BAB 22

Romance Completed 367824

Qasrina meletak ganggang telefon. Qaisarah datang mendekat kearah Qasrina..

'' mak!'' panggil qaisarah.

'' yea Sarah.. '' sahut Qasrina. Berpaling kebelakang melihat kepada qaisarah.

'' antara Esha dan Sarah.. Yang mana mak paling sayang..? '' tanya qaisarah.

'' apa kamu merepek ni.. Sarah, tiba-tiba tanya soalan macam tu.. '' balas Qasrina tak menjawap persoalan yang disoal kan oleh qaisarah.

'' jawap lah mak.. '' rengek qaisarah menarik lengan qasrina.

'' dua-dua mak sayang.. Sarah mak sayang Esha pun mak sayang.. '' kata Qasrina.

'' tapi kenapa selalu Esha yang akan dapat lebih dari Sarah.. Apa yang Sarah nak, selalu dibangkang.. Tak macam esha.. Semua yang dia nak dia dapat.. '' ucap qaisarah tak puas hati..

'' sejak bila pula Sarah pandai merungut ni.. Sarah kan anak mak yang baik.. Selalu dengar kata.. Tak banyak soal.. '' kata Qasrina lembut.

'' sebab Sarah selalu diam.. Sarah.. '' qaisarah tak meneruskan katanya.. Dia melepaskan tangannya dari terus memegang lengan Qasrina.

'' Sarah.. Jangan pikir yang bukan-bukan.. Sebagai seorang kakak.. Sepatutnya kamu lebih matang berbanding Esha.. Kalau nak di bandingkan kamu dengan Esha.. Siapa yang selalunya yang banyak kena pukul dengan mak.. Sarah ke Esha? '' tanya Qasrina.

'' Esha.. '' jawap qaisarah..

'' tahu pun.. Esha tu perangai dia tak sama macam kamu.. Kamu tu lembut tak macam Esha.. Degil dia tulah yang buat mak dan ayah banyak gunakan tangan mengajar dia.. Kamu nak! Mak kamu macam esha? '' tanya Qasrina mengangkat tangannya ke udara.

'' tak nak! Tak nak!'' kata qaisarah cepat sambil mengeleng laju.

'' tahu pun.. Dah nak jadi isteri orang pun, perangai macam budak kecil.. Dengan adik sendiri pun nak berkira.. '' bebel qasrina lagi.

'' dah pergi kerja sana.. Dah la masuk sekerat hari.. Nanti tak pasal-pasal tak pergi terus kamu tu.. '' sambung Qasrina lagi.

'' yea lah.. Nak pergi lah ni mak.. '' kata qaisarah kepada ibunya..

Qaisarah bersalaman dengan Qasrina.. Sebelum melangkah keluar dari rumah.. Qaisarah berjalan ke motor yang selalu digunakannya untuk ke tempat kerjanya.

'' hai bilalah aku nak ada kereta.. Teringin la juga nak bawa kereta macam Esha tu..ni dari dulu asyik nak motor je.. Jemu dah naik motor ni'' rungutnya lagi.

Marissa dibenarkan balik separuh hari, hari ni dia segera pulang ke rumah untuk melihat keadaan sahabatnya.. Sempat dia memberitahu kepada kakaknya agar tak segera pulang kerana dia yang akan pulang merawat dhia.

Pintu bilik dhia dibuka dari luar.. Marissa melihat dhia sedang solat bersebelahan dengan katilnya.. Sarapan pagi yang dia siapkan tadi sudah tak ada di atas meja disamping katil. Marissa melabuhkan punggungnya di atas katil menanti sehingga dhia selesai solat.

'' risa.. Kenapa balik? Kan aku kata tak payah tadi.. '' kata dhia sebaik melihat Marissa sedang duduk di katilnya.. Dhia bangun lalu membuka telekung nya..

'' dhia.. Kau dah ok ke? Kau bagi aku risau lah.. '' kata Marissa cemas. Macam mana di nak berkerja kalau dia asyik ingatkan dhia yang sedang sakit di rumah.. Hatinya tak tenang.

'' aku.. Aku pun tak tahu lah risa.. Apalah nasib aku.. '' kata dhia sayu..

'' cerita dekat aku ! Apa yang betul-betul terjadi.. ''pinta Marissa.. Tak puas dia mendengar kata kata dhia selagi dia tak tahu dhia sedang dalam situasi apa sekarang ini.

''aku dirogol rissssa.. Akuu..jijikkk.. Hina.. '' air matanya gugur kembali dari kelopak matanya..

Marissa bangun menghampiri sahabatnya.. Niat untuk menenangkan sahabatnya.. Walaupun dia sendiri tergejut mendengar apa yang baru dikatakan oleh dhia.

'' jangan dekat dengan aku risa.. Aku takut kotoran aku ni berjangkit terkena dekat kau..semua ni benda tak baik risa.. Benda buruk.. Bala risa.. !'' kata dhia teresak-esak.

'' tak.. Kau sahabat aku.. Aku tak pernah anggap kau bala.. Badi ke apa semua tu.. Aku tetap nak peluk kau juga.. '' kata Marissa menghampiri lalu memeluk dhia dengan erat.. Dhia turut memeluk Marissa.. Tangisannya pecah disitu.. Marissa membawa dhia duduk di katil dan membiarkan dhia menangis sepuas-puasnya..

'' kau tahu siapa yang buat semua ni dhia.. Zarif ke? '' tanya Marissa berhati-hati.. Sebaik tangisan dia mula reda.

Mendengar nama itu membuatkan dhia menjadi panas.. Emosinya kembali tak stabil. Dia sendiri tak pasti adakah kerana marah atau sebaliknya..

'' aku tak tahu.. Tapi lelaki tu bukan zarif.. Tapi... Lelaki tu kenal zarif.. Tengku zarif.. Anak hartawan terkenal.. '' kata dhia..

'' apa! Tengku!anak hartawan.. '' kata Marissa tak percaya..

'' entah-entah dia anak Puan Sri ufairah.. '' teka Marissa legi.. Kerana setiap kali zarif datang ke kedai pasti, untuk mengambil pesanan dari puan sri itu.

'' tak tahu.. Mungkin..''balas dhia membaringkan tubuhnya di katil.

''yang penting.. Aku dah tak nak jumpa dengan dia..tak nak ada kaitan lagi dengan dia '' kata dhia.

'' kalau tak jumpa dengan dia.. Macam mana benda ni nak selesai dhia...'' kata Marissa tergantung bila mendengar bunyi hon dari kereta di luar rumah mereka berulang-ulang kali.

'' siapa pula.. Takkan kakak tak bawa kunci pagar pulak.. '' rungut Marissa. Dia berjalan kearah tingkap yang ada di bilik dhia, menyelak sedikit langir bilik tersebut.

'panjang umur betul mamat ni.. Sebut-sebut saja dah sampai depan rumah.' rungut Marissa.

'' dhia.. Zarif dibawah.. '' kata Marissa.

'' dhia tak nak jumpa dengan dia.. '' balas dhia..

'' kejap aku turun bagitahu dekat dia.. '' kata marissa berjalan ergi meninggalkan dhia sendirian didalam bilik.

Dhia bangun berjalan rapat ke tingkap mengintai kebawah.. Melihat zarif sedang berdiri disamping wira kelabunya sambil menyuakan tangan kedalam menekan hon berkali-kali. Dia berhenti membunyikan hon sebalik melihat marissa keluar dari rumah dan berjalan ke pagar.

'' risa... Mana dhia? Kenapa dia block nombor saya? '' tanya zarif dengan nada tidak puas hati.. Sudahlah dia tak dibenarkan berjumpa dengan kekasih hatinya itu sepanjang qaisarah menginap disini..dan kini apa lagi alasan dhia.

'' dhia tak sihat abang! Tolong jangan buat bising macam ni.. Nanti jiran-jiran marah.. '' kata marissa sambil memandang sekeliling takut ada jiran yang keluar melihat mereka.

'' abang cuma nak cakap dengan dhia.. Mana dhia.. Kalau tak sihat biar, abang bawakan dia ke klinik.. '' kata zarif sambil kakinya melangkah masuk kedalam perkarangan rumah tersebut.

'' abang!.. Abang... '' marissa menghalang zarif dari masuk.. Tapi tak berjaya, zarif lebih pantas berjalan masuk kedalam rumah tersebut,sebaik dia menanggalkan kasut.

'aduh.. Kenapa perlu wujud lelaki yang macam ni di dunia.. Dhia.. Aku tak dapat nak halang dia..' rungut marissa masih mengejar langkah zarif.

'' abang tak elok masuk kedalam rumah orang macam ni abang!'' kata marissa lagi. Tapi kata-katanya dibiarkan seperti angin lalu.. Langsung tak memberi kesan buat zarif.

Langkah zarif terhenti bila melihat wajah insan yang dicarinya.. Dhia berpakaian lengkap menutup setiap inci tubuhnya.

'' tolong balik!'' kata dhia. Dhia bertutur dengan nada yang dingin membuatkan Zarif mengerutkan dahinya.

'kenapa dia berbeza sekali!' bicara hati zarif.

'' tolong balik Tengku zarif!'' ulang dhia bila melihat zarif masih lagi kaku di tempatnya..

'what!macam mana dia boleh tahu!' zarif berjalan mendekat. Cuba untuk meraih tangan dhia.. Namun segera dhia melarikan tubuhnya menjauh.

'' dhia.. Abang akan terangkan semuanya.. Abang ada sebab buat semua ni! Bagi abang peluang jelaskan semuanya!'' kata zarif tegas.

'' dhia tak mahu dengar apa-apa.. Tolonglah pergi dari sini.. !'' kata dhia tegas dia langsung tak melihat kepada zarif.

'' dhia boleh dengar tak apa yang abang nak cakapkan.. ''

'' apa yang Tengku zarif nak jelaskan lagi.. Dhia tak sukakan semua ni.. Tengku mulakan hubungan ini dengan pembohongan.. Maaf. Saya rasa setakat ini sahaja hubungan kita.. Saya dan Tengku tak setaraf. Tak mungkin kita serasi bersama.. '' alasan dhia. Hatinya yang sedang remuk itu mengucapkan kata-kata di luar dari kotak pemikirannya. Tapi yang dia tahu sekarang, dia tak mahu lagi ada kaitan dengan lelaki yang bernama zarif itu.. Itu adalah sesuatu yang mustahil baginya.

''dhia! Dhia.. Abang buat ni hanya nak menguji dhia.. Dhia adalah pilihan abang, dhia satu-satunya wanita yang layak untuk jadi teman hidup abang..'' kata zarif sebaik dhia berpaling darinya.

'apa! Menguji!.. Aku ni digunakan untuk menguji..' dhia menahan rasa geramnya.

'' dhia tak layak.. Dhia bukannya wanita yang sempurna.. '' kata dhia perlahan sambil merasa sakit didadanya.

'' apa maksud dhia.. Tak layak? Dia wanita sempurna di mata abang.. '' kata zarif lembut.. Membuatkan dhia yang sedang menunduk tadi mendongak sedikit.. Menelan air liurnya..

'' tolong pergi! Dhia taknak teruskan hubungan ini!'' kata dhia tegas mengulang semula ayatnya dengan tekad.

'' tapi kenapa? sekurang-kurangnya bagi lah alasan yang kukuh untuk abang.. Takkan hanya perkara sekecil ni.. Dia nak mar...

'' dhia dah taksuci!'' potong dhia membuatkan zarif yang sedang bercakap dengan tangannya ke udara..segera menjatuhkan tangannya dengan lemah.

'' adakah alasan tu cukup untuk Tengku pergi dari sini? '' sindir dhia.. Walaupun hatinya terasa pedih.. Sakit dan pilu.

Zarif yang awalnya nampak beria memujuk dhia, bertukar riak wajahnya.. Dia tak dapat menerima apa yang dikatakan oleh dhia.

Dhia menarik senyumnya.. Tubuhnya masih membelakangkan zarif.. Dia yakin lelaki yang berstatus tinggi seperti zarif amat menitik beratkan hal tersebut.

Tanpa berkata apa-apa zarif berjalan keluar dari rumah tersebut dengan hati yang kecewa. Marissa yang melihat situasi itu tak mengerti. Zarif berubah sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh dhia sebentar tadi..

'kenapa dia pergi? Kalau betul dia sayangkan dhia.. Sekurang-kurangnya tanyalah dhia apa yang sebenarnya terjadi.. Ni tak dia boleh pergi macam tu saja..hanya itu sahaja nilai sayangnya terhadap dhia!!' marissa melihat dhia yang berpaling duduk di sofa.. Manakala zarif sudah pergi dari itu dengan wira kelabu.. Kuat enjin kereta itu mengaum diluar tadi sebelum pergi menghilang meninggalkan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience