BAB 59

Romance Completed 367824

Dua bulan berlalu..

Selepas majlis perkahwinan mereka.. Masing-masing sibuk dengan kehidupan dan kerja yang digalas di bahu mereka masing-masing..

Samalah juga pasangan yang sedang berbahagia itu.. Khairul sedang sibuk meneliti dokumen di meja kerjanya..

Telefon di atas meja kerjanya berbunyi.. Tangannya mengapai ganggang telefon itu lalu, mengangkatnya dan diletakkan di telinga kanannya..

"hello..." katanya..matanya masih tertumpu kepada dokumen yang ada di atas mejanya..

"khai.. Ibu ni.." kedengaran suara liyana disebelah sana..

"ya ibu.. Ada apa.. Nak khai ke bilik ibu?" tanya khairul. Lalu menyandarkan tubuhnya di kerusi. Duduk dengan santai..

"khai dah buat appointment dengan kak myra?" tanya liyana..

"ibu.. Itu..." khairul mengeluh kecil.. Sekali melepaskan pen yang terselit di jarinya.. Ke meja..

'' khai yang berjanji dengan ibu kan sebelum nikah.. Takkan khai sudah lupa dengan janji khai sendiri? '' kata liyana yang berada di sebelah sana.

'' baiklah ibu... Nanti khai aturkan appointment dengan kak myra.. '' putus khairul.. Tak mahu menimbulkan kemarahan ibunya.

'' bagus! Ibu menunggu keputusannya.. '' kata liyana disebelah sana..

'' baik ibu.. '' khairul meletakkan ganggang telefon ke tempatnya.

Tangannya dibawa ke pelipis dan memicit lembut disitu..

'Amniocentesis!... Perlu kah?'

'' tapi aku sudah berjanji dengan ibu.. Satu satunya syarat yang ibu letakkan, untuk menyokong pernikahan kami.. Aku sangka ibu akan lupakan syarat itu.. Tak sangka ibu masih ingat..pula..'' keluh khairul..

'' macam mana aku nak beritahu dhia.. '' sambung khairul lagi.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.. Lalu mendail nombor kakak iparnya.. Humairah.

'' hello... Assalamualaikum kak myra.. Khai ni..'' ucap khairul sebaik panggilan disambungkan. Dia kembali menegakkan badannya..

''waalaikummusalam khai.. Cari kakak ni kenapa..? Nak buat appointment dengan kakak..?'' tanya humairah mesra di sebelah sana.

'' kak.. Ck.. Ingatkan kakak pun lupa dengan janji tu.. '' kata khairul dengan lemah.. Menyandarkan belakangnya ke kerusi kerjanya dengan malas.

'' khai yang ikat janji dengan ibu khai kan.. Memang kena lah.. Jangan risau khai.. Kakak jamin ini tak membahayakan.. Kita minta semuanya selamat.. Kakak pun masa mengandugkan twins dulu.. Buat juga Amniocentesis..ni.. Khai tahu kan bagaimana dengan ibu khai tu..apa yang dia nak.. Takkan ada bantahan.. '' balas humairah dengan panjang lebar..

'' tapi.. Khai.. Khai nak cakap apa dengan dhia nanti.. Nanti dhia pikir yang bukan-bukan pula nanti.. '' kata khairul..

'' khai jangan risau.. Yang tu biar kakak yang terangkan kepada esha nanti.. Yang penting khai kena bawa esha kepada akak.. Yang selebihnya.. Biar kakak yang uruskan.. '' humairah memberi cadangan kepada khairul..

'' hmm.. Betul ke kak? Tak boleh ke kita tunggu sampai anak khai tu lahir je kak? '' tanya khairul.. Dia tak pula terus setuju dengan cadangan yag diberikan oleh humairah tadi.. Tapi masih juga mencari kemungkinan agar perkara itu dapat dielakkan.

'' khai lebih kenal ibu khai sendirikan.. '' kata humairah..khairul mengeluh lagi.

'ibunya.. Siapa yang tak kenal ibunya.. Memang tak boleh menunggu lama selagi sesuatu kerja itu tidak beres, A katanya.. A lah.. Tak ada A-, A+.. B.. Lagilah.. Dalam mimpilah..'

'' hmmm.. Tau sangat.. Akak siapkan lah saja appointment untuk dhia.. Nanti khai kosongkan jadual khai dan dhia untuk hari itu.. '' kata khairul..

'' kejap.. Kakak semak dulu jadual kak.. Kita buat awal senang..sebab keputusannya lambat nak keluar makan masa juga.. '' kata humairah..

'' boleh lah kak.. Macam mana pun.. '' balas khairul..

'' sebelum ni Esha check up dimana? '' tanya humairah sambil tangannya ligat memegang tetikus memeriksa jadualnya.

'' sebelum ni check up di klinik pakar sakit puan rohani.. " balas khairul..

" berapa minggu dah esha tu pregnant? " tanya humairah lagi.

Khairul mengaru kepalanya..

" hmm.. Kalu tak salah dah 18 weeks macam tu.. " jelas khairul.

" betul ni? .. Bukan tembak-tembak? " kedengaran humairah ketawa di sebelah sana..

"rasanya lah kak.." balas khairul...

"ok.. Dalam minggu ni jugak lah khai datang.. Hari khamis.. Khai just bawa esha.. The rest.. Leave it to me..ok.." balas humairah.

"hmm.. Ok lah kak.. Nanti khai bawakan dhia yea.. I mean esha.." balas khairul.. Kedengaran lagi ketawa humairah di hujung talian sana.. Khairul memutuskan panggilan..sebaik mendapat kata sepakat dengan humairah.

'Hope nothing bad happens...' tangan yang mengengam telefon bimbit itu dibawa ke dahinya.. Diketuk lembut berkali-kali disitu.

Manakala di satu lokasi yang lainnya, dhia sibuk dengan kerjanya.. Khairul dulunya hanya membenarkan dhia sekadar menjadi model syarikat.. Kini sudah memberi kelonggaran kepadanya.. Dia kini menjadi duta produk penjagaan rambut dan beberapa produk makanan.. Asalkkan dhia tak terlalu sibuk sampai melelahkan..dan memberi tekanan kepada kandungannya.. Dhia terima saja semuanya..yang sesuai dengannya.

Dari dia sedang berada didalam set untuk sesi bergambar lagi dhia sudah melihat seorang lelaki yang sedang menunggunya tak jauh dari tempat dia berkerja.. Dhia membiarkan sahaja lelaki itu berdiri sendirian disitu.. Sampai urusannya selesai dan kru yang lain berpuas hati dengan hasilnya pada hari itu..

Selesai menukar pakaian.. Dhia berjalan sambil memegang perutnya yang sudah menonjol menunjukkan bentuk .. Sekaligus memberitahu kehadirannya kepada umum..

'' dhia.. '' tegur lelaki itu. Lalu menghalang laluan dhia.. Dhia hanya sekadar menarik bibirnya tersenyum.

'Nak apa pula ni? dalam dua bulan ni.. Aku tak nampak kau zarif...dan harini.. Kau muncul.. Atas sebab apa pula kau datang kalini? Ingatkan selepas kejadian di pantai tu.. Zarif tak akan mengganggunya lagi.. Tapi ternyata tidak..'

'' Tengku buat apa disini .. Tolong jangan ganggu tempat saya cari rezeki.. '' balas dhia.

'' zarif tak ganggu.. Cuma, zarif minta.. Untuk bercakap dengan dhia.. Hanya untuk itu.. Boleh? .. Sekejap sahaja pun tak mengapa.. '' kata zarif. Dhia berpaling melihat kearah hajar.. Kemudian melihat semula kepada zarif yang berada di hadapannya.

'' please Tengku.. Tak ada apa yang perlu kita cakapkan lagi.. Kalau Tengku nak bercakap juga.. boleh terus berhubung dengan suami saya.. Rasanya, itu lebih baik bukan? '' kata dhia.

Zarif merenung kedalam anak mata dhia.. Anak mata itu langsung tak memandang kearahnya. Kalau pandang pun tak terus kematanya..

'' ok fine.. '' zarif mengangkat kedua tangannya ke udara.. Menyerah..

'' zarif cuma nak bagitahu... Yang khai menang.. And zarif tak akan ganggu dhia lagi.. Itu yang dhia nak kan.. Itu juga yang khai mahukan kan?! '' kata zarif.

Dhia mengalihkan pandangannya melihat kepada zarif..

'akhirnya kau melihat aku juga dhia..'

'' so? '' tanya dhia. Dingin membeku..

'' sooo.... That all.. '' kata zarif sambil melebarkan bibirnya tersenyum.

'' ok!bye.. '' dhia mula melangkah.. Tapi tangan zarif cepat-cepat menghalangnya.. Hampir saja tangan itu menyentuh perut dhia. Berkerut kening dhia.. Mukanya yang dingin tadi bertukar menjadi marah.. Tak suka dengan apa yang zarif baru lakukan.

'' Tengku nak apa lagi? .. Saya nak balik..!! '' kata dhia kasar..

'' at least.. let us be a friends.. Just friends.. Tak ada maksud lain.. Hanya kawan.. '' kata zarif satu persatu menjelaskan maksudnya.

'friends?!.... Dah kenapa? Hello!! ..bukannya nak biadap ke apa! .. Entah kenapa aku dapat rasakan dia seperti ada motif lain.. Disebalik.. Perkataan friends tu..'

Dhia berundur beberapa langkah ke belakang sebelum berpaling ke arah lain.. Tapi belum sempat dia menghayun kan langkahnya.. Lengannya ditangkap oleh zarif.. Dhia melihat kepada tangannya yang sudah digengam oleh zarif.

''apa yang Tengku buat ni? Lepaskan..!!'' dhia merentap tangannya.. Hajar juga turun menolong menarik tubuh dhia.. Tapi tak berjaya..

'' susah sangat ke dhia.. !'' zarif mula meninggikan suaranya.

Dhia tak perduli.. Dia masih berusaha menarik tangannya.. Sampai dia tak sedar ada tangan lain yang datang meleraikan tangannya dari pengangan zarif..

Hajar memeluk tubuh dhia erat.. Takut terjadi apa-apa kepada dhia yang sedang berbadan dua itu..

'' kau siapa? '' tanya zarif kasar. Tak puas hati dengan lelaki yang berada diantara mereka.. Dhia hanya berlindung di belakang tubuh lelaki itu..

'' aku abang esha.. Kau tu yang siapa.. Nak ganggu adik aku!'' tengking lelaki itu.

'' abang..? '' zarif ketawa..

'dari mana datangnya abang pula ni? Kalau kau abang dhia.. Kenapa aku tak pernah nampak pun muka kau sebelum ni.. Di majlis pun tak ada.. Sekarang datang! Berani mengaku abang pula!! ..'

'' abang? Abang eijaz? '' panggil dhia.. Mati ketawa zarif bila mendengar suara halus dhia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang..

'' yea la.. Abang lah ni.. Esha ada banyak abang lain ke? '' tanya eijaz berpaling melihat kearah dhia. Kemudian berpaling semula ke arah zarif.. Kecil besar kecil besar saja dia melihat zarif..

'' kau nak apa lagi..?.'' tanya eijaz.

'' aku tak habis lagi bercakap dengan dhia.. '' balas zarif.

'' ehh.. Kau ni.. Dah dia tak nak.. Tak payah la, nak paksa.. Kau sendiri tahu adik aku dah nikah.. Dah ada suami.. Kau nampak tu.. '' eijaz menunjuk kearah perut dhia yang membuncit..

'' tak lama lagi dah jadi ibu.. Kau nak apa lagi..? tak faham bahasa ke .. Kau tak nampak ke orang mula pandang kesini.... '' sambung eijaz lagi.

Zarif mula mengalihkan pandangannya.. Melihat sekeliling.. Rahangnya mula mengeras.. Giginya di lagakan.. Menahan amarah. Tanpa menyatakan apa-apa dia berlalu pergi dengan perasaan marah..

'' dah tak ada apa yang nak ditonton! .. Semuanya hanya salah faham.. Bagi siapa yang merakam aksi tadi, tolong hapuskan ya.. Jangan sampai diri sendiri pula yang terima beban nanti.. Kalau ada pihak yang mengadu.. Tak pasal-pasal kena saman pula nanti.. '' bertempik lah eijaz memberi amaran kepada wartawan segera yang tiba-tiba muncul menampilkan diri.

Orang-orang yang sedang terpaku menyaksikan perbalahan itu mula bergerak meninggalkan mereka..

'' bila abang balik Malaysia..? '' tanya dhia.

'' baru je.. Kemarin.. Esha sihat..? '' tanya eijaz.

'' alhamdulillah.. Sihat.. Macam nilah.. '' balas dhia.. Tersenyum. Lega bila ada yang datang membantu..

'' siapa tadi tu? '' tanya eijaz menunjuk kearah zarif menghilang tadi.

'' itu? Orang yang tak penting.. '' balas dhia malas nak menceritakan kepada eijaz mengenai zarif..

'' bukan suami esha kan..?!'' kata eijaz dengan gelak ketawa..

'haiii dah halau.. Baru nak tanya..' Dhia segera mengeleng dan ketawa bersama..

'' jom kita lunch? '' ajak eijaz.

'' abang tak lunch lagi? Dah pukul berapa ni!'' dhia melihat jam yang ada di tangannya..

'' abang jetlag.. Terbabas semua.. '' kata eijaz sambil ketawa lagi..

'' hmm.. Macam tu.. Baik.. Tapi biar esha buat phone call dulu.. '' kata dhia..

'' ya.. Boleh je.. Ni siapa.. Come join us.. '' ajak eijaz mempelawa hajar..

'' lupa nak kenalkan ni kak hajar.... ''

'' PA dhia.. '' potong hajar.. Dhia menggelengkan kepalanya..

Dhia masih dengan panggilan telefonnya membiarkan dua insan itu sedang berbual.

'' jom kita.. '' kata dhia sebaik panggilan ditamatkan.

Mereka bertiga berjalan keluar dari situ.. Dengan menaiki dua kereta yang berbeza.. Eijaz mengikut sahaja kereta yang dipandu hajar dari belakang..

***

~Sedikit sedutan BAB 33..
Mengenai syarat liana..
(mana tahu ada yang terlupa..) ;-)

Liyana memicit kepalanya.. Berdenyut denyut dahinya kini. Dia berpaling melihat menantunya yang masih setia duduk ditempatnya. Humairah menjatuhkan kepalanya kebawah. Memahami isyarat Liyana.

'' boleh.. Tapi dengan satu syarat.. Kalau khai setuju.. dengan syarat ibu.. Ibu restu pernikahan ini.. '' kata liyana..

'' Apa syaratnya ibu? '' tanya khairul..

Liyana memberi isyarat kepada humairah.. Humairah mengeluarkan telefon bimbitnya.. Lalu menunjukkan kepada khairul..

'' tapi ibu.. '' bantah khairul..

***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience