BAB 72

Romance Completed 367809

'' assalamualaikum.. '' Khairul memberi salam sebaik melangkah masuk kedalam rumah besar itu..

Berpaling lah liyana dan khairil yang ada di ruang tamu.. Manakala khairina masih tersembam di pangkuan ibunya..

''khai!.. waalaikummusalam.. '' sahut liyana.

'' waalaikummusalam.. '' jawap khairil.

'' khai dari mana?.. '' tanya khairil.

'' dari office.. Nak jumpa dengan ibu.. Tapi setiausaha ibu bagitahu yang ibu tak masuk.. Tu yang khai kesini.. '' kata khairul.

Dhia menghampiri ibu mertuanya untuk bersalaman..

'' sihat esha?'' tanya liyana.

'' alhamdulillah sihat ibu'' balas dhia.. Liyana mengelus tangan dhia yang masih memegang tangannya.

''khairina..?'' kata khairul sebaik melihat ada satu susuk tubuh yang ada dengan ibunya..

Khairina mengangkat wajahnya.. Tapi sengaja dia membiarkan rambut panjangnya menutup wajahnya..

'' abang!'' bangunlah khairina..

Khairul mendepakan tangannya untuk memeluk adik kesayangannya.. Tapi pelukannya dibiarkan terbuka begitu saja.. Kerana khairina bukan datang memeluknya.. Melainkan memeluk dhia yang berada diantara mereka.. Khairul memegang kedua-dua bahu dhia.. Tak padan khairina yang memeluk isterinya yang lebih kecil dari khairina.. Takut dhia tak dapat mengampu dirinya yang sedang berbadan dua itu.

'' amboi..abang disini lah.. '' perli khairul. Mengintai khairina di bahu dhia. Khairina mengangkat kepalanya yang tadi melekat di bahu kakak iparnya.. Sekadar mengangkat wajahnya separuh..

Khairul melihat mata khairina yang bengkak kemerahan.. Wajahnya yang tadi ceria bertukar tegang.. Dia cuba meleraikan dhia dari khairina.. Tapi khairina tetap memeluk dhia erat..

'' khai! Janganlah buat macam tu.. Ingat dhia sama.. '' tegur liyana.. Risau pula dia melihat khairul mula bertindak ganas.. Cuma menarik khairina dari dhia.

'' kenapa ni bonda? kenapa khairina menangis?!'' khairul akhirnya melepaskan pegangannya..kemudian memegang pinggang dhia. Mengampu disitu.

'' itulah ibu tak nak beritahu khai! Tak nak khai jadi macam ni.. '' liyana bangun menghampiri dhia dan khairina yang masih berpelukan.. Membawa dua wanita itu duduk disampingnya..

Sempat khairul melihat wajah khairina sewaktu khairina melepaskan pelukannya dari dhia tadi.

'' tu muka kena apa, khairina.. !'' suara khairul mula meninggi.. Khairil menarik tangan khairul.. Tapi ditempis oleh khairul semula.. Liyana pula sudah mengeluh. Kemudian memicit pelipisnya.. Dia sudah mengangak perkara ini akan terjadi..

Bila khairul nak melangkah mendekat kepada khairina, cepat-cepat liyana bangun menghalangi laluan khairul.

'' sudahlah khai.. Jangan kusut kan keadaan.'' kaya liyana..

'' tapi ibu! Khai cuma tanya.. Kenapa tak ada siapa pun nak beritahu.. Ni mesti zarif yang buat semua ni kan! '' kata khairul tak puas hati..

'' khairina!'' khairul melaung memanggil nama adiknya..

'' hubby.. '' panggil dhia lembut.. yang sedang mengosok belakang tubuh khairina.. Tak suka dengan khairul yang Tiba-tiba naik angin.. Tapi khairul membalas dengan tatapan tajam kepadanya.

'ehh.. Kita pun kena sekali..' keluh dhia.. Dhia berpaling melihat kepada khairina..

'sayangnya hubby kepada khairina.. Untung lah khairina.. Ada ibu, dan abang-abang yang sayang dengan dia..'

Khairul memejamkan matanya.. Menarik nafasnya dalam-dalam..

'marah tak boleh menyelesaikan masalah khairul.. Tak pasal-pasal dhia pun terkena tempiasnya nanti..aku tak nak itu berlaku! '

Khairul kembali duduk di sofa disamping khairil..

'' ok.. Sekarang.. Khai nak dengar semuanya.'' kata khairul dengan tenang merenung kearah dhia yang tidak lagi mengangkat wajahnya memandang kepadanya.

'sorry sayang..'

'' khairil.. Kamu saya yang cerita kepada khairul.. '' arah liyana malas nak menjelaskan apa yang terjadi.. Cukuplah dia mendengar semuanya yang diterangkan oleh zawawi dan ufairah di rumah mereka tadi. Hati ibu mana yang tak sakit bila melihat anak perempuannya diperlakukan sebegitu sekali.. Tambah sakit lagi bila khairina masih membela zarif.. Mengatakan ini semua salahnya sampai zarif menjatuhkan talak ke atasnya..

Khairul mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh khairil.. Menghadam semuanya kedalam fikirannya..

'' khai nak cari dia.. '' kata khairul.

'' khai tak payah! .. Ibu tak mahu mengeruhkan lagi keadaan.. Benda dah jadi begini.. Sudahlah.. '' kata liyana.. Jauh didalam sudut hatinya terbit perasaan risau.. Kalaulah khairul berjumpa dengan zarif..kemudian berjumpa pula dengan perempuan itu.. Takutnya khairul lupa diri..

'' dia berhutang dengan khai ibu.. '' kata khairul tegas.

'' berhutang? Kamu tu kalau bergaduh bersungguh-sungguh macam musuh dengan dia... Tapi kalau berkawan.. Sampai sanggup berkongsi semuanya.. Sedar khai! Ingat esha!'' kata liyana menunjuk kearah dhia..

Dhia mendongak bila namanya disebut.. Melihat kepada mertuanya dan kemudiannya khairul.

'khai nak cari zarif.. Atau nak cari perempuan tu!' liyana geram.

'' ibu tak izinkan khairul cari zarif.. Perkara ni selesai disini.. Bonda akan uruskan perceraian khairina.. Supaya dia bebas dari lelaki tu.. Dan tak ada kaitan lagi dengan lelaki tu.. Ibu tak nak khairina mahupun khai berhubung lagi dengan zarif.. Cukup.. Tamatkan semuanya disini!!'' kata liyana lantang dan tegas.. Mengingati dua orang anak nya itu...

Kata putus sudah dikeluarkan oleh liyana.. Dia melihat tepat kepada khairul. Menatap tajam kepada khairul.. Masing-masing diam saja tak membalas. Suasana hening seketika.. Liyana menganggap isu itu tamat disitu..

''ibu..'' panggil khairul. Bila dia teringatkan sesuatu.

'' ni.. Keputusan ujian hari itu.. Sebenarnya khai datang untuk ini.. '' kata khairul.. Menyuakan sampul putih yang berada ditangannya dari tadi.

Liyana menyambut sampul putih itu.. Membuka hujung sampul itu dengan cermat.. Kemudian mengeluarkan isi surat yang ada didalamnya..liyana kemudiannya bangun.. Mengambil cermin mata bacanya yang ada di atas meja.. Kemudian dia duduk semula.. Membuka kertas yang terlipat kemas itu...membaca setiap baris ayat yang tercatat disitu.

Khairul melihat ibunya yang serius membaca surat ditangan.. Selesai sehelai.. Diselak helaian yang lain.. Sehingga ke lapisan terakhir.. Dhia mengelus perutnya.. Menunggu apa yang bakal dikatakan oleh liyana..

Liyana kemudiannya meletakkan helaian surat itu di atas meja kopi di hadapannya.. Kemudian dia besandarke sofa semula.. Khairul segera mencapai kertas itu dengan rakus.. Dan membacanya.. Walaupun dia tak mengerti apa yang tertulis disitu.. Dia tetap juga membaca..

'' apa yang khai faham..dari result tu? '' tanya liyana..menyatukan jari-jarinya.. Melihat kearah khairul.. Khairul kemudiannya mengeleng.. Kemudian menunjukkan surat itu kepada khairil.. Yang berad disampingnya.

Liyana kemudiannya mengosok lembut belakang tubuh dhia..

'' jangan risau esha.. Tak ada apa-apa.. Cucu lelaki ibu sihat.. Alhamdulillah.. '' kata liyana.. Dengan senyuman melihat kepad menantunya yang nampak cuak.

'' betul ibu? '' tanya dhia.. Liyana mengangguk..

'' ya Allah ibu.. Ibu takutkan khai.. '' khairul memegang dadanya. Kemudian dia melihat kepada dhia.. Tapi hanya jelingan yang dibelikan oleh dhia..

'' ok.. Dah selesai kan.. Yang lelaki sila keluar pergi office now! Ibu Nak duduk dengan anak perempuan ibu dengan menantu ibu saja.. '' kata liyana menghalau dua anak lelakinya.

'' tapi dhia tu... ''

'' sayang nak duduk sini dengan ibu dan khairina.. '' kata dhia.

'' tinggallah esha disini.. Kamu pergi je office dengan abang kamu.. Biar esha temankan khairina.. '' kata liyana.

'' ha betul tu.. Jomlah.. Kita!'' ajak khairil.

Akhirnya, terpaksalah khairul menyiakan juga.. Tak berani dia nak membantah arahan ibunya.. Tetapi bila dipikirkan balik lebih baik dhia tinggal dengan ibunya.. Dirumah besar itu.. Sekurang-kurangnya ada juga yang memantau dhia.. Selalunya dia hanya memantau dhia melalui kawalan litar tertutup dipasang di rumahnya.. Yang disambungkan kepada telefon bimbitnya.

'' sayang.. '' khairul memanggil..

'' khairina.. Kejap ya.. '' khairina melepaskan pelukannya.. Membiarkan dhia bangun.. Kemudian dia menangkap liyana dan memeluk ibunya pula..

Khairul menarik dhia menjauh keluar dari ruang tamu.. Dhia mengikut sahaja.

'' alah.. Kemana pulak tu..? '' khairil mengaru kepalanya..

'' biarlah.. Entah apa yang dia nak pesan kepada esha tu.. '' sindir liyana.

'' kenapa ni hubby..? '' tanya dhia.

''sayang ok ke, nak tinggal sini?'' tanya khairul.

'' ok lah.. Ada khairina.. Ibu.. Taklah bosan nanti.. '' jawap dhia.

'' ok, balik kerja nanti hubby balik terus ambik sayang. Yea... '' kata khairul sambil mengelus lembut pipi dhia.

''yea! Sayang bukannya budak kecil ok.. Dah besar.. Mama to be lagi..'' kata dhia.

'' amboi.. Dengar tak, apa yang ibu kata tadi.. It a baby boy.. '' kata khairul..dengan teruja. Dhia menarik bibirnya tersenyum.. Kemudian mengelus perutnya yang mengandungi cinta hati mereka.

'' dengar.. '' kata dhia.

'' so! Bolehlah kita pilih nama untuk baby.. Kita pilih nama permain bola.. Hubby dengar nama pemain bola semuanya sedap je bila sebut.. '' kata khairul.

Pap! Bunyi tamparan itu bergema didalam rumah yang besar itu..

'' kenapa tu!'' jerit liyana dari ruang tamu..

'' tak.. Takkk ada apa ibu.. '' khairul mengosok lengannya yang dipukul oleh dhia tadi..

'' dahhh.. Pergi office.. Balik nanti saja sambung cerita kamu berdua.. '' tegur liyana dari ruang tamu..

'' pergilah hubby.. Kesian abang tunggu tu.. '' kata dhia menolak khairul pergi.. Khairul berpaling dan memeluk dhia, ubun ubun dhia diciumnya.

'' Don't to be naughty.. Both of you.. Papa pergi kerja.. Apa-apa.. Sayang call hubby cepat-cepat ya.. Tau tak ni!'' pesan khairul lagi.

'sekali lagi!' dhia mengerutkan dahinya..

'' tauuuu'' jawap dhia panjang.

''khai!'' panggil liyana lagi..

'' yea-yea.. Datang ni!'' kata khairul keluar dari tempat persembunyiannya dengan dhia tadi..berjalan ke ruang tamu semula..

'' dia dah ada bini nak berkepit saja.. Bukannya nak suruh tinggalkan esha, disini dua tiga hari..balik kerja nanti ambik lah balik.. '' rungut liyana..

Tapi, khairul tak juga terus keluar.. Dia bejalan kearah khairina.. Menyelak rambut khairina.. Melihat wajah adiknya dengan jelas.. Geram, sakit hati, marah.. Perasaan itu datang kembali lagi.. Bila melihat hujung bibir khairina sudah bertukar kebiruan..

''dia akan menyesal buat adik abang macam ni.. Walaupun abang tak dapat balas kembali, apa yang dia dah buat kepada khairina.. Dia tak layak untuk adik abang.. Tak layak untuk mana-mana wanita pun.. Kalau perangai dia macam binatang..'' jari khairul mengelus pipi khairina.. Khairina menggigit bibir bawahnya.. Lalu memeluk khairul..

Khairul yang masih sedang memeluk khairina, berpaling melihat kearah dhia..

'kenapa dia tengok kesini? kata-kata yang dia cakapkan tadi ditujukan untuk aku ke?' pikir dhia.

Khairul meleraikan pelukannya.. Kemudian dia bersalaman dengan ibunya.. Sempat dia mengenyitkan matanya kepada dhia semasa dia berjalan keluar dengan khairil.. Dhia menunduk malu.. Kerana bukan hanya dhia seorang yang melihat akan itu.. Tapi liyana dan khairina juga melihatnya..

'' bye sayang.. '' khairul mengusik dhia lagi.. Kalini.. Flying kiss pula yang diberikan..

'' taknak sambut esha? '' usik liyana.. Cepat-cepat dhia mengeleng..

Memang taklah dia nak menyambut didepan mertuanya.. Khairina menarik bibirnya tersenyum.. Melihat gelagat pasangan yang sedang dilamun cinta itu.

'sekurang-kurangnya.. Abangnya nya bahagia..' dia berpaling melihat kepada kakak iparnya.. Mengengam tangan dhia.. Dhia melihat tangannya yang digengam oleh khairina.. Kemudian mereka sama-sama berbalas senyuman..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience