BAB 69

Romance Completed 367809

Seperti biasa khairina akan membantu mertuanya memasak untuk makan malam... Selepas siap semuanya, makanan akan di hidangkan ke meja makan..

'' khairina.. Kamu sihat tak ni?Dari tadi.. bonda tengok muka kamu pucat... '' tanya ufairah kepada menantunya.. Sambil memegang kedua pipi khairina.

'' bonda.. Tak apa.. Khairina ok.. '' balas khairina..

'' betul ni ok? Tapi bonda tengok khairina macam tak sihat saja.. '' kata ufairah.

Kebetulan zarif turun dari atas menuju kepada mereka berdua yang sedang berada di meja makan.

'' zarif.. Lepas makan, bawa khairina ke klinik.. Khairina tak sihat ni.. '' kata ufairah.

'dia? Dalam mimpi pun belum pasti lagi bonda'

'' bonda.. Tak apa.. Nanti ok lah ni.. Kena hujan kemarin, masa kita pergi jalan dekat taman.. '' alasan khairina.

'' zarif.. '' panggil ufairah lagi. Khairina segera menahan tangan ufairah dan menggelengkan kepalanya.

'' bonda.. ''

'' Bonda sendiri dengar kan.. Dia kata dia tak apa.. Tak payah la.. bonda nak manja kan sangat.. Lepas dia makan ubat tu, dia baik lah tu.. '' kata zarif menarik kerusi lalu duduk di tempatnya.

'' lagipun zarif dah lapar ni.. Mana ayahanda? '' tanya zarif.

'' kita makan kita-kita saja.. Ayahanda ada dinner diluar.. '' kata ufairah membawa khairina duduk di tempatnya dan dia juga beranjak duduk di kerusinya.

Khairina menyenduk kan nasi dan lauk buat zarif.. Ufairah melihat saja khairina melayan anaknya.

'zarif.. Kenapa kau tak nampak lagi khairina di depan mata kau.. Cara dia layan kau.. Sampai bila kau nak menolak dia.. Kau siksa dia zarif..' ufairah harus mencari cara nak menegur anaknya.. Tapi bagaimana.

'' kau mengadu apa dekat bonda.. Kalau aku dengar kau mengadu hal tentang aku.. Siap kau.. '' bisik zarif di telinga khairina.. Sambil tangannya kirinya mengengam kuat peha khairina. Dibawah meja. Khairina menunduk saja kebawah.. Menahan sakit cengkaman tangan zarif di pehannya.

Zarif mengangkat wajahnya melihat kepada bondanya dengan senyuman di wajahnya.. Beriak biasa sepertinya tiada apa yang berlaku.

'' zarif.. Kenapa bisik-bisik.. Ada apa..? '' tanya ufairah.

''ahh.. Tak ada apa bonda.. Zarif tanya khairina.. Sama ada nak ke klinik ke tak.. Tapi dia taknak..''kata zarif menepuk-nepuk peha khairina.

Khairina mengangkat wajahnya melihat mertuanya yang duduk bertentangan dengan mereka.. Menarik sebaris senyuman..

''khairina, esok jadi ke, kamu nak jumpa dengan ibu kamu..? Tanya ufairah.

Zarif yang sedang menyuapkan makanan ke mulutnya terhenti. Mengalihkan pandangan melihat kearah khairina yang berada disisinya. Merenung tajam kepada khairina.

''jadi bonda.. Bolehkan abang?'' kata khairina.. Mengambil kesempatan itu.. Kerana dia juga sudah merindukan keluarganya.

'' boleh sayang.. Apa salahnya.. Baliklah lama mana yang sayang nak.. '' kata zarif menyindir khairina.

'' balik? bukan khairina nak pergi jenguk saja..? '' tanya ufairah bingung..

'' bonda.. Memang sebelum ni abang zarif ada kata nak benarkan khairina tinggal dengan ibu beberapa hari.. '' kata khairina lagi.. Dia bersungguh-sungguh mengambil peluang yang ada.

'' biarlah bonda.. Dia rindu ibu dia.. '' kata zarif.. Malas nak melayan kerenah khairina.

'' kalau macam tu zarif kena hantar kan khairina.. Mana boleh dia balik sendiri, nanti apa pula kata datin.. '' kata ufairah tak mahu besannya terasa hati.

'' tapi esok zarif sibuk lah bonda.. Zarif ada banyak kerja esok.. Tak percaya, bonda tanya ayahanda. '' keluh zarif dan menolak pinggan nasinya.. Kerana perbincangan mereka itu, semakin tidak menarik minatnya.

'' tak apa bonda.. Khairina balik sendiri.. Nanti khairina terangkan dekat ibu.. Tentu ibu faham.. '' kata khairina.

'' hemmm.. Ikut kamu berdualah.'' keluh ufairah..

Zarif bangun dari meja makan.. Naik keatas..

'' tu kenapa pula? Makan tak habis lagi dah lari naik atas.. '' bebel ufairah lagi.

Selesai makan khairina tak naik keatas, dia sekadar menunggu di ruang tamu menonton televisyen..

Sejak dia melihat tubuh zarif yang penuh kesan ciuman tu.. Dia rasa dikhianati.. Hatinya sangat terluka.. Dia akan tunggu disitu sampai zarif turun semula untuk keluar..

Seperti biasa, zarif turun.. selepas siap untuk keluar.. Dari atas lagi dia melihat khairina yang sedang melihat television di ruang tamu..

'' kau nak balik esok buat apa? Mengadu? '' tanya zarif kasar.

'' saya baik nak jumpa ibu.. '' balas khairina yang masih duduk di sofa.

Zarif mendekat kearah khairina.. Mencekik leher khairina.. Kemudian mendekatkan bibirnya di telinga khairina.

'' kalau aku dengar kau mengadu siap kau!'' bisik zarif tegas di telinga khairina.. Kemudian dia melepaskan semula leher khairina.

'' kalau khairina mengadu.. Kenapa? takut? '' kata khairina.

'ahh.. Khairina apa yang cakap ni?.. Kenapa kau suka buat dia marah.. Mulut! Mulut ni!'

'' kau cabar aku khairina..!!'' kata zarif keras tapi masih menjaga suaranya agar tak terlalu kuat.. Zarif berpaling pergi.

'' jangan keluar zarif.. Jangan.. Tolong.. '' rayu khairina.

'' kenapa! Kau, tak suka? Tapi aku suka! Kau bukan siapa-siapa lagi khairina.. '' kata zarif.

'' besar sangat ke salah khairina.. Sampai zarif membenci khairina macam ni.. Kalau zarif nak nikah lagi.. Khairina izinkan.. Tapi jangan keluar.. Jangan ulang kesalahan yang sama lagi zarif.. '' kata khairina menarik lengan zarif.

Pang! Satu tamparan mengenai pipi khairina.. Terjatuh terduduk khairina di atas sofa.. Khairina menyentuh pipinya yang terasa pedih. Kepalanya juga turut terasa pening..

Zarif menarik rambut khairina.. Sampaikan wajahnya terdongak mengikut saja kemana tangan zarif membawa kepalanya..

''kau jangan nak ajar aku.. Jangan rosakkan mood aku malam ni.. Kau siapa nak tegur aku..'' zafir melemparkan khairina kembali ke sofa..

'' saya siapa? saya isteri kamu zarif!'' balas khairina sebaik dia berpaling..

'' kau memang cabar aku harini khairina..!!'' jerit zarif tak lagi mengawal suaranya seperti tadi..

Khairina mula melangkah ke belakang bila melihat wajah zarif mula bertukar merah dibawah pengaruh amarahnya..

'' kenapa ni zarif.. '' berlari lari ufairah ke ruang tamu.. Bila mendengar suara kecoh di ruang tengah rumahnya..

'' ya Allah khairina.. ! Apa kamu dah buat ni? Zarif!! '' ufairah melihat pipi khairina yang sudah membengkak.. Dia berjalan menghampiri khairina.

'' apa kamu dah buat ni zarif.. Kenapa pukul khairina..? Tanya ufairah.. Memukul zarif.

'' dia dah melampau bonda.. '' kata zarif.. Menunjal dahi khairina.

'' ya Allah apa ni zarif.. '' ufairah menghalang tangan zarif.. Dia membawa khairina menjauh..

'' assalamualaikum.. '' salam di beri dari luar.. Masuklah zawawi ke dalam rumah itu.

'' waalaikummusalam '' jawap ufairah.. Mereka berpaling melihat kearah zawawi yang baru saja masuk kedalam rumah.

'' ni kenapa ni? '' tanya zawawi bila melihat keadaan tegang di dalam rumahnya.

'' abang.. !!'' ufairah menarik khairina berjalan bersamanya mendekati zawawi yang ada disitu.. Khairul mula gelisah.. Berdiri dengan serba tak kena.. Bila perkara itu sudah diketahui oleh keluarganya.. Terutamanya ayahanda dan bondanya.

'ni salah kau khairina.. Kau yang buat aku jadi macam ni!' hatinya berapi-berapi menahan amarah didalam dadanya.

'' tengok ni abang! Tengok apa yang zarif dah buat..'' kata ufairah.. Kecewa dengan perangai zarif.. Tak sangka anaknya itu sampai memukul khairina.

Zawawi cuba untuk melihat apa yang sedang ditunjukkan isterinya kepadanya.. Walaupun khairina sedang melarikan wajahnya daripadanya.

''khairina..bagi ayahanda tengok..angkat wajah khairina..'' arah Zawawi.

'' khairina.. '' panggil zawawi lagi..

'' kalau khairina anggap ayahanda ni macam ayahanda khairina.. Angkat wajah khairina.. Kalau betul anak ayah salah.. Jangan khairina cuba nak tutup lagi kesalahan dia..'' kata zawawi.

Khairina menutup mukanya dengan tangan.. Kemudian dia menggelengkan kepalanya.. Masih berkeras tak mahu mengangkat wajahnya..

Zawawi melihat kepada isterinya, ufairah. Kemudian dia melihat kearah zarif.

'' zarif.. Kamu tak nampak macam mana dia cuba nak jaga aib kamu! Sedang kan kamu.. menyiksa dia.. Kenapa kamu pukul dia? '' tanya zawawi.

'' ayahanda dia yang cabar zarif.. Dia.. ''

'' cukup zarif.. '' zawawi berjalan menghampiri zarif.. Tangannya diangkat tinggi untuk menampar anaknya itu.. Tapi tangan itu memberat. Kerana seseorang sedang menahan tangannya..

'' ayahanda jangan..khairina yang salah dalam hal ni.. Ayahanda jangan pukul zarif.. '' khairina menahan tangan zawawi..

'' Allah ! Apa yang kamu dah buat ni zarif.. '' kini Zawawi dapat melihat wajah khairina dengan jelas.. Pipi yang bengkak dan hujung bibir yang pecah..

'' kamu pukul khairina..? '' Zawawi mencekak baju zarif.. Dengan sebelah tangannya.. Manakala sebelah tangan lagi ditarik oleh khairina...

'' sayang! .. Bawa khairina pergi!'' arah Zawawi. Berlarilah ufairah mendapatkan khairina.. Meleraikan tangan khairina dari terus memegang tangan suaminya.

'' ayahanda tanya..? kenapa zarif pukul khairina? '' tanya Zawawi.

Zarif diam.. Ada kalanya matanya menjeling kearah khairina.. Mengalirkan rasa bencinya kepada wanita itu.. Sampaikan ayahandanya turut memarahinya.

'sukalah kan kau tengok aku kena marah macam ni! Kau suka bila orang tua aku membela kau! Kau bangga lah kan.. Aku jadi orang jahat disini.. Puas!!!'

Zawawi memukul zarif.. Sampai zarif terjatuh ke lantai dibelasah ayahnya sendiri.. Manakala dua wanita itu sekadar memandang dari jauh..

''I had told you before zarif..! Pukulan ni bukan hanya kerana khairina.. I already know everything.. Semuanya!! Memalukan.. Kau tak layak zarif.. Tak layak guna nama Tengku di hadapan nama kau! Kau dengar tak ni!' marah sungguh Zawawi. Sampai mengungkit pekara yang lain.

'' zarif tak tahu lah.. Apa yang ayahanda.. Cakapkan.. '' kata zarif.. Satu persatu-satu kerana nafasnya tak teratur..

'' ni ! Tak tahu lagi!'' Zawawi mengeluarkan gambar dari kocek bajunya lalu dilemparkan ke wajah zarif.

Zarif mengutip satu persatu gambar yang dilemparkan oleh ayahandanya. Gambar dia dan nadeerah waktu pertama kali berjumpa beberapa hari yang lepas.. Semua gambar dia bercium secara terbuka dia pentas tari..

'@!#$%&' zarif memaki si pelaku yang mengambil gambar itu..dalam diam.

'' puas! Jangan tanya macam mana ayahanda dapat gambar tu.. ! Memalukan zarif ! Sangat memalukan!'' kata Zawawi kecewa.

Zarif bangun..

'' kau dah ada isteri zarif! Sedar lah! '' kata Zawawi lagi.

'isteri! Isteri! Isteri!!!' zarif bengang.

Zarif melihat kearah khairina.. Kakinya melangkah ke arah khairina dan juga bondanya.. Tangannya menarik khairina keluar dari pelukan ufairah..

'' kerana kau! Semua ni terjadi.. Malam ni aku ceraikan kau dengan talak tiga..! '' kata zarif. Kata zarif menundingkan jarinya di depan muka khairina.

Kemudian zarif berjalan keluar dari rumah itu.. Khairina mengejar langkah zarif .. Cuba menangkap zarif.. Tapi tak berjaya.. Bila di melihat zarif sudah memandu keluar dari rumah itu.. Terjatuh khairina di halaman rumah.. Menagis di atas tanah teresak-esak.

Ufairah keluar mencari khairina.. Berlari dia memeluk khairina yang sedang terduduk diatas tanah sendirian dalam kelam malam.

'' bonda.. Ni semua salah khairina...kharina buat dia marah.. Salah khairina.. Apa yang khairina nak buat.. Tolonglah khairina.. Bonda.. '' khairina menggoyangkan tangan ufairah yang sedang memeluknya..

Ufairah turut bersedih melihat kearah menantunya, mengeleng lemah.. Khairina menangis teresak-esak di dada mertuanya..

Manakala zawawi sekadar melihat dua wanita itu dari muka pintu.. Tak sangka zarif akan bertindak sampai menceraikan khairina.. Tapi, kini.. semuanya sudah terlambat..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience