BAB 56

Romance Completed 367824

Zarif melihat sahaja pasangan yang sedang dilamun cinta tak jauh darinya.. Walaupun dhia dan khairul tidak berjalan bersama.. Mereka sering memberikan isyarat mata dari jauh.. Bukan hanya dia saja yang perasan hal itu.. Tapi yang lain juga.

Masing-masing masuk kedalam bilik untuk menyimpan barangan mereka sekaligus menunaikan solat zohor.

Khairina membawa masuk makanan yang sempat dia beli semasa singgah di cafe tadi sebelum masuk kedalam bilik.

'' nak makan..? '' tanya kahirina kepada zarif yang sedang membuka jam tangannya..

'' tak payah, nak buat baik dengan aku.. '' balas zarif.

'' tanya.. Nak makan je pun.. '' rungut khairina perlahan.. Seperti menggumam..

'' kalau aku nak makan.. Pandai-pandailah aku cari.. Kau jangan nak sibuk sangat.. Kau ingat aku nak sangat ada di sini.. '' perli zarif lagi.. Lalu melangkah masuk kedalam bilik air.

BAMM... pintu bilik air ditutup kasar..

Tersentak khairina mendengar bunyi pintu bilik air itu.

'biarlah dia.. Kita tanya baik-baik.. Tak habis-habis nak marah..'

Khairina duduk di meja makan lalu makan sendirian makanan yang dibelinya tadi. Zarif keluar dari bilik air.. Khairina menoleh melihat wajah zarif yang sudah basah dengan air wuduk..

'' nak solat? '' tanya khairina.

Zarif tak menjawap pertanyaan khairina.. Dia menghamparkan sejadah yang telah disediakan oleh pihak hotel lalu menunaikan solat.. Seolah-olah bilik itu dihuninya sendirian.

'' kejap lagi saya nak keluar.. '' kata khairina sebaik saja melihat zarif melipat semula sejadah.

'' buatlah apa yang kau suka.. Kau jangan ganggu aku sudah.. '' balas zarif kasar.. Lalu duduk di sofa melihat telefon bimbitnya.

Selesai khairina makan dan solat.. Dia melangkah untuk keluar.. Tapi langkahnya terhenti.. Segera dia berpaling.. Melihat kearah zarif.

'' itu.. Ada satu untuk..zarif..kalau tak mahu tak apa.. Saya keluar dulu.. '' kata khairina cepat-cepat berlalu pergi.. Sebelum zarif memarahinya..

Zarif mengangkat wajahnya.. Lalu melihat kearah bekas makanan yang ada diatas meja yang sama khairina makan tadi..

Perlahan-lahan dia bangun.. Sambil memegang perutnya yang lapar.. Duduklah zarif di meja kecil itu dan makan makanan yang ditinggalkan oleh khairina tadi.

'gila kau.. Kalau ada racun macam mana?' tersedak makanan itu di kerongkongnya.. Dia bangun mencari air lalu meminumnya dengan rakus.

'racun apanya.. Kan dia beli tadi..' zarif menutup kembali makanan tersebut.. Lalu melemparkan kedalam tong sampah.

'' aku boleh keluar cari sendirilah! Tak perlukan ehsan kau lah perempuan. '' zarif berkata dengan angkuhnya.

Khairina berjalan-jalan sekitar pulau itu sendirian.. Dia sendiri tak tahu kemana arah tuju kakinya mahu melangkah.. Setelah puas berjalan.. Bermain air di pantai.. Dia ke dewan untuk majlis keesokannya..

Dewan itu dihiasi dengan bunga-bunga segar.. Ada banyak kilauan-kilauan yang tergantung diatas sana... Cantik.. Tapi kenapa hatinya, langsung tak tersentuh.. Dari jauh dia melihat abangnya yang sedang sibuk mendengar penerangan untuk majlis esoknya..

'tapi aku? bukankah aku salah satu pengantinnya untuk esok?.. Dia mana suami aku?' jiwanya mengejek lagi bila perkataan suami itu timbul lagi.

Matanya menangkap satu susuk tubuh yang sedang menikmati aiskrim ditangannya.. Perlahan-lahan khairina menghampiri kearah itu..

''kak.. '' panggil khairina. Dhia berpaling melihat kepada khairina.

'' khairina?.. Ya.. '' jawap dhia.

'' boleh kita berbual sekejap.. '' kata kahirina..

'' boleh.. '' balas dhia mesra.

Dua wanita itu berjalan meninggalkan dewan tersebut.. Mereka memilih untuk duduk di pantai menghadap ke lautan luas.

'' kak.. Sebenarnya.. Khairina nak minta maaf sangat dengan kak dhia.. '' kata khairina bergelora seperti ombak yang sedang berada di laut.

'' khairina.. '' panggil dhia.. Khairina menggelengkan kepalanya..

'' tak kak.. Dengar dulu apa yang nak khairina sampaikan.. Khairina berdosa sangat dengan kakak.. Perangkap kakak.. Dengan abang.. Sampai kakak kena nikah dengan abang.. Khairina jahat kak.. Khairina buta.. Kejadian dirumah itu tu.. Kerana mulut khairina... '' air mata khairina jatuh dari pipinya.. Dadanya terasa berat.. Dia tak mampu nak menyambung katanya lagi.. Hanya esakan yang kedengaran kini..

Dhia menarik khairina lalu memeluk tubuh khairina.. Mengosok-gosok belakang tubuh khairina dengan perlahan.. Dari jauh dhia melihat khairul sedang melangkah kearah mereka dengan wajah yang cemas..

Dhia mengangkat tangan menahan agar khairul tak segera menghampiri kepada mereka. Bagi dhia khairina bukannya satu ancaman. Khairul segera berhenti melangkah..tapi dia masih juga tetap berdiri disitu.. Memerhatikan dari jauh.

'' khairina.. Kita lupakan saja hal yang dah lepas.. Kakak sendiri tak nak tahu apa yang dah berlaku sebelum ni.. Yang paling penting, masa ke depan ni.. Boleh kan? '' kata dhia dekat dengan telinga khairina.. Perlahan-lahan kepala itu mengangguk.. Seraya melonggarkan pelukan..

'' terima kasih kak.. Khairina minta maaf sangat dengan kakak.. '' kata khairina sambil menyeka air matanya.. Dhia pun turut tolong menyeka air mata khairina..

'' tak perlu minta maaf khairina..kakak dah lama maafkan khairina.. '' balas dhia..

''betul lah kata abang.. Yang kakak ni sangat baik.. Terima kasih kakak..'' kata khairina.

'' yea ke.. Abang cakap macam tu.. '' balas dhia..khairina mengangguk perlahan kepalanya..

Dhia melihat saja kearah khairina.. Tak ubah seperti anak kecil yang manja.. Mereka berbual-bual..dan gelak bersama.. Membiarkan khairul berdiri disana sendirian.

'' mana kakak ambil aiskrim ni? '' tanya khairina.. Melihat di tangan dhia yang hanya tinggal baki kon tangannya..

'' nak? jom kita pergi beli.. Kita minta abang yang belanja.. '' kata dhia.

'' abang? '' dhia memuncungkan bibirnya menunjuk kearah khairul yang ada tak jauh dari mereka..

'' abang!!'' khairina segera bangun.. Lalu berlari menangkap abangnya.. Memeluk erat sisi tubuh khairul.

'' apa ni? Abang tak mahu peluk khairina lah.. Abang nak peluk kak dhia saja.. '' kata khairul menunjuk kearah dhia yang sedang berjalan menghampiri mereka.

'' alah.. Bukan selalu..! Abang.. Belanja aiskrim.. '' kata khairina manja.

'' sayang.. Tak elok lah ajar budak-budak makan aiskrim '' perli khairul.. Menunjuj kearah khairina

'' hmm.. Iyaa ke.. Tapi baby nak lagi la.. Nak makan dengan ocu dia pula.. Tadi mama dia yang makan.. '' kata dhia...

''hemmm.. yeala-yealah..'' khairul mengaku kalah..

'ni bukan setakat dua lawan satu.. Tapi tiga lawan satu ni..'

Mereka bertiga berjalan ke arah kedai kecil yang menjual aiskrim tak jauh dari pantai.. Manakala zarif yang ada tak jauh dari situ.. Mula mengekori mereka bertiga dari belakang.

Seronok saja khairul melihat khairina dan dhia sedang sibuk memilih perasa aiskrim yang mereka mahukan.. Manakala dia sekadar menunggu di luar saja sebaik menyerahkan wang tunai kepada dhia..

'' hai bro!!'' tegur zarif.. Menepuk bahu khairul.. Sekilas dia memandang kearah kedai melihat dua wanita yang ada disitu.

'' zarif!'' kata khairul.

'' ingat tak kau pernah kata apa dekat aku dulu.. '' kata zarif sambil memandang kearah laut.

'' aku? Aku kata apa? '' tanya khairul..

'' yang kau tak akan kejar wanita khai.. Dan wanita yang akan mengejar kau.. Kau lupa? Atau nak aku ingatkan lagi apa yang kau cakapkan sebelum tu.. '' sindir zafir.

'' kau juga yang kata dekat aku.. Move on.. Banyak lagi wanita yang boleh membuatkan hati aku bergetar kembali.. So.. '' balas khairul..

Walaupun bicara mereka santai.. Namun aura yang dikeluarkan oleh dua lelaki itu berbeza.

'' haissh.. Kenapa wanita aku juga, yang kau nak rampas khai.. Sampai kau jatuh cinta pula.. Atau kau memang cepat jatuh cinta dengan wanita yang dekat dengan aku khai?'' sindir zarif lagi.

'' jaga sikit mulut kau zarif.. Yang aku kejar, cinta.. Sekarang ni dah jadi isteri aku.. Isteri sah aku.. Bukannya perempuan untuk kita bermain-main seperti dulu.. '' khairul memberi amaran.. Zarif ketawa mengejek.

'' kalaulah nad kembali.. Macam mana.. Yakinkah dengan cinta yang kau kejar sekarang.. Yakinkah dengan perempuan yang kau katakan isteri? Sekarang ni..? '' tanya zarif sengaja mengumpan emosi sahabatnya.

'' yang aku kejar sekarang bukannya perempuan yang seperti dulu zarif.. Dia adalah bidadari yang diciptakan untuk aku.. Pertemuan kami walaupun salah.. Tetapi aku bersyukur dhia yang menjadi isteri aku.. Bukannya perempuan lain diluar sana.. Nad tak bermakna lagi dalam hidup aku.. Bayangan nad telah lama hilang dan digantikan dengan Dhia Qaleesha.. '' ucap khairul tegas memandang tepat kepada zarif.

Zarif melihat kedalam mata khairul.. Ternyata ada sinar sebaik nama dhia disebut tadi.. Ianya berbeza.. Tak sama seperti khairul bersama dengan Nadeerah dahulu..

Khairul berpaling meninggalkan zarif yang terkaku sedang berdiri disitu.. Dia berjalan menghampiri dua wanita yang sedang menunggunya.

'' khairina.. Nak balik dengan abang atau dengan dia..? '' tanya khairul menunjukkan ke arah zarif yang masih memandang kearah laut yang luas.

'' khairina... Ingat.. Balik dengan abang sajalah... '' balas khairina..

Khairul mengangguk... Tapi baru beberapa langkah saja mereka bertiga melangkah untuk pergi..

'' KHAIRINA!!'' kedengaran jeritan dari zarif.

'' abang.. '' khairina menarik hujung baju khairul.

'' tak apalah.. Khairina pergilah.. '' kata khairul.. Menolak adiknya Perlahan-lahan kearah zarif.

'abang.... Macam mana khairina nak beritahu abang..khairina tak nak..'

Khairul dan dhia meninggalkan khairina dan berjalan pergi dari situ..

Khairina memandang saja belakang tubuh zarif... Sebelum zarif berpaling.. Memberikan tatapan benci kepadanya.. Tangannya terus ditangkap oleh zarif.. Khairina hanya mampu mengejar langkah zarif yang mengheretnya pergi...

Tapi langkah mereka terhenti bila ternampak liyana ada disitu.. Zarif segera melepaskan tangan khairina.. Berlarilah khairina memeluk tubuh ibunya.. Membisu kan diri.. Hanya senyuman tawar menghiasi wajahnya.. Ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience