BAB 76

Romance Completed 367824

Zarif membawa Nadeerah ke hotel.. Seperti setiap malamnya mereka mengakhiri malam-malam mereka sebelum ni.. Masuk saja pasangan itu kedalam bilik hotel.. Nadeerah menarik tangan zarif masuk kedalam bilik.. Sambil diselang seli dengan gelak tawa nya manjanya..

'' wait.. Nad.. '' kata zarif.. Menahan tangan nadeerah.

Nadeerah menolak zarif terus keatas katil seperti kebiasaannya.. Tak mengendahkan apa yang diucapkan oleh zarif tadi. Kemudian dia menjatuhkan tubuhnya dia atas zarif.. Mengelus lembut dada zarif.. Satu persatu butang baju zarif dibukanya.

'' sayang wait.. '' zarif memegang kedua-dua belah bahu nadeerah menahan wanita itu dari terus membuka butang bajunya.

'' why? tak ada mood? '' tanya nadeerah.. Sedikit hampa.

'' no!no! Bukan macam tu.. '' kata zarif.. Kalini dia bertekad nak bercakap dengan nadeerah dalam keadaan waras dan tak mabuk seperti setiap malam sebelum ni.

'' ada benda yang rif nak bagi tahu.. '' kata zarif. Dia kembali mengancingkan bajunya semula.

'' ck.. '' nadeerah berdecit tak puas hati, tambah pula bila melihat zarif mengancingkan semula butang bajunya sendiri..

'' nak cakap apa? '' tanya nadeerah duduk di birai katil.. Bermain-main dengan rambut panjangnya.

'' nad.. Kenapa kita tak khawin je.. '' kata zarif.

'' khawin?!'' nadeerah ketawa mengejek..

'' why kita kena khawin dear...? '' nadeerah mendekatkan tubuhnya sehingga dadanya menempel melekat didada zarif.. Jarinya bermain-main di pipi zarif.. Melukiskan corak abstrak disitu.. Lukisan yang tak dapat dilihat dengan pancaindera.. Namun dapat dirasa oleh zarif.

'' kita khawin lah nad.. Sampai bila kita nak macam ni.. '' kata zarif mengelus pipi nadeerah dengan belakang tangannya dengan lembut disitu.

'khawin? Kau nak ikat aku ! Nak ikat aku dengan ikatan perkahwinan.. Tak cukup dulu kau dan khai ikat aku dengan perjanjian pemuas nafsu korang berdua dulu.. Sampai aku jadi macam ni.. Dan sekarang nak ikat aku dengan ikatan perkahwinan pula... Korang berdua hanya lombong emas aku.. Kalau korang berdua guna kan aku untuk nafsu.. Aku pula gunakan untuk hidup senang.. Sama-sama adil.. Cukup untuk itu.. ' nadeerah menggelengkan kepalanya kepada zarif.. Jarinya yang ada di pipi zarif turun ke leher..dan mula bermain didada bidang zarif.

Zarif segera menangkap tangan nakal yang sedang bermain-main didadanya.. Mengumpan nafsunya.

'' you married man rif.. '' bisik nadeerah di telinga zarif dengan suaranya yang mengoda dan menggigit lembut cuping telinga zarif..

Zarif terus menolak nadeerah menjauh..

'' auuuchhh.. '' adu nadeerah bila dia ditolak secara kasar oleh zarif sehingga terlentang di atas katil yang empuk itu.

'' jadi you memang dah tahu I dah khawin? sejak bila nad!'' tanya zarif.

Nadeerah yang terlentang diatas katil mengangkat kepalanya.. Bibirnya ditarik senget.

'kau ingat aku bodohke?.. Lelaki.. Lelaki.. Dah khawin.. Tapi masih mencari aku.. Kesian.. Kesian dengan bini kau zarif.'

'' adalah.. Siapa yang tak kenal dengan Tengku zarif.. Sejauh mana you nak tutup status you dear.. You tu salah seorang.. Orang yang dikenali.. Tak susah nak dapat maklumat tentang you my dear... '' nadeerah melayangkan sebuah ciuman kepada zarif.

'' so? '' tanya zarif.

'' I tak minat dengan suami orang.. Cukuplah untuk bermain-main.. '' nadeerah memberi alasannya.

'' oh.. Macam tu.. Macam mana kalau suami orang yang you cakapkan ni dah jadi duda hot.. '' kata zarif.. Mendekat lalu menindih tubuh naderaah yang sedang terbaring diatas katil..

'apa dia cakap? Duda!.. Jangan cakap yang dia dah bercerai ! @!#$%^&*.. Rosak rancangan aku!!!'

'' apa rif cakap? duda!'' nadeerah menolak tubuh zarif.. Anak mata kelabu milik zarif ditatapnya dalam-dalam.

'' yes sayang!'' kata zarif dengan bangganya.. Lalu mencium bibir nadeerah dalam-dalam.

Nadeerah menarik bibirnya dari terus melekat dengan bibir zarif..

'' why? Kenapa rif cerai? '' kata nadeerah dengan payah.. Nafasnya termengah-mengah..

'' because of you.. Rif nak nad jadi ratu dihati rif.. Ingat tak janji nad dulu? '' tanya zarif.

'janji! Janji bodoh kita dulu.. Hei! Kau sendiri yang perjudian cinta kita dulu.. Kau sanggup mengalah kepada khai.. Kau lupa ke !!'

'' move zarif!'' kalini nadeerah benar-benar marah.

'tujuannya untuk berurusan lagi dengan datin Liyana, kini perkara itu terus terkubur.. Kerana zarif dah menceraikan isterinya.. Macam mana lagi dia nak mengugut wanita yang kaya dengan harta benda tu..'

'' taknak.. Promise me first .. Kita akan khawin.. Baru rif akan lepaskan you nad.. '' ugut zarif.

'tak guna kau.. Kalau kau masih lagi suami kepada khairina.. Boleh la aku ugut datin angkuh tu.. Dia pasti bagi aku duit untuk jauhkan diri dari kau.. Dan aku akan pergi selepas dapat setimbun duit dari dia.. Kini terpaksalah aku guna senjata aku yang terakhir... '

''yes I promise!'' kata nadeerah sekadar menabur janji kosong kepada zarif.. Didalam hatinya menyumpah seranah lelaki dihadapannya..

Zarif mengalihkan tubuhnya.. Nadeerah segera bangun dari katil, membetulkan pakaiannya dan rambutnya..

'' you nak kemana nad? Game kita masih belum bermula.. '' kata zarif.

'game! @#$!%^&*' nadeerah membalikkan matanya keatas.

'' you!rif.. Dah spoil kan mood I malam ni.. I nak balik.. '' kata nadeerah.

'' hey.. Jangan Macam tu....you prefer me drunk.. Dari rif dalam keadaan sedar macam ni.. Auchhh! It hurts me so much baby.. !'' kata zarif pura-pura sakit hati lalu memegang dadanya.. Mengoda nadeerah.. Dengan senyuman manisnya.

'' mengada lah you ni!'' nadeerah memukul lembut dada zarif.

'' teman I malam ni.. Please...'' kata zarif. Perlahan-lahan kepala nadeerah mengangguk..

Sementara zarif sibuk dengan dunianya yang semakin lama semakin hanyut ke lembah dosa.. Dia tak menyedari ada zuriatnya yang sedang membesar didalam wanita yang pernah menjadi isterinya sebelum ini.. Dua bulan berlalu.. Zarif dan nadeerah tak juga menghalalkan hubungan mereka.. Nadeerah terus memberi alasan demi alasan..dan zarif masih menunggu perkara yang tak pasti..

Khairina kini sudah berkerja di syarikat keluarganya.. Kehidupannya lebih tenang selepas bercerai dengan zarif, apa yang dia pikir kan sekarang adalah anaknya.. Dia berjuang hidup demi anaknya.. Itulah yang menjadi kekuatan buatnya.. Hubungan khairina dan dhia.. Semakin lama semakin erat.. Kemana saja mereka akan pergi berdua..

'' kakak.. Jom pergi makan.. '' ajak khairina.

'' jom.. '' jawap dhia..

'' aiik.. Abang tak nak ajak? '' kata khairul. Dia yang berada di antara dua wanita itu seperti tak wujud.

'' abang kan ada meeting.. Ibu dah pesan kan tadi.. Kami nak pergi berdua saja.. '' kata khairina.

'' berdua..? '' tanya khairul.. Inilah yang dia tak gemar.. Nak bangkang nanti sentap dua ibu mengandung tu..

'' bawa lah shahril..minta dia memandu.. '' kata khairul.. Akhirnya dia mengalah menyerahkan shahril kepada dua wanita itu.

Khairul memanggil shahril masuk kedalam biliknya. Dia menerangkan serba sedikit kepada shahril..sampaikan shahril tergaru-garu kepalanya mengingati apa yang dipesan oleh khairul dengan panjang lebar.

'abang ni! Macam lah kami ni tuan puteri nak turun mencemar duli.. Kami nak pergi makan saja pun..' keluh khairina menunggu khairul menyampaikan mandatnya kepada shahril.. Dhia disebelah hanya gelak kecil bila melihat khairina menarik wajah masam..

'' ok dah boleh pergi yang mulia Tuanku.. '' perli khairina.. Sebaik melihat shahril berjalan kearah dia dan dhia.

'' yea.. Hati-hati.. Jangan macam-macam four of you.. Termasuk kamu sekali, lima shah!'' kata khairul..

'' baik tuan.. '' balas shahril.

'' bye hubby.. '' ceria saja dhia.. Sempat dia layangkan flying kissnya kepada khairul.. Kemudian cepat-cepat dia berjalan keluar dari bilik itu dengan khairina. Khairul menggeleng.. Dengan bibir yang tersenyum..

Shahril memandu ke sebuah restoran yang diarahkan kepadanya..

'' Shah jom turun sekali.. Kita makan sama.'' pelawa dhia.

'' ya saya turun puan.. Tapi tak makan.. Teman saja.. '' kata shahril.

'' alah Shah ni.. Saya belanja.. Tuan kamu tak ada disini.. Tak payah segan-segan.. Panggil saja saya dhia.. Macam biasa je.. '' kata dhia..

'' baik dhia.. '' kata shahril malu-malu.

Mereka berjalan masuk kedalam restoran itu diiringi shahril dari belakang..

'' assalamualaikum.. '' satu suara memberi kepada mereka.. Sebaik mereka melangkah masuk kedalam restoran itu.

'' waalaikummusalam.. '' jawap mereka bersamaan.

'' lama saya tak nampak khairina.. '' tegur Irfan.. Sekali dia bersalaman dengan shahril.

'' iya ustaz.. Hmm ya.. Lama juga kita tak jumpa.. '' balas khairina menundukkan kepalanya sopan kepada irfan.

''ustaz ni kenalkan.. Kakak ipar saya.. Kata dhia..''

'' oh.. Kakak ipar khairina.. '' kata Irfan.

'' ini? '' Irfan menunjuk kepada shahril.

'' saya driver je ustaz.. Temankan mereka berdua.. '' kata shahril menjawap sendiri pertanyaan itu.

'' jemputlah.. Boleh pula, kita bersembang sambil berdiri ni.. '' kata Irfan.

Irfan kemudiannya membawa khairina, dhai dan shahril ke sebuah meja yang kosong.. Mengambil pesanan mereka.. Malah menghidangkan makanan yang mereka pesanan tadi sendiri..

Dari jauh sepasang anak mata kelabu, sedang menatap tajam.. menangkap layanan mesra yang ditunjukkan oleh Irfan terhadap kumpulan bekas isterinya yang masuk ke restoran itu.

Sedang mereka makan, khairina merasakan perutnya meloya.. Entah dimana silapnya perutnya menjadi tidak enak. Dhia yang sudah tahu cepat cepat menunjukkan kearah bilik air.. Khairina mengangguk lalu cepat-cepat dia bangun berjalan kearah yang ditunjukkan oleh dhia.

'' kenapa khairina tak sihat? '' tanya Irfan yang turut duduk bersama dengan mereka.

'' sebenarnya khairina tu.. Mengandung.. '' kata dhia perlahan..

''.. Ayahanda dan bonda ada ceritakan perkara ni kepada saya.. Mengenai khairina dan abang zarif.. '' kata Irfan memandang kepada khairina yang sedang berjalan menuju ke bilik air.

'' sekejap.. '' kata Irfan.

'' kenapa? '' tanya dhia.

'' rasanya tadi abang zarif ada dalam restoran ni.. '' kata Irfan.. Seraya bangun.. Melihat kearah meja yang sudah kosong..

'' dia dah balik... Agaknya.. '' kata Irfan kembali duduk ke tempatnya.. Dhia sekadar mengangguk. Takut juga kalau betullah zarif ada di sini..

Khairina mengeluarkan semua makanan yang dimakannya tadi.. Habis semuanya dikeluarkan olehnya.. Kemudian dia keluar ke singki membersihkan mulutnya..

Pintu toilet ditolaknya.. Tangannya menarik tisu yang disediakan di luar toilet tersebut.

'' baru sebulan cerai! Dah munta-muntah! Anak siapa yang yang ada dalam perut kau tu!'' suara itu menegurnya..

'kau ingat aku sehina itu.. Aku cuma tersalah jatuh cinta kepada kau.. Sekarang semuanya telah tamat.'

Dari nada bicara sekasar itu.. Tanpa perlu khairina melihat tuannya.. Dia sudah dapat meneka.. Tanpa membalas kembali khairina berjalan pergi meninggalkan zarif yang sedang bersandar di dinding..

'' aku akan berkhawin semula!'' kata zarif lagi..

'kenapa perlu beritahu aku! Untuk sakitkan hati aku! Maaf.. Aku tak tertarik untuk ambil tahu!'

'' tahniah! Semoga bahagia dengan perkahwinan baru nanti.. '' ucap khairina tanpa memalingkan wajahnya melihat kepada zarif.

'wah! Dulu kau gilakan kan aku.. Sampai kau perangkap aku.. Sekarang kau dah boleh terima ya.. Bagus!'

Zarif melihat sahaja khairina berjalan pergi dan duduk kembali ke mejanya.. Tersenyum dan gelak tawa mesra, seperti tiada apa yang berlaku..

Share this novel

WaneyZack
2020-09-16 21:58:41 

Hahaha.. Zarif pecaya diri.. Ingat khairina nak melutut.. Meraung dekat dia..

EmaIra
2020-09-16 21:48:31 

zarif gila..hahah


NovelPlus Premium

The best ads free experience