BAB 29

Romance Completed 367824

'' kakak!!'' tegur dhia bila melihat kakaknya tiba-tiba ada didepan pintu rumah sewanya.

'' hai!'' kata qaisarah melambai santai kepadanya.

'' kakak kemana? kenapa kakak disini!apa kakak buat disini? '' satu persatu soalan terbit dari bibir dhia. Manakala dua beradik yang berada didalam rumah itu sekadar mengintai.. Tak pula mereka menyampuk dhia dan qaisarah sedang bercakap.

'' sabar la.. Kalau ya pun.. Bagilah kakak masuk dulu.. '' kata qaisarah.. Lalu dia memberi salam dan melangkah masuk kedalam rumah tersebut.

'' kakak!''

'' Esha tanya ni.. Kakak dari mana? Dan kemana kakak pergi? tahu tak semua orang sedang cari kakak.. Kenapa kakak off phone kakak... '' kata dhia tak senang selagi kakaknya tak menjawap persoalannya.

'' kakak ada ikut tour jelajah Malaysia.. Makan masa satu minggu.. Tour semenanjung Malaysia.. Tengok ni kakak ada belikan buah tangan untuk Esha.. '' kata qaisarah santai lalu membuka beg galas yang masih melekat di belakang tubuhnya.

'apa!! Kakak kemana!!TOUR!!kepala hotak.. !'

'' akak dah gila ke? !!'' jerkah dhia. Kesabarannya sudah tak dapat dibendung lagi.. Sudah beberapa hari dia dikelilingi oleh orang-orang yang pentingkan diri sendiri..dan qaisarah salah satunya.

'' apa Esha ni? kenapa tiba-tiba nak menjerit!'' kata qaisarah yang tergejut dengan jeritan adiknya.

'' sedap mulut Esha je nak kata kakak gila.. !'' kata qaisarah lagi.

'' kenapa kakak boleh pergi di hari kakak akan menikah.. Sebab tu Esha kata kakak gila!'' marah dhia.

'' pernikahan tu dibatalkan lah.. Kenapa Esha nak sibuk.. '' balas qaisarah seperti tiada apa apa yang berlaku.

Dhia ketawa.. Ketawa sampai sakit perutnya..

'' batal? '' kata dia tersenyum sinis, melihat dengan wajah yang qaisarah sendiri tak membaca, apa yang tak kena dengan adiknya itu.

'' kenapa Esha perlu ada seorang kakak yang tak sematang usianya.. '' perli dhia. Membuatkan qaisarah yang sedang terduduk itu bangun berdiri tegak.

'' apa maksud Esha? '' tanya qaisarah tak puas hati.

'' mana handphone kakak? '' tanya dhia menyuakan tangannya..

'' handphone kakak hilang semasa tour tu. '' jawap qaisarah.

'' alasan..!! Kakak memang pandai bagi alasan.. Kalau kakak tak nak nikah dengan abang hanif, kenapa kakak tak cakap terus terang dengan dia.. Perjelaskan semuanya.. Tak perlu terus bagi dia harapan kepada dia.. Harapan palsu kakak tu.. !!'' luah dhia dengan panjang lebar.

'' apa yang esha merepek ni..? ''

'' siapa yang merepek.. Kakak tu yang hipokrit.. Boleh menghilang macam tu saja tanpa beritahu sesiapa.. '' balas dhia.

'' Esha sendiri tahu kan.. Kalau kakak beritahu.. Dah tentu kakak tak boleh pergi.. Tak ada siapa yang nak dengar, apa yang kakak cakapkan.. '' kata qaisarah.

Dhia tak membalas, dia naik keatas menuju kedalam biliknya.. Mengambil telefon bimbitnya dan membuat panggilan..

'' assalamualaikum mak.. '' dhia memberi salam sebaik sahaja panggilan disambungkan.

'' waalaikummusalam, Esha.. '' jawap Qasrina ceria disebelah sana..

'' mak.. Ada no telefon abang hanif? '' tanya dhia.

'' Ya Allah, kamu ni Esha.. Macam mana kamu tak ada nombor telefon suami kamu sendiri.. '' bebel Qasrina di sebelah sana.

'' Esha dah ambil.. Tapi lupa nak save nombor dia..'' bohong dhia kepada Qasrina.

'' tunggu kejap mak ambilkan nombor hanif.. '' kata Qasrina, dhia dapat mendengar dengan jelas ganggang diletakkan dan kemudian diangkat semula oleh Qasrina.

'' dengar mak nak bagitahu ni.. '' kata Qasrina disebelah sana.

Qasrina membaca nombor milik hanif.. Manakala dhia mencatatkan nombor tersebut.. Kemudian dia mematikan panggilan.. Selepas memberi salam kepada Qasrina. Sebaik panggilan diputuskan, dhia terus mendail nombor hanif.

'' assalamualaikum '' suara hanif yang memberi salam terlebih dahulu..

'' waalaikummusalam.. '' jawap dhia.

'' kenapa Esha? ada yang tak kena? '' tanya hanif disebelah sana.

'' abang ada nombor Esha? '' tanya dhia. Kedengaran suara hanif ketawa kecil disebelah sana.

'' tentulah.. Takkan tak ada nombor isteri sendiri.. '' suara hanif kedengaran ceria di sebelah sana.

'' tak kelakar ok.. '' balas dhia mematikan gelak tawa hanif disebelah sana.

'' abang! Kakak ada disini.. '' kata dhia tanpa membuang buang masa lagi.

Suasana menjadi hening seketika.. Hanif terdiam tak membalas sepatah pun kepada dhia yang sedang menunggu..

'' abang!'' dhia melihat telefon bimbitnya.. Ternyata nombor minit panggilan masih menghitung naik.. Menandakan panggilan masih bersambung..

'' abang! Dengar tak ni? '' tanya dhia..

'' ya Esha? '' kata hanif disebelah sana.

'' kakak Sarah ada disini.. Ada dirumah sewa Esha dibandar.. '' ulang dhia lagi.

''..... '' hening lagi di sebelah sana.

'' abang nak datang tak? '' tanya dhia.

'' Esha dah tak sabar nak cerai dengan abang.. Nampaknya.. '' balas hanif disebelah sana..

'' dah kenapa abang ni..? '' tanya dhia keliru.

'' abang nak cakap dengan kakak ke? Esha bagi abang cakap dengan kakak.. '' kata dhia berjalan turun kebawah.

'' tunggu Esha..! '' kata hanif, membuatkan langkah kaki dhia yang sedang menuruni anak tangga terhenti.

'' esok abang datang kesana, boleh yea Esha.. Abang sedang kerja ni.. Esok abang akan kesana.. Esha tolong, jangan benarkan kak Sarah kemana-mana dulu.. '' pesan hanif.

'kenapa aku rasa macam ada yang tak kena saja ni? ada apa-apa yang berlaku ke?' hati dhia dapat merasakan sesuatu dari nada bicara hanif.

'' yea lah.. Esha tunggu abang datang besok.. '' balas dhia.

'' terima kasih, esha.. Assalamualaikum '' kata hanif.

'' waalaikummusalam '' jawap dhia dan panggilan dimatikan.

Dhia berjalan ke bawah.. Melihat kakaknya sedang makan bersama dengan marissa dan marina.

'esok kakak.. Semuanya akan selesai esok..'

'' kakak bermalam saja disini.. '' kata dhia.

'' hemm.. Memang kakak ingat macam tu.. Nak duduk disini beberapa hari.. '' kata qaisarah.

'beberapa hari?!! '

'' kakak tak kerja? lamanya kakak cuti? '' tanya dhia.

'' kakak ambik cuti.. '' balas qaisarah.

'' lamanya kakak cuti.. '' kata dhia cuba mencungkil apa yang sebenarnya terjadi.

'' ha ah.. Kakak minta tukar.. Kakak diberikan cuti sementara proses penukaran tu.. '' terang qaisarah.

'' tukar? Tukar kemana? '' tanya dhia kebingungan.

'' ada kosong di bandar putra tak jauh dari bandar ni.. Jadi kak minta tukar.. '' kata qaisarah santai. Melopong dhia seketika.

'' kakak.. '' kata dhia lemah. Tersadai dia di kerusinya.

''kakak tukar tempat kerja! Tak beritahu sesiapa pun?''dhia yang tadi tenang kembali berangin semula.

'' ini hidup kakak kan.. Lagipun sampai bila kakak nak tinggal di kampung tu.. '' rungutnya lagi..

'' selama ni ok saja Esha tengok kakak tinggal di kampung tu.. Kenapa tiba-tiba kakak nak tinggal di bandar pula? '' tanya dhia tak mengerti.

'' kakak nak juga cuba tinggal di bandar.. Macam Esha.. Salah ke? '' kata-kata yang keluar dari mulut qaisarah membuatkan dhia menyerabutkan rambutnya sendiri..

'' dhia.. '' marissa cuba menenangkan sahabatnya itu. Walaupun dia sendiri tak mengerti apa yang sebenarnya terjadi.

'' Esha tak tahu apa yang sebenarnya yang kakak pikir kan..dan Esha sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.. '' bentak dhia.. Dia berjalan keluar dari rumah itu.. Tak dapat mengadap dengan perangai qaisarah.

'' dhia nak kemana? dah malam ni..'' kata marissa risau.. Takut perkara yang lepas berlaku lagi kepada dhia.

'' risa.. Aku keluar kejap ke kedai depan tu.. Kejap lagi aku balik.. '' kata dhia menyarungkan selipar di kakinya.. Berjalan pergi keluar dari rumah.

'' dhia.. Dhia.. '' laung marissa.. Tak menghentikan langkah dhia yang sudah menghilang. Didalam kelam malam.

Dhia tak tahu kemana harus dia tuju.. Kakinya menghayun kan langkah ke kedai serbaneka yang pernah dia kerja sebelum ini.. Dia sudah tidak berkerja disitu lagi sejak kejadian malam itu..

''hai rindu nak kerja balik ke?'' tanya kakak yang menjaga kaunter.

'' entah lah kak.. Tiba-tiba saja dhia dah ada disini.. '' kata dhia..

'' rindu lah tu... Tapi, tak nak mengaku... '' usik kakak itu lagi.. Seraya itu kakak itu berpaling kearah pintu bila ada seorang pelanggan lelaki masuk kedalam kedai itu..

Dhia berjalan perlahan-lahan melewati peti sejuk yang mempamerkan beraneka jenis air di dalamnya.. Dhia memerhatikan setiap satunya..

'tak menarik..' keluhnya.

Dia berjalan pula kearah mesin layan diri.. Kemudian dia mengeluh..dan menggigit bibir bawahnya melihat mesin air yang sedang berputar putar menarik perhatiannya..

'' kak dhia nak ambik ni.. '' kata dhia menunjukkan kearah mesin tersebut.

'' woi.. Malam-malam nak minum air tu ke..terketar nanti oiii.. '' tegur kakak itu di kaunter.

'' alah.. Dhia nak juga.. '' kata dhia.

'' nah ambik cup ni.. Isi sendiri.. Jangan nak manja sangat.. Macam tak biasa pula.. '' kata kakak itu lagi.

Dhia melebarkan senyumannya.. Dia mencampurkan beberapa perisa yang ada.. Sebelum dia ke kaunter sempat dia mengambil sebungkus roti yang ada didalam cermin kaca dibawah sinar lampu yang berwarna jingga itu..

'' kira kak.. '' kata dhia sebaik sampai di kaunter.

'' cukup ini saja ke? makan roti je malam ni kau dhia, patutlah badan tak naik-naik.. Makan cerewet. '' kata kakak itu.

'' hemm.. Nak buat macam mana.. '' balas dhia.

''untung lah''..

Dhia berjalan keluar.. Duduk di kerusi diluar kedai serbaneka tersebut.. Sambil melihat kearah kereta yang lalu lalang.. Bunyi pintu kedai serbaneka itu terbuka membuatkan dhia berpaling melihat kearah lelaki yang baru keluar dari situ.. Sebelum berpaling semula melihat kearah jalan.

'dia tak kenal aku?' khairul terasa bila melihat dhia tak mengendahkannya.. Dia berjalan menjauh sedikit sebelum memilih untuk bersandar di dinding kedai. Tak jauh dari situ.

Dari situ khairul dapat mendengar bunyi telefon dhia berbunyi.. Dia melihat dhia seperti sengaja lambat-lambat untuk mengangkat panggilan itu.

'' hello... ''

'' aku ok.. ''

'' kejap lagi aku balik.. ''

Khairul mendengar setiap bait kata yang dhia ucapkan, sampai dhia mematikan panggilan.. Dhia tidak pun minum minuman yang dibelinya tadi .. Begitu juga dengan roti nya.. Air itu dibiarkan saja terletak disebelahnya..

'kenapa? Apa yang sedang dia pikir kan?' khairul rasa ingin tahu.. Tapi dia takut dhia akan menjauhkan diri sebaik tahu kehadirannya di situ ..jadi khairul memilih untuk kekal diam ditempatnya melihat sahaja dulu..

Dhia mengambil air yang sudah cair separuh itu dan meminumnya perlahan-lahan.. Bekerut wajah dhia dibuatnya.. Entah kenapa air itu tidak sedap di tekaknya.. Dhia tak menyambung meminum air itu. Dia segera membuang air tersebut ke dalam tong sampah. Kemudian berjalan pulang ke rumah.. Tanpa dia sedari ada khairul mengikutnya di belakang.. Khairul melihat sahaja dhia masuk kedalam rumahnya.. Walaupun hanya melihat begitu.. Khairul merasa puas.. Dia masuk kedalam keretanya dan memandu pergi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience