BAB 30

Romance Completed 367809

Kausar menyiapkan sarapan buat ahli keluarganya.. Sambil dia menghidangkan makanan dia mengeluh..

'' dah kenapa muka monyok sahaja? Apa lagi yang tak kena? '' tanya hariri. Bila melihat wajah isterinya masam sahaja.

'' hai.. Dah ada menantu pun, macam tak ada.. Anak kita tu dah kahwin tapi hidup macam orang bujang.. '' keluh kausar.

'' sabar lah.. Bagilah mereka tu masa.. '' balas hariri.

'' saya bukan apa abang.. Entahlah nak kata.. Mereka ni ok ke tak.. Seorang disana.. Seorang disini.. Keliru saya ni!'' kata kausar.. Memandang tepat ke wajah suaminya.

'' baru lagi kan.. Mereka tu pun baru nak kenal-kenal.. Ni kamu tak kejutkan hanif bangun ke? Kejap lagi lambat pulak dia nak pergi kerja.. '' kata hariri.

'' itulah yang saya nak katakan abang.. Anak kita tu macam orang bujang.. Dia bangun tidur ke? tak ke? .. Saya masih kena ambil tahu.. Makan pakai dia, masih saya kena pikir kan lagi.. '' leter kausar tak puas hati.

'' tengok orang lain.. Dah menikah.. Pandai-pandai lah, hidup susah senang sendiri.. Ni tak.. Macam tak ada bezanya anak kita tu nikah ke tidak.. '' sambung kausar lagi.

'' tu ha..! Turun dah anak kamu.. Tanya lah dia sendiri.. '' kata hariri menunjuk kearah hanif yang baru turun dari atas.

'' assalamualaikum umi, abi.. '' hanif memberi salam kepada dua orang tuanya..

'' waalaikummusalam '' jawap mereka serentak.

'' kamu tak pergi kerja ke hari ni? .. Kenapa tak pakai baju yang umi dah gosokkan tu.. '' kata kausar.

'' tak umi.. Hanif ke bandar ada hal sikit.. '' kata hanif seraya menarik kerusi yang ada di meja makan tersebut.

'' ke bandar? Nak ambik Esha balik ke? '' tanya kausar.

Hanif mendongak melihat wajah uminya seolah-olah terpancar cahaya dari wajah itu.

'' kenapa kena bawa Esha balik? '' tanya hanif bingung.

'' eh.. Eh.. Anak bertuah ni!dia tu isteri kamu.. Tempat seorang isteri disamping suaminya.. Sampai bila, kamu disini, dia pula disana..? Bila umi nak bercucu kalau macam tu.. '' kata kausar menyiku bahu suaminya yang duduk disampingnya.

Tersedak nasi goreng yang sedang di kunyah hanif ketika itu.. Dia segera bangun berjalan ke arah singki, mengeluarkan makanan yang tersangkut di kerongkongnya.

'' tengok abang! Sengaja nak lari lah tu.. '' kata kausar mengintai hanif yang sedang berdiri di hadapan singki.

'umi.. Kalaulah umi tahu.. Hanif guna Esha hanya untuk buat umi tak malu semasa majlis tu.. Esha tu cuma sekadar penganti..' hanif memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Dia membasuh wajahnya beberapa kali sebelum berjalan ke ruang makan.

'' hanif tak selera lah umi.. '' kata hanif.

'' hanif duduk dulu.. Umi tak habis cakap lagi ni.. '' kausar menunjukkan kearah kerusi yang hanif duduk tadi.

'' hanif kena pergi umi. Nanti lambat pula sampai sana.. '' kata hanif berdalih.

'' alah.. Duduk lah kejap.. Umi nak cakap sikit saja.. '' kata kausar.

Hanif melabuhkan punggungnya kembali duduk diatas kerusi yang awalnya tempat dia duduk tadi.

'' bawa balik menantu umi kerumah ni.. '' kata kausar tenang.

'' umi.. Tak semudah tu umi.. Esha kan memang dah kerja disana.. '' balas hanif.

'' kerja apa yang penting sangat Esha disana tu.. Macam lah di pekan ni tak ada kerja untuk Esha tu.. '' bebel kausar.

'' umi bagilah masa sikit dekat Esha.. Hanif tak nak paksa Esha pula.. Dia pun tak sangka nak jadi semua ni.. '' balas hanif.

'' dengar cakap umi.. Kamu, selaku suami!sebagai ketua keluarga.. Berkeras lah sedikit.. Dia isteri kamu.. Mana boleh dia disana.. Dan kamu disini.. Betul tak abang..? '' kata kausar lalu berpaling memandang kearah suaminya.

'' hanif, abi bukannya nak masuk campur dalam hal rumah tangga kamu.. Tapi apa yang umi kata ada juga betulnya.. Tempat seorang isteri disamping suaminya.. Sampai bila kamu berdua nak macam ni terus.. Sebagai seorang lelaki, tak salah kalau kamu yang mulakan dulu.. Bincanglah elok-elok dengan Esha.. Abi tengok dia lebih matang dari Sarah.. Walaupun dia masih muda.. '' kata hariri. Manakala kausar mengangguk-anggukkan kepalanya setuju.

'' kami hanya nak lihat anak kami bahagia macam orang lain.. Walaupun pernikahan ni bermula tak macam orang lain.. Mungkin dah ditentukan dia jodoh kamu.. '' kata hariri lagi.

'' abi... Umi.. Hanif akan cuba buat yang terbaik untuk semua orang.. Tapi.. Hanif minta umi dan abi.. Sokong keputusan hanif.. Demi kebahagiaan hanif.. Boleh kan abi.. Umi.. '' kata hanif memandang ke dua orang-orang tuanya bila menyebut nama panggilan mereka.

Kausar dan hariri saling berpandangan.. Terdapat garis kerisauan tertera di wajah mereka.. Mana ada ibubapa yang tak risaukan perihal anak mereka.. Semuanya nak yang terbaik buat anak mereka..

'' abi.. ''

'' umi.. ''

Panggil hanif lagi bila melihat dua orang tuanya masih dia tak membalas kepadanya. Hariri mengangguk.. Apa lagi dia mampu katakan kepada anaknya itu.

'' umi... '' kausar mengeluh.

'' umi minta semuanya akan baik-baik sahaja.. '' kata kausar lemah. Entah kenapa dia merasakan hanif mempunyai maksud lain, seperti sedang menyembunyikan sesuatu darinya..

'' hanif minta diri dulu.. '' hanif bangun dan bersalaman dengan dua orang tuanya.

'' sebelum pergi tu.. Singgahlah ke rumah mertua kamu.. '' pesan hariri kepada anaknya. Dia melihat hanif sekadar mengangguk kembali kepadanya..

'' assalamualaikum '' kata hanif sambil berjalan pergi.

'' waalaikummusalam.. '' jawap mereka berdua.

'' abang! Saya rasa tak sedap hati lah.. Macam ada yang tak kena.. Tengok muka hanif tu redup saja dari tadi.. Nak jumpa isteri patutnya orang gembira kan.. Ni macam bawa beban berat.. '' keluh kausar gelisah.

'' biarlah, jangan masuk campur sangat urusan rumahtangga mereka.. Melainkan mereka minta pertolongan dari kita.. Kita doakan agar semuanya baik-baik sahaja..'' kata hariri tenang.

'' abang ni.. Saya risau.. '' kata kausar tak puas hati melihat suaminya tenang mengunyah sarapannya.

'' tau.. Saya pun.. '' kata hariri.

'' cukuplah kita dah paksa anak kita nikah.. Ni takkan kita nak paksa dia lagi.. Nanti jadi yang bukan-bukan.. Siapa yang susah.. '' sambung hariri lagi.

'' yea lah-yealah.. Tak selera saya nak makan.. '' keluh kausar melihat kearah nasi goreng yang dibuatnya awal pagi tadi..

Pagi itu dhia tak ke tempat kerja kerana menunggu kedatangan hanif.. Dari pagi dia menunggu sampai ke petang. Hanif tak juga kunjung tiba..

'kenapa? bukan ke abang hanif kata nak datang? ke ada terjadi sesuatu?' fikiran dhia mula kearah yang negatif.. Banyak benda yang terlintas di fikirannya pada ketika itu.. Takut apa-apa terjadi kepada hanif semasa perjalanan dia kesini..

Kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah.. Cepat-cepat dhia berlari ke tingkap mengintai keluar.. Rupanya kereta axia merah milik marina.. Keluarlah marissa dan juga marina dari situ.

'ceh! Kalau aku pergi kerja tadi pun tak apa..' bisik dhia tak puas hati.. Dia memerhati ke arah luar mana tahu kalau memang ada kereta hanif disitu.. Tapi tak ada.. Ada beberapa kereta jiran-jiran yang pakir di seberang jalan sana..

'' macam mana dhia? datang ke.. Orang yang dhia tunggu? '' bisik marissa di telinga dhia.

'' entahlah.. Letih dah menunggu.. '' keluh dhia. Mengikut langkah marissa dan marina ke dapur.

Manakala qaisarah setia di ruangtamu melihat drama yang sedang ditayangkan pada waktu itu.

'' dah tu.. Esok dhia cuti lagi? '' tanya marissa. Dhia mengelengkan kepalanya.

'' tak lah esok dhia kerja.. '' balas dhia.

'kenapa abang tak datang..'

Telefon bimbit dhia berbunyi.. Dhia melihat nama hanif naik disitu..

'' assalamualaikum abang.. '' dhia bercakap dengan nada berbisik. Menutup sebelah tangannya di mulut, agar suaranya tak didengari keluar.

'' waalaikummusalam, abang dah sampai.. Abang ada di depan rumah sewa esha.. '' kata hanif disebelah sana. Dhia segera berjalan ke ruangtamu.. Mengintai keluar.. Dia melihat ada kereta putih berhenti di hadapan rumah mereka. Sesekali dia melihat kepada kakaknya..

'kenapa aku pula yang terasa aku yang pelaku.. Seperti orang yang bersalah antara mereka berdua..'

'' esha.. '' kedengaran suara hanif memanggilnya dari dalam telefon bimbitnya

'' Ya.. '' jawap Esha kembali berjalan ke dapur.. Manakala qaisarah melihat sahaja adiknya berjalan ke hulu ke hilir.

'' abang nak kak Sarah keluar sama? '' tanya dhia.

'' Ya.. Boleh juga.. '' kata hanif.

'' abang tunggu kejap yea.. Esha keluar dengan kakak.. '' kata dhia lalu menamatkan panggilan telefon sebelum sempat hanif membalas.

Dhia kembali keluar ke ruang tamu..

'' kakak jom ikut Esha keluar.. '' kata dhia kepada kakaknya.

'' nak kemana.. Kakak nak tengok drama ni.. '' bantah qaisarah.

'' kakak naik atas.. Esha ada benda penting yang nak bincangkan dengan kakak.. '' kata dhia

'' bincang apa pula.. Nak bincang.. Bincang je lah disini.'' kata qaisarah masih tetap duduk di tempatnya,memandang kearah televisyen.

'' kak tolonglah.. Kalau kakak nak tengok sangat drama ni.. Esha rakamkan untuk kakak.. '' kata dhia lalu mengambil alat kawalan jauh lalu menekan rakam untuk rancangan televisyen yang sedang ditonton oleh qaisarah.

'' pelik-pelik lah kau ni Esha.. Sikit-sikit nak marah.. '' perli qaisarah.

'' mana ada Esha marah?!'' kata dhia tak puas hati.

'' itu tak kata marah lagi.. '' rungut qaisarah lalu berjalan naik keatas.. Memakai tudung dan turun semula..

'' dah siap kita nak kemana? '' tanya qaisarah.

Dhia membuka pintu dan berjalan keluar dari rumah.. Qaisarah melangkah mengikut belakang adiknya.. Sebaik dia selesai menyarungkan kasut di kakinya dia berpaling. Berjalan kearah pagar. Tapi langkahnya terhenti sebaik melihat hanif keluar dari kereta civic putihnya yang berada di hadapan rumah itu. Secara tak langsung qaisarah mengundur ke belakang beberapa langkah..

Dhia cepat-cepat menarik lengan kakaknya agar kakaknya tak melarikan diri.. Dhia memaksa qaisarah masuk kedalam kereta dan duduk di bahagian hadapan.. Manakala dhia duduk di bahagian belakang. Khairul yang baru tiba disitu melihat dhia melangkah masuk kedalam kereta itu..sebaik kereta civic putih itu bergerak. Dia segera mengekori kereta itu pergi. Dalam hatinya timbul tanda tanya.. Kemana arah tujuan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience