BAB 60

Romance Completed 367824

Mereka memilih untuk makan di sebuah mall sahaja memandangkan mall itu berada tak jauh dari lokasi mereka berada tadi.

Selesai mereka berpusing-pusing untuk mencari tempat makan.. Akhirnya mereka memilih untuk makan di tempat terbuka yang ada di dalam mall itu.. Yang paling gelisah nya bukannya dhia.. Tapi hajar..

'' it OK.. Saya ada.. Saya akan cover.. Kalau terjadi apa-apa.. '' kata eijaz perlahan yang hanya didengari oleh hajar.. Sedangkan dhia sibuk memesan makanannya di kaunter.

'' thanks.. '' hajar menjatuhkan kepala sedikit.. Kerana eijaz memahami apa yang sedang dia risaukan..

Setelah mereka bertiga sudah mengambil makanan.. Mereka sama-sama duduk di meja makan.. Sambil makan.. Sambil berborak.. Tak menghiraukan orang sekeliling.. Ada juga beberapa orang yang mengenali dhia datang untuk bergambar dengannya..

'' abang.. Rasa macam nak pergi toilet pula.. '' kata dhia.. Tiba-tiba terasa pundi kencingnya terasa penuh..

'' kakak temankan.. '' hajar mempelawa diri, terus bangun dari duduknya..

'' boleh abang tunggu sekejap tak.. Kami nak ke bilik air..? '' tanya dhia.

'' boleh je.. Tu.. Bilik air disitu.. Pergi situ saja.. Jangan ke tempat lain.. Apa-apa abang cari disana saja.. '' balas eijaz menunjukkan kearah papan yang menunjukkan simbol bilik air.

'' alah abang ni.. Ingat esha ni budak kecik ke!'' perli dhia lalu bangun..

'' kalau budak kecik senang.. Lagi senang.. Ni sebab esha dah besar, tu yang abang pesan tu.. '' balas eijaz sambil menayangkan senyumannya.. Dia tetap juga risau.. Kalau lelaki yang dikatakan 'orang yang tak penting' oleh dhia tadi menyerang adiknya semula.

Matanya melihat sahaja dua wanita itu berjalan pergi ke bilik air.. Sambil berbual-bual.. Sehingga dhia dan hajar hilang disebalik dinding yang berwarna putih itu.

Eijaz mencedok makanannya.. Dibawa ke mulut dan mengunyah nya perlahan-lahan.. Dia sudah mengetahui perkahwinan dhia dan juga qaisarah.. Dari ibunya sendiri. Pada mulanya dia agak terkilan, kerana ibunya memberi perkhabaran itu agak terlewat kepadanya.. Atas alasan tak mahu dia kecewa dengan berita pernikahan dhia. Kini, bila melihat keadaan dhia yang tak seperti dulu.. Ikhlas dalam hatinya.. Mendoakan agar dhia terus berbahagia disamping suaminya..

Bergegar meja makannya.. Bila telefon bimbit dhia berbunyi.. Hampir saja dia tersedak.. Kerana tak menjangkakan telefon itu ada di atas meja.. Eijaz meletakkan sudu dari pegangannya.. Lalu, mengalihkan tisu yang menutupi permukaan telefon bimbit itu...

'my lovely hubby' nama pemanggil yang naik di permukaan telefon dhia..

'' my lovely hubby.. Siap ada icon love-love lagi.. '' kata eijaz sambil tersenyum sendiri.. Jarinya menyentuh logo hijau yang tertera disitu.. Kemudian telefon itu dibawa ke telinganya.

'' assalamualaikum, sayangggg... '' suara disana lembut sahaja memanggil.

'' ehemmmm... Hmm.. Maaflah sayang saudara tak.... '' belum sempat eijaz menghabiskan ayatnya..

'' kamu siapa?!'' potong khairul. Hilang nada lembutnya bila mendengar suara lelaki yang menjawap panggilannya..

'phone kan satu benda yang private.. Siapa yang berani-berani angkat phone dhia ni..' keluh khairul disebelah sana.. Dia melihat skrin telefonya berulang kali.. Memastikan nombor yang dia dail tadi milik isterinya.

'' sabar-sabar! Saya eijaz.. Abang esha.. '' jelas eijaz..

'esha..dia panggil esha.. Jadi dia pasti ahli keluarga dhia juga' pikir khairul.

'' ada dimana sekarang? '' tanya khairul.

'' kami di tempat makan terbuka.. Esha di ke toilet dengan hajar.. '' balas eijaz.

'' baik terima kasih.. Assalamualaikum.. '' kat khairul.

'' waalaikummusalam '' jawap eijaz. Panggilan dimatikan oleh khairul sebaik saja eijaz menjawap salam..

'' aiiih.. Jangan salah faham, sudah.. '' balas eijaz meletakkan kembali telefon bimbit dhia di tempat asalnya..

'' assalamualaikum.. '' tegur satu suara.

Eijaz mengangkat kepalanya keatas mendongak melihat seorang lelaki yang berambut panjang yang diikat kemas di belakang kepalanya..

'' waalaikummusalam.. '' jawap eijaz..

'' khairul.. '' lelaki itu menyuakan tangan putihnya kepada eijaz..

'' eijaz.. '' eijaz menyambut tangan khairul..

'' saya suami.. ''

'' suami esha!'' pantas eijaz memotong.. Dua jari telunjuknya di tujukan kepada khairul.

'' ya betul tu.. '' khairul mengiyakan dengan kepala yang mengangguk.

'' duduklah.. Tadi baru saja kita berbual di telefon.. Sekarang saya dah boleh jumpa terus dengan suami esha.. '' balas eijaz menyuakan tangan mempelawa khairul duduk di tempat dhia duduk tadi..

Khairul menarik kerusi dan duduk di hadapan eijaz..

'' saya abang esha.. Anak kepada ibu.. Ehhmm makcik Eliza... Bini muda ayah.. '' terang eijaz satu persatu.. Agar khairul tak keliru.

Khairul diam seketika.. Meneliti salasilah keluarga sebelah mertuanya..

'' saya abang tiri esha.. '' kata eijaz seraya meletakkan tangannya didadanya sendiri.

'' maksudnya abang.. Boleh saya panggil abang..? '' tanya khairul.

'' ya.. Boleh sangat.. Esha pun panggil saya abang.. Sekarang'' balas eijaz sambil menarik bibirnya tersenyum.

' sekarang? Dulu dhia panggil apa? aku tak sempat hadam satu.. Datang lagi satu persoalan.. ' keluh khairul melihat lelaki yang sedang tersenyum manis di hadapannya..

'' jangan salah faham.. Saya.. Macam mana saya nak terang ya.. '' eijaz akhirnya ketawa.. Bila melihat wajah khairul yang sedang merenungnya..

Dhia dan hajar sama-sama keluar dari bilik air.. Hairan dhia melihat bila ada penambahan orang di meja makan mereka. Sedang bersembang dengan eijaz.

'' eh.. Itukan? '' dhia berhenti melangkah dan menunjuk kearah mereka.

'' tuan.. Ada disini.. '' hajar yang menyambung.

'' buat apa dia disini.. Habis lah.. '' dhia segera melangkah..

'' hubby.. Buat apa disini? '' tanya dhia..

Khairul yang sedang duduk menarik tangan dhia lalu duduk kan dhia di kerusi yang ada di sampingnya.. Manakala hajar duduk di sebelah eijaz.. Bila dhia telah mengambil tempatnya.

'' kebetulan ada disini sayang..jadi hubby singgah lah.. Nak buat kejutan.. Tapi hubby yang tergejut tadi.. '' sindir khairul..

' nak buat kejutan.. Tapi dia yang tergejut? kenapa? Sebab abang eijaz ke? '

'' ni sebenarnya abang eijaz.. '' kata dhia cepat-cepat memperkenalkan eijaz kepada khairul.. Tak mahu khairul salah sangka terhadap eijaz..

'' ya tahu, sayang... '' balas khairul lalu tersenyum..

'lah.. tahu pulak.. Dah tu kenapa?' dhia berpaling melihat kepada eijaz yang sedang terangguk-angguk.

'' dah tu.. Tergejut sebab apa pula? '' dhia bertanya.. Tak puas hati, seperti ada yang khairul cuba sampaikan.. Tapi dhia tak dapat menekanya dengan betul.

'takkan cemburu pulak.. Abang eijaz saja pun!' keluh dhia.

''sebelum abang lupa.. Abang sebenarnya tadi bawakan buah tangan dari Jepun tapi tertinggal di dalam kereta..sepatutnya abang bagi siap-siap tadi masa jumpa esha.. Tapi, terlupa pula..'' kata eijaz cuba mengendurkan suasana..

'' esha ada je dekat rumah sewa lama.. Boleh ja kalau abang nak bagi atau datang kesana... '' kata dhia menarik senyumnya..

Khairul memerhatikan saja dua yang dikatakan ada hubungan adik beradik tiri itu..

'kenapa mereka nampak mesra.. Atau ada sesuatu diantara mereka.. Atau aku ni cemburu? ahh.. Takkan lah.. Tapi.. Betul ke aku cemburu? .. Geram pula bila tengok dhia saling membalas senyuman dengan eijaz.. Itu dipanggil cemburu ke?'

Mereka kemudiannya memilih untuk berjalan-jalan sekitar mall.. Banyak juga barangan yang eijaz belikan untuk dhia.. Walaupun dhia sudah menolak dari awal.. Eijaz masih juga berkeras..

Akhirnya mereka berpisah di tengah-tengah mall tersebut kerana kereta yang dipakir oleh khairul berbeza dengan eijaz dan juga hajar.

'' suka orang belanja? Abang pulak tu!'' khairul menyindir.

'' orang nak belikan... Takkan nak tolak.. Lagipun kak hajar pun dapat sama kan.. Ke? Hubby nak jugak? '' tanya dhia polos.

'boleh pulak dia kata kita yang nak.. Adoii..'

'' hubby boleh beli sendiri..kalau nak.. '' khairul menjeling dhia.

'' wow!'' kata dhia.

'' apa? '' tanya khairul bila melihat dhia berubah menjadi teruja.

'' seksi betul mata hubby tadi.. Buat sekali lagi.. '' kata dhia.

'ya allah!!! Bini aku seorang ni..'

'' buatlah!.. '' dhia menggoyangkan tangan khairul..

'aiii..' keluh khairul.. Tetapi khairul buat jugak.. Menjeling kearah dhia sekali lagi..

'' seksinya!'' dhia menayangkan wajah comelnya.. Lalu menepuk kedua-dua tangannya.

Manakala khairul mengeleng melihat telatah dhia.. Bibirnya sudah kembali tersenyum.

'' tak baik tau cemburu.. Sayang dengan abang eijaz tak ada apa-apa.. '' kata dhia memeluk lengan khairul..

Bila sampai di depan kereta khairul membuka pintu untuk dhia..

'' mana ada cemburu.. Siapa yang kata hubby cemburu.. '' khairul menafikannya..

'' ini.. '' dhia menekan jarinya di dada khairul.

'' walaupun tak nampak.. Disini rasa.. '' sambung dhia lagi.

'' ok.. Cemburu sikit.. '' khairul mengeluh. Dhia memeluk khairul.. Kemudian meleraikan nya semula..

'' tak perlu cemburu.. Hubby.. Dalam hati ni.. Ada hubby saja.. Bukan ada nama lelaki lain pun.. '' kata dhia.

'' betul ni? even zarif..? '' kata khairul.

Mendengar nama yang disebutkan oleh khairul.. Membuatkan seluruh tubuh dhia panas.. Panas dengan api kemarahan..

'kenapa perlu sebut nama lelaki tu..!'

Dhia berpaling kecewa.. Lalu terus masuk kedalam kereta.. Merentap tali pinggang dengan kasar.. Lalu mengikat tubuhnya..

'' kenapa marah? '' tanya khairul. Dhia melipat tangannya.. Memeluk tubuh. Membisu.

'' atau... ''

'' atau apa? tak percaya! Sudah! Dhia call kak hajar saja.. '' dhia mencari telefon bimbitnya.. Tapi tak jumpa didalam beg tangannya..

'' cari ni? '' tanya khairul.. Khairul menayang telefon bimbit dhia yang diambil di atas meja makan tadi.

'' bagi balik.. '' minta dhia.

Pap.. Pintu ditutup.. Khairul berjalan menuju ke pintu sebelah pemandu dan masuk kedalam kereta. Sebaik duduk.. Dia menyimpan telefon bimbit dhia kedalam poket seluarnya..

'' nak? ambik sendiri.. '' kata khai santai.. Menarik tali pingang.. Lalu memasangnya..

'' jahat!'' marah dhia.

'' no!'' potong khairul.

'' hubby!''

'' sayang!''

'' I hate you!!''

'' but I love you!!''

Terjerit-jerit lah pasangan itu didalam kereta.. Kemudian mereka sama-sama diam.

'' nak, ambil sendiri.. Siapa suruh tinggal tadi.. '' kata khairul..

Dhia memerhatikan saja poket seluar khairul yang mengandungi telefon bimbitnya..

'' simpan lah.. Sayang beli lain... '' seraya memalingkan wajahnya kearah lain..

'' Hubby belikan yang baru nak? Sama macam hubby punya phone? '' kata khairul.

'' taknak.. Malam ni nak tidur bilik baby.. '' ugut dhia.

'' haiiii... Tu dah melampau.. Jangan buat hal.. Nanti bilik tu tak pasal-pasal tak ada pintu, nanti sayang.. '' gertak khairul pula..

Mereka sama-sama ketawa..

'macam mana lah nak marah..' keluh dhia.

'' I trust you sayang.. More than I do, to myself.. Coz I love you more than myself.. '' khairul mengambil tangan dhia.. Lalu mencium belakang tangan dhia..

'' sorry buat sayang marah.. '' khairul mengelus pipi dhia dengan lembut..

'' denda!'' kata dhia..

'' baik.. Boleh je.. Asal sayang tak lari tidur bilik baby.. Sudah.! . '' kata khairul.. Mereka sama-sama ketawa.

Khairul memandu keretanya keluar.. Mengaum kereta itu sebaik saja khairul meninggalkan lot pakir itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience