BAB 26

Romance Completed 367824

Dhia terjaga dari tidurnya bila penggera dari telefon bimbitnya berbunyi.. Dhia segera, mematikan penggera tersebut. Kemudian kembali merebahkan badannya ke katil.

'kenapa aku ni jadi pemalas sangat kebelakangan ni..' keluhnya sendiri.

'kau lah.. Pandai sangat mata ooii.. Malam orang tidur.. Kau taknak tidur.. Ni siang kau nak tidur.. Nak jadi kelawar ke apa..' rungutnya. Dhia mengolekkan tubuhnya di atas katil. Ke kiri dan ke kanan.. Sebelum bangun dari katilnya..

'' esha! Dah bagun ke? Solat subuh.. '' terdengar suara Qasrina diluar pintu.

'' Esha dah bagun mak!'' balas dhia.

'sejak bila, mak kejukan aku bangun.. Sejak dari dulu.. Masa sekolah lagi.. Tak pernah siapa yang kejutkan aku bangun..kenapa? Sebab apa yang jadi semalam mak kesian kan aku? atau sebab apa?' dhia bangun seraya menarik tualanya berjalan keluar bilik menuju ke bilik air..

Hari itu, Dhia mengikut sahaja kemana ahli keluarganya membawanya pergi .. Dari bersolek sampai memakai pakaian pengantin untuk ke kenduri rumah pihak lelaki. Dhia diamkan sahaja seperti boneka diusung kesana kemari..

Mereka sampai di sebuah rumah tumpangan yang telah ditempah khas oleh hanif untuk keluarga dhia berehat semasa kenduri sebelah lelaki berlangsung.

'' assalamualaikum.. '' suara memberi salam.

'' waalaikummusalam.. '' jawap suara beramai ramai dari dalam rumah..

'' hanif.. Masuklah.. '' pelawa dhani.

Hanif tersenyum, melangkah masuk kedalam rumah tersebut.

'' semua ok ayah? Selesa?'' tanya hanif.

'' alhamdulillah.. Ok.. Pergilah tengok Esha dalam bilik tu.. '' kata dhani. Menunjuk kearah bilik yang ada dhia bersama beberapa anak saudaranya yang lain.

Tok.. Tok..

Hanif mengetuk pintu bilik tersebut. Terbuka pintu bilik itu, dari dalam. Hanif melihat ada beberapa orang gadis tersenyum-senyum kepadanya. Manakan tidak dia sudah siap berpakaian seperti seorang raja, berbaju songket.. Siap bertengkolok di kepala.. Bersamping dan berkeris. Pendek kata segak bergaya dah macam farid kamil.

'' cari kak Esha ke? '' sengaja gadis-gadis itu mengusiknya.

'' Ya.. '' balas hanif sambil tersenyum.

'' masuklah'' kata mereka membuka pintu lebar-lebar seraya itu mereka berlari keluar.

Hanif melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Melihat dhia sedang memandang keluar tingkap. Berpakaian sedondon dengannya.

''assalamualaikum Esha. '' hanif memberi salam.. Tapi dhia langsung tak menjawap salam dari hanif kerana dia sendiri sedang hanyut melihat jalan raya diluar sana.

Hanif menyentuh bahu dhia. Membuatkan dhia tersentak dan berpaling melihat kepada hanif.

Dari cahaya matahari yang memancar ke wajah dhia. Membuatkan cahaya itu terbias kepada hanif. Pantulan cahaya itu, membuatkan wajah dhia tampak lebih cantik daripada biasa.

'tapi sayangnya.. Hati ini hanya untuk wanita yang bernama dhaniyah qaisarah.' bisik hati hanif. Tipu lah kalau dia tak tergoda dengan kecantikan dari dhia yang nampak lebih semula jadi.. Tapi hatinya sudah terkunci.

'maafkan abang Esha..'

'' Esha dah siap.. Marilah, keluarga Esha pun dah siap.. Lama-lama takut nanti ada yang sudah lapar.. '' kata hanif sopan seperti selalunya.

'' abang.. Esha ada benda nak bincang dengan abang.. '' kata dhia.

'' lepas majlis Esha.. Buat masa ni simpan dulu semua persoalan Esha.. Abang taknak mood kita jadi tak elok dan mengganggu majlis nanti. '' balas hanif.

'dari semalam sampai ke harini.. Dia tak habis-habis minta aku sabar! Sabar! Aku bukannya kak Sarah.. Aku ni esha! Kami tak sama.. Esha bukannya mempunyai kesabaran yang tinggi seperti kak Sarah.. !!!' kalau boleh mahu saja dia mengamuk di situ juga. Tapi bila melihat hanif sedang tersenyum memandang kearahnya.. Membuatkan dia menyimpan sahaja ledakan itu didalam hatinya.. Biarlah dia meledak diam-diam didalam dirinya sendiri..

''sebelum keluar tu.. Abang minta.. Esha senyum sedikit..'' kata hanif menarik dua hujung bibir dhia keatas dengan dua jari telunjuknya.

Dhia menepis tangan hanif yang menyentuh hujung bibirnya.. Entah kenapa, dia takut.

'' maaf, abang cuma nak Esha senyum.. Itu saja.. '' kata hanif lagi.

Dhia menarik senyumannya sebaris sekadar untuk hanif senang dengannya.

'' macam tulah.. Jom. '' ajak hanif..

Dhia berjalan keluar dari bilik tersebut. Mereka semua sudah bersedia untuk ke majlis sebelah lelaki..

'' Esha.. '' hanif menunjukkan kepada tangannya, menyuruh dhia memegang lengannya. Bekerut dahi dhia ketika itu..

'' Esha.. Tak salah pun.. '' hanif berbisik di telinga dhia.

'' hmm'' dhia meletakkan tangannya di lengan milik hanif. Seperti yang dipinta oleh hanif.

Dhia mengikut sahaja kemana hanif pergi sepanjang majlis itu berlangsung. Patutlah keluarga hanif marah sangat bila kak Sarah lari. Manakan tidak.. Majlis itu diadakan dengan meriah.. Dengan makanan yang mewah.. Boleh dikatakan serba serbi ada di majlis itu.

'nampaknya keluarga abang hanif ni boleh dikatakan orang ada-ada.. Patutlah ayah nak sangat berbesan kan dengan keluarga ni..' keluh dhia.

'' kenapa? Lapar ke? '' tanya hanif bila melihat muka dhia kembali masam. Dhia segera menggeleng dan menarik senyumannya..

Bila masuk waktu asar dhia sudah tak berdaya lagi.. Mahu sahaja dia berbaring di atas katil besar yang ada di bilik hanif itu..

'' Esha.. Dah solat? '' tanya hanif yang baru melangkah masuk kedalam biliknya. Dhia mengangguk saja.

'' kenapa tak tunggu abang.. Boleh kita jemaah bersama. '' dhia diam tak menjawap.. Dia diam duduk di sofa panjang yang ada di dalam bilik itu.. Sekali sekala dia menguap menahan mengantuk dari tadi.

'' Esha mengantuk ke? '' tanya hanif sebaik dia selesai solat. Melihat dhia sedang menongkat dagu menahan wajah dengan mata yang sudah tertutup.

'' ehmm.. Apa? Tak.. Tak.. '' jawap dia menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan, untuk menghilangkan mengantuknya.

'' Esha tak payah turun bawah lah.. Esha mandi saja.. Tu ada baju kurung disitu.. '' tunjuk hanif kearah beg kertas yang ada di atas meja.

'' tak apa ke kalau Esha tak turun.. Nanti apa kata orang pula..''kata dhia.

''Esha mandi dulu, lepas tu baru Esha turun.. Tak apa tetamu pun dah berkurangan tu.. Cuma tinggal saudaramara sahaja.. '' jelas hanif.

Dhia mengangguk dan berjalan ke arah beg kertas yang di beritahu oleh hanif tadi. Manakala hanif pula berjalan keluar dari bilik itu. Selesai mandi dhia turun kebawah. Tapi langkahnya terhenti bila terdengar kan suara mertuanya sedang bercakap.

'' itulah awak.. Tak baik buat macam tu" tegur hariri.

'' saya buat apa.. Mana saya buat apa-apa'' nafi kausar.

''yang kamu pergi serang keluarga besan kita tu kenapa.. Sekarang tengok mereka tetap jadi ahli keluarga kita kan.. Tak guna kamu nak tarik muka.. '' balas hariri.

'' entah apa yang hanif tu lihat pada perempuan tu.. Tergila-gilakan sangat, tengok macam mana dia tinggalkan anak kita..nampak sangat anak kita terhegeh hegeh ke dia.. Sedangkan dia.. Alih-alih kena ganti dengan adik dia.. Saya ingat bila ugut nak saman keluarga dia tu..dia akan balik.. Tau-tau si dhani tu pergi ke bandar susah payah pula ambilkan anak dia yang sorang tu.. Untung ada Esha, kalau tak, mana saya nak letak muka saya.. '' bebel kausar.

'' baru padan muka awak.. Alih-alih siapa yang malu.. Kita jugak kan.. '' sindir hariri.

'' eehhhhh.. Mana ada malu.. Betullah apa yang saya buat, duit kita dah banyak habis untuk buat majlis ni.. Lepas tu apa.. Kalau orang datang nak cakap apa.. Saya dari awal dah syak yang perempuan tu tak setuju kita nak batalkan pertunangan dan gantikan dengan majlis nikah.. Tapi bila kita pergi berbincang.. Senyumnya sampai ketelinga..angguk saja apa yang kita katakan.. Rupanya dia nak buat jahat ke kita abang.. Di kenakan kita.. Belum jadi menantu dah berani buat macam tu dekat kita..''ucap kausar.

''sudahlah... Pening saya dengan kamu ni..kamu patut bersyukur esha sanggup nikah dengan anak kita.. Nak tutup malu awak tu sangat.. '' kata hariri dengan keluhan berat.

"saya terima Esha jadi menantu saya.. Tapi bukannya Sarah.. '' kata kausar tegas.

'' yelah ikut awak lah, memang menantu kita tu Esha.. Bukannya Sarah.. Kamu tu jangan nak ugut-ugut lagi hanif lepas ni.. Tak halalkan susu kamu lah.. Apa semua tu, berdosa tahu tak..! '' marah hariri bila dia kembali teringatkan apa yang dikatakan isterinya kepada hanif sebelum anaknya sah menjadi suami buat dhia.

'' saya terpaksalah kata macam tu.. Abang nak ke anak kita pula yang lari, habis tu majlis kita macam mana.. '' rungut kausar.

'' hemmm.. '' balas hariri malas.. Kalau bercakap dengan isterinya seorang tu, memang dia selalu mengalah sahaja.. Kerana ada dari setengah dari kata isterinya, ada betulnya. Kalaulah hanif pula yang lari macam mana..

Dhia segera menyembunyikan dirinya.. Bukannya niat dia nak memasang telinga mahupun mengintai dua mertuanya itu.. Tapi cara tak sengaja dia terdengar kan perbualan mereka.

Kausar berjalan keluar dari biliknya dan melihat dhia sedang berada di dapur sedang menolong beberapa orang yang sedang mencuci pinggan disitu.. Dia mengeluh sebelum sambung berjalan keluar dari rumahnya.

'' hanif.. Ajak Esha makan.. Umi tengok dari tadi dia tak makan.. Asyik melayan tetamu yang datang saja dengan kamu tadi.. Nanti pengsan ke pulak.. Orang, nanti kata kita tak pandai nak jaga dia.. '' kata kausar berbaur sindiran. Menegur hanif yang sedang rancak berbual dengan sahabatnya yang hadir ke majlisnya.

'' baik mak.. Hanif naik panggilkan Esha dulu.. '' kata hanif.

'' tak payah naik atas.. Dia ada di dapur basah belakang tu.. '' kata kausar.

'' buat apa dia disitu.? '' tanya hanif.

'' kamu pergi tengok lah sendiri.. Dia kan bini kamu, umi nak makan ni.. Lapar dah perut umi ni'' kata kausar.. Berlalu pergi ke kaunter makanan..

Hanif menghayun kakinya ke dapur basah seperti yang dikatakan oleh ibunya di bahagian belakang rumah. Ternyata dhia ada disitu sedang menolong mereka yang sibuk membasuh pinggan mangkuk.

''Esha, buat apa disini?'' tanya hanif..

'' la.. Boleh tanya pulak hanif ni.. Ni kami saja main air.. Kenapa? Nampak syok ka.. Ka nak joint sekali'' bukan dhia yang membalas malah seorang makcik yang sedang berada disebelah dhia.

''mak ndak.. Tak perlu basuh semua tu.. Kan tu katering yang punya, sepatutnya bagi saja mereka basuh.. '' kata hanif.

'' alah, apa salahnya.. Macam mana pun kena basuh jugak.. Tak salah pun kita menolong.. Cepat sikit siap, lagipun ni setengah ada barang dari surau, sebab tak cukup tadi.. Tu yang mak ndak tolong basuh tu.. Kejap lagi nak hantar ke surau balik.. '' kata makndak dengan senyuman. Dhia yang disebelah tak mengendahkan perbualan mereka dia terus membasuh pinggan kaca yang berwarna kekuningan itu sampai selesai.

'' mak ndak.. Nak pinjam Esha sekejap.. Esha tak makan lagi tu.. Makan beradap tadi pun dia makan sikit ja... Boleh ke mak ndak.. '' mohon hanif malu-malu.

'' alahai.. Sayang sungguh dia dekat isteri dia.. '' usik makndak.

'' kalau mak ndak tak bagi macam mana!'' kata makndak sambil ketawa mengusik.. Begitu juga dengan beberapa orang wanita yang lain.. Turut ketawa bersama.. Dhia pula menunduk saja meneruskan kerjanya.

'' yealah-yealah.. Pergi lah Esha.. Suami kamu panggil tu.. '' kata makndak kepada dhia.

Merah muka hanif ketika itu.. Bila diusik oleh wanita-wanita yang ada.. Manakala dhia,hanya menarik bibirnya tersenyum sebaris sebelum meminta diri untuk pergi dari situ.. Dhia tidak makan banyak malam itu.. Sekadar lapik perutnya agar tidak kelaparan sebelah malam nanti.. Dia, Lebih kepada menemani hanif makan sahaja..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience