BAB 12

Romance Completed 367809

Marina menghantarkan adiknya dan juga dhia dihadapan kedai kek dan roti citra.. Dia tidak turun untuk singgah kerana mahu ke tempat lain selepas itu..

'' dah.. Kakak tak masuk tau.. Kakak hantar disini saja.. '' kata marina.

'' ok kak.. Kakak dah hantar ni pun, kami dah bersyukur sangat.. '' kata adiknya marissa.

'' betul tu kak.. Terima kasih kak.. '' kata dhia pula.

'' kerja baik-baik tau adik-adik.. Balik nanti, balik sendiri tau.. Jangan tunggu kakak pula.. '' pesannya lagi.

'' baik!'' jawap mereka serentak.

'' hai kalah kembar pula.. '' kata marina.. Membuatkan dua sahabat itu sama-sama ketawa.

Mereka berdua berjalan masuk kedalam kedai, dan bersiap untuk memulakan kerja.

Bunyi loceng di pintu, menandakan ada pelanggan yang datang ke dalam kedai.. Beberapa pekerja yang berada di hadapan segera mendongak dan mengucapkan selamat datang kepada pelanggan mereka, termasuklah dhia dan marissa yang bertugas di kaunter hadapan hari itu. Sedang sibuk menyusun kek dan roti di raknya. .

'' kau lagi.. !'' tegur lelaki itu.

'' siapa? Saya ke? '' tanya dhia bingung melihat lelaki itu tiba-tiba menegurnya.

'' encik kenal saya ke? '' tanya dhia. Dia merenung wajah lelaki itu. Sehinggalah dia terpandang kan anak mata yang berwarna kelabu kebiruan itu...

'lelaki ni.. Bukan yang... ! Tak mungkinlah!' dhia menafikannya.

'' saya lelaki yang cik dhia marahkan sebelum ni.. Di kedai serbaneka kerana potong barisan.. Tak ingat? '' tanya zarif.

'' hmm...mm... Saya dah lupa.. '' balas dhia gagap.

'macam mana dia boleh tahu, nama aku pula.. Nama aku ada tulis dekat dahi ke'

''oh mungkin sebab masa tu saya pakai penutup muka.. Jadi sebab tu cik tak kenal saya.. Saya zarif..'' kata zarif menyuakan tangannya kepada dhia.

Dhia memerhatikan saja tangan yang dihulurkan lelaki yang bernama zarif di hadapannya..

'' saya dhia.. '' balas dhia sekadar menjatuhkan kepalanya sedikit kepada lelaki yang bernama zarif yang sedang berdiri dihadapannya.

Tersenyum zarif ketika itu.. Perlahan-lahan dia menarik tangannya semula.

'uishh.. Ni bukan luar negara.. Nak main rembat salam sahaja tangan anak orang..' keluhnya sendiri.

Sejam yang lalu..

Zarif berjalan menuruni anak tangga ke bawah.. Kakinya menghayun kan langkah ke ruang makan untuk bersarapan.

'' morning bonda''sapanya seraya mencium pipi ufairah.

''morning.. Sayang.. Duduklah makan dengan bonda. '' kata ufairah mempelawa anak tunggalnya itu.

'' mana ayahanda? '' tanya zarif memandang sekeliling mencari kelibat ayahanda yang tidak kelihatan disitu.

'' ayahanda kamu awal-awal lagi dah ke pejabat.. Ada urgent meeting katanya.. '' balas ufairah seraya tangannya menyapu jem diatas roti bakar untuk zarif.

'' terima kasih bonda.. '' balas zarif menerima sarapannya dari ufairah.

'' kamu bila nak ke pejabat.. Kalau kamu ke pejabat, ayahanda kamu boleh lah berehat saja dirumah.. '' kata ufairah lagi.

'' hmm.. Next month la bonda.. Zarif dah bincang dengan ayahanda hal ni.. '' jawap zarif.

'' bagus lah tu.. '' kata ufairah tersenyum.

'' ahhh satu lagi.. '' kata ufairah.

'sudah.. Bonda ni jangan nak buka topik menantu lagi..' keluh zarif. Terbantut seketika kunyahan nya.

'' sementara kamu ada ni.. Boleh bonda nak minta tolong kamu.. ''

'' petang ni bonda ada minum petang dengan persatuan bonda di rumah kita.. ''

'' boleh tak bonda.. Nak minta kamu pergi, ambilkan manisan yang dah bonda pesan.. '' kata ufairah sambil memandang kearah zarif menayangkan senyuman manisnya kepada anak tunggalnya itu.

'' kenapa bonda tak minta driver yang ambilkan..? '' tanya zarif.

'' memang lah selalu macam tu.. Tapi pak hamid tu cuti pula arini.. Kalau tak dah lama bonda suruh dia yang ambilkan.. Pak mail pulak dah temankan ayahanda ke pejabat.. Tak nak lah ganggu dia.. '' terang ufairah lagi.

'' boleh lah.. Dekat mana? '' tanya zarif.

''kejap..'' kata ufairah bangun dan pergi dari meja makan.

'' ni ha kad kedai bakery tu.. Tak jauh pun dari sini.. Bonda dah pesan kan semua.. Zarif tolong ambilkan saja.. Boleh kan? '' tanya ufairah lagi.

'' boleh.. '' jawap zarif.

'' kena pergi awal tau.. Bonda takut kedai tu ramai orang nanti.. '' pesan ufairah lagi.

Zarif mengangguk..

Begitulah ceritanya bagaimana zarif boleh berada di kedai roti dan kek citra awal-awal pagi ni..

'' saya datang nak ambilkan pesanan .. '' kata zarif kepada dhia.

'' pesanan atas nama siapa ya.. '' tanya dhia. Sopan seperti dia melayan pelanggan-pelanggan yang lain.

'alamak! Nak cakap apa ni? Nama bonda ke?' keluhnya lagi bila dia sendiri tak bertanyakan detail awal-awal kepada bondanya.

'' ufairah..'' kata zarif sepatah.

'' oh pesanan puan Sri ya.. Kejap ya.. Encik zarif duduklah dulu.. Sekejap saya siapkan.. '' kata dhia sambil menunjukkan kerah sofa yang ada di dalam kedai itu.

Zarif menarik bibirnya tersenyum dan mengangguk kecil sebelum menghayunkan kakinya berjalan ke arah sofa panjang yang ada di ruang depan kedai tersebut.

'' encik.. Ni pesanannya.. '' kata dhia.. Memegang dua kotak berbentuk empat segi di kiri dan kanannya.

'' encik sila tengok dahulu pesanan encik.. '' kata dhia.

'' tak perlulah.. Bungkuskan sahaja.. '' kata zarif. Kerana dia sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya bondanya pesan untuk majlis minum petang itu.

'' ok baik..'' kata dhia, lalu mengemaskan kotak tersebut agar senang untuk dipegang oleh zarif

'' terima kasih encik.. '' kata dhia menyuakan dua kotak kek kepada zarif.

'' semua dah di bayar kan..? '' tanya zarif.

'' ya.. Betul encik.. '' jawap dhia.

'' tak perlu encik.. Hanya zarif..panggl saya zarif '' balas zarif seraya memegang kotak tersebut yang sudah disediakan tangkainya.

'' terima kasih zarif.. Sila datang lagi.. '' kata dhia tersenyum manis kepada zarif sambil menunduk sedikit.

Zarif sekadar menganguk dan tersenyum kembali kepada dhia.

'' sapa tu.. Macam mana dhia kenal dia? '' tanya marissa datang menghampiri dhia yang masih terpacak melihat zarif berjalan keluar dari kedai.

'' tak kenal pun.. Dia salah orang kot'' balas dhia.

''tak mungkin salah orang.. Kalau dia kenal nama kau dhia.. Aku sendiri dengar dia sebut nama kau tadi.. '' kata marissa yakin.

'' entah lah, aku baru saja tahu nama dia zarif.. Itu ja.. '' balas dhia.

'' hoo..tak sangka cepat jodoh kawan aku ni.. '' usik marissa.

'' merepek lah kau ni.. Dah la pergi buat kerja.. '' dhia menolak bahu marissa.

Dalam mereka sedang bergurau senda.. Loceng pintu berbunyi lagi.. Seraya mereka berkata selamat datang bersama-sama.. Sambil memaniskan wajah masing-masing.

'' Esha.. '' kata lelaki itu.

'eijaz.. Kenapa kau disini.. Nak pantau akulah tu kan..' kata dhia didalam hati. Namun bibirnya menarik senyuman kepada lelaki yang ada didepannya.

Sementara di kampung qaisarah tak berkerja hari ini.. Dia memilih untuk berehat sahaja di rumah. Telefon bimbitnya berbunyi. Qaisarah mengeluh bila dia melihat nama si pemanggil yang terpampang di layar telefon bimbitnya.

'' assalamualaikum.. Hanif'' kata qaisarah.

''waalaikummusalam.... Sarah. '' kedengaran suara lelaki di sebelah sana.

'' kamu tak kerja hari ni.. Saya ada di pejabat pos ni.. Tak nampak kamu pun di kaunter.. '' tanya hanif.

'' saya lupa nak bagitahu, saya cuti harini.. Saja saya off.. Memandangkan cuti saya masih banyak.. '' balas qaisarah.

'' oh.. Macam tu.. '' kata hanif.

'' kenapa ya call saya.. '' tanya qaisarah.

'' saya ingat nak ajak sarah lunch sama-sama.. Tak tahu pula Sarah off hari ini.. '' kata hanif sambil ketawa kecil di hujungnya.

'' besok sajalah kita Lunch sama.. '' balas qaisarah.

'' baiklah.. Tu.. Sarah sedang buat apa ? '' tanya hanif.

'' tak ada buat apa-apa pun.. Rehat-rehat sahaja.. '' kata qaisarah.

'' jom saya belanja tengok wayang.. Nak? '' ajak hanif.

'dia ni.. Macam mana pun berusaha juga nak ajak keluar dengan aku.. Haissshh..'

'' saya rasa macam malas saja nak keluar lah hanif.. '' balas qaisarah mengaru dahinya. Mengharapkan hanif faham dengan penolakkannya secara halus.

'' hmm... Tak apalah kalau macam tu.. Kita lunch esok sahaja lah.. '' kata hanif bernada kecewa di hujung talian sana.

'' ok.. Kita lunch esok.. '' kata qaisarah lagi.

Kemudian panggilan dimatikan. Hanif mengeluh sebaik menerima penolakan dari qaisarah sebentar tadi.

'kecewa memanglah kecewa.. Tapi esok masih ada.. Sebab dia dah janjikan nak lunch sama-sama.. Tak apa hanif.. Pelahan-lahan saja. Dia pasti akan nampak kesungguhan kau.' hanif memujuk dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience