BAB 15

Romance Completed 367824

Dhia fokus dengan pemanduannya.. Sekali sekala mereka bertiga menyanyi mengikut lagu yang diputarkan oleh dj radio,sekadar menghilangkan rasa bosan agar tak terlena semasa tempoh perjalanan itu.

'' dhia.. Kakak nak tanya ni? '' marina bersuara.

'' tanya apa kak..tanyalah.. Macam tak biasa pulak kakak ni.. '' katanya sekilas melihat ke arah cermin pandang belakang dan cermin sisi.. Dia memastikan agar selamat untuk dia bersembang dengan santai.

'' kakak tengok zarif tu baik saja orangnya.. Tapi.. kenapa dhia layan dia macam endah tak endah saja..kesian dia. '' kata marina seraya tangannya membuka laci kereta dan mengeluarkan wang yang di tinggalkan oleh zarif tadi.

'' kakak rasa dia baik sebab apa? Kakak jangan cakap, sebab dia bagi duit tu.. Kakak terus anggap dia seorang lelaki baik, kak.. Tu rasuah namanya.. '' balas dhia dengan gelakan kecil dihujung ayatnya.

Marissa yang awalnya sedang bersandar di kerusi belakang, bermain telefon. Memajukan tubuhnya ke hadapan, duduk rapat sambil berpaut ke kerusi hadapan yang di duduki oleh kakaknya dan juga sahabatnya. Dia tertarik dengan topik yang mereka sedang bincangkan itu.

'' ishhh dhia ni, dia sendiri kata ikhlas kan tadi.. Jimat lah duit kakak.. Lebih pada cukup buat belanja pergi balik ni.. Dhia ooi.. '' kata marina suka, sampai dia tak sengaja menampar bahu dhia. Bergegar kereta yang sedang dipandu dhia ketika itu.. Dhia mencekam stering kereta dengan erat..mereka masing-masing cemas dengan situasi yang baru berlaku tadi. Kereta begerak ke kiri dan kanan..

''kak! Kak bagi dhia takut.. ''kata dhia.. Melihat ke cermin belakang.. Ada kereta dari arah belakang memberi isyarat lampu kepadanya.

'' sorry.. Sorry.. Kakak lupa dhia pemandu amatur.. '' balas marina mengurut bahu dhia yang baru ditamparnya tadi.

'' jangan main-main kak, tak sampai kita nanti.. '' kata Marissa yang sedang memeluk belakang kerusi Marina.

'' kakak terlupa.. Tak sengaja.. '' kata marina menyusun sepuluh jarinya memohon maaf.

'' dhia ok..? Ke nak tukar dengan kakak.. Berhenti di tepi.. Kita tukar.. '' cadang marina.

'' dhia ok.. InshaAllah dhia pandu sampai ke kampung.. '' balas dhia. Masih memegang erat stering kereta.

'' betul ni? '' tanya marina lagi untuk kepastian.

'' betul.. '' balas dhia sambil menayangkan senyumannya.

'' fuh!!! Nasib, kalau tak entah apa nak cakap dengan encik abang dhia nanti.. '' usik marina.

'' ishh.. Kak ni! Ke situ pulak.. '' potong dhia.

'' berbalik kepada soalan kakak tadi.. Nak tanya. Kenapa ekk, dhia tak suka dia.. Nampak kesungguhan dia tu.. Zarif tu macam suka sangatttt...dekat dhia.. '' kata marina.

'' maksud kak. Dia suka tuu.. Macam mana? '' tanya dhia.

'' adoii.. Budak ni.. Cinta.. Rasa kakak la.. Dia tu dah jatuh cinta dengan dhia.. Faham ke tak'' kata marina.. Tiba-tiba dia merasa geram pula dengan dhia. Polos.

''apa kakak kata? cinta! wujudkah cinta tu kak? '' tanya dhia sambil ketawanya pecah..

'' kenapa pula dhia kata macam tu.. Tentulah cinta tu wujud kan.. '' kata marina dengan yakin nya.

'' dulu.. Mak dan ayah dhia pun bercinta juga kak.. Bercinta sampai mak sanggup dibuang keluarganya sendiri.. Hanya untuk bersama dengan ayah.. Tapi akhirnya.. Ayah sekarang dah kahwin lain.. Mak pula terpaksa bermadu.. Berkongsi kasih ayah.. Dimana yang di namakan cinta tu kak? .. Mak setia bersama ayah.. Dulu mak senang, datang kepada ayah.. Cukup lengkap.. Cantik, barang kemas penuh di badan mak.. Lepas kahwin, satu apa pun tak ada.. Habis semuanya digadaikan.. Mak tak kisah, asal boleh bersama dengan ayah.. Tapi... Ayah sendiri yang tak setia dengan mak.. Lupa semua, apayang mak dah korbankan untuk bersama dengan ayah .. '' luah dhia dengan panjang lebar. Tanpa dia sedar dia memandu dengan penuh emosi.. Habis semua kereta dipotong nya.

'' dhia.. Dhia..! ''

'' pandu sebelah kiri saja dhia... '' kata marina cemas.. Tangannya memegang erat tali pinggang yang melilit tubuhnya.

'' kenapa kak? '' tanya dhia hairan.

'' mau kena saman ni dhia.. Laju nya kamu pandu.. Kalau emosi pun, jangan lepas atas jalan raya dhia.. Bahaya.. '' tegur marina.

'' maaf kak.. Teremosi pula.. '' kata dhia. Dia mula memperlahankan kenderaan yang dipandunya..

'' dhia.. Kau jangan..'' kata Marissa pula..

''kakak pun janganlah tanya perkara yang sensitif.. Dhia ni dari dulu suka ikut emosi dia.. '' sambung Marissa lagi.

'' manalah kakak tahu.. Kakak cuma tanya.. '' kata marina pula.

'' dhia nak minta kakak dan risa rahsikan tentang zarif.. Boleh? Jangan sampai ahli keluarga dhia tahu.. Takut nanti nya ayah tak benarkan dhia ke bandar lagi.. '' kata dhia mendatar..

'' jangan risau.. Kakak tak akan sebut nama zarif didepan mereka.... '' janji marina.

'' aku pun.. Kita sembang kita sudah lah.. Aku tahu family kau macam mana.. Tambah-tambah ayah kau yang garang tu.. Takut aku. '' kata Maria menayangkan wayah takutnya kedua dua tangannya memegang pipinya sendiri.

'' lepas ambik keputusan SPM ni.. Macam mana? Nak kerja atau sambung belajar? '' tanya marina.

'' entah lah kak, kalau ikutkan.. Dhia dah selesa macam ni.. '' kata dhia.

'' jom kita sambung belajar dhia.. Sambung dekat bandar.. Dekat kolej yang dekat dengan rumah kita tu.. '' kata Marissa ceria.

'' dhia.. Takut dhia tak mampu nak bayar yuran dia.. Mesti mahal kan.. Keluarga dhia tak mampu.. Kalau mampu pun, ayah tak akan bagi.. Nanti jadi macam kak Sarah.. '' kata dhia..bernada kecewa.

'' cuba lah dulu dhia.. Mana lah tahu rezeki kamu.. Kamu boleh bekerja sambil belajar kan.. Tapi kenalah pandai bahagi masa.. '' kata marina.

'' tu lah dhia.. Kita cuba dulu.. Rugilah kau belajar penat-penat masa SPM tu.. Lepas tu kau tak sambung.. '' pujuk Marissa.

'' teringin tu memang.. Tapi.. Duit.. '' kata dhia sambil ketawa.

'' minta dengan abang eijaz, mesti dia boleh pinjamkan.. '' usik Marissa.

'' ituuu..lagi lah aku tak nak!!'' keluh dhia.

' jauh sekali dia nak minta tolong kepada eijaz.. Kalau boleh, dia tak mahu bergantung kepada sesiapa.. Tak mahu berhutang budi kepada sesiapa pun.. Nak hidup bebas aman... '

Tanpa mereka sedari.. Mereka sudah sampai ke simpang jalan masuk kedalam kampung mereka..

''dhia.. Pergi rumah dhia dulu.. Tak mengapa nanti kami boleh pusing balik.. '' kata marina. Kerana rumah dhia lebih jauh kedalam berbanding dengan rumah mereka.

'' baik kak.. Terima kasih.'' kata dhia tersenyum senang. Sekurang-kurangnya tak perlulah dia berjalan kaki ke rumahnya sendiri.

Kereta axia merah itu menyusuri masuk kedalam perkarangan rumah keluarga dhia.. Keluar qaisarah yang berada di dalam rumah sedang mendukung dhaniel ditangannya.. Berdiri seorang lelaki asing di sebelahnya..

Keluar dhia dari kereta sebelah pemandu tersenyum manis kearah kakaknya qaisarah..

'' esha!'' jerit qaisarah.

'' kakak!'' tak kurang juga dhia membalas dengan jeritan kepada kakaknya.

'' apa ni.. Anak dara dua orang ni! Malu kat orang, menjerit-jerit. '' marah Qasrina yang muncul di sebalik lelaki asing itu.

'' kau bawa kereta Esha? kau jangan nak buat gila Esha.!!. '' tegur qaisarah kepada adiknya.

'' ha.. Apa! Esha!'' seraya itu tangan Qasrina melekat di punggung dhia.

'' mak.. Esha dah ada lesen la .. '' kata dhia menahan tangan ibunya.. Qasrina ketawa lalu memeluk tubuh anaknya.. Rindunya bukan kepalang..

'' anak bertuah ni.!! . Kenapa tak reti nak call mak.. '' Qasrina menampar lengan dhia.

'' mak ni.. '' dhia memeluk Qasrina kembali dengan erat.. Lalu pipi Qasrina dicium dengan penuh sayang.

'' dhia.... '' panggil marina. Dhia melepaskan pelukan di pingang Qasrina berpaling melihat kearah marina dan Marissa.

'' Allahuakbar.. Mak lah ni, sampai Esha terlupa.. '' rungut dhia menunjuk kearah marina dan juga Marissa.

'' ish.. Salah orang pula.. Dia yang asyik peluk-peluk mak tadi, sampai tak sedar orang keliling. '' perli qaisarah. Sambil berjalan pergi dari situ.

''kami balik dulu makcik..'' kata marina menghulurkan tangan untuk bersalaman.

'' eh... Dah nak balik.. Masuk lah dulu.. '' pelawa Qasrina.. Kemudian bersalaman pula dengan Marissa.

'' tak apalah makcik.. Kami hantar dhia saja.. Takut nanti risau pula mak tunggu kami tak sampai-samai lagi.. '' kata Marissa.

'' dhia.. Beg kamu.. '' tegur marina.

'' iya.. '' sahut dhia.

Dia berjalan ke kereta, membuka pintu dan mengambil beg galas miliknya.

'' esok kita ke sekolah sama-sama yea.. '' kata Marissa.

'' naik basikal? '' tanya dhia.

'' tak.. Esok aku pinjam si merah ni.. Ambik kau.. Ok.. Apa-apa nanti aku call tau.. '' kata Marissa sambil menekan nekan badan kereta dengan jarinya.

'' boleh.. Aku tunggu kau call.. Kita pergi sekali. '' balas dhia.. Mereka bersalaman dan berpelukan.

'' rindu mak!'' dhia kembali memeluk Qasrina. Sebaik kereta axia merah itu hilang di halaman rumah mereka.

'' siapa tu mak.. '' tunjuk dhia dengan bibirnya yang muncung kepada lelaki yang sedang duduk di atas buaian besi bersama dengan kakaknya dan dhaniel.

'' itu kawan kakak kamu.. Nama dia hanif. '' jawap Qasrina.

'hipokrit.. Aritu kau cakap tak suka lah..! Soal hati lah.! . Tapi akhirnya, kau sendiri yang jilat ludah kau sendiri kak!' dhia memandang kearah mereka dengan pandangan yang dingin.. Menjeling kearah mereka.

'' berani pulak kakak bawa lelaki tu kerumah '' kata dhia.

'' ssshh.. Ayah kamu sukakan dia.. '' bisik Qasrina di telinga anaknya itu.

'patutlah.. Rupanya, dah dapat lampu hijau dari ayah. Kalau kakak Sarah, semuanya boleh.. Kalau Esha. Ada saja tak boleh itu ini.. Bersyarat sana sini..' walaupun dia sedang sakit hati. Dhia masih menarik senyumnya memandang kearah pasangan yang ditemani dengan dhaniel..

' lantak koranglah.. Janji tak kacau aku, dan aku tak kacau korang.. Tak ada masa aku nak campur urusan korang berdua. ' dhia berjalan masuk kedalam rumah sambil mengalas beg galas nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience