BAB 54

Romance Completed 367824

Baru saja dhia mahu bermalas-malasan di rumah.. Tapi entah apa angin khairul mengajaknya untuk segera bersiap. Malah khairul siap meletakkan baju untuk dipakaikan nya lagi di atas katil.

'' siap sekarang sayang.. Hubby tunggu di bawah.. '' kata khairul.. Mengusung keluar sebuah bagasi ditangannya..

'' tunggu.. Tunggu.. '' dhia menghalang jalan khairul..

'' kita nak kemana? '' tanya dhia..

'' rahsia. Jangan tanya lagi.. Cepat siap.. '' arah khairul.

Sebaik khairul ke kiri.. Dhia juga berganjak ke kiri.. Begitulah juga bila khairul ke sebelah kanan.. Dhia masih juga menghalang laluannya.. Khairul melepaskan bagasi yang berada ditangannya.. Lalu memegang bahu dhia,membawa dhia duduk di katil..

'' siap.. Ok? '' kata khairul.

'' tak nak!'' protes dhia.

'' nak hubby siapkan.. Ok boleh.. '' khairul mmbongkok lalu membuka butang baju dhia..

Satu..

Dua..

Butang sudah dibuka.. Cepat-cepat dhia menahan tangan khairul..

'' kita nak kemana.. Esok dah nak ke pulau.. Lusa kan majlis.. Sayang nak rehat saja harini.. '' dhia mengadu.

'' memang sayang rest pun.. Cuma sayang duduk di dalam kereta... Rest.. Hubby yang drive.. '' kata khairul.

'' macam tu rest? Sayang nak baring saja di rumah.. '' rungut dhia.. Sambil tangannya menepuk baju yang ada di atas katil.

'' ok.. Hmm.. Nanti sayang baring saja dalam kereta, seat tu turunkan sampai habis boleh baring kan nanti.. '' balas khairul.

Dhia mengecilkan matanya.. Geram pula dia melihat khairul yang tak habis-habis menjawap setiap rungutan nya..

'' tapi... '' jari telunjuk khairul sudah melekat di bibir dhia..

'' sssshhhh.. Please.. '' kata khairul.. Dhia membuka mulutnya lalu menggigit jari khairul..

'' auww'' khairul segera melarikan jarinya.

''sakitlah sayang.. Kalau nak gigit tu.. Gigit manja sudah la.. Ni gigit sungguh-sungguh.. Mau putus jari ni.. '' khairul melihat jarinya yang sudah lekat bekas gigi dhia disitu.

'' nak lagi..? '' tanya dhia.

'' boleh tapi disini.. '' khairul menunjukkan kearah bibirnya.. Dhia membalikkan matanya keatas.. Tak habis perangai gatal khairul.

'' cepat.. Nak bagi kan. '' khairul menghampiri dhia menyuakan wajahnya..

'' tadi suruh siap kan.. '' cepat-cepat dhia menolak tubuh khairul..

'' tau takut.. '' perli khairul.. Lalu bangun.. menarik bagasi yang ditinggalkannya tadi.

'' mana ada takut.. Buat apa nak takut.. '' rungut dhia, mengutip pakaiannya yang berada di atas katil.

'' apa? Sayang cuba ulang? tak dengar pula telinga ni... '' khairul berhenti melangkah dan kembali semula kepada dhia.

'' tak! Aaarrgghh.. '' cepat-cepat dhia melarikan diri ke bilik pakaian..

'' hai.. Nasib lah sayang.. '' ucap khairul dengan gelak kan kecil..

Dhia turun kebawah mengenakan pakaian yang sedondon dengan khairul.. Sama-sama mengenakan baju yang berwarna putih..

Tanpa melengahkan masa khairul terus mendukung dan membawa dhia keluar dari rumah..

''ehem-ehhheemmm'' satu deheman panjang yang kedengaran seperti dibuat-buat tertangkap oleh telinga dhia.

''kak marina.. Marissa.. '' tegur dhia malu-malu.. Dhia menghantarkan isyarat mata buat khairul agar menurunkannya.. Tapi khairul hanya menayangkan senyumannya.. Buat-buat tak paham saja dengan isyarat dari dhia..

'' uuuhhh.. Siap dukung-dukung lagi.. '' kata marissa mengusik sahabatnya.

'' aiiip.. Budak-budak diam saja.. '' tegur marina..

'' lusa jangan lupa datang ke majlis kami ya.'' kata khairul.. Dhia mencubit bahu khairul.. Tersentak khairul dibuatnya.. Lalu dia menunduk memandang kearah dhia..

'' sekali lagi! .. Hubby cium sayang depan-depan mereka.. Nak? '' bisik khairul. Dhia terus mengeleng perlahan dan menutup mulutnya dengan tangan.

'' mestilah datang.. Kami kan pengapit dhia.'' balas marina..

'' iya tak ya juga.. Mesti kena datang tau.. Hmmm.. Kami pergi dulu lah ya.. '' kata khairul lalu membawa dhia masuk kedalam kereta. Dhia yang se
Sudah malu hanya mampu melambai kepada mereka berdua.

Marissa dan marina membalas kembali lambaian kepada dhia.. Sampailah kereta mercedes hitam itu hilang dari situ..

''marah? '' tanya khairul dengan gelakkan kecil..

'' tak! suka.. Suka sangat.. '' perli dhia..

'' suka boleh buat lagi.. Apa kata harini, kaki sayang.. tak payah jejak ke tanah.. Biar hubby je yang dukung sayang macam tadi.. Nak? '' cadang khairul..

'' eeeeeiiii.. Taknak lah.. Malu dekat orang. '' tolak dhia. Tadi dengan marina dan marissa pun dia dah malu alah..

'' alah.. Malu lah sangat.. Dalam hati tu nak.. Entah-entah berzumba-zumba nak kan.. Tapi tak mengaku.. '' kata khairul.

'' hmmmm.. Mengantuk pula.. Tadi ada orang tu kata boleh tidur kan.. '' kata dhia. Mengalih topik.

'' pandai! Cerdik sungguh.. Bini siapa lah ni yea.. '' sindir khairul..

Kemudian mereka sama-sama ketawa... Tapi tak juga dhia tertidur didalam perjalanan.. Cuma sekadar terlelap seketika..

'' kita nak kemana ni? Bila dhia sayup-sayup dapat menangkap bunyi Ombak menghempas pantai.

'' cari ikan.. '' kata khairul.

'' ikan? Apa.. Takkan nak memancing? '' tanya dhia.

'' memancing ikan Hubby tak pandai.. '' balas khairul.

'' habis tu pancing apa yang pandai... ''

'' nak pancing bini sendiri pun kadang tak kena.. '' balas khairul.. Dhia hanya mampu ketawa..

Khairul berhenti betul-betul di hadapan gerai nelayan yang tertulis 'gulai ikan semilang.' besar besar disitu..

'' uuuuuhhhh ituuuu'' dhia menunjukkan kearah papan nama kedai tersebut.

''nampak dah? '' dhia cepat-cepat mengangguk.. Tangannya memaut lengan khairul.. Digeselkan lembut pipinya disitu..

'' sukanya... Thanks you.. Sangat-sangat.. '' balas dhia..

'' makan banyak-banyak ok.. '' khairul mencium dahi dhia.. Sambil mengelus lembut rambut dhia. Tersenyum lebar dhia..

'' tunggu.. Stay!'' kata khairul..

'' kenapa? ''

'' tunggu sekejap sayang.. Terus senyum macam tadi.. '' kata khairul.. Lalu dia mengambil telefon bimbitnya.. Mengambil gambar dhia yang sedang tersenyum manis.

'' ini.. Hubby tak sempat nak ambik kamera.. Hubby ambik gambar guna phone dulu..nanti hubby ambik guna kamera.. '' kata khairul.

''untuk apa?'' tanya dhia.

'' untuk kenangan kita bersama.. '' kata khairul sambil tersenyum.

'' supaya kita tak akan lupa setiap detik kita bersama.. '' kata khairul lagi. Dhia menganggukkan kepalanya..

Mereka sama-sama turun menuju ke kedai makan tersebut.. Selesai makan. Khairul terus memandu.. Manakala dhia sudah terlena.. Puas khairul melihat dhia makan banyak.. Tak seperti sebelum ini.. Tangannya mengelus lembut kepala dhia. Kemudian turun mengambil tangan dhia yang berada dia atas ribanya.. Mengengam erat tangan itu.

Akhirnya mereka tiba di destinasinya.. Khairul memakir kan keretanya.. Perlahan-lahan mengejutkan dhia untuk bangun..

'' sayang kita dah sampai.. '' kata khairul dengan lembut.

'' hmm'' dhia membukakan matanya perlahan-lahan.. Dia menyangkakan akan melihat rumahnya.. Tapi.. Laut.

''kita di mana ni? '' tanya dhia.. Khairul sekadar mengangkat bahunya.

'ahhh.. Tolonglah..' dhia tak puas hati.. Tapi belum sempat dhia untuk bertanya kembali.. Khairul sudah keluar dari kereta.. Berjalan ke belakang mengeluarkan bagasi..

Dhia menolak pintu kereta.. Khairul pula cepat-cepat menghampiri dhia dan membuka pintu kereta dengan lebih luas dan menarik dhai keluar tari kereta dengan lembut.

'' tengok tu.. '' khairul menunjukkan ke arah papan besar yang ada disitu.

'' majlis perkhawinan...aarhh'' dhia terus memeluk khairul.. Bila melihat namanya turut tertera disitu.

''bukan esok ke kita datang? '' tanya dhia.

'' surprised !!'' kata khairul membuka kedua belah tangannya terbuka..

'' surprised?... '' kata dhia bingung.

'' ha ah.. Kita sampai awal sehari untuk honeymoon.. '' usik khairul..

Pap! Lengan khairul ditinju dhia. Khairul malah ketawa.. Dia menangkap tubuh kecil dhia..

'' esok kita dah sibuk sayang.. Semua dah ada sini.. So.. Today..hubby nak spent time dengan sayang je.. Only you and me.. '' bisik khairul di telinga dhia.. Dhia mendongak.. Sekadar menjawap dengan senyuman kepada khairul..

Mereka menaiki bot untuk ke pulau yang berada di sebelah sana.. Pasangan itu melekat sahaja.. Mengalahkan belangkas yang berada di pantai.

Sebaik selesai urusan di kaunter .. Mereka masuk kedalam bilik..

'' hubby.. '' jerit dhia bila dia melihat katil mereka dihiasi dengan dua ekor itik angsa yang sedang bercium.. Dengan kelopak bunga mawar penuh di atas katil..

'' hubby tak tahu.. Mungkin ibu yang booking bilik untuk honeymoon.. '' balas khairul mengaru dahinya. Mengangkat bahunya.

'' oo.. Macam tu.. Jangan kacau katil tu.. Mana tahu ibu nak check nanti.. '' usik dhia.

'' aiii jangan.. Habis kita nak tidur mana.. '' dhia sudah ketawa melihat wajah khairul. Dhia memeluk khairul.. Meletakkan kepalanya di dada khairul..

'jatuh cinta itu indah.. Sungguh aku mencintai dia.. Terima kasih.. Kerana temukan aku dengan dia.'

'' jom.. Kita jalan diluar dulu nak.. '' kata khairul.

Dhia mengangkat kembali kepalanya..

'' jalan diluar..? '' tanya dhia. Khairul mengangguk.. Lalu membuka beg bagasi.. Mengeluarkan sebuah kamera lalu digantungkan di lehernya..

Gatal sudah tangannya.. Sudah lama kemera itu tak disentuhnya.. Dan kini dia mahu mengambil gambar kenangan mereka berdua banyak-banyak.

'' ck.. Muka yang macam ni.. '' dhia memegang wajahnya..

'aku dah la baru bangun tidur.. Adooiii.' keluh dhia.

'' kenapa dengan muka sayang.. Tak ada alasan jom.. '' khairul menarik tangan dhia..

'' kejap-kejap.. Ni apa? '' dhia menarik keluar kain yang seperti cebisan.. Berwarna hijau kebiruan itu.

PAP- khairul menampar dahinya.

'' hubby!'' dhia melemparkan pakaian dalam itu kepada khairul..

'adoii...macam manalah dia boleh nampak.. Dalam banyak-banyak baju.. Itu yang dia nampak.'

'' lupakan yang ni.. Hubby tak paksa pun sayang pakai'' kata khairul.. Lalu menarik dhia keluar dari bilik.

Mereka berdua menghabiskan masa di pantai.. Khairul banyak mengambil gambar dhia..

''bagi sini.. Sayang ambil gambar hubby pula.. '' kata dhia.. Mengeluarkan tali yang melilit leher khairul..

Klik.. Klikk..

Beberapa keping gambar khairul diambil oleh dhia..

Begitulah mereka menghabiskan masa hari itu di Pulau.. Sebelum menanti kedatangan keluarga mereka untuk keesokan harinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience