'' zarif! Aku ingat kau tak datang!'' kata khairul menghulurkan tangannya lalu menarik zarif duduk dekat dengannya.

'' kenapa? Kau tunggu aku ke? '' tanya zarif sebaik duduk disamping khairul..

'' yea ada benda yang aku nak tanya kan.. Jom kita sembang di luar.. Sini bising'' kata khairul menunjuk kearah luar.

''ok!'' balas zarif sedikit kuat melawan bunyi musik yang bingit.

Mereka berdua keluar selepas memberitahu kepada sahabat-sahabat mereka yang lain.. Tak jauh mereka pergi, hanya di hadapan bangunan kelab malam yang masih banyak anak muda berdiri diluar itu.

'' kau nak cakap apa dengan aku khai? '' tanya zarif mengeluarkan kotak rokoknya. Seperti selalu dia akan mempelawa rokok miliknya kepada sahabatnya..

'' kau dah kerja dengan company ayahanda kau ya sekarang? '' tanya khairul seraya menolak rokok yang dihulurkan oleh zarif. Kerana sememangnya dia bukanlah perokok..

'' ya betul.. '' balas zarif menganggukkan kepalanya. Menyimpan semula kotak rokoknya. Kemudian mengeluarkan pemetik api. Khairul segera merampas pemetik api itu lalu menyalakan hujung rokok milik zarif.

'' terima kasih.. '' kata zarif menarik senyumannya. Khairul mengembalikan semula pemetik api zarif.

'' aku dengar kau dah ada buah hati.. '' kata khairul tenang.. Kini Kedua-dua lelaki itu memandang kearah jalan.. Melihat kenderaan yang sedang datang dan pergi.

'' hemmm.. Cepat betul kau tahu.. '' balas zarif sebaik menghembuskan asap yang keluar dari mulutnya.

'' siapa dia? '' tanya khairul sambil sebelah tangannya, sedang bermain dengan rahangnya sendiri.

'' kenapa perlu aku beritahu kau khai.. Aku takut kau kebas dia nanti.. '' kata zarif dengan ketawa kecil mengusik sahabatnya itu.

'' kau tak perlu takut, kalau kau yakin dengan dia zarif.. '' balas khairul dengan senyuman sinis.

'' aku tak takut.. Sebab aku yakin dengan dia.. Yakin dengan pilihan aku kali ini.. '' balas zarif.

'' aku teringin nak tahu siapa wanita yang sudah membuatkan sahabat aku gila bayang sampai macam ni sekali.. '' usik khairul.

'' nama dia.. Dhia qaleesha.. Orang dia biasa sahaja.. Bukannya model atau artis.. Bukan juga dari golongan atasan.. Hanya orang biasa.. Seorang gadis biasa..'' kata zarif menarik senyumannya melebar.

'' kau tak melawak kan zarif.. Maksud kau orang biasa-biasa..? '' tanya khairul tak percaya. Zarif menganggukkan kepalanya mengiakan.

'kau dah gila agaknya zarif.. Atau kau dah dibutakan dengan cinta'

'' kau yakin dengan pilihan kau zarif.. Entah-entah dia tu sama saja dengan pisau cukur yang sebelum ni berkawan dengan kau tu.. Semua nakkan harta kau semata-mata.. '' sindir khairul. Kerana tak mempercayai pilihan zarif kali ni diluar dugaannya.

'' aku yakin dengan pilihan aku khai.. Terima kasih sebab risaukan aku.. Aku rasa dia jodoh yang sesuai buat aku.. '' kata zarif dengan yakin nya.

'sah.. Kau dah angau zarif.. Sekarang kau bercakap tentang jodoh pula..'

'' suka hati kau lah.. Jangan kau menyesal sudah lah. '' perli khairul.

'' kau tu! Bila nak berubah? Sekurang-kurangnya jadilah lelaki yang bertanggung jawap sikit.. '' balas zarif.

'' kenapa dengan aku? aku bukannya kacau sesiapa pun.. !'' kata khairul tak puas hati.

'' kau tak faham lah tu. !'' sindir zarif.

'' aku faham apa yang kau katakan tu zarif.. Aku dah bekerja dengan company ibu aku..dah nak masuk sebulan.. Itu yag kau katakan tadi kan.. '' jawap khairul.

'' faham pun sahabat aku sorang ni.. '' zarif menepuk bahu milik khairul.

Qasrina menyelak kain tirai yang menutupi bilik anak gadisnya.. Dhia sedang duduk bersila di lantai melipat pakaiannya, bersiap untuk balik awal pagi esok.

'' Esha.. Boleh mak masuk? '' tanya Qasrina yang sedang berdiri di muka pintu.

''mak! Masuk lah.. Sejak bila pula mak main tanya-tanya ni.. Bukan, sebelum ni mak main terjah masuk je ke bilik Esha..'' usik dhia.

'' amboi.. Esha ni.. ! Suka ya! Kenakan mak.. '' kata Qasrina. Dia turut duduk bersila disamping anaknya.

'' Esha tak nak sambung belajar ke.. Mak tengok keputusan Esha bagus.. Rugi kalau tak sambung Esha.. '' kata qasrina

'' mak.. Esha ingat nak kerja saja.. '' balas dhia ringkas kerana tak mahu memanjangkan isu itu.

'' kenapa.. Esha risaukan pasal duit ke.. Mak ada simpanan sikit.. Esha ambil lah guna sementara duit ni tak digunakan untuk apa-apa lagi.. '' kata Qasrina mengeluarkan buku bank nya.

'' mak ni.. Kenapa nak tunjuk buku bank ini kat Esha.. Esha tak nak lah.. Lagipun kakak nak kenduri kan.. Rasa macam tak lama dah tu.. Mak simpan lah untuk kakak.. Banyak nak guna duit nanti tu.. '' kata dhia mengalah. Menolak kembali tangan yang mengandungi buku bank milik Qasrina.

'' kenapa Esha tak nak sambung belajar? '' tanya Qasrina kecewa. Dia melihat sahaja buku bank miliknya dengan pandangan yang kosong.

'' ada orang tu pernah kata.. Buat apa anak perempuan belajar tinggi-tinggi.. Nanti kembali ke dapur juga.. Sijil semua tu simpan dalam almari.. '' kata dhia.

'' esha! Jangan biadap esha! Mak tak suka esha macam ni.. '' kata Qasrina menampar peha anaknya.

Dhia mengusap pehanya yang terasa sakit dan pedih akibat tamparan dari Qasrina.

'' kalau esha marahkan ayah sekalipun.. Jangan biadap macam ni.. Nanti orang ingat mak yang salah dalam mengajar kamu.. '' kata Qasrina sedih.

'' bukan salah mak.. Tapi esha memang tak boleh mak.. Macam mana lagi esha nak buat.. '' kata esha sebak lalu menjatuhkan dirinya di atas riba Qasrina memeluk pingang itu erat sambil menangis teresak-esak disitu.

'' jadi selama ni.. Esha tak ikhlas menerima mereka? Esha.. ''

'' mak! Maafkan esha.. Esha minta maaf mak.. Esha tahu esha salah.. Maafkan esha mak.. Esha merayu mak.. Maafkan esha.. '' kata dhia di pangkuan Qasrina.

'' kalau ayah tahu ni.. Agak-agak apa yang esha kena.. Pasti esha tak dibenarkan ke bandar lagi.. '' kata Qasrina.

'' Esha janji tak akan biadap lagi mak.. Mak jangan cerita kan kepada ayah, salah Esha.. Memang tadi tu salah Esha.. '' dhia mengangkat tubuhnya dari terus tersembam di riba Qasrina.. Menampar bibirnya yang tersalah bicara tadi.

'' sudah!sudah!'' Qasrina menangkap tangan dhia dari terus memukul bibirnya sendiri.

'' ingat janji Esha.. Berbaik-baik dengan mereka.. Esha yang berjanji.. Jadi tunaikan janji Esha.. '' kata Qasrina tegas. Hanya seorang ibu yang mengetahui hati budi anaknya sendiri. Qasrina tahu anaknya yang seorang ini bukan senang untuk memaafkan seseorang bila dia susah benar-benar benci kan orang itu..

"sekurang-kurangnya cubalah untuk menerima mereka qaleesha.. Perlahan-lahan hati kamu akan terbuka esha.. Jangan suka menjadi pendendam..ianya akan merosakkan jiwa.." qasrina menarik dhia kedalam pelukkannya.. Lalu mengurut kepala anaknya dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience