BAB 68

Romance Completed 367824

Dhia diam tak menegur khairul.. Yang sedang memandu kereta. Wajah khairul tak semanis tadi seperti sebelum berjumpa dengan sahabatnya yang bernama amri..

'' hubby.. '' panggil dhia.

'' hemmm'' balas khairul.

''kita nak kemana..? '' tanya dhia.

'' balik office.. '' balas khairul..

'' kenapa? Ada apa-apa terjadi? '' tanya dhia.

'' tak ada apa.. '' balas khairul.

'' hubby nak tahu tak.. Tadi masa hubby pergi jumpa dengan kawan hubby.. Owner restoran tu, ada jumpa dengan sayang.. Muda lagi orangnya.. '' kata dhia memancing khairul untuk bercakap dengannya.

'' hemm'' hanya itu yang di balas khairul.

''kenapa ni..?'' Tanya dhia.

'' hubby tahu.. hubby nampak tadi.. '' kata khairul. Dia ada melihat seorang lelaki menghampiri setiap meja makan menegur semua pelanggan yang ada disitu.. Termasuklah menegur dhia.

'' untung lah orang ada duit kan.. Muda-muda ada restoran.. Pandai masak pulak tu.. Tapi kan.. Tadi sayang dengan orang yang makan dekat situ panggil dia ustaz.. '' kata dhia.

'' so sukalah dia.. Perfect kan.. Lelaki yang macam sayang impikan.. Pandai masak.. Boleh bimbing sayang ke syurga.. Sempurna sungguh dia kan..sekarang dah menyesal ke? '' tanya khairul menyindir dhia.. Jelingan tajam dilemparkan kepada dhia.

'' hubby! Kenapa ni.. Ni mesti ada yang tak kena ni kan.. Hubby jadi macam ni lepas jumpa kawan hubby tu.. Kenapa? Ada masalah? Kenapa hubby marah? '' tanya dhia menarik lengan khairul.

'' sayang.. hubby sedang memandu ni.. Jangan tarik-tarik.. Bahaya lah.. '' kata khairul. Dhia segera melwpaskan pegangan tangannya.

Dhia memalingkan tubuhnya memandang keluar tingkap..

'kenapa perlu marah?' keluh dhia tak paus hati..

Khairul melihat dhia yang sudah diam disebelahnya. Memandang kearah luar. Perlahan lahan tangan dhia diraih..mengengam erat tangan dhia..

'' hubby nak jumpa ibu nanti.. Sayang tunggu hubby dalam bilik hubby dulu ya.. '' kata khairul..

'' ok.. '' balas dhia kembali mengengam tangan khairul yang ada diatas ribanya..

Sebaik menghantar dhia ke biliknya.. Khairul mengarahkan Shahril untuk membelikan aiskrim kegemaran dhia. Sementara menunggunya pergi berjumpa dengan ibunya.

Khairul menolak pintu bilik liyana.. Selepas mengetuk pintu bilik tersebut.

'' hmm khai.. Ada apa? '' tanya liyana..

'' ibu sibuk? Ada benda penting yang nak khai sampaikan.. '' kata khairul menarik kerusi di hadapan ibunya..

'' duduklah.. Ibu ada meeting petang nanti.. '' kata liyana.

'' khai dah panggilkan abang, naik kesini.. Kita tunggu abang sampai.. '' kata khairul.

'' nak bincang apa ni? Business or family? '' tanya liyana.

'' family ibu.. Urgent !'' kata khairul.

'' kenapa? Esha ke? '' khairul cepat-cepat mengeleng.

'' no-no ibu.. Bukan esha... '' jawap khairul.

'' assalamualaikum '' khairil memberi salam sebaik masuk kedalam bilik itu.

"waalaikummusalam" jawap khairul dan liyana.

'' kenapa ni.. serius je.. Abang, tengok muka kau khai..! Esha dah nak beranak ke? tadi abang jumpa kau naik dengan Esha.. Esha ok je.. '' kata khairil.

'kenapa semuanya risaukan dhia... Haiii. Sayang sungguh la mereka dengam dhia..'

'' bukan esha tapi khairina.. '' kata khairul.

'' kenapa pula dengan khairina? '' tanya liyana menatap tepat ke wajah khairul.

Khairul menceritakan semuanya kepada liyana dan abangnya.. Mengenai zarif yang selalu melelepak di kelab.. Menghabiskan masa nya di kelab setiap malam.

''mana khairul dapat semua cerita ni..'' kata liyana. Dia takkan terus mempercayai bulat-bulat tanpa mendapat kepastian.

'' bukan khai yang buat cerita.. Amri yang bagitahu ibu.. Dan satu lagi.. Nadeerah dah kembali..dan sekarang dia bersama dengan zarif.. So.. Khairina?? '' kata khairul.

'' khairul jangan sebarangan..!! '' suara liyana mula meninggi. Dah lama dia tak mendengar nama perempuan yang menghanyutkan masa depan anaknya dulu. Kini nama itu muncul lagi..

'kenapa dia kembali? untuk menganggu keluarga aku lagi?' liyana mengepal kan tangannya tak puas hati.

'' terpulanglah ibu pikir apa.. Ibu boleh siasat sendiri.. Khairul taknak khairina jadi mangsa disini.. Kita pun dah lama tak jumpa dia.. '' kata khairul.

'' kejap abang call dia.. '' khairil mengambil telefon.. Lalu membuat panggilan video kepada khairina..

'' assalamualaikum... Abang!'' jerit khairina ceria dari sebelah sana. Sebaik khairina menjawap panggilan video tersebut.

''waalaikummusalam '' jawap mereka bertiga serentak..

'' ibuuu! Abangg.. '' sebak suara khairina disebelah sana.. Bila melihat ibunya dan khairul turut ada di dalam panggilan video tersebut.

'' khairina sihat? '' tanya liyana. Khairina menjatuhkan wajahnya..

'' sihat ibu.. Ibu? '' tanya khairina.

'' alhamdulillah.. ''

'' khairina.. It everything OK? Kenapa khairina nampak susut sangat ni? '' tanya liyana..

'' I'm OK.. Susut ke.. Hmm.. Biasa sajalah ibu.. '' kata khairina sambil memegang pipinya yang semakin cengkung..

'' ibu rindu dengan khairina.. Bila khairina nak jumpa dengan ibu.. Sejak jadi isteri orang ni.. Khairina macam dah lupa khairina masih ada ibu.. '' kata liyana. Khairul dan khairil mendegar dan melihat saja panggilan video itu.. Keutamaan diberikan sepenuhnya kepada liyana.

'' ibu.. Khairina pun rindu ibu.. Hmmm esok.. Ya esok khairina singgah office ibu..'' kata khairina.

'' macam tu lah sayang.. Kita jumpa esok.. Ibu tunggu khairina datang.. '' kata liyana..

'' abang pun tunggu khairina.. '' kata khairul.

'' abang pun.. '' sampuk khairil pula.

Panggilan dimatikan.. Setelah berlangsung hampir beberapa minit.

'' so! kita tunggu saja esok.. Kita dengar sendiri dari mulut khairina.. Ok! Ibu ada meeting.. Esok bila khairina datang.. Kita sambung bincang hal ni semula.. '' putus liyana...dah serupa bagi arahan kepada anaknya itu sepertimana berinteraksi dengan kakitangannya.

'' baik ibu.. Nanti ibu maklumkan kami kalau khairina datang.. '' kata khairil..

Mereka bersurai.

'' tunggu.. Khai tunggu! Ibu ada benda nak cakap sikit dengan khai.. '' kata liyana bangun berdiri.. menghalang khairul dari keluar bersama dengan khairil.

'' abang keluar dulu lah kalau macam tu.. Ok'' khairil membuka pintu dan keluar dari bilik liyana.

''kenapa ibu? '' tanya khairul.

'' it about Nadeerah.. Ibu nak tahu kedudukan dia didalam hati khai! Jujur saja dengan ibu.. '' kata liyana menatap kedalam anak mata hitam khairul.

'' ibu tahu siapa dhia didalam hati khai.. Nadeerah.. Nama tu dah lama digantikan oleh dhia qaleesha.. My wife. '' kata khairul dengan yakin nya.

'' are you sure! Depan ibu bolehlah khai cakap macam tu.. Nanti bila depan perempuan tu.. Khai lembik.. Lupa habis dhia.. '' perli liyana menjeling kepada khairul.

'' tak ibu.. Khai yakin.. Yakin dengan pilihan khai.. Sejak khai buat keputusan untuk menikahi dhia.. '' kata khairul.

'' baik! Ibu nak tengok.. Harap khai pegang dengan apa yang khai baru saja katakan tadi.. Ianya adalah sebuah ikatan janji bagi ibu.. Manalah tahu.. Bila jumpa dengan perempuan tu.. Khai lupa janji khai.. Khai tinggalkan dua nyawa demi satu nyawa yang ibu rasa tak penting pun untuk dia timbul dalam hubungan khai dan dhia.. Kembali merebut perempuan tu dengan zarif, macam dulu.. '' kata liyana tegas.. Memperingati khairul mengunakan cara kasar.. Agar anaknya itu sedar..dan tak mengulangi kesalahannya dulu.

'' baik ibu.. Ini janji khai.. Ibu boleh pegang dengan janji khai.. '' kata khairul. Dia kemudiannya melangkah pergi.. Keluar dari bilik ibunya.

Liyana duduk bersandar di kerusinya.. Melepaskan keluhan berat..

'kau datang lagi.. Kenapa kau datang.. Tak cukup duit yang aku bagi untuk kau tinggalkan anak aku.. Atau kau datang nak kikis duit anak aku macam dulu.. Tak cukup kau rosakkan masa depan anak aku.. Apa lagi yang kau nak.. Atas niat apa kau kembali..'

Liyana mendail nombor seseorang.. Nombor yang sudah lama dia tak hubungi..

''hello... Apa khabar.. '' kata liyana sebaik panggilan disambungkan.

'' lama sudah kita tak berhubung.. Saya nak minta tolong sikit.. '' kata liyana.

'' boleh.. Senang-senang datang saja ke office.. '' kata liyana..

Khairul kembali lantai pejabatnya.. Dia melihat ada shahril sedang menguruskan sesuatu di meja kerjanya.

'' shah! Dah belikan apa yang saya pesan tadi? '' tanya khairul.

'' dah tuan.. '' jawap shahril seraya berdiri bila melihat khairul menghampiri mejanya.

'' terima kasih.. ''

'' sama-sama tuan.. ''

Khairul masuk kedalam biliknya.. Dhia seperti biasa akan duduk di sofa bermain dengan telefon bimbitnya..

'' dah habis makan aiskrim? '' tanya khairul.

'' ada.. Sayang simpan dalam peti nak? '' tanya dhia..

'' kenapa tak makan.. Tu untuk sayang lah..'' kata khairul duduk disamping dhia.. Tangannya melilit pingang dhia.

Chuupp.. Pipi dhia dicium dengan geram, sekali..

'' eeeeiii.. Apa ni basah.. '' rungut dhia.. Menyapu pipinya yang basah.

'' sapu-sapu.. Berani sapu lah.. '' ugut khairul.

'' tadi bukan main marah... Pergilah makan aiskrim tu.. Hilangkan panas tu.. '' dhia menyiku perut khairul.

'' auchh sayang.. '' adu khairul. Khairul menyembamkan wajahnya ke pipi dhia.. Di goyangkan ke kiri ke kanan..

'' eeiiii.. Geli.. Jangan la hubby.. '' dhia menolak wajah khairul dari terus melekat di wajahnya..

Khairul bangun berjalan ke peti sejuk mini yang ada didalam bilik itu.. Dia mengeluarkan aiskrim yang dibelikan oleh shahril tadi..

'' nah.. Untuk sayang.. '' khairul membuka balutan aiskrim tersebut, kemudian menyuakannya kepada isterinya..

Dhia mendongak.. Tersenyum manis.. Menyuakan tangan menyambut aiskrim yang disuakan kepadanya.

'' rasuah!'' kata dhia..

'' yep rasuah.. '' balas khairul yang sudah kembali duduk diatas kerusi kerjanya..

Dia menyambung kembali membuat kerjanya.. Sementara dhia menerima rasuah untuk menemaninya sampai selesai urusannya hari itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience