BAB 75

Romance Completed 367824

Khairina membuka matanya.. Bila terasa cahaya terang menyentuh kornea matanya.. Tertutup kembali kelopak matanya itu.. Sayup-sayup dia menangkap suara ibunya sedang bercakap-cakap dengan seseorang..

Matanya dibuka untuk kali kedua.. Cerah bilik itu disirami cahaya terang berwarna putih.. Tapi dia masih tak dapat melihat apa-apa disebalik tirai biru yang mengurung katil tempat perbaringannya..

'' ibuuuu!'' panggil khairina dengan payah.. Nak dia bangun mengangkat tubuhnya.. Tapi badannya terasa lemah. Lantas tangannya menyentuh dahinya sendiri.

'kenapa dengan aku ni? aku sakit..aku sakit apa?' khairina mula cemas.. Tambah pula bila melihat ada jarum yang dicucuk di belakang tangannya..

Kali ni dia berusaha untuk bangun..tapi pandangannya mula berputar putar.. Sampai dia kembali tertidur di atas katil semula.. Semua benda yang dia lihat berputar-putar di sekelilingnya..

'' ibu!'' panggil khairina lagi..

Krekk.. Khairina menangkap bunyi ensel pintu.. Kemudian bunyi tirai ditarik oleh seseorang..

'' khairina.. '' kelihatan liyana muncul disebalik tirai biru itu... Kemudian dhia pula datang.. Dhia membuka tirai itu dan mengikatnya dengan tali..

'' dah bangun?.. Khairina masih pening..? '' tanya liyana bila melihat khairina memegang kepala.

'' kepala khairina pening.. '' kata khairina.

Liyana mendekat memegang tubuh khairina membawanya berbaring semula ke katil.

'' doktor cakap tekanan darah khairina rendah.. Jadi tak boleh bagun lagi.. Takut khairina pening.. Nanti jatuh.. Khairina rehat saja di katil... '' kata liyana.

'' kenapa dengan khairina? khairina sakit ke ibu? '' tanya khairina cemas. Dia tak pernah merasa sebegini sebelum ini.. Liyana berpaling melihat kearah dhia yang sedang tegak berdiri di sisi katil khairina disebelah sana..

'' sebenarnya khairina mengandung.. '' kata liyana.. Sambil mengusap lembut kepala khairina.

'' mengandung? '' khairina ketawa kecil.. Perkataan itu umpama satu jenaka buatnya.

'takkanlah aku mengandung!tak mungkin!' khairina mula ketawa..

Liyana berpaling melihat dhia sekali lagi.. Kemudian melihat kearah pintu yang sedang ditolak dari luar.. Masuklah khairul ke dalam bilik itu.. Tegang saja wajah khairul.

'' abang! Betul ke.. Ibu cakap yang khairina mengandung..? '' tanya khairina bila melihat abangnya masuk kedalam bilik itu dan berdiri disamping dhia.

'' khairina.. Abang harap khairina kuat.. ''

'' alhamdulillah.. '' kata khairina memotong percakapan dari khairul yang tak sempat dia habiskan ayatnya.

'aku ditakdirkan putus hubungan dengan dia.. Tapi kau hadirkan sesuatu yang lebih berharga.. Lebih dari segalanya.'

'' tuhan makbulkan doa khairina.. Khairina teringin nak sangat anak.. Anak khairina sendiri... Walaupun dia hadir agak terlewat.. Hadir selepas hubungan khairina dengan dia dah berakhir.. Ini adalah hadiah paling bernila untuk khairina.. Buah hati khairina.. Kenangan terakhir dari dia.. '' kata khairina sayu.. Sambil tangannya menyentuh perutnya yang masih tak menampakkan kehadiran insan didalam rahimnya.

'' alhamdulillah.. Adik abang dah matang.. '' khairul memegang erat tangan khairina..

'' alhamdulillah anak ibu.. Kami akan sokong khairina.. Sama-sama bantu khairina membesarkan anak khairina nanti.. '' kata liyana.

'' betul tu khairina.. Nanti adalah kawan anak kakak.. Patutlah khairina suka je peluk kakak.. Rupanya ada orang baru nak datang.. '' kata dhia mengusik khairina.

'' terima kasih semua.. Khairina akan jaga anak ni sebaik mungkin.. Khairina takkan bersedih lagi, mengenangkan perkara yang lepas.. Khairina nak mulakan hidup baru dengan anak didalam perut khairina... '' kata khairina bertekad.

'' macam tu lah anak ibu.. Anak ibu harus kuat.. Tapi khairina kena bagitahu tentang anak ni kepada ayah dia juga.. Tak boleh nafikan kewujudan anak tu, dia berhak tahu.. '' kata liyana.

'' khairina tak yakin dia akan terima anak ni.. Ibu.. Takutnya dia bertambah benci dengan khairina.. Cukup lah khairina saja yang dia benci.. Khairina tak nak anak ni turut jadi mangsa nanti.. Khairina tak nak anak ni rasa apa yang khairina rasa.. '' kata khairina.

'' ibu.. Khairina janji akan beritahu.. Dia.. Tapi bukan sekarang.. Khairina masih belum kuat untuk semua tu.. Khairina cuma nak anak khairina selamat... '' sambung khairina lagi.

Jauh di sudut hatinya terdetik perasaan takut..kalaulah zarif bertindak diluar kawalan.. Sehingga dia kehilangan anak didalam kandungannya..

Mereka yang ada disitu tak pula membantah dengan keputusan khairina.. Memandangkan khairina bersungguh mahu melindungi anaknya dari sebarang ancaman..

'' balik lah dulu khai.. Bawalah esha balik.. Esha pun perlukan rehat.. Dari tadi esha disini.. '' kata liyana.

Khairul berpaling melihat kearah dhia yang berada disampingnya.. Dia yang terlalu risaukan tentang khairina.. Hampir terlupa dengan keadaan dhia yang sedang berbadan dua.. Ke hulu ke hilir mengikutnya dengan perutnya yang besar itu..

'' kita balik ya sayang..'' kata khairul. Dhia kemudiannya mengangguk.

'' abang balik dulu ya khairina.. Esok abang datang lagi. '' kata khairul.. Mengelus lembut kepala khairina.

'' terima kasih abang.. Bawakan khairina ke hospital.. '' kata khairina.

'' kakak balik dulu ya.. Esok-esok ni.. Kita pergi shopping baju baby sama-sama.. '' bisik dhia di telinga khairina.

'' ok kak.. '' kata khairina ceria.

'' apa saja yang dibisikkan dua orang tu.. '' tegur khairul.

'' adalah.. Cerita orang perempuan.. '' jawap dhia.

'' hmmm.. Ada saja.. '' kata khairul pasrah.. Memang dia tak akan menang kalau nak berbalah dengan tiga wanita didepannya itu.. Silap cakap nanti.. Dia yang akan kena balik.

'' khai balik dulu ya ibu.. '' putus khairul.. Memilih langkah selamat. Kemudian menyalami tangan ibunya.

''iya..'' kata liyana..

'' tak apa ke ibu tinggal sini? Nak esha temankan.. '' tanya dhia..

'kan! Mereka dah mula drama.. Nanti tak pasal dhia pula tak mahu balik..ada hati nak jaga orang sakit.. Dengan keadaan dia yang macam tu.. Hai, lah sayang..diri sendiri pun tak lepas.. Pikirkan orang lagi!' keluh khairul.

'' tak apa.. Biar ibu saja yang temankan khairina.. Esha balik rehat ya.. '' kata liyana.. Dia tahu niat menantunya itu..

'' jangan nak mengada.. Ni nampak kunci ni.. '' kata khairul.. Menayangkan kunci keretanya.

'' nampak.. '' jawap dhia.

Khairul sengaja menjatuhkan kunci tersebut ke lantai..

'' boleh sayang tolong ambilkan..?'' perli khairul..

'' khai!'' liyana menegur.. Tahu sudah akal anaknya.. Tak sah kalau tak menyakat dhia.

'' jahat lah!'' kata dhia kemudian dia menunduk mahu mengambil kunci itu di lantai.. Tapi cepat-cepat khairul menghalang..

Khairul terus membongkok dan mengambil kunci yang ada di atas lantai.. Sebelum dhia yang ambil kunci tersebut. Liyana menggeleng..

'memang... Dia tak akan mengaku kalah.. Dia pasti akan buat jugak! Gagah sungguh bini aku ni..'

Keluar lah khairul dan dhia dari hospital itu.. Berjalan ke kereta.. Masuklah pasangan itu kedalam kereta...

'' hubby... Sayang musykil ni? '' kata dhia sambil memasang tali pinggang di tubuhnya.

'' musykil apa tu sayang..? '' tanya khairul.

'' hmm.. Masa dekat rumah tu kan.. Kenapa hubby asyik kata jangan angkat khairina-jangan angkat khairina... Mana hubby tahu? '' tanya dhia tak puas hati.

'ceh! Boleh ingat pulak dia!' Khairul menelan air liurnya.. Tapi masih beriak tenang.. Mula memandu keretanya keluar dari perkarangan hospital.

'' instinct sayang.. '' balas khairul pendek.

Kecil saja mata dhia melihat kearah khairul yang sedang memandu kereta.. Langsung tak memandang kepadanya.

'biar betul ni? boleh percaya ke?..'

'' ke rumah tu.... ''

'' berhantu!''

Meletus ketawa khairul... Dia yang tadi berusaha beriak tenang, kerana hampir tertangkap terus ketawa geli hati.

'' hantu? Serius lah sayang.. Adoiii!'' balas khairul.

'' betul lah.. Seram pulak lah.. '' dhia memeluk tubuhnya dan mengosok kedua lengannya..

Serba salah pula khairul melihat dhia dalam keadaan ketakutan begitu..

'nak terus terang ke tak?'

'' sayang.. Rumah tu bersih.. Tak ada hantu pun.. Kalau ada pun hubby lah hantu nya.. '' kata khairul.. Mengosok lembut peha dhia.

'' mengaku pun.. !'' kata dhia.

'' sebenarnya rumah tu da cctv sayang.. '' khairul mengeluarkan telefon bimbitnya.. Kemudian memberikan telefon bimbit itu kepada dhia..

'apa!cctv!' dhia menatap khairul tak percaya.

'' ni.. Yang ni.. '' khairul menyuruh dhia membuka satu aplikasi yang ada di telefon bimbitnya. Terpampang lah beberapa sudut rumahnya dari situ.

'' ape ni!'' marah dhia.

'' cctv lah sayang.. '' kata khairul.

'' buat apa pasang cctv.. Sayang bukannya budak kecil..ok '' rungut dhia.

'' untuk langkah keselamatan la sayang.. Memang rumah tu dah ada cctv dari awal lagi.. Lagipun senang hubby nak pantau sayang.. Kalau hubby dekat tempat kerja.. '' jelas khairul.

'' dari dulu? Bilik tidur dengan bilik air pun ada juga? '' dhia yang memegang telefon bimbit khairul mengoreskan jarinya di atas skrin telefon itu mencari ruang bilik tidur dan bilik air.

'' dua tu tak ada lah sayang.. Tu privacy kita berdua.. Yang tu rahsia kita berdua je.. Kalau pasang dalam bilik.. Dengan dalam bilik air.. Hubby nak buat kerja pun tak senang nanti.. Silap-silap hubby kerap lari balik nanti.. '' kata khairul sambil tersenyum nakal kepada dhia.

'lega.. Nasib tak ada. Tak pasal lain pulak jadinya nanti..'

'' lari lah balik.. Kena marah dengan ibu baru tahu.. '' dhia memperingati.

Sampai saja di rumah dhia masuk kedalam rumah.. Mula memeriksa ruang rumah sambil memegang telefon bimbit khairul..

'' sayang bagi balik phone hubby tu.. '' kat khairul meminta kembali telefon bimbitnya.

'' kejap.. !'' kata dhia. Kemudian dia berjalan ke ruang lain pula.

'buat apa pula bini aku ni.. Cari blind sport ke apa?' khairul membontoti saja dhia mengelilingi ruang rumah mereka.. Melayan saja kerenah dhia.. Sampai selesai berpusing seisi ruang rumah.. Kemudian barulah mereka makan malam..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience