BAB 88

Romance Completed 367809

Restoran Salmah..

Kalini bukan hanya ada keluarga kecil khairul saja didalam restoran itu tetap khairina yang sedang sarat, juga ada bersama dengan mereka.. Sudah tentu pemilik restoran itu akan turut ikut duduk semeja bersama dengan keluarga itu sama..

'' ini untuk khairina.. Datin pesankan kepada saya untuk bagi ni kepada khairina.. '' kata Irfan meletakkan satu jug air kelapa muda.. Di hadapan khairina.

'' apani? '' tanya khairina tergejut melihat satu jug didepan matanya.

'' air kelapa muda.. '' jawap Irfan.

'' tapi saya taknak lah ustaz.. Saya nak makan yang lain.. kenyang saya nanti kalau minum satu jug ni.. '' kata khairina..

'' minum lah sedikit.. Awak kan dah cukup masa nak bersalin.. Air kelapa muda ni baik untuk awak dan anak-anak awak.. '' kata Irfan.

'' yalah.. '' balas khairina.. Melihat Irfan menuangkan air kelapa muda didalam gelas nya.

Khairul dan dhia tersenyum senyum sendiri melihat gelagat pasangan dihadapannya itu..

'' macam mana abang? Dah ready? '' tanya Irfan kepada khairul.

'' InshaAllah dah ustaz.. '' balas khairul.

'' ready? Ready ke mana? '' tanya dhia.

'' ahh.. Ready apa? '' sampuk khairina yang sedang mengambil isi kepala muda yang ada didalam jug tersebut.

'' hubby nak ke mekah.. Lagi dua minggu.. '' kata khairul..

'' hubby tak beritahu pun..! '' kata dhia tergejut.

Khairina berpaling melihat kepada Irfan yang ada disebelahnya.. Ustaz muda itu seperti biasa akan tersenyum.

'' hubby sedang cari masa yang sesuai nak beritahu sayang hal ni.. '' kata khairul.

'' nak ikut.. '' kata dhia.

'' sayang.. Hubby pergi bukan nak berseronok disana.. Hubby pergi nak cari diri hubby yang hilang tu.. Hubby perlukan masa dan ruang untuk itu.. Boleh kan sayang.. '' kata khairul. Mengengam tangan dhia yang berada diatas meja..

Plakk.. Sudu yang sedang dipegang oleh khairina untuk mengambil isi kelapa tadi terjatuh keatas meja.

Khairul, dhia dan Irfan sama-sama memandang kepada khairina.. Khairina mengerutkan wajahnya.. Kemudian menunduk kebawah melihat kepada perutnya yang besar itu..

'' kenapa khairina? '' tanya Irfan yang berada disisinya.

'' sakit!'' kata khairina.

'' sakit nak bersalin? '' tanya khairul.

'' yalah hubby.. Ingat khairina sakit apa.. '' potong dhia..

'' hmm.. '' khairul bangun melihat kepada dhia.. Khalish dan qamarul..

'takkan nak tinggalkan mereka semua disini! ..'

'' tak pe biar saya bawa khairina ke hospital.. Nanti abang menyusul dari belakang.. '' cadang Irfan.

'' ustaz nak bawa saya..? Saya taknak.. '' kata khairina..

'' marilah khairina.. Ini darurat.. Emergency.. Tak perlu segan dengan saya.. '' kata Irfan..

'' hubby.. Tolong pimpinkan khairina dengan ustaz.. Sementara sayang cuci mulut qamarul dulu.. '' kata dhia kepada khairul yang tak tahu nak menolong apa.

Khairul dan Irfan membawa khairina ke kereta Irfan..

'' khairina pergi ke hospital dulu.. Abang ikut dari belakang.. '' kata khairul kepada khairina.. Walaupun khairina mengeleng.. Khairina tetap juga duduk di kerusi kereta Irfan.

'' jumpa disana ya ustaz.. Hati-hat memandu ya.. '' pesan khairul.

'' ya Insya Allah kita jumpa disana.. '' kata Irfan lalu masuk duduk di tempat pemandu.

Khairul berlari semula masuk kedalam restoran menolong dhia melipat kereta bayi kemudian membawa masuk qamarul kedalam kereta..

'' sayang call ibu.. Bagitahu ibu kita on the way ke hospital.. '' arah khairul sambil memakaikan tali pinggang keselamatan buat qamarul.. Kemudian dia mengambil pula khalish dan diletakkan di tempat kerusi bayi. Kemudian dhia dan khairul masuk kedalam kereta.. Khairul mula memandu kereta menuju ke hospital.

Dhia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon liyana.

'' assalamualaikum ibu.. '' kata dhia sebaik panggilan disambungkan.

'' ibu.. Esha nak beritahu ni... Kami dalam perjalanan nak ke hospital.. ''

'' khairina dah nak bersalin.. '' kata dhia lagi..

'' iya ibu.. Baik.. '' kata dhia.. Panggilan diputuskan.

'' ibu kata apa? '' tanya khairul..

'' ibu pun nak kesana.. Jumpa disana je semuanya.. '' balas dhia.

'' bukan due date khairina lambat lagi ke.. '' kata khairul..

'' mana kita nak tahu bila masanya kan.. Itukan rahsia.. Tambah pula khairina mengandung kembar.. '' kata dhia..

'' KEMBAR!'' jerit khairul.. Hampir saja dia nak buat kerja gilanya menekan pedal break ditengah-tengah jalan.. Tapi dia matikan saja niat itu.. Bila matanya mengintai ke belakang melihat kepada qamarul dan khalish.

'' kenapa hubby tak tahu? '' tanya khairul.

'' memang kami ssngaja, tak nak bagi tahu hubby.. Tengoklah reaksi Hubby melebih lebih.. Bukannya hubby yang beranak.. '' dhia memicit-micit dahinya.

'' patut lah ustaz asyik kata anak-anak dari hari tu.. Jadi semua dah tahulah.. Hubby seorang saja yang tak tahu.. '' tanya khairul..

'' semua dah tahu.. Qamarul pun tahu.. Betul tak sayang.. Kan sayang.. '' tanya dhia berpaling sedikit kebelakang melihat kepada qamarul.

Qamarul yang tak tahu apa-apa mengikut kepala dhia mengangguk.. Khairul yang mengintai dari cermin pandang belakang menarik wajah kecewa..

'' sampai hati sayang.. Sekurang-kurangnya bagi lah hint sikit dekat hubby.. '' khairul bernada sayu.

'' hint? Hubby tu nak pergi umrah.. Tak bagitahu sayang.. Sayang tak dapat hint pun.. '' balas dhia..

'ambik kau! Kena balik..'

'' qamarul.. Papa ada beritahu qamarul kan.. Suruh qamarul duduk dengan mama.. Dengan adik.. Kan qamarul.. '' kata khairul..

Tapi malangnya.. Qamarul sibuk mencuit tangan kecil khalish.. Tak mengendahkan apa yang sedang khairul bicarakan..

'' ha..ha.. Tak jadi lah.. Tak kena umpan.. '' perli dhia.

'' tak kena ke.. Alah..rugilah.'' balas khairul.

Kemudian mereka pun tiba di hospital.. Khairul memimpin tangan qamarul.. Manakala dhia mendukung khalish.. Tak lama selepas itu Liyana pun datang.. Tapi bukan hanya liyana sahaja.. Ufairah dan zawawi pun datang sama dengannya.

'' macam mana dengan khairina.. '' tanya liyana.. Ufairah pun turut sama majukan dirinya mendekat kepada khairul.

'' kami pun baru sampai.. Ustaz yang hantar khairina tadi.. '' jawap khairul.

'' ustaz? Bukan kamu kata khairina dengan kamu ke tadi. '' tanya liyana.

'' ya ibu.. Tapi Irfan nak hantarkan takut kami terlambat.. Sementara nak bawa anak-anak tadi.. '' kata dhia.

Liyana dan ufairah melihat kepada khalish yang sedang didukung dhia..dan qamarul yang sedang khairul pegang.

'' tak pelah.. Mana-mana.. Asalkan selamat sampai..'' kata ufairah memegang lengan liyana.. Liyana kemudiannya mengangguk.

'' mana zarif? '' tanya khairul.

'' kami pun tak tahu dia kemana... Yang kamu tahu.. Last tu dia balik bagi tahu yang dia dah kawin dengan perempuan tu.. Lepas tu hilang.. Entah kemana.. '' kata zawawi..

'' baguslah kalau dia dah khawin dengan nad.. Sekurang-kurangnya dua orang tu.. tak akan ganggu saya dengan khairina. '' kata khairul tegas..

'' kami pun tak mahu semua tu.. Biarlah.. Penat dah pikir hal mereka.. '' kata zawawi lagi.

Irfan keluar di sebalik pintu kayu.. Kemudian berjalan kearah keluarga khairina.. Berjalanlah mereka semua serentak mengerumuni ustaz muda itu.

'' mana khairina? ''

'' macam mana khairina? ''

'' ustaz dari mana? ''

'' semua ok? ''

Persoalan demi persoalan membanjiri ustaz muda itu.. Sampaikan dia terpaksa mengangkat dua tangannya keatas.. Untuk mereka semua berhenti menyoalnya secara bertubi-tubi begitu.

'' kat masjid pun saya tak rasa gugup diserang soalan bertubi-tubi macam ni.. '' kata Irfan bergurau dengan mereka.

'' maaflah ustaz.. Kami.. Kami risau.. '' kata liyana.. Liyana kemudiannya memandang kepada mereka yang lain.. Sepakat mereka mengangguk..

'' alhamdulillah.. Selamat dah khairina bersalin.. Saya masuk tadi sebab nak azan kan bayi khairina.. Bukan tengok khairina.. Tapi nurse tu cakap tadi.. Ibu bayi.. Selamat semuanya.. '' terang Irfan dengan terperinci..

'' alhamdulillah.. '' kata mereka serentak.

'' Allah permudahkan urusan kahirina melahirkan... '' kata liyana.. Ufairah menyeka air matanya..

'' abang kita dah ada cucu.. '' kata ufairah kepada suaminya..

'' alhamdulillah.. Cucu kami tu.. Lelaki ke perempuan.. '' tanya zawawi.. Liyana hanya tersenyum saja.. Kerana dia sudah mengetahui jantina cucu kembarnya.

'' dua-dua.. '' jawap Irfan dengan senyuman melebar..

'' tahniah!.. '' kata khairul lalu memeluk Irfan..

'' hubby!'' tegur dhia.

'' salah ke kalau ucapkan tahniah kepada bakal pengantin.. '' kata khairul..

'' bakal pengantin? '' ufairah dan zawawi berpandangan sesama sendiri.. Tak mengerti.

'' maaflah kak.. Bukan nak rahsiakan perkara baik ni.. Tapi tulah taknak kakak dengan abang terasa.. '' kata liyana memegang tangan ufairah.

'' saya tak paham lah.. Apa sebenarnya ni.. '' tanya ufairah.

'' sebenarnya.. Lepas selesai khairina berpantang.. Kami ingat nak satukan ustaz dengan khairina... Memandangkan mereka berdua dah setuju.. '' kata liyana.

'' alhamdulillah betul ke ni.. Irfan tu anak angkat kami.. Tentulah kami gembira mendengar berita ni.. Kami sokong khairina nak mencari bahagia dia dengan siapa pun...kami tak terasa pun.. Kan abang.. '' kata ufairah dengan gelak ketawa.

'' diam-diam ya kamu ni Irfan.. Tak beritahu kami pun.. '' kata zawawi menarik Irfan lalu memeluknya..

'' alhamdulillah.. Dua berita gembira dalam satu hari... '' ufairah menadah tangan bersyukur.

Suasana ceria menyelubungi mereka.. Tambah ceria bila mereka dapat melihat wajah anak kembar khairina..

Khairul memeluk bahu dhia.. Melihat dari jauh ibunya tersenyum sambil berborak dengan ufairah..

'' hubbyyyyy....'' panggil dhia manja.

'' lain macam je panggil tu.. Nak minta apa? '' tanya khairul..

'' kalau minta dapat tak? '' tanya dhia..

'' Insya Allah hubby tunaikan... '' kata khairul mencium dahi dhia..

'' next.. Nak twins baby girls boleh? '' dhia mendongak melihat kepada khairul.

Khairul menelan air liurnya.. Yang terasa tersangkut di kerongkongnya.. Sampaikan dia terbatuk dan melarikan diri ke bilik air yang ada didalam wad itu..

'' kenapa tu kak? '' tanya khairina.

'' entah?.. '' kata dhia sambil ketawa.. Kenapalah dia takut sangat.. Alah dengan bayi ke apa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience