BAB 79

Romance Completed 367824

Kereta Mercedes-Benz C-Class cabriolet berwarna hitam meluncur laju di atas jalan.. Sebaik menurunkan khairina di muka pintu rumah banglo dua tingkat rumah ibunya..

Sesekali khairul mengerling ke sisinya.. Melihat kearah wajah tegang milik isterinya..

'garang! Seram..' khairul meluruskan tanannnya yang memegang stering kereta.. Menghilangkan rasa seram itu..

'kalau aku hantu.. Dia? Singa.. Uuuhh..' pergaduhan di pusat membeli belah tadi masih segar di ingatannya..

'mau botak rambut dia tadi..' khairul mengeleng-gelengkan kepalanya.. Terbayang kembali, melihat rambut yang dituai oleh dhia dari nadeerah.. Yang jatuh ke lantai.. Sesekali khairul memegang rambutnya sendiri..

'kalau aku!' khairul menelan air liurnya..

'' apa!'' kata dhia.

'' apa.. Apa.. Apa? '' kata khairul. Tangan yang memegang rambut tadi terus memegang stering semula.

'' tak puas hati? '' tanya dhia.

'' mana ada tak puas hati.. Hubby tak cakap apa pun kan.. Sayang tu yang pergi bergaduh dengan dia kenapa.. '' kata khairul..

'kenapa perlu membela dia!'

''salah ke apa yang sayang buat?'' tanya dhia.

'' entah la.. Kalau kata salah.. Sayang marah! kalau kata tak salah pun.. Rasa macam salah.. Sayang tu dengan macam ni.. Ingat sikit.. Jangan lupa.. Yang sayang bukannya solo ok.. Tapi dalam ni ada satu nyawa lagi sayang.. '' kata khairul. Mengingati.

Dhia memalingkan wajahnya ke arah lain, menunjukkan protes kepada khairul..

'' alasan.. Orang tahulah.. '' nguman dhia disebelah tingkap sana.

'' sayang.. Hubby dengar tau.. '' kata khairul.

'' dengar apa.. '' kata dhia.

'' telinga hubby ni jelas lagi sayang.. Sejak isu burung gagak tu lagi Hubby dengar, semuanya dengan jelas.. '' sindir khairul.

'burung gagak....?' ternaik sebelah kening dhia.. Dah serupa macam akak ziana dah, keningnya..

'' kenapa tak ingat.. Nak hubby bagitahu.. Situasi tu.... '' tanya khairul..

'' tak payah!'' kata dhia.. Moodnya sedang kelaut.. Nak dengar apa-apa pun dia merasa rimas.. Tambah pula dengan perutnya yang semakin kerap mengeras sejak pergaduhan tadi..

'tenang dhia.. Jangan sampai marah kau turun ke baby..' dhia mengelus perutnya dan berselawat dalam hati.. Seketika perutnya kembali kepada asal.

'' marah lagi? '' tanya khairul..

''...... '' dhia.

'' marah lagi lahh tu... '' kata khairul.

Kereta hitam itu meluncur laju membelok kearah satu jalan.. Dhia melihat pemandangan diluar..

'' kita nak kemana?'' tanya dhia.

'' adalah.. '' balas khairul.

'' jangan macam-macam hubyy.. '' kata dhia..

'' kenapa takut? Tadi bukan main gagah je hubby tengok sayang.. Hubby sendiri pun naik takut.. Kalau hubby macam-macam pun dengan sayang je.. Bukan dengan orang lain.. '' balas khairul..

'' mengada lah.. Nak balik!'' kata dhia..

'' kejap.. Kita dah nak sampai.. '' kata khairul.

Dhia diam di tempatnya.. Kemudian mereka sampai di satu tempat.. Khairul memakir kan keretanya..

'' jom!'' ajak khairul.. Membuka tali pinggang dhia..

'' taknak.. Nak balik.. '' kata dhia memegang erat tali pingang nya..

Khairul keluar dari kereta.. Kemudian dia berjalan kearah pintu dhia..membuka pintu dhia..

'' come sayang.. '' khairul menyuakan tangannya kepada dhia.. Mahu tak mahu dhia mengikut juga.. Berjalan masuklah khairul kedalam dengan dhia..

'' semua ni hubby dah booking.. Khas untuk sayang.. Silalah.. '' kata khairul.

'apa ke hal pulak dia bawa aku kesini.. Buang tebiat ke apa.' dhia menatap tajam kearah khairul.

'' kenapa? Salah ke? Hubby rasa ni saya aktiviti yang sesuai dengan sayang.. Bowling..yang lain tu lasak sangat nak ajak sayang lepaskan geram.. '' kata khairul.

'' hubby nak sayang beranak malam ni ke? '' tanya dhia berbaur sindiran..

'' bukanlah sayang! Sukan ni saja yang paling santai buat isteri hubby yang gagah perkasa ni.. '' kata khairul memegang kedua-dua bahu dhia.

'' jahat!'' dhia memukul dada khairul.

'' mana ada jahat.. Baik lah ni.. Siap booking kan semua ni untuk sayang.. '' kata khairul.

'untunglah pusat bowling ni milik kenalannya.. Senang-senang lah dia bagitahu kepada sahabatnya.. Itu untuk meminjam pusat bowling itu buat memujuk dhia melepaskan geram.. '

'' ada ke orang nak hilangkan marah.. Datang ke sini.. Bukan selalunya orang akan pergi tengok permandangan.. Tengok laut!tasik! Tengok permandangan di atas bukit.. Bukannya main bowling.. '' rungut dhia.. Memeluk tubuhnya.. Tak puas hati.

'' macam tu ke? '' khairul meletakkan jarinya di dagu sedang berfikir.

''tapi hubby kalau marah.. Salah satunya.. Suka buat aktivi sukan.. Sampai letih..'' kata khairul.

'' salah satu? '' tanya dhia.

'alahai.. Salah cakap lagi.. Takkan aku nak cakap.. Dulu selalu aku pergi clubbing.. Sampai pagi baru balik...'

'' ha.. Hmm.. Tennis, wall climbing.. Macam tulah.. '' khairul mencari jalan selamat..

Dhia sememangnya pernah melihat gambar-gambar khairul melakukan aktiviti sukan yang disebutkan oleh khairul itu penuh didalam bilik.. Jadi dhia mengangguk.

'' so? Jomlah.. Sayang lempar saja berapa banyak bola yang sayang nak lempar.. Nak main berapa.... ''

'' hubby... !'' dhia memotong percakapan khairul.

'' ya sayang.. '' jawap khairul.

'' rugi tak kalau kita tak main.. Maksud sayang, perlukah? '' kata dhia.

''rugilah sikit.. Sebab wang tak dikembalikan.. '' usik khairul.

'' ok!'' dhia ikut masuk bersama.. Tapi hanya banyak duduk disitu.. Hanya beberapa kali saja dhia membaling bola.. Selebihnya. Khairul saja yang bermain sendirian..

'' sayang tak suka.. Hubby ingat boleh buat sayang relax.. Main bowling.... '' tanya khairul melihat dhia duduk diam di tempatnya sedang memegang perutnya.

Dhia mengeleng perlahan.

'' assalamualaikum '' suara seorang lelaki memberi salam..

'' waalaikummusalam.. Kejap ya sayang.. '' khairul berjalan kepada lelaki itu.

'' macam mana dapat pujuk ke? '' tanya lelaki itu selaku pemilik pusat bowling itu..

'' nampaknya tak jalan lah.. '' kata khairul sedang melihat kearah belakang tubuh dhia. Dari kejauhan.

'' salah cara kau ni? Dah bawa dia makan? Perempuan ni kena pujuk melalui makanan..ataupun bawa dia pergi candlelight dinner macam tu.. Apelah.. Aku yang bujang jugak kena ajar kau.. Bukan kau dulu hebat ke.. '' kata sahabatnya itu.

'' shhh.. Aku dulu.. Kau tahu macam mana kan.. Dia orang yang cari aku.. Haish.. Bukan aku cari mereka... '' keluh khairul.

'' nasib kau lah khai.. So macam mana nak stay..? '' tanya sahabatnya lagi.

'' aku bawa pergi makan lah.. '' kata khairul.

'baru dia teringat mereka masih belum makan.. Mungkin sebab tu dhia diam saja..mungkin lapar.'

'' ok semoga berjaya.. '' kata sahabatnya itu.

'' ok thanks.. '' mereka bersalaman.

Kemudian khairul kembali kepada dhia.. Memeluk bahu dhia dari belakang..

'' jom sayang.. Kita pergi makan.. '' ajak khairul..

'' sayang nak balik je.. Boleh tak'' kata dhia.

''tapi kita belum makan kan.. Kesian baby ni.. '' khairul menyentuh perut dhia.. Yang sedang mengeras pada ketika itu.

'' sayang.. Kenapa keras sangat ni? '' tanya khairul.

'' sebab tu lah sayang nak balik.. '' dhia membawa tangan khairul jauh dari perutnya..

'' ke sebab baby lapar.. Kan belum makan.. '' kata khairul.

'' apa-apa aje lah hubby.. Boleh tak kita balik atau pergi makan atau apa saja.. '' kata dhia.. Apa yang dia mahukan sekarang adalah kembali ke rumah..

'' ok kita balik.. Hubby pesanan makanan saya nanti..'' kata khairul.

'' no! Boleh tak.. Hubby masakkan spegetti macam hari tu.. Boleh..? '' kata dhia. Khairul menarik bibirnya tersenyum..

'' yes! sure sayang.. '' kata khairul..

Bertolaklah mereka balik kerumah.

Selepas dhia mandi dan solat.. Dhia merasakan lebih selesa.. Tak lah setengang tadi.. Begitulah dwngan bayi yang berada didalam kandungannya..

'' tadi hubby cuma nak hiburkan sayang.. Tak tahu pula tak menjadi.. '' kata khairul.

'' hubby nak pergi jumpa dengan dia? '' tanya dhia.

'' kenapa sayang tanya macam tu..? '' kata khairul. Dia melihat kedalam anak mata dhia.. Ada sinar kegusaran jelas kelihatan disitu.

'' tak la sayang..tadi tu semuanya spontan.. Entahlah.. Semua tu berlaku cepat sangat.. '' kata khairul.. Dia yang tergejut melihat nadeerah di depannya waktu itu .. Dia sendiri tak pasti, sama ada nak marah wanita tu atau apa sebenarnya.. Dalam masa yang sama dia perlu menjaga perasaan dhia.

'' kenapa hubby nak ikut dia tadi..? '' tanya dhia.

'' tak.. Cuma nak tanya sayang.. That all!! .. Hubby ditinggalkan terkontang kanting macam tu, sebeljm ni.. Hubby syak dia dah terima duit dari ibu.. '' kata khairul.

'masih mengguna alasan yang sama? Entah kenapa hati dhia terasa sakit! Kerana alasan dari khairul atau takut khairul berubah hati..' dhia memejamkan matanya rapat-rapat. Menghela nafasnya dengan lembut.

'cukuplah tadi baby mengeras.. Mungkin sebab kerana aku rasa tertekan..' keluh dhia.

'' kenapa tak tanya ibu saja.. Kan lebih senang..kalau dia bagi alasan lain..kalau dia sengaja nak perangkap hubby? macam mana? '' tanya dhia setenang air mengalir. Khairul mendekatkan dahinya dengan dahi dhia.. Mencantumkan dua dahi mereka. Tangannya mengelus lembut pipi dhia.

'' hubby janji.. Hubby takkan berpaling dari sayang.. That my promise sayang.. Jadi stop thinking all nonsense yang sedang bermesyuarat di kepala kecil ni.. '' kata khairul kemudian melagakan dahinya dengan dahi dhia.. Secara lembut..

'' dengar tak ni? '' tanya khairul..

'' dengar lah!'' kata dhia..

'' jom kita turun.. Masak.. Sayang pun kena tolong sama..cepat sikit..'' kata khairul.

'' boleh! Tolong tengok dan makan.. '' kata dhia sambil ketawa.. Membuka telekung yang menyarung di tubuhnya.

Mereka turun ke bawah dan masak bersama-sama.. Setelah siap mereka makan bersama.

Berlalulah beberapa hari yang tenang.. Tanpa gangguan.. Dhia berangkat ke studio..hari ini merupakan hari terakhir dia akan bekerja.. Kemudian dia akan berehat.. Menanti kelahiran bayinya..

''dhia.. Ada orang nak jumpa..'' kata seorang kru.. Lalu menunjuk dengan tangannya kearah sesuatu. Dhia melihat ada seorang perempuan disana.

'' ck.. Nak apa lagi dia.. '' keluh dhia..

''kenapa dhia..'' tanya hajar.

'' ambik kayu tu kak!'' kata dhia menunjuk kearah bongkah kayu yang ada diatas lantai.

'' nak buat apa.. Jangan takutkan kakak dhia.. '' kata hajar..

Dhia menyambar satu payung yang elok bersandar di dinding.. Kemudian berjalan kearah nadeerah.

'' hei!kau gila ke apa? Tak ada adab ke apa? bawa payung tu buat apa.. Nak pukul aku? Pukul lah biar satu dunia tahu perangai kau.. '' perli nadeerah.

'adab? Kau nak ajar aku tentang adab?'

'' kenapa takut? kan hujan diluar tu.. Memanglah aku bawa payung.. Yang kau terasa kenapa? '' balas dhia.

'' eiiii kau ni!kau ingat kau bagus sangat!'' kata nadeerah geram.

'' kau nak apa sebenarnya! ganggu aku? kau ingat dengan ganggu aku.. Kau boleh minta duit dari ibu selepas aku mengadu....'' sindir dhia.

Dhia awal-awal lagi sudah bertanyakan hal tersebut kepada liyana. Liyana sudah menerangkannya semua kepadanya.. Memandangkan khairul taknak bercakap mengenai hal itu.. Dhia memilih untuk terus bertanya saja dengan liyana.

'cis perempuan ni!' marah nadeerah.

'' kau ingat aku tak tahu.. Yang khai kahwin dengan kau sebab anak dalam perut kau tu! Pandai kau perengkap dia yea .. Apa kurangnya kau! Sama je dengan aku.. '' perli nadeerah.

'ni lah padahnya layan orang tak cukup akal ni.. Tiba-tiba rasa macam kita sekali tak cukup akal macam dia..' keluh dhia.. Mula tergelak kecil.

'' kalau tak tahu apa-apa.. Jangan pandai-pandai nak buat cerita.. '' perli dhia..

'' kau!!'' nadeerah mula mendekat.. Dia mahu menyerang dhia.. Apa nak jadi-jadilah.. Dia perlu membalas kembali apa yang dhia lakukan sebelum ini kepadanya.. memalukan nya beberapa hari yang lalu..

PANG.. bunyi tamparan kedengaran memenuhi ruang studio itu..

'' dengar ya nad.. Aku! Tak pernah berkasar macam ni dengan wanita.. Kau pun tahu perangai aku.. ! Tapi harini kau dah melampau! .. Sangat melampau.. !'' kata khairul dengan tegas. Bagaikan terbakar bila dia melihat nadeerah yang mendekat mahu membuat sesuatu yang buruk kepada dhia.

'' khai!'' panggil nadeerah.. Memegang lengan khairul.. Pipinya yang terasa pedih iru tak dihiraukannya.

'' jangan sentuh aku perempuan! Kau jangan sesekali sentuh aku dengan tangan kotor kau!'' kata khairul menarik kembali tangannya.

'' sampai hati kau khai!dengar sini! Kau akan menyesal khai.. Akan menyesal berikan aku tamparan ni.. Kau!'' nadeerah menunjuk kearah dhia..

'' pergilah! jangan kau datang lagi nad.. Jangan kau berani sakiti isteri aku lagi.. Kalau tak! buruk padahnya.. Belipat kali ganda akan aku balas.. Jangan cakap aku tak beri amaran nad!! '' kata khairul. Dia tak mahu nadeerah terus ada kaitan lagi dengan dhia ..

'' kau pun sama! Tunggu saja.. '' kata nadeerah memandang kepada dia.. berundur pergi dari situ.

'perkara ni belum selesai.. Kau tunggu saja..' marah nadeerah. Sempat dia berpaling sekilas sebelum pergi menghilang disebalik hujan renjai yang turun ke bumi...

'' sayang.. '' khairul memeluk bahu dhia..

'' kenapa suruh dia pergi..? " tanya dhia tak puas hati.

" lah.. kenapa? Takkan sayang nak gaduh dengan dia pula.. Sayang.. Please look at yourself first.. Jangan sampai marah ni terpalit kepada sayang pula.. " khairul memberi amaran.. Walau apa, sekalipun.. Keselamatan dhia adalah yang paling diutamakan..

"sayang belum tahu lagi sebab apa dia datang sini.. Tunggulah sampai dia bagitahu sebabnya.. Nanti,esok-esok ni dia datang lagi.. Sampai bila nak biar benda ni berpanjangan.." kata dhia.

'tolong lah sayang.. Tadi tu bukannya dia nak jelaskan sebab apa dia datang .. Tapi dia nak serang kamu..' khairul hanya mampu mengeluh.. Tak mahu panjangkan isu itu.. Sesekali dia berpaling melihat kepada hajar.. Wanita itu diam terkaku melihat saja situasi yang berlaku.

"hajar.. Kamu kenapa tak halang.. Kenapa..."

"bukan salah kak hajar..!" kata dhia pantas memotong percakapan khairul.. Dhia nampak berkeras dalam membela hajar.

'nampaknya.. Aku ni dah terlalu berlembut dengan kamu wahai isteriku..'

"sayang.. Dah selesai kan.. Hubby memang datang nak ambil sayang ni.." kata khairul mengalih topik..

Bukan perbalahan yang akan dia mahukan.. Dia harus bijak tak turut melayan emosi.. Demi menjaga keharmonian rumah tangganya..memanjakan dhia tak salah.. Kalau kena pada tempatnya.. Dhia mengangguk kemudian mengemaskan barangannya pulang bersama khairul..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience