BAB 84

Romance Completed 367824

Liyana berdiri di tengah-tengah ruang bilik bacaan.. Menanti kehadiran nadeerah untuk masuk kedalam bilik itu..

Nadeerah masuk bersama dengan budak lelaki tadi kedalam ruang bacaan.. Melihat liyana sudah menanti kedatangannya..

''bukankah sebelum ni.. Kamu pernah janji dengan saya.. Yang kamu tak akan pernah muncul di depan saya mahupun keluarga saya.. Terutamanya khai! Dan sekarang kenapa kamu mungkir janji kamu? Atau duit yang saya bagi sebelum ni dah habis kamu joli?'' tanya liyana dengan panjang lebar.

Nadeerah menunduk.. Kemudiannya dia tergelak kecil.. Gelak yang bernada sindiran.. Kepada liyana. Dia mengisyaratkan kepada budak lelaki itu agar duduk diatas sofa yang ada didalam bilik itu.

'' duit tu..? Betullah kata datin.. Saya dah puas belanja duit datin tu.. '' kata nadeerah.

'' sekarang kau nak apa? '' tanya liyana.

'' saya nak.. Hak saya sebagai.. ''

'' jangan nak mimpi mengapai awan nadeerah!'' liyana memberi amaran dia tak mahu mendengar angan-angan perempuan itu.

'' datin..kenapa datin sombong sangat dengan saya?.. Sebab saya miskin? sebab apa? '' tanya nadeerah.

'' sombong? Kamu hanya mengambil kesempatan keatas anak saya! Dan kamu pernah berjaya sekali.. Saya akan pastikan perkara tu tak akan berulang lagi!'' tegas liyana..

'' datin yakin? '' tanya nadeerah.. Berjalan mendekat kepada liyana.

'' kenapa kamu ingat saya takut!'' kata liyana tegas.

'' tak! Saya yakin datin seorang wanita yang sangat hebat! Berpengaruh.. Dan kaya raya.. Siapa yang tak kenal datin.. Janda yang berharta.. '' kata nadeerah.. Liyana merenung dalam ke mata nadeerah.

'' tapi!''

'' macam mana kalau ada orang yang tahu.. Anak datin ada anak luar nikah dengan orang yang semacam saya.. Cucu luar nikah datin.. Apa orang akan kata nanti..? '' tanya nadeerah. Mengugut liyana.

'' jangan kamu pandai-pandai nak tabur fitnah nadeerah.. '' kata liyana.

'' ini bukan fitnah datin... Ini realiti! .. Hakikat! .. Datin nampak budak lelaki ni!'' nadeerah menghampiri kepada budak lelaki yang duduk dia atas sofa.. Menarik tangan anak itu supaya dia berdiri.

'' ini anak saya dan khai!'' kata nadeerah lantang.. Lalu menolak anak itu kepada liyana..

Liyana menangkap budak lelaki yang ditolakkan oleh nadeerah kepadanya..

'ibu apa yang sanggup tolak anaknya yang masih kecil begini!'

BAM!!pintu bilik bacaan itu ditolak kasar dari luar.

'' ibu! Jangan percaya dia! Di pembohong!'' kata khairul lantang menceroboh masuk kedalam bilik bacaan.

'' aku tipu!? Aku ibunya! Tentulah aku tahu siapa ayah kepada anak yang aku kandungan.. Kau ! Khai!.. Kau lelaki terakhir yang menyentuh aku sebelum aku hilang.. Selepas dapat duit dari ibu kau!'' kata nadeerah. Menunding kearah liyana.

'' jadi betullah kau dapat duit dari ibu aku? '' tanya khairul.

'' ya betul.. ! Aku mengaku.. Aku dapat duit dari datin lima ratus ribu.. Untuk hilangkan diri.. Tapi aku tak tahu yang aku mengandung selepas aku pergi.. '' kata nadeerah.

'' mungkin itu anak zarif.. Kau sengaja nak kenakan aku.. Kan.. Perempuan.! . '' khairul mendekat dan ingin mencekik batang leher nadeerah.

'' khai! Jangan! .. Kita siasat dulu hal ini.. Jangan terburu-buru.. '' tegur liyana..

'' bukan ke kau dengan zarif sekarang.. Kenapa perlu kau muncul dalam hidup aku lagi.. '' kata khairul dengan geram.

'' sebab? Perlukah sebab untuk aku muncul?'' tanya nadeerah. Matanya menangkap kehadiran dhia di muka pintu bilik bacaan.. Dhia yang sedang mengendong bayinya. Sedang memerhati kearah mereka.

'' kau berkahwin dengan dia.. Kerana anak yang dia pegang tu kan..dan sekarang ni.. Aku yang juga mempunyai anak dengan kau khai.. Apa balasan yang akan aku dapat.. '' kata nadeerah.. Menunding tangannya kearah pintu.. Menunjuk kepada dhia.

Khairul berpaling melihat dhia yang sedang berdiri di hadapan pintu.. Dhia tak menunjukkan sebarang reaksi di wajahnya..

'' sayang.. '' panggil khairul.

'' huh.. Sayang!'' perli nadeerah. Menyindir khairul.

'' balasan? Kamu kata nakkan balasan? '' tanya dhia.. Berjalan masuk kedalam bilik bacaan itu.. Dia tak berjalan kearah khairul.. Tetapi dia berjalan kepada budak lelaki yang sedang dipegang oleh liyana.

'' ya! Balasan.. '' sahut nadeerah..

'apa yang kamu nak nadeerah.. Kamu nakkan khai menjadi suami kamu!?'

'' apa nama anak ini..? '' tanya dhia... Mengelus pipi gebu anak itu..

'' qamarul.. '' jawap nadeerah.

'' bulan.. Makna dia bulan kan..? '' Tanya dhia.

'' ya! Kenapa? '' tanya nadeerah tak puas hati.

'' cantik nama dia.. Serupa dengan tuannya.. Apa balasan yang kamu nakkan nadeerah.. Kamu datang kesini.. Nak menjual anak kamu..? '' tanya dhia.. Tenang..

Liyana memegang bahu dhia...dhia mengangguk kepada liyana.. Menyatakan dia baik-baik sahaja.. Kemudian liyana, meminta untuk mendukung khalish..

'' terpulang lah nak cakap apa pun.. Jual anak ke apa.. Atau kamu semua rela anak ni hidup dengan aku! Aku tak kisah.. Tapi jangan salahkan aku.. Nanti!.. '' nadeerah berjalan menghampiri anaknya.. Menarik tangan budak lelaki itu dengan kasar dari dhia..

'' tunggu!'' kata liyana bila melihat nadeerah menarik anak itu pergi.

Nadeerah menarik bibirnya tersenyum..

'akhirnya!.. kamu semua orang angkuh menunduk juga kepada aku..' kata hati nadeerah.

'' balasan apa yang kamu mahu sebagai tukaran nya.. Kepada anak itu.. Tetapi! .. Selepas kami sahkan anak itu adalah anak dari khai.. '' kata liyana.

'macam tu lah berbincang orang tua!.. Kalau awal-awal begini kan senang tak lah aku kecoh-kecoh tadi.. Aku dah agak.. Anak ini pasti sagat berharga.. Tak sia-sia aku besarkan dia.. Menghabiskan duit aku bersusah payah menanggung beban ini.. Akhirnya.. Aku dapat tuai hasilnya.. '
Nadeerah berpaling semula mengadap liyana..

''baik.. Saya nak jadi salah satu pemegang saham syarikat..dan satu juta dalam akaun saya selepas sah anak ni anak kandung khairul.. '' kata nadeerah.

'' kau jangan melampau nadeerah!'' khairul memberi amaran.

'' khai!'' liyana mengangkat tangannya, menahan dari khairul terus berbicara.

'' baik! Kalau itu yang kau mahukan.. Tapi selepas tu.. ! Saya tak nak kamu mengungkit apa-apa lagi..dan anak ni kamu tak ada hak lagi keatasnya.. '' kata liyana.

'mengungkit! Hei itu anak aku.. Aku boleh kikis harta nak aku sendiri tanpa siapa pun tahu tentang hal itu..'

'' jangan risau datin.. Saya akan pergi dari sini selepas dua benda tu datin tunaikan.. '' kata nadeerah..

'' kamu tinggal dengan mereka.. Mereka akan jadi ahli keluarga kamu.. '' kata nadeerah kepada budak lelaki itu.

'' kamu nak tinggalkan dia disini? '' tanya dhia..

'' ya kenapa..? '' tanya nadeerah.

'tak kah dia risau tinggalkan anak dia begitu saja.. Dan budak lelaki tu nampak seperti tak kisah di tinggalkan oleh nadeerah.. Atau selama ni memangnya dia sering di tinggalkan?' dhia hanya mampu mengelengkan kepalanya tak percaya.. Masih adakah ibu yang sebegitu di dunia ni..

'' saya menunggu keputusannya.. Saya balik dulu.. '' kata nadeerah kemudian berlalu pergi begitu saja.

'' ibu bagi khalish dekat khai.. '' khairul meminta anaknya dari liyana..

Dhia merendahkan dirinya separa dengan tinggi budak lelaki itu..

'' qamarul dah makan? '' tanya dhia lembut. Anak itu hanya mengeleng.. Kemudian memegang perutnya..

'' nak.. Hmm.. Mama suapkan..? '' tanya dhia.

'' sayang! Dia belum pasti lagi anak hubby! Tak perlulah layan dia lebih - lebih.. Anak hubby cuma khalish.. '' kata khairul menegaskan bait katanya.

'' khai! Tak baik kata macam tu.. '' tegur liyana.

'' betul tu hubby.. Kalau lah ni anak hubby.. Hubby kena terima dia.. Sayang sanggup terima dia.. Abang kepada khalish.. '' kata dhia.

'' no! Tak kira lah apa pun! Dia bukan anak hubby!'' kata khairul lalu berjalan keluar mendukung khalish bersamanya.

'' tengoklah ibu.. Dia pula yang marah.. Qamarul ni tak bersalah.. Dia cuma mangsa keadaan.. '' kata dhia..

'sepatutnya yang bersedih disini adalah aku.. Tapi.. Kenapa perlu dia yang melangkah pergi.. Sanggup kah melihat qamarul dibesarkan oleh wanita yang hidup tak tentu arah macam tu...'

'' biarlah khai tu.. Mungkin semua ni terlampau cepat sangat.. Bagi dia masa.. Ibu bersyukur Esha dapat terima qamarul. Walaupun kita sendiri tak pasti tentang dia lagi.. '' kata liyana.

'' anak ni tak bersalah ibu.. Esha sanggup bela dia macam anak sendiri.. Macam Esha jaga khalish.. '' kata dhia.

Malam itu qamarul tidur bersama dengan dhia di dalam bilik mereka.. Tidur diatas katil dengan dhia.

'' sayang kenapa bawa budak tu naik tidur atas katil kita? '' tanya khairul. Menunjuk kepada qamarul yang sudah tidur disamping dhia.

'' hubby.. Budak ni kecil lagi.. Takkan nak tidur sendiri.. Hubby please..'' kata dhia.

'' no! Kalau dia tidur diatas katil.. Hubby tidur diatas sofa..... '' kata khairul menunjuk kearah sofa yang ada didalam bilik itu.

'' hubby ni, dengan budak kecil umur tiga tahun pun nak berkira.. '' kata dhia.

'' dia orang luar sayang.. Bukan berkira.. '' balas khairul.

Khairul masih belum boleh menerima kedatangan anak itu didalam hidupnya.. Satu lagi tanggung jawap baru dalam hidupnya.. Atas kesalahan yang dia sendiri lakukan.. Semuanya berlaku terlalu pantas baginya.. Khairul merenung tajam kepada budak yang bernama qamarul itu.. Dia sendiri tak pasti sama ada dia perlu merasa benci, marah atau apa.. Yang perlu dia rasakan sekarang ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience