BAB 25

Romance Completed 367824

Hanif berpaling sekilas melihat kearah isteri yang baru dinikahinya. Dhia yang sedang dipeluk erat oleh Qasrina.. Wajah itu merah sedang menahan tangisannya. Terdetik rasa bersalah didalam hatinya mengunakan dhia sebagai pengganti.

'' pengantin lelaki boleh solat dulu.. Boleh ajak pengantin perempuan solat dulu.. Sebelum acara batal wuduk.. '' tegur satu suara lelaki tua yang ada disitu..

'apa! Solat dengan dia..' dhia dirundung gelisah.

'' dhia masih ada wuduk kan?'' tanya Qasrina. Dhia mengangguk..

'' masuklah solat dengan hanif.. '' kata Qasrina menunjuk kearah hanif yang tak jauh dari mereka. Hanya anggukkan kepala menjawap kepada Qasrina.

Dhia berjalan mengikut sahaja di belakang hanif.. Sebaik masuk kedalam.. Ada dua sejadah sudah dibentangkan..

'' dah siap?'' tanya hanif kepada dhia.

'' dah'' balas dhia kekok..

Sebaik selesai solat dua rakaat pertama sebagai pasangan suami isteri.. Hanif berpaling melihat kearah dhia yang ada di belakangnya.

''aaiip.. Tunggu.. '' tegur satu suara mengejutkan hanif yang baru ingin menghulurkan tangannya kepada dhia.

'' urusan diluar belum selesai.. Mari kita yea.. Ramai ahli keluarga yang lain sedang menunggu tu.. '' usik suara itu lagi.

'' yea lah.. '' kata hanif menarik kembali tangannya dan bangun. Dhia juga bangun melipat sejadah yang baru digunakan dan berjalan keluar dari bilik.

Dhia kembali diminta duduk dia atas pelamin tadi kali ni bersama dengan hanif.. Tak lagi ditemani oleh Qasrina.

'' bagi dia baca taklik tu.. '' kata jurunikah menyuakan sekeping surat kepada hanif.

Hanif meletakkan sebelah tangannya di atas kepala dhia yang bertudung senada dengan bajunya.. Membuatkan kepada dhia tertunduk kebawah.

“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya.. Dhia Qaleesha.. bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggalkan saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya, Dhia Qaleesha itu dengan satu talak.” Lafaz Hanif dengan lancar tanpa gugup sedikit pun dalam nada bicaranya.. Yang gugup nya adalah dhia. Menangkap setiap bait kata yang baru dilafazkan oleh hanif.

'Ya Allah, aku sedang memperjudikan satu ikatan yang suci.. Ikatan perkahwinan yang dibina sekadar suka-suka..'

'' selesai dah.. '' kata juru nikah.. Menyuakan beberapa dokumen untuk pasangan yang baru dinikahkan nya untuk meminta tandatangan mereka berdua.

Hanif menyambut setiap helaian yang dihulurkan kepadanya.. Satu persatu ditandatangani nya.. Kemudian dia menyerahkan kepada dhia.. Dhia turut melakukan hal yang sama..

'' boleh lah teruskan dengan sarung cincin semua tu ya.. Saya dah selesai.. '' kata jurunikah tersebut..dengan gelak ketawa.

Dhia diam saja di atas pelamin memandang kosong ke satu arah.

'' dhia.. Hulur tangan tu.. '' kedengaran suara Qasrina menegurnya.. Membuatkan dhia tersentak.. Lalu memandang kepada hanif yang sedang tersenyum, meminta tangan dhia untuk upacara menyarungkan cincin sekaligus membatalkan air sembahyang.

Dhia masih membatu.. Hanif memberi isyarat mata kepada dhia.. Menerung kearah tangannya yang sudah bersedia dari tadi untuk menyarungkan cincin ke jari manis dhia. Segera dhia menghulurkan tangannya.. Cincin emas berbatu tunggal itu disarungkan di jari manis dhia..

'longgar.. Ini kan saiz jari manis kakak..' dhia melihat sahaja jari yang baru disarungkan cincin oleh hanif.

'' salam tangan suami tu dhia.. Cium tangan tu.. '' tegur Qasrina lagi.. Mengundang gelak ketawa dari tetamu yang hadir.

'kenapa mereka masih boleh ketawa.. Tak tahukah mereka.. Atas dasar apa perkahwinan ini didirikan..'

Dhia menunduk dan menyambut tangan hanif lalu menciumnya.. Dia merasakan tangan hanif menyentuh lagi kepalanya.. Lama keadaan itu berlangsung kerana banyak jurugambar tak diiktiraf ketika itu sedang sibuk mengambil gambar.

Puas mereka ketawa, dan meminta beberapa kali aksi itu diulang lagi. Selepas selesai semuanya.. Dhia kembali masuk kedalam bilik.. Manakala yang lain pergi menjamu selera. Menjamah makanan yang disediakan oleh pihak perempuan.

'' esha!''

'' jomlah kita makan dulu.. '' ajak hanif masuk kedalam bilik.

'' Esha tak lapar.. '' balas dhia tanpa berpaling.

'' sekurang-kurangnya makan lah sedikit, family abang masih ada diluar.. '' kata hanif. Dhia menarik nafasnya dalam dalam sebelum menghembuskan keluar.

'' baiklah.. '' balas dhia.

Mereka berdua berjalan keluar makan bersama dengan rombongan sebelah pihak lelaki.. Dari situ juga dhia berkenalan dengan abi dan umi hanif.. Dhia dapat menangkap yang umi hanif seperti tak menyukainya menjadi menantu keluarga itu..

'mungkin dia mahukan kakak yang menjadi menantu dia..' keluh hati dhia.

Namun dhia tetap melayan keluarga Hanif semampunya selayak menantu keluarga itu. Hanif sentiasa berada di sampingnya sepanjang majlis itu berlangsung.. Sehinggalah ahli keluarga hanif pulang, barulah dhia masuk semula kedalam rumah.. Dhia memilih untuk solat dan sekaligus menyalin pakaian akad nikah itu didalam biliknya sendiri.

'' Esha! Buat apa kamu di dalam bilik ni? '' tanya Qasrina.

'' buat apa mak? Ni kan bilik Esha.. Esha baru sudah solat.. '' balas dhia santai.

'' suami kamu ada di bilik pengantin.. Tunggu nak solat dengan kamu, cari kamu tak ada.. Tu mak agak kamu ada didalam bilik ni.. '' kata Qasrina berjalan masuk kedalam bilik dhia.

'' Esha baru selesai solat mak.. Baru saja sudah.. '' balas dhia. Menunjuk kearah telekung dan sejadah yang baru disidainya.

'' pergi lah beritahu hanif sendiri.. '' Qasrina berjalan keluar dari bilik anaknya.. Tak mahu memanjangkan isu itu..

Dhia yang sedang menyikat rambutnya, meletakkan sikat di atas meja belajar nya.. Lalu, berjalan keluar dari biliknya dan ke bilik pengantin. Dia melihat hanif sedang solat sendirian disitu. Dhia berpaling melihat kearah meja solek.

'' kenapa Esha tanggalkan cincin tu? '' tanya hanif sebaik dia selesai solat.

'' cincin ni tak sesuai untuk Esha.. Ia lebih sesuai untuk kakak.. '' kata dhia melihat ke dalam bekas cincin yang terisi cincin nikah nya.

'' abang akan balik ke rumah abi dan umi.. '' kata hanif sambil melipat sejadah yang baru digunakannya.

'' dhia ada yang nak tanya, abang.. Ada benda yang perlu dibincangkan'' kata dhia membelakangkan hanif.

'' abang tahu.. '' balas hanif.

'' tunggu esok, abang akan jemput Esha.. Esok kenduri rumah abang.. Lepas tu Esha nak tanya apa pun abang akan jawap.... '' kata hanif berdiri dibelakang dhia.

'' abang balik dulu.. Assalamualaikum. '' ucap hanif berjalan keluar dari bilik pengantin itu menuju ke pintu utama rumah tersebut.

Dhia melihat sahaja lelaki yang bergelar suaminya berlalu pergi.. Dia tak merasa apa-apa semasa melihat hanif pergi. Entah kenapa dia yakin hubungan ini tidak akan kekal lama.

'kalau kau tahu kebenarannya.. Mungkin malam ni juga aku akan bebas diceraikan ..' terdetik dihati dhia.

Malam itu dia tidur di bilik asalnya. Disebabkan bilik pengantin itu tidak berpenghuni.. Mereka memberikan kepada sanak saudara yang bermalam di rumah mereka malam itu.

Dhia yang tak boleh melelapkan mata berjalan keluar dari biliknya.. Ada beberapa orang masih berjaga di ruangtamu..menonton televisyen sambil mengunyah manisan yang diberikan oleh pihak lelaki sebagai hantaran.

'' kenapa tak tidur lagi.. Esok kita nak kerumah pihak lelaki pula.. '' tegur dhani kepada anak buahnya masih tergolek golek di ruang tamu.

'' sekejap lah pakngah.. Sekejap lagi kami masuk tidur.. '' balas mereka..

Dhia yang melihat ayahnya disitu, segera dia berpaling masuk kedalam bilik maknya.. Qasrina masih belum terlena, dia baru selesai solat isyak.

'' Esha.. Masuklah.. '' kata Qasrina.

'' ada benda yang esha nak tanyakan kepada mak.. '' kata Esha.

'' tanyalah Esha.. ''

'' kenapa tiba-tiba kakak nikah, bukan kata nak tunang dulu? '' tanya dhia.

'' itulah.. Mulanya memang nak tunang dulu, tapi Tiba-tiba tukar.. mereka berdua yang setuju nak nikah terus.. Tapi sehari sebelum tu.. Kakak kamu berbeza sangat. Entah apa yang dia pikir kan.. Lepas tu hilang..lari macam tu saja.. Lepas tu apa lagi mengamuk lah umi hanif tu.. Sebab pihak mereka dah siapkan semuanya.. '' terang Qasrina.

'jadi hanya sebab itu.. Yang jadi mangsanya, esha!'

'' Esha masuk tidur dulu lah.. '' kata dhia lemah dan berpaling pergi.

'' terima kasih Esha.. Mungkin ini terbaik buat Esha.. Cuba buka hati untuk terima hanif.. Dia seorang lelaki yang baik.. Esha.. '' kata Qasrina.

Dhia bejalan keluar dari bilik Qasrina, terus masuk kedalam biliknya sendiri dan melabuhkan tubuhnya ke atas katil miliknya.

Sementara di sana.. Khairul yang sudah berhari-hari menunggu di luar rumah teres dua tingkat itu.

'' kenapa harini dia tiada.. Langsung dia tak keluar dari rumah.. Hanya dua kawan dia saja yang asyik keluar masuk.. Mana dia pergi? '' khairul memukul stering keretanya.. Dia sendiri tak tahu, kenapa dia buat semua ini.. Setiap kali dia, balik kerja dia akan terus kesini.. Untuk melihat dhia.

Walaupun tak dapat bertemu terus dengan dhia.. Asal melihat bayangan dhia dari tingkap biliknya itu sudah memadai baginya.

Harini dia kecewa, tak dapat melihat dhia. Demi melihat dhia dari jauh.. Dia telah melupakan aktiviti malamnya. Dia berjaga di luar rumah dhia sehingga ke subuh barulah dia pergi meninggalkan kawasan perumahan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience