BAB 94

Romance Completed 367824

Hanif dan qaisarah turun dari lantai atas rumah itu berjalan ke ruang makan untuk sarapan pagi bersama dengan kedua orang tua hanif..

'' turun pun.. Ingatkan umi kena naik jemput tadi.. '' perli kausar.

Qaisarah menunduk saja bila ditegur begitu oleh mertuanya.. Tahulah salahnya.. Sekadar turun untuk makan bersama..

'ck.. Kalau turun awal nak tolong pun.. Umi tak suka.. Turun makan saja pun umi tak suka..juga.. Semuanya yang sarah buat.. Semuanya umi tak suka..' qaisarah mengeluh dalam diam.

Hanif melihat kepada qaisarah yang sudah merubah wajahnya menjadi masam.

''umi sudah lah tu.. Takkan setiap pagi umi nak berleter.. Hal remeh-remeh macam ni.. Esok pagi umi tak payah buat sarapan.. Biar Sarah saja yang masak.. Kalau Sarah taknak masak.. Biar hanif yang keluar belikan sarapan pagi.. Umi nak makan apa esok? nasi lemak? Atau roti canai? '' kata hanif..

'' tak mau lah umi.. Daripada makan beli diluar.. Baik umi masak.. Puas hati.. '' balas kausar.

'' umi masak apa esok.. Esok boleh Sarah tolong umi.. '' kata Sarah.

'' hmm..tengok lah nanti.. '' balas kausar.. Mengalihkan pandangannya kearah lain..

'' abang.. Kejap lagi saya nak singgah rumah kak liza.. Anak dia dah bersalin.. Saya nak pergi tengok cucu kak liza.. '' kata kausar bersemangat.. Meminta izin kepada suaminya.

'' ya ke.. Bersalin dah anak dia.. Alhamdulillah.. Lelaki ke perempuan? .. '' tanya hariri.

'' perempuan.. Itulah.. Kita ni dukung cucu orang jelah.. Nak harap cucu sendiri.. Entah bila pun tak tahu.. '' kata kausar menyindir menantunya.

'' kamu ni.. Berapa kali dah abang tegur kan.. '' hariri memperingati isterinya. Dia sendiri sudah penat mendengar ayat itu keluar dari bibir sang isteri.

'' umi.. Sarah dah pergi periksa doktor pun.. Doktor kata Sarah sihat.. Bila-bila masa saja Sarah boleh mengandung.. '' kata Sarah membela dirinya..

'' iya lah tu.. Habis tu kenapa tak lekat-lekat lagi.. Orang lain.. Yang dah kawin lambat dari kamu pun dah beranak Sarah oiii.. '' perli kausar lagi.

'' umi.. '' panggil hanif.

'' penat lah umi.. Sampai bila umi nak tunggu cucu umi.. Takkan nanti umi dah tak ada baru kamu nak ada anak hanif! .. Umi dengan abi ni bukannya semakin muda.. '' keluh kausar.

'' hanif tahu.. Tapi umi kenalah sabar sedikit.. Doktor kata kami berdua tak ada masalah.. Cuma belum ada rezeki saja lagi.. '' kata hanif.

'' ayah kamu ke mekah kan.. Minta mereka bawa balik buah zuriat.. Mana tahu lepas tu ada rezeki untuk kamu berdua.. '' kata hariri.

'' hanif dah pesan dekat ayah buah zuriat tu.. '' balas hanif.

'' baguslah kalau kamu ingat.. '' kata hariri.

'' nanti bila dapat buat tu belah sendiri, lepas tu rebus.. Minum air dia.. Umi tak mahu tengok buah tu nanti datang sebijik macam tu.. Sampai kesudah masih macam tu jugak.. '' kata kausar.

'' betul kata umi kamu tu.. Bukan senang nak belah buah dia tu.. Kamu berdua kena lah usaha sendiri.. '' sokong hariri..

Qaisarah mengalih pandangannya melihat kepada hanif yang berada disebelahnya.. Mereka sama-sama berbalas senyuman..

'mungkin aku patut minta maaf dengan Esha dan khai.. Sebab sebelum ni, aku pernah kata dekat anak Esha..dan menghasut khai untuk membenci Esha.. Siapa aku nak menghukum Esha.. Sedangkan aku sendiri tak pernah dengar penjelasan dari mulut Esha sendiri..' hanif menarik bibirnya tersenyum melihat kepada qaisarah..

Dia nak bahagia dengan qaisarah di masa kedepannya.. Mempunyai zuriat dengan wanita itu.. Tapi sebelum ni dia pernah mengugut dhia.. Tentang kandungan dhia.. Timbul rasa kesal didalam dadanya.. Sepatutnya dia mendoakan dhia dan khairul berbahagia..kesal!.

Zarif yang sedang terbaring diatas katil.. mengadap syiling biliknya yang terukir cantik diatas sana.. Hidupnya kini kosong.. Hatinya hancur..

'' zarif.. ''

'' ya Allah! Kenapa dengan bilik kamu ni? '' tanya ufairah bila melihat lantai bilik anaknya itu bersepah dengan barang.. Katil zarif kini menampakkan tilam nya yang tak beralas.. Sesekali tangan ufairah mengibas mukanya sendiri.. Menghilangkan bau tidak enak yang menusuk kedalam rongga hidungnya.

'' kamu ni kenapa zarif? Berapa hari dah kamu tak mandi ni? .. Bonda bau hapak.. Meloya tekak bonda ni.. !'' kata ufairah.

Matanya redup Zarif berpaling melihat kepada bondanya.. Soalan yang ditanya kan oleh ufairah tidak dihiraukan nya.. Dia kemudiannya menghela nafas berat kepada bondanya.. Kemudian dia mengadap melihat semula keatas melihat syiling biliknya.

'' nad.. '' nama itu keluar dari bibir zarif.

'' kenapa dengan dia? '' tanya ufairah.. Sambil memicit hidungnya yang mancung.

'' kapal terbang yang nad naik terhempas bonda.. '' kata zarif mendatar..

'kapal terbang terhempas?'

'' nad salah satu penumpangnya bonda.. Zarif dah check memang nad naik penerbangan tu.. Zarif dah tengok rakaman cctv Airport.. Sah! .. Dia naik kapal terbang yang terhempas tu bonda.. '' kata zarif sambil tangannya menghentak hentak tilam yang dia tidur.

'patutlah liyana bagitahu cek yang dia bagi dekat perempuan tu belum ditunaikan.. Rupanya dia...' ufairah menutup mulutnya sendiri.. Tak sanggup untuk meneruskannya.. Walaupun kata itu tak terlafaz di bibirnya.. Dia tak lah sampai sekejam itu.. Nak mendoakan perkara yang tidak baik kepada seseorang.. Walaupun perempuan itu pernah bertindak biadap terhadapnya.

'' bangunlah zarif! .. Kalau dia dah pergi tinggalkan zarif.. Zarif kena redo.. Terima takdir yang tuhan tentukan buat zarif.. '' kata ufairah.

'' tapi zarif tak boleh terima.. Zarif nak hidup bahagia dengan dia.. Nak bina keluarga dengan dia.. Nak ada anak dengan dia.. Bonda.. '' kata zarif.

'' macam mana lagi bonda nak buat.. Zarif tu kenalah redo.. Dia dah tak ada.. Bukannya dia lari macam dulu.. Tapi kalini lain.. Dah meninggal zarif.. '' kata ufairah.

Zarif bangun dari perbaringan nya.. Duduk di birai katil.. Termenung seketika disitu..

'' bonda.. Andai kata zarif.. Bawa khairina kembali kedalam rumah ni.. Bonda setuju tak? '' tanya zarif.

Plak! Satu tamparan dari ufairah hinggap di pipi zarif.

'' jangan zarif berani-berani nak ganggu khairina lagi! Dia dah bahagia dengan irfan.. Bukan setakat bahagia.. Tapi sangat bahagia.. !'' kata ufairah lantang.

'' tapi tu.. Kembar tu anak zarif kan bonda.. '' kata zarif.

'' kenapa kamu kata dia anak kamu.. Sebelum ni tak pula kamu mengaku dia anak kamu! .. Kamu layan khairina tu macam pelacur..bonda malu dengan kamu zarif.. Walaupun khairina tak pernah ceritakan apa-apa kepada bonda.. Tapi bonda ni perempuan.. Bonda tahu apa yang dia rasa.. Kamu sengaja siksa dia kan.. Kerana marahkan khai.. Sebab rampas kekasih kamu tu kan.. '' kata ufairah.

'' bonda.. Tolong lah.. Itu semua cerita lama.. Zarif dah penat lah.. '' keluh zarif meletakkan sikunya dia atas peha lalu meraup wajahnya sendiri. Kesal dengan apa yang pernah dia lakukan sebelum ini..

'' apa pun alasan kamu.. Bonda tak mahu kamu rapat dengan khairina.. Dia dah ada suami.. Suami dia tu.. Irfan.. Kamu sendiri pun kenal Irfan kan.. Sanggup kamu nak pisahkan mereka.. Jangan pentingkan diri kamu sendiri zarif.. Lepas kehilangan perempuan tu baru kamu nak cari khairina.. Dah terlambat zarif!'' kata ufairah.

BAM! pintu bilik itu ditutup kuat oleh ufairah.. Zarif meramas rambutnya dengan kasar..

'' AAAARRGHHH !'' jeritan zarif bergema didalam ruang biliknya..

Khairina seperti biasa akan datang bersama dengan irfan ke restoran.. Ada kala Irfan akan meninggalkannya dengan anak-anak di restoran bila ada apa-apa terjadi di pusat tahfiz.. Tapi, semuanya sudah dibereskan oleh Irfan terlebih dahulu barulah Irfan akan pergi.. Khairina hanya sekadar memantau agar operasi di restoran itu berjalan lancar sahaja..

'' kak!'' panggil seorang pekerja...

'' ya.. '' sahut khairina yang berada di pejabat kecil di restoran itu bersama dengan dua anak kembarnya..

'' ni ada bunga.. '' kata pekerja itu menyuakan sejambak bunga yang ada didalam pelukannya.

'' bunga? Kamu masuk sekejap.. '' khairina memanggil pekerja itu untuk masuk kedalam ruang pejabat itu.

'' siapa bagi? Untuk siapa? '' tanya khairina.. Tapi pekerja itu sekadar mengangkat bahunya.

'' ini untuk kakak, sebab tadi budak lelaki yang hantar bunga tu cakap nama kakak.. Sebab tu saya terima.. '' kata pekerja itu.

'' bagi kakak tengok.. '' khairina menyambut jambangan bunga tersebut.. Lalu mencari kad yang ada di jambangan bunga tersebut.

Khairina mengambil kad yang terselit di celah - celah bunga.. Tapi belum sempat dia buka membaca kad tersebut..

'' assalamualaikum.. Wah! Bunga!'' kata Irfan ceria seperti selalunya.

"waalaikummusalam" jawap mereka serentak.

''ustaz! saya keluar dulu lah.. '' kata pekerja itu.. Menunduk lalu berlalu pergi keluar disebalik pintu pejabat itu.

'' siapa yang bagi bunga tu sayang..? '' tanya irfan

'' tak tahu.. '' jawap khairina.

'' kad kan ada ditangan sayang.. Sayang baca lah.. Mesti disitu ada nama pengirim bunga tu kan.. '' kata Irfan mendekat kepada khairina.. Lalu mencium dahi khairina..

'' iya.. '' kata khairina gugup.. Lalu mengangkat tangannya yang memegang kad tadi.. membuka kad yang ada di tangannya.

Sebaik membaca nama yang ada di kad tersebut bunga yang berada di pegangan khairina jatuh diantara kakinya dan kaki Irfan.

'' kenapa? Sayang bagi bunga ni jatuh.. '' kata Irfan menunduk mengambil jambangan bunga tersebut.

'' buang sajalah bunga tu.. Bunga tu dah jatuh dah kotor.. '' kata khairina..

'' mari kad tu.. '' minta Irfan. Khairina berdiri kaku tidak bergerak di tempatnya.

'' kalau sayang tak bagi.. Abang anggap ini abang zarif yang bagi.. '' kata Irfan. Menarik bibirnya tersenyum.. Kemudian tangannya mengosok lembut kepala khairina.

Mahu tak mahu khairina menyuakan,juga kad yang berada ditangannya.. Irfan mengambil dan membacanya... Memang tekaannya tepat.. Ianya memang dari zarif.

'' kalau marah orangnya.. Jangan benci kan bunga yang tak bersalah ni sayang.. Bunga ni tak salah pun.. '' kata Irfan.

'' tapi tak nak nanti abang salah faham.. '' kata khairina..

'' Insya Allah.. Tak sayang.. Bunga ni kita letak dalam pasu ya.. Letak air.. Kemudian letak di kaunter.. Cantik ni.. '' kata Irfan bersahaja..

'' abang tak marah? '' tanya khairina.

'' marah? Nak abang marahkan dekat bunga ni ke? '' kata Irfan sambil ketawa kemudian berjalan keluar dari bilik pejabatnya..

Dari dalam khairina melihat belakang Irfan sedang mengarahkan salah satu pekerjanya untuk meletakkan bunga itu didalam pasu untuk diletakkan di kaunter..

'kenapa dia setenang itu.. Atau tadi aku yang terlebih mengikut perasaan tadi?' khairina memperhatikan saja suaminya dari dalam pejabat.. Irfan beriak biasa seperti tiada apa-apa berlaku.. Bila mereka bertentang mata Irfan akan tersenyum kepadanya.. senyuman itu dibalas semula oleh khairina..

Share this novel

Aisyah Esya
2023-01-14 08:23:25 

welldone.. bagus sangat cerita ni, boleh buat drama. tahniah author cantik. selesai marathon. moga sentiasa melahirkan naskhah yang berkualiti


NovelPlus Premium

The best ads free experience