BAB 58

Romance Completed 367824

Dhia menghabiskan masanya dengan Qasrina didalam bilik sambil menonton televisyen.. Adakala matanya menjeling ke arah jam yang ada di dinding.. Dari asar ke maghrib.. Sekarang dah isyak pun.. Khairul tak juga lagi datang menjemputnya..

'hai.. Apa yang dia buat sampai tak datang-datang lagi.. Takkan dia lupa bini dia ada disini? atau dia nak aku balik sendiri ke bilik? tapi tadi dia kata suruh tunggu dengan mak saja.. Jangan keluar ke mana-mana.. Tapii! Ni dah lama sangat..' keluh dhia..

''kenapa? dari tadi asyik tengok jam saja? Kejap lagi khai datang lah tu.. '' tegur Qasrina.

'' bukan tunggu khai.. Esha sebenarnya dah mengantuk mak.. '' rungut dhia lalu menjatuhkan kepalanya di riba Qasrina.

'' kalau mengantuk tidur lah dulu.. Nanti kalau khai datang.. Mak kejutkan esha.. '' kata Qasrina..

'' tidur atas riba mak boleh? '' tanya dhia.

'' dah jadi bini orang pun masih nak manja dengan mak.. Tidurlah esha.. '' Qasrina membelai lembut rambut dhia.. Manakala sebelah tangannya lagi menepuk bahu dhia.
Sentuhan lemah lembut dari tangan Qasrina membuatkan dhia Perlahan-lahan melelapkan matanya..

Loceng pintu berbunyi.. Qasrina bangun Perlahan-lahan mengampu kepala dhia agar dhia tak terjaga dari tidurnya.. Qasrina mencapai bantal untuk menggantikan ribanya yang mengalas kepala dhia tadi.

Qasrina berjalan ke koridor untuk membuka pintu.. Sebaik pintu dibuka.. Dia melihat khairul berdiri tegak di luar pintu sambil memegang plastik yang ditangannya..

'' khai.. Masuk lah.. '' pelawa Qasrina.

'' baik mak.. Ni khai ada bawakan makanan sekali untuk mak.. '' kata khairul menyerahkan plastik yang terisi makanan buat Qasrina.

Dia lambat kerana dia keluar dari pulau bersama dengan abangnya menguruskan makan malam tetamu mereka seperti keluarga zarif dan juga keluarga dhia.. Memandangkan malam nanti dah tak ada perkhidmatan untuk ke tanah besar.

'' buat susah-susah je.. Mak tak apa.. Malam tak makan sangat, dah tua-tua ni.. Makan pun bukannya lalu sangat.. '' balas Qasrina menyambut plastik yang terisi makanan itu lalu mempelawa khairul untuk masuk.

'' ini memang untuk mak.. Takut malam-malam nanti mak lapar.. Di Pulau ni, esok baru ada sarapan.. Ayah dan makcik.. khai dah hantarkan makanan untuk mereka.. '' terang khairul..

'' laaa tidur, rupanya... '' kata khairul bila melihat dhia sedang terbaring di sofa..

'' ya.. Tunggu khai dari tadi.. Asyik tengok jam saja.. Bila mak tanya.. Dia cakap dia mengantuk... Tu yang mak suruh dia tidur dulu.. '' balas Qasrina..

Khairul duduk di sofa yang sama dengan dhia.. Mengelus lembut pipi dhia.. Qasrina menarik bibirnya tersenyum.. Melihat khairul yang berlaku lembut dengan anaknya.

'' khai.... '' panggil Qasrina, lalu duduk disamping sofa yang lain.

'' ya mak.. '' balas khairul lalu berpaling melihat kearah Qasrina..

'' terima kasih jaga anak mak dengan baik.. Mak tengok dia bahagia sangat dengan khai.. Walaupun dia tak bagi tahu mak.. Mak dapat rasa yang dia bahagia menjadi isteri khai.. '' kata Qasrina.

'' mak.. Sepatutnya khai yang berterima kasih.. Sebab dhia sudi terima khai menjadi isteri khai.. Walaupun keadaan memaksa pada mulanya.. Tapi akhirnya.. Dhia ikhlas terima khai..'' khai menatap wajah Qasrina sebelum menyambung semula ucapannya.

'' sebenarnya mak.. Khai pernah buat dhia terluka.. Dhia marah sangat dengan khai.. Tapi benda tu semuanya terjadi.. Diluar kewarasan khai sendiri.. Dan khai menyesal.. Bukan mudah nak tawan hati dhia mak.. Hatinya keras sekeras batu.. Waktu tu khai buta sampai tak nampak sinar dari dhia.. '' khairul mengengam erat tangannya sendiri..

'' mak sebenarnya.. Taknak lah tanya lebih-lebih, tapi memang mak dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada mulanya.. Sebab keluarga khai datang Tiba-tiba macam tu.. Dan terus nak nikah dengan dhia.. Khai ada yang nak beritahu mak apa-apa? '' tanya Qasrina.

Khairul menunduk saja ke lantai.. Merenung kepada karpet yang berwarna coklat itu.

'' khai.. '' Berat untuk khairul untuk menyatakannya..

'' hmm.. Anggap saja mak dah dapat jawapannya.. Tak perlulah khai teruskan.. Pasti berat untuk khai.. Dengan perangai esha yang degil tu.. Pasti susah untuk khai menghadapi esha.. Khai tengok saja esha tu nampak kuat.. Degil.. Kental... Tapi hati dia rapuh khai.. Sekali dia jatuh.. Berkecai.. Makan masa untuk pulih semula.. Andai kata ia pulih.. Lukanya masih tetap terasa.. '' Qasrina menjelaskan..

Khairul mengangkat wajahnya.. Melihat kearah Qasrina yang sedang tersenyum.. Kemudian berpaling melihat kepada dhia..

'' sampaikan ayahnya sendiri, dia masih tak boleh maafkan.. '' kata Qasrina perlahan dan melepaskan satu keluhan disitu.

'' ayah? '' tanya khairul.. Qasrina mengangguk perlahan..

Tapi belum sempat Qasrina membuka cerita kepada menantunya itu.. Dhia mula begerak-gerak dari perbaringan nya..

'' sayang.. '' panggil khairul..

'' hemm.. '' perlahan lahan dhia membuka matanya.. Mulutnya menguap..

'' hubby... Sayang dah mengantuk la tunggu lama sangat.. Kesian mak.. Tak boleh tidur.. Tunggu hubby lah ni.. '' rungut dhia.

'baru saja bangun.. Mulut tu terus saja membebel..' khairul mencubit pipi dia dengan geram..

'' sakit lah.. '' adu dhia.. Mengosok pipinya yang sudah merah bekas dicubit oleh khairul..

'' pandai saja esha cakap mak yang mengantuk.. Padahal esha yang mengantuk'' kata Qasrina.

''betul lah mak.. Kalau esha tak balik bilik.. Macam mana mak nak tidur.. Kan? '' balas dhia..

'' oklah kalau macam tu.. Kita balik dulu.'' kata khairul lalu bangun..

'' mak.. Kami balik dulu lah ya.. '' kata khairul.

Qasrina mengangguk.. Dhia memeluk Qasrina.. Mereka sama-sama berjalan keluar dari bilik Qasrina.

Semasa dalam perjalanan ke bilik, mereka bertembung dengan qaisarah dan hanif..

'' kak, abang.. Tadi khai cari di bilik tadi, tak ada orang.. Jadi khai hantarkan makanan ke bilik ayah, nanti ambil disana ya.. '' kata khairul.

'' oh.baiknya khai.. Terima kasih.. '' balas qaisarah..

'' kak! Mana tudung kakak? '' dhia menegur kakaknya..

'' biarlah.. Malam-malam macam ni.. Tak ada siapa nampak pun.. '' balas qaisarah..

'' kami balik bilik dulu lah yea.. '' kata hanif meminta diri.. Qaisarah berjalan mengikut langkah hanif.. Tangannya melambai kearah dhia dan khairul.

'' hubby... '' belum sempat dhia menghabiskan ayatnya.. Khairul menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan tak mahu dhia membahaskan isu qaisarah.

'' tak bagus bagi seorang ibu yang sedang mengandung pikir kan perkara-perkara macam tu.. Tak elok sayang... '' tegur khairul.

Dhia menarik bibirnya muncung...

'' tu isyarat apa.. Minta cium eh? '' khairul menarik dhia kedalam pelukannya..

'' jangan hubby!'' dhia menutup mulut khairul dengan tangannya. Khairul menarik tangan yang menutup mulutnya turun.. Bibirnya singgah di dahi dhia..

'' buatlah muncung macam tu lagi.. Tak kira, kita kat public ke mana ke.. Hubby tak teragak-agak nak cium sayang... '' kata khairul.. Mengugut.

Dhia mengemam bibirnya kedalam.. Kemudian membalikkan matanya..

'' ha.. Yang tu pun tak boleh juga!'' khairul menunjukkan kearah mata dhia.

'' Apa!'' marah dhia.

'' mata tu.... '' kata khairul.

'' ahh! Semua tak boleh.. !'' dhia menarik tangannya yang berada didalam genggaman khairul.. Kemudian berlalu pergi meninggalkan khairul..

'' sayang nak kemana tu? '' tanya khairul masih kekal ditempatnya berdiri.

'' balik bilik la.. Tidur!'' laung dhia.. Yang sudah semakin jauh melangkah.

'' tapi bilik kita arah sini sayannngggg!'' laung khairul pula..

Terhenti langkah dhia.. Dhia mula mendongak melihat sekeliling..

'nak marah.. Tapi.. Salah jalan pulak.. Nak pusingke tak.. Ada jalan lain tak?' dhia menggigit bibir bawahnya.. Tapi masih jugak dia tak berpaling..

'' sayang.. '' suara itu membisik di telinga dhia.. Meremang tubuh dhia bila mendengar suara khairul serak-serak basah itu memanggilnya dengan lembut..

'' dah jangan marah yea.. '' khairul membawa tubuh dhia untuk berpusing mengadapnya.. Tangannya melingkari pinggang dhia.. Mereka sama-sama berjalan menuju ke bilik mereka.

Dhia diam sahaja mengikut khairul.. Pintu bilik tidur mereka dibuka.. Sebaik kad bilik disematkan ke tempatnya.. Terang benderang lah bilik tersebut..

'' bau apa ni? '' tanya dhia.. Bila menghidu bau wangian.. Tapi dia tak dapat meneka bau itu datang dari mana..

Khairul masuk menutup separuh dari lampu bilik tersebut.. Dhia berpaling mahu memarahi khairul.. Tapi.. Dhia melihat ada banyak lilin yang tersusun disitu.. Dari ruang makan.. Sampailah ke ruang menonton televisyen..dan ada juga disisi katil..

'tak terbakar ke buat macam ni?'

Bilik itu dipenuhi dengan jambangan bunga mawar sama warnanya seperti yang diberikan oleh khairul sebelum ni.. Dhia berpaling melihat kearah khairul..

'' hubby buat semua ni? '' tanya dhia.

'' takkkk... Ibu yang buat'' perli khairul.

''baiknya ibu.. Esok awal-awal pagi.. Sayang kena pergi cari ibu lah.. kalau macam tu.. '' dhia berjalan menghampiri khairul.. Memegang kedua-dua tangan khairul..

'' sebab nak ucap dekat ibu... Terima kasih sangat sebab buat semua ni untuk menantu dia.... '' kata dhia sambil mengoyang kan tangan khairul..

'' really..? '' khairul ketawa kecil. Dia terus menangkap tubuh kecil dhia masuk kedalam pelukannya.. Dipeluknya tubuh dhia erat-erat..

'' tapii--''

'' ada jugak! .. Sayangggg..''

'dalam suasana macam ni pun.. Masih jugak ada TAPI nya..'

'' tapi apa sayang'' khairul menegaskan nada bicaranya.

''hantaran tu untuk siapa? '' tanya dhia menunjukkan kearah hantaran yang digubah cantik tersusun elok diatas katil mereka..

'' laa.. Boleh tanya pula.. Of course la untuk sayang.. Siapa lagi kalau bukan untuk bidadari.. Milik khairul zulhairy.. '' khairul menarik hidung dhia lembut..

Dhia segera melepaskan pelukan dari khairul.. Berjalan ke arah katil.. Melihat hantaran tersebut.

'aiii.. Ditinggal nya kita ni..' keluh khairul.

'' ingat khairina yang punya.. '' kata dhia. Mengangkat beg tangan yang ada di atas dulang hantaran itu..

'' siapa kata.. Tadi tu semua sayang punya lah.. '' kata khairul lagi..

'' tapi.. Kita tak beli pun.. '' balas dhia. Berpaling melihat kearah khairul.

'' memanglah... Sebab hubby belikan semuanya sendiri.. Termasuklah gift yang semalam.. '' khairul ketawa..

'' eeeeii.. Tak malu.. Gatal..'' kata dhia dengan wajah yang sudah merona merah.

'' malu? Kalau malu sendiri rugilah.. '' perli khairul.. Mereka sama-sama ketawa..

'maka nikmat Tuhan yang mana kau dustakan... Sesungguhnya bercinta dengan insan yang halal itu lebih bermakna nilainya.. Aku sendiri telah merasakannya.. Sungguh ianya bukannya satu dusta..' khairul mengelus lembut pipi dhia.. Melihat dhia yang sedang tersenyum manis kepadanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience