BAB 77

Romance Completed 367824

Khairul melangkah masuk kedalam bilik tidurnya selepas puas, menghabiskan masa di bilik gymnya di bahagian bawah rumahnya..

Sebaik di membuka pintu bilik, tergejut dibuatnya bila melihat dhia yang tertidur telentang dengan mukanya tertutup selapis seperti tisu, putih diatas wajahnya..

'' sayang..'' panggil khairul menggoyangkan bahu dhia.

'' hmmm.. '' hanya rengekkan yang keluar dari bibir dhia..

Perlahan-lahan khairul menarik lapisan nipis dan basah yang melekat di wajah dhia.. Mengunakan hujung jari telunjuknya dan ibu jarinya.. Sebaik tertanggal sepenuhnya dari muka dhia.. Di menghayun kan langkahnya ke bilik air dengan perlahan dan membuang benda itu didalam tong sampah yang ada didalam bilik air.. Sekaligus membersihkan dirinya..

Tidur dhia terganggu bila dia terdengar bunyi percikan air.. Dia meraba wajahnya yang terasa sejuk dan nyaman..

'eh.. Mana mask tu..' dhia bangun mencari topeng yang awalnya menempel diwajahnya di sekitar ruang tidurnya.. Habis dia geledah atas katil itu.. Tapi.. Tak juga dia ketemu..

'' ni mesti kerja orang tu..! '' dhia menjatuhkan kakinya ke lantai..

Plak.. Kunci pintu bilik air terdengar di buka dari dalam.. Keluarlah khairul disebalik pintu itu.. Hanya mengenakan tuala di bahagian bawah tubuhnya..

'' hubby!'' panggil dhia. Khairul yang baru keluar dari bilik air terus mendongak melihat kearah dhia..

''yes..'' khairul jalan mendekat.. Lalu melibaskan rambutnya yang masih basah.. Kepada dhia.

'' eii.. Apa ni basah lah... '' rungut dhia..

'' tolong lap kan.. '' kata khairul santai.. Lalu membaling satu tuala kecil kepada dhia.. Sehingga tuala itu hinggap betul-betul diatas kepala dhia..

'' hubby.. Mana mask tadi..? '' tanya dhia sebaik dia menarik turun tuala yang ada, diatas kepalanya tadi.. Dia berjalan mendekat kepada khairul.

'' benda putih basah tu.. Hubby dah buang.. '' jawap khairul seperti orang yang tak bersalah..

'' buang? Hubby buang!.. Kenapa buang..? Mahal tu.. Tengok ni brand apa.. Ruginya.. '' kata dhia sambil menayangkan satu bungkusan kecil berwarna silver.. Khairul membaca saja jenama yang bertulisan putih berlogo petak berwarna merah maroon itu..

'sejak berkawan rapat dengan khairina. Makin bnyak pula produk kecantikan yang ada dalam bilik ni.. Ni semua penangan si khairina..'

'' hubby.. '' panggil dhia lagi..

'' dah buang pun. Nak buat macam mana.. Nanti sayang beli lah lain.. '' kata khairul..

'' jeles lah tu orang nak cantik sikit.. Tak bagi.. '' rungut dhia. Sambil memegang pipinya.

'' apa? ulang lain? tak dengar.. Nak cantik.. Huhuhu tak padan.. Perut lagi tinggi dari dada.. Nak cantik lagi.. Tak cukup cantik lagi ke? hubby tengok dah lebih cantik dah sayang ni.. '' kata khairul.. Sempat dia selitkan sindiran buat dhia.

Dhia menunduk kebawah.. Melihat perutnya yang meninggi sampai tak boleh dia melihat kakinya sendiri.

'dia cakap apa tadi.. Perut tinggi dari dada!!mulut!! ' tuala kecil yang ada ditangan dhia dibaling semula kepada khairul.

'' lap sendiri rambut tu.. !'' kata dhia. Khairul menyambut kain yang dibaling oleh dhia..

'' tak betul ke apa yang hubby cakap.. Huby cakap sayang dah cukup cantik.. '' kata khairul meletakkan tuala kecil itu di atas kepalanya.. Dhia menjeling kearah khairul.

'' come sayang.. Hubby nak bagi sayang, pahala ni.. '' kata khairul.. Membawa dhia duduk di sofa.

'' pahala tak pahala.. Kalau perli sayang.. Pandai pula.. Lari balik kampung baru tahu.. '' ugut dhia.

'' balik kampung je? Boleh! kita balik sama-sama.. Bila tu..? '' kata khairul. Tangannya menyuakan semula tuala ke tangan dhia.

'' kenapa hubby nak ikut.. Sayang nak balik dengan baby saja.. Merajuk..! Hubby cakap sayang gemukkan tadi!'' kata dhia.. Menyambut tuala di tangan khairul.

'' mana ada.. '' khairul duduk di lantai, duduk diapit oleh kaki dhia.. Yang duduk disofa..

Dhia meletakkan kain tuala kecil tadi atas kepala khairul, lalu mengelap rambut khairul..

'' sayang ni.. Sayang dah cukup cantik di mata Hubby.. '' kata khairul lagi.. Melentokkan kepalanya di kaki dhia..

'' duduk diam-diam.. Sayang nak lap ni!'' tegur dhia.

'' uhh garangnya.. Takut.. '' usik khairul.

'' elehh.. Yea ke takut.. '' perli dhia.

'' takut sangat.. Takut tak dapat chance jenguk baby malam ni.. '' kata khairul kemudian dia mendongak melihat kepada dhia..

'' permohonan ditolak..! '' kata dhia..

'' tak boleh buat rayuan? '' tanya khairul.. Menatap wajah dhia.

'' maaf kaunter rayuan dah ditutup.. '' balas dhia.. Mengusik khairul. Masih berusaha menayang wajah dinginnya.

'' alah sayangnya.. '' keluh khairul..

'' mengaku kalah? '' tanya dhia.

'' tak!'' kata khairul.. Lalu bangun. Dhia melihat saja khairul berlalu pergi masuk kedalam bilik pakaian..

'merajuk ke?'

'' so! Jadi kita balik kampung? '' tanya dhia..

'' sayang dah buat permohonan.. '' kata khairul keluar dari bilik pakaian sudah siap berpakaian tidur lengkap.

'kita yang kena balik ni!siap guna ayat kita pula tu.. ' dhia mengaru kepalanya..

''buatlah permohonan sebelum kaunter tutup.. Nanti menyesal..'' usik khairul tersengih nakal..

'' bila expired date..? '' tanya dhia..

'' less than two minutes Sayang.. '' senyuman khairul semakin melebar..

Dhia bangun.. Melemparkan tuala kecil yang ada ditangannya kepada khairul.. Kemudian berjalan menghampiri suis lampu dan menutup lampu besar dan menukar kepada lampu tidur..

'akhirnya!'

Khairul tak melepaskan peluang.. Melemparkan saja tuala kecil itu entah terbang kemana.. Berjalan ke katil sebelum dhia berubah fikiran.

Hujung minggu itu khairul menunaikan janjinya.. Pagi-pagi lagi dhia singgah kerumah marissa dan marina memaklumkan bahawa dia kan balik ke kampung.. Kebetulan kali ini, sudah masuk musim buah-buahan.. Kenyang lah perutnya nanti makan dengan buah-buah.

Sepanjang perjalanan balik ke kampung dhia kerap mengubah posisi duduknya.. Sakit pinggang dan punggungnya semakin kerap terasa.. Sejak berada di fasa terakhir kehamilannya..

'' ok ke ni? '' tanya khairul.. Dia yang nak memandu pun tak selesa melihat dhia kerap merubah kedudukannya.. Sekejap ke kiri.. Ke kanan.. Sekejap kerusi tu tegak sekejap jatuh kebawah..

'' boleh je ni.. '' jawap dhia..

'' kalau tak ok.. Tak selesa.. Kita berhenti kejap dekat rnr.. '' kata khairul.. Sebelah tangannya mengurut belakang dhia.

'' taknak lah.. Nanti lambat sampai..'' kata dhia..

'' ok.. Tapi kalau rasa nak berhenti beritahu tau.. Kita berhenti rehat dulu.. '' kata khairul.. Dhia mengangguk..

Khairul memandu keretanya.. Adakala dia melihat dhia mengelus perutnya bila merasa gerakkan bayi mereka.. Bibirnya tersuing satu senyuman.. Bahagia yang dia rasa.. Tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata.. Kehadiran dhia dan bakal bayi mereka melengkapkan segalanya..

Akhirnya mereka tiba juga di kampung halaman dhia.. Belum sempat khairul membuka kan pintu dhia.. Dhia dah keluar terlebih dahulu..

'akhirnya sampai..' kata dhia.. Meluruskan badannya.. Lega bila dapat berdiri setelah beberapa lama duduk didalam kereta.

'' sayang ok? '' tanya khairul.. Bila melihat dhia asyik memegang pingangnya.

''ok je..hubby jangan risau..'' kata dhia. Terujanya melebihi sakit yang dirasakan kini.. Rindunya kepada keluarganya,akhirnya terubat.

'' ha sampai dah.. '' kata dhani keluar dari pintu rumahnya...

'' assalamualaikum ayah.. '' kata khairul.

'' waalaikummusalam.. '' sahut dhani.. Menyalam tangan menantunya..

Dhia bersalaman dengan ayahnya.. Bukan sekadar bersalaman tapi memeluk ayahnya dan mencium pipi tua itu.. Jatuh air mata dhani..diperlakukan sebegitu.. Hatinya sebak.. Tangan tuanya mengelus-ngelus pipi dhia.. Sungguh dia merindukan semua itu.. Kini, anaknya kembali.. Memeluknya seperti dulu..

'alhamdulillah.. Inilah esha kesayangannya yang sudah lama hilang.. Dek kerana marahkannya.. Aku bersyukur ya allah'

'' masuk-masuk'' kata dhani mempelawa dhia dan khairul masuk kedalam.

Hanya itu yang mampu terucap di bibirnya pada ketika itu.. Didalam hatinya bersyukur dengan penerimaan dhia. Qasrina dan eliya sama-sama tersenyum melihat situasi itu..

'' esha nak makan dulu ke? Mak dah masak ikan keli bakar yang esha nak makan tu.. '' kata Qasrina..

Terus kecur liur mulut dhia... Mendengar menu itu.. Bagaikan terasa makanan itu didalam mulutnya..

'adoii! .. Dugaan!! .. Degar saja dah tak tahan.. Sabar ya, anak..' dhia mengelus perutnya.

'' sayang nak makan ikan keli bakar? kenapa tak beritahu hubby.. '' kata khairul sedikit kecewa. Kalau dia tahu dhia awal-awal lagi nak makan keli bakar.. Dia akan terus bawakan dhia pergi makan.. Tak perlulah tunggu sampai kena balik ke kampung. Kan dah susahkan ibu mertuanya nak buatkan itu semua untuk dhia.

'' bukan macam tu hubby..'' kata Dhia memegang tangan khairul.. Yang berada diatas riba.

'' ikan keli bakar mak buat tu sedap! .. Lain dari yang lain.. Cicah air asam letak kerisik tu.. Perah asam limau..makan nasi panas-panas.. Masya Allah sedap... Byyyyy.. '' kata dhia. Mengengam tangan khairul erat.

'dah macam iklan radio pulak bini aku ni promote..sedap sangat ke..' a

Yang lain mula ketawa.. Bila melihat pasangan itu, nampak serasi dan bahagia..

'' pandailah esha ni.! . Kalau sedap marilah makan.. Sementara semuanya masih panas.. '' ajak Qasrina..

'' dhaniel mana? Tak nampak pun.. '' tanya dhia..

Eliya memandang kepada suaminya.. Bibir mereka melebar, tersenyum ..

'' ada.. Tidur didalam tu.. Nanti dia bagun lah tu.. '' kata eliya. Dhia mengangguk kepalanya..

Tersenyum Qasrina melihat dhia menambah-nambah makanan yang dimasaknya..

'betullah kata eijaz.. Esha sudah berubah.. Dia nampak lebih tenang dan tak berdendam seperti dulu.. Mungkin sebab dia dah jumpa kebahagiaan didalam hati dia.. Penawar menyembuhkan luka-lukanya..' Qasrina melihat wajah menantunya.. Tersenyum manis khairul melihat kembali kearahnya..

Selepas makan dhia masuk kedalam biliknya.. Terbeliak matanya.. Melihat keadaan biliknya.. Kakinya melangkah keluar semula.. Hampir saja dia melanggar khairul yang baru nak melangkah masuk kedalam bilik..

'' mak!'' laung dhia.

'' kenapa ni sayang? sakit ke? '' tanya khairul. Terlepas beg baju ditangannya. Lalu memegang dhia.

'' kenapa esha? '' tanya Qasrina cemas.

'' kenapa dengan bilik esha? '' tanya dhia sambil tangannya menunjuk kearah dalam biliknya..

'' kenapa tak suka ke? '' tanya Qasrina..

'' kenapa mak membazir.. '' kata dhia kembali masuk kedalam bilik lamanya.. Melihat ada katil kelamin di dalamnya.. Siap ada penghawa dingin lagi.. Langit-langit biliknya dulu hanya nampak zink rumah itu kini bersyiling cantik..

'' mana ada membazir.. Bukan duit mak.. Semua ni duit khai.. Bukan bilik kamu saja.. Ada lagi bahagian lain.. Khai betulkan.. '' kata Qasrina..

'' hubby!'' dhia memeluk lengan khairul..

'' suka? '' tanya khairul.

'' terima kasih!'' kata dhia, mengangguk kepalanya.. Qasrina berlalu pergi keluar dari bilik itu.. Membiarkan pasangan itu berehat setelah menempuh perjalanan jauh tadi..

Petang itu dhia duduk di bawah pokok di halaman rumah memenuhkan perutnya dengan buah - buahan tempatan.

'' mak.. Kakak tak balik? '' tanya dhia.

'' balik jugak.. Kalau hanif bawa dia datang sini.. '' kata Qasrina.

'' kakak kamu dah tak tinggal di bandar.. Dia tinggal dengan mertua dia..sekarang ni. '' sambung Qasrina lagi.

'' kakak tak kerja? '' tanya dhia.

'' tak! .. Kerja dengan hanif.. Jadi kerani di bengkel hanif di pekan tu..'' terang Qasrina..

Terangguk angguk dhia..

Keesokannya mereka bersiap untuk balik ke bandar semula.. Dhani membekalkan anak dan menantunya dengan pelbagai jenis buah buahan tempatan kepada mereka.. Belum sempat mereka hendak masuk ke dalam kereta..

Kedengaran bunyi hon kereta yang baru masuk kedalam perkarangan rumah dhani.. Masing-masing sepakat melihat kearah kereta putih yang baru tiba itu.

'' esha!!!'' jerit qaisarah sebaik pintu dibuka.

'' kakak.. '' sahut dhia.

Qaisarah berlari mendapatkan adiknya.. Memeluk tubuh adiknya itu..

'' kakak rindu esha.. Tengok.. Besar dah perut esha.. '' kata qaisarah menyentuh perut dhia.

'' dhia pun rindukan kakak.. '' balas dhia.

Khairul bersalaman dengan hanif.. Hanya senyuman yang menjadi bahan sapaan antara mereka berdua.

Mereka sekadar berbual sekejap kemudian khairul meminta diri untuk bertolak balik ke bandar..

'untunglah esha..dah nak ada anak tak lama lagi.. Aku! Belum ada rezeki' keluh qaisara melihat kereta yang dipandu khairul mula mengecil dan lama-lama hilang dari pandangan.. Kemudian dia berpaling melihat kearah hanif.. Sedang rancak berbual dengan ayahnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience